Agak aneh apabila membaca status
yang dikemaskini oleh Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Islam Universiti
Sains Malaysia (PMIUSM) di dinding Facebooknya,
semalam. Lihat printscreen kenyataan tersebut seperti di bawah.
Dalam kenyataan rasminya selaku
Setiausaha Agung itu, Saudari Ummul Aiman Hj. Abd Sani mendakwa Persatuan Mahasiswa
Islam USM tidak sama dengan Pro-Mahasiswa tetapi secara peribadi, beliau
menyokong gerakan mahasiswa pro-pembangkang tersebut.
Adakah ia cubaan untuk
membersihkan nama baik PMI selepas imej Pro-M teruk diaibkan oleh gelagat pemimpin-pemimpin
utamanya sendiri?
Atau PMI USM sudah malu untuk
mengaku mereka sebagai teras utama Pro-Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia?
SB turut mendapat maklumat sahih
tentang perpecahan yang sedang berlaku dalam gerakan Pro-Mahasiswa di USM
tatkala mereka sedang berhadapan asakan daripada kumpulan Aspirasi Mahasiswa
dalam pilihan raya kampus kali ini.
Umum mengetahui Pro-Mahasiswa
tidak mampu berdiri teguh kalau tidak ada Persatuan Mahasiswa Islam di USM.
Sekiranya PMI menarik diri daripada gerakan ini, maka Pro-M boleh sahaja
dianggap lumpuh atau mati mengejut.
Hal ini kerana, hanya PMI sahaja
yang benar-benar menjadi tunjang bagi Pro-M di USM walaupun terdapat beberapa
persatuan lain yang turut bergabung di bawah gabungan tersebut seperti Student
Progressive Front (SPF) dan Malaysia Youth and Student Democratic Movement
(DEMA).
Hal yang sama turut berlaku di
peringkat kebangsaan di mana Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam di setiap IPTA
yang bergabung di bawah label Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS)
menjadi komponen utama Pro-Mahasiswa Nasional.
Justeru tanpa PMI dan GAMIS,
bolehlah dianggap gerakan mahasiswa propembangkang ini tempang sama seperti
Pakatan Rakyat tanpa keanggotan Parti Islam Semalaysia (PAS).
Di USM, gerakan mahasiswa seperti
SPF dan DEMA lebih bersifat perkauman kerana hanya melibatkan keanggotaan
daripada kaum Cina sahaja. Situasi ini amat memerlukan Persatuan Mahasiswa
Islam memainkan peranan yang lebih untuk menarik sokongan daripada
pelajar-pelajar Melayu.
Ia sama sekali berbeza dengan kumpulan
Aspirasi Mahasiswa USM yang tidak berasaskan kaum atau agama. Kumpulan Aspirasi
Mahasiswa di USM wujud dengan kukuh atas nilai kesukarelawan dan semangat
cintakan universiti yang dipupuk melalui teras-teras Rasional, Toleransi dan
Realistik.
Hal ini menjadikan kumpulan
Aspirasi Mahasiswa USM sentiasa mendapat sokongan dan perhatian daripada para
pelajar USM tanpa mengira bangsa mahupun agama.
3 comments:
sungguhlah mengata dulang paku serpih.
politik menjatuhkan org??
siapa yg jatuhkan siapa sebenarnya ni?
pening budak 1st time nak pilih nk undi yg mna
pengarang ni sangat pandai memutar belit kata2.. belajar dari Utusan Malaysia kah? or memang rekrut Utusan utk blog ni.
fahamkan betul2 status FB S/U Agong PMIUSM tu..
dia kata, dia sokong Pro-Mahasiswa atas prinsip dia sendiri, tidak membawa nama PMI. dan ahli2 PMI juga berhak menyokong mana2 pihak yg dirasakan di pihak yg benar...
tidak timbul isu PMIUSM keluar dari kumpulan Pro-M atau mana2 kumpulan lain...
fahamkan dan cuba belajar sebarkan perkara yg berasas.
terima kasih.
Bro, pmi utm masa muktamar 2009 dah jelas mengaku PMI adalah Pro M
Post a Comment