Showing posts with label sup. Show all posts
Showing posts with label sup. Show all posts

SUP IKAN

Sup_ikan

ayzacemmef@myresipi.com

Bahan-bahan ( utk seorang mkn )

  • -seekor ikan (ikut suka nk letak ikan aper)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • setengah ulas bawang besar
  • sedikit lada hitam
  • garam secukup rasa
  • beberapa bijik baby tomato
  • beberapa ketul shitake mushroom

Cara-cara

  • Panaskan air di dlm periuk.
  • masukkan ikan ke dalam air yg mendidih tadi.
  • masukkan halia, bawang putiih, bawang besar, garam secukup rasa dan lada hitam.
  • kemudianmasukkan cendawan
  • akhir sekali, masukkan baby tomato. dan sup ikan anda pun dah siap.

CREAM OF BROCCOLI SOUP


Sumber: JC (FRD)

Bahan-bahannya
  • 2 tbsp butter atau margarine
  • 1 biji bawang besar yg size sedang - cincang
  • 3 cawan small broccoli flowrets
  • 3 tbsp tpg
  • 1/4 tsp garam
  • 1/8 tsp serbuk lada hitam
  • 1 3/4 cawan air rebusan ayam atau guna pati ayam
  • 1 cawan light cream or heavy cream
Cara-caranya
  • Dlm periuk cairkan butter. Masukkan bawang masak hingga lembut dan kekunigan. Dlm 10 min masukkan broccoli masak sekejap.
  • Masukkan tepung, garam & lada hitam kacau sebati. perlahan lahan masukkan stok ayam sambil dikacau. Biarkan didih sambil dikacau selalu. Kemudian perlahankan api tutup periuk biarkan broccoli masak dlm 5-10 min.
  • Kemudian ambil setengah campuran sup blendkan hingga smooth buat hingga habis, masukkan balik dlm periuk, masukkan light cream biarkan masak sekejap tapi jgn mendidih. Bolelah dihidangkan.
Nota: -
* kalau sup jadi pekat boleh tambahkan susu UHT
* Boleh jugak guna susu UHT kalau tak nak guna light cream atau heavy cream tapi adunan hendaklah ditambah dgn 2 sudu teh perahan lemon

SUP MAMAK POWER

Sumber: Cranko21 / forum Resipi Diana
Gambar Sumbangan: KC


Bahan A
  • 1 kg daging/lidah/ekor kambing/lembu
  • 4 helai daun pandan
  • (daging direbus + daun pandan)
Bahan B
  • 4 sudu makan rempah sop
  • 30gm lada padi
  • 100gm bawang kecik
  • 30gm bawang putih
  • 50g halia
  • ( dikisar halus)
  • 2 batang kayu manis
  • garam secukup rasa
  • gula sedikit
  • 3 sudu tepung dhal dicampur sedikit air (bahan pemekat)
Bahan untuk taburan:
  • daun sop+ daun bawang
  • bawang goreng
Cara-caranya:
  • Tumis bahan kisar + rempah sop hingga garing..
  • Masuk kan ke dalam periuk rebusan daging tadi.
  • Jika semua dah ok.. baru masuk kan tepung dhal..
  • Harus kacau selalu.. jika tidak tepung jadi bergentel.
  • Kalau nak lagi pedas-masa dihidang a dash of pepper... contoh tepung dhal (Gram Dhall) yang digunakan dalam resipi ini. Kalau ada balance boleh buat jemput-jemput India (vadai) macam Cranko suggest – potong bawang lebih2 potong lada, daun ketumbar dan goreng.. sodappp oooooooo

ONION GRATIN SOUP


Img_1480

resepi dari internet yang telah diubahsuai

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 biji bawang besar (yang putih)
  • 15gm butter
  • 2 sudu besar olive oil (boleh ganti dengan minyak masak)
  • 1 ketul kiub ayam knorr
  • 3 cup air
  • sedikit pizza cheese dan parmesan cheese
  • sedikit parsley jika suka
  • 1 helai bayleaf
  • black pepper
  • 4 keping roti baguette jika ada. boleh ganti dengan roti biasa

Cara-cara

  • Bawang
    potong bawang besar nipis-nipis.
  • Img_1469
    panaskan butter dan olive oil. goreng bawang sampai jadi macam caramel. ambil masa 45minit - 1jam. kacau sentiasa, jangan tinggalkan nanti hangus.
  • masukkan 3 cawan air, bayleaf, kiub ayam knorr dan black pepper kedalam 2. renihkan selama 15minit.
  • bakar roti seakan perang, kemudian gosok bawang putih ketika masih panas.
  • Img_1473
    masukkan sup tadi kedalam 4 bekas tahan panas berasingan. letakkan roti diatas sup.
  • Img_1474
    tabur pizza cheese, parmesan cheese dan grated black pepper. bakar dalam oven ataupun toaster sehingga cheese cair dan keperangan. sebelum dihidangkan bolehlah ditaburkan parsley sebagai hiasan.
  • sedap dimakan panas-panas.

SUP " IKAN " POWER


Step_by_step_067

Sekali rasa macam sup ayam tapi sebenarnya sup "ikan".

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 ekor ikan Jenahak/tebal pipi atau ikan merah
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan
BAHAN2 REMPAH:-
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia dan 1 inci kunyit hidup*
  • 1 camca teh lada hitam*
  • 1 keping hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar rempah sup "Adabi"
  • 1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan, di potong ikut suka dan perap dgn limau dan garam utk 10 minit. Bilas kembali dan toskan.
  2. Satukan bhn2 kisar dgn rempah sup dan rempah kurma. Gaul rata. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 3 camca besar), tumis, bawang merah/putih yg dihiris, serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air secukupnya (kurang lebih 1 liter). Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan masak dgn api sederhana hingga ikan masak (kurang lebih 15 minit). Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  4. Sebelum makan taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. (Maaf dalam gambo bekalan daun sup/bawang dan bawang goreng mat kehabisan)...

Sup telur

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 3 biji telur ayam
  • isi ketam - sesuka hati
  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 cm halia - ditumbuk
  • lada sulah
  • 2 biji lada besar - merah/hijau dibelah 4
  • cendawan butang - dihiris halus
  • garam & bahan perasa - secukup rasa
  • air secukupnya
  • 1/2 cm kunyit hidup - ditumbuk

Cara-cara

  • tumis bawang merah, bawang putih, haliah & kunyit
  • setelah naik bau, masukan air secukupnya untuk rebusan.
  • Setelah mendidih, masukan lada besar merah & hijau.
  • masukan sekali hirisan cendawan butang & isi ketam.
  • lepas tu masukan sebiji demi sebiji telur ayam. biarkan seketika than kacau perlahan-lahan. sebab nanti telur tsb terlalu hancur.
  • akhir sekali masukan lada sulah, garam & bahan perasa secukup rasa.

AYAM MASAK KENTANG DENGAN CENDAWAN


Ayammasakkentang

resepi yg senang, boleh tambah halia jika suka.


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 500gm ayam, dipotong
  • 3 biji kentang yg besar, dibuang kulit dan potong 6 setiap satu
  • 4 kuntum cendawan kering (saiz besar), direndam dan dihiris tebal-tebal
  • 1 sudu kecil tepung jagung/ubi, digaul dgn cendawan
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 cawan air
  • 2 tangkai dau ketumbar (optional)

Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga harum.
  • Masukkan ayam dan goreng sehingga permukaan ayam jadi kering.
  • Masukkan cendawan dan kacau untuk 1-2 minit.
  • Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Kacau sehingga sos jadi kering, jgn sampai hanggus.
  • Masukkan air, biar didih dulu baru masukkan kentang. Masak selama 10 minit dgn api kecil.
  • Masukkan garam secukupya dan masak sehingga kentang jadi empuk. Dihidangkan bersama daun ketumbar.
  • Tips:
  • Cendawan disalut dgn tepung jagung/ubi supaya dia tidak menyerap terlalu banyak garam.
  • Keringkan sos sebelum tambah air akan mengharumkan lagi kuah dia nanti.

CENDAWAN AYANG


Cendawan

Leh makan dgn nasi putih...cepat,ringkas dan sodap.... sesuai untuk para isteri yang bekerja...jimat mase....


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • Cendawan (1 peket) -biasa jual kat pasaraya tu...cendawan putih...
  • Bawang putih dan merah -dimayang
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 3 biji cili padi -dipotong kecil2
  • kiub Ayam Maggi
  • sikit sos ikan

Cara-cara

  • Minyak dipanaskan dan masukkan bawang yang telah dimayang tu
  • Setelah agak kuning masukkan 2 cawan air dan biarkan gelegak..
  • Lepas tu leh masukkan cili yang dipotong kecil2 tu..
  • Masukkan sedikit kiub ayam maggi tu..
  • pastu leh la masukkan cendawan yang dah dipotng tu....untuk sedapkan lagi leh gak titiskan sket sos ikan...tambah garam sket...
  • 5 minit leh angkat dan hidang...fuh....sedap...suami ayang suke makan nie..........try laaaaaaaa....

BEEF STEW WITH MEETBALL

Stew_myresipi

stew versi melayu. sedap dimakan bersama garlic bread


Bahan-bahan ( 8-10 orang )

MEATBALL:
  • 700gm daging cincang/kisar
  • 170gm biskut cream cracker (hancurkan)
  • 6 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 1 inchi halia (tumbuk lumat)
  • 1 sdb garam
  • 1 1/2 sdb serbuk lada sulah
  • 2 sdb tepung jagung
  • sedikit daun sup (potong halus)
  • 1 biji telur
  • 2 biji telur (untuk menggoreng)

BAHAN STEW:

  • 1 inchi halia
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 sdk oregano (optional)
  • 100gm @ 1 tin kecil tomato puree
  • 115gm @ 1/2 botol kecil sos tomato
  • 3 liter air
  • 1 batang tulang rusuk lembu (potong kecil dan rebus dahulu. Ketepikan bersama stoknya sekali)
  • 1 sdb tepung jagung (bancuh bersama sedikit air)
  • 2 biji carrot (potong segiempat tepat)
  • 7 biji kentang (potong 4 menegak dan goreng)
  • Kobis bunga

Cara-cara

MEATBALL:

  • Campurkan semua bahan (kecuali 2 biji telur untuk menggoreng), dan gaul sebati.
  • Bentukkan bebola (saiz jangan terlalu kecil sbb biasanya saiz untuk stew agak besar).
  • Gaulkan ke dalam telur yang dipukul dahulu sebelum menggoreng.
  • STEW: Kisar halia, cili kering, bawang putih dan bawang merah. Kemudian, tumis bahan ini sehingga garing.
  • Masukkan pula tulang bersama-sama air stoknya sekali. Kemudian, tambahkan lagi air (3liter).
  • Apabila sudah mendidih, masukkan tomato puree& tomato sos. Kacau.
  • Masuk pula garam, serbuk perisa (jika suka), kobis bunga dan carrot.
  • Bila kobis & carrot sudah separuh masak, masukkan air campuran tepung jagung.
  • Akhir sekali, masukkan meatball dan kentang goreng.
  • Kacau sedikit dan matikan api. Boleh dihidang bersama garlic bread atau apa-apa jua hidangan bersesuaian.

P/S: Tak semestinya guna tulang rusuk lembu. Boleh juga guna any other parts ataupun tulang-tulang ayam seperti kaki, leher etc.. dengan timbangan yang setara.

MEATBALL & PASTA SOUP


Pic_006

Bahan-bahan ( 18-20 biji meatball (ikut size meatball yg anda buat) )


Meatball:
  • 500g daging mince
  • 2 Weet-bix diramas (ganti dgn cornflakes yg diramas)
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1/2 biji bawang besar - didadu kecil2
  • 1/2 biji carrot - didadu kecil2
  • 1 sudu besar Worcestershire sos (sy ganti dgn HP sos)
  • 1 sudu besar tomato/cili sos

Soup:

  • 1 liter stok ayam (1 liter air+1 1/2 kiub ayam)
  • 1-2 sudu besar kicap soya pekat
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 250 g macaroni (atau apa2 pasta yg sesuai)
  • 1 biji carrot - dihiris bulat2
  • 1 biji zucchini - dihiris bulat2 (ganti dgn timun)
  • 1/2 biji capsicum - didadu
  • garam secukup rasa
  • daun sup atau parsley utk hiasan

Cara-cara

Sediakan meatball.

  • Gaulkan semua bahan2 utk meatball dlm sebiji mangkuk. Tambah garam dan serbuk lada utk perasa.
  • Bentukkan bulat2 ikut saiz yg anda suka. Simpan dlm peti ais selama 20-30 min supaya bentuk akan kekal.

Sediakan soup.

  • Campukan stok ayam, kicap soya pekat, dan bawang putih di dalam sebiji periuk. Hidupkan api. Tutup periuk, masak sebentar.
  • Tambahkan meatball dan pasta ke dalam periuk. Masak sehingga meatball dan pasta hampir masak.
  • Tambahkan semua sayur2. Teruskan memasak hingga 3-4 minit. Siap, hidangkan. Taburkan daun sup atau parsley. Sedap dimakan panas2.
  • Disebabkan takde pasta dlm stok, sy hidangkan meatball soup dgn bubur nasi. Dan kalau meatball terlebih, boleh simpan separuh dlm freezer dan masak lain kali.

Meatball juga boleh digoreng.

  • Caranya sediakan meatball spt di atas. Kemudian, salut dgn telur dan gaulkan dgn breadcrumbs dan goreng.

Mexican Chicken Soup

Dsc00323

From Real Simple magazine. Mmg simple & sedap.

Bahan-bahan ( 6-8 servings )

  • 2 whole chickens or chicken pieces equal to 2 whole chickens, 4 carrots, halved crosswise, or baby carrots 1 large yellow onions, halved 1 tbsp salt 1 1/2 cups rice 1/4 tsp black pepper 2 avocados 1/2 cup fresh cilantro leaves, chopped 3 limes, ha

Cara-cara

  • Rinse chickens and pat dry with paper towels. Place the chickens, carrots, onion, and salt in a pot. Add enough water (about 16 cups) to cover. Bring to a boil. Reduce heat and simmer gently, uncovered, for 1 hr. Skim off any foam that appears. Transfer chickens to plates; let cool. Remove onion. Add rice to the broth and simmer for 20 mins. Meanwhile, shred the chicken meat, discard the skin and bones. Add the meat and pepper to the broth and heat for 3 mins. Scoop the avocados into individual bowls and ladle the soup over the top. Spirnkle with cilantro and squeeze on the limes.

SOTO MADURA


Soto_madura

Resepi dari biras, sedap dan senang untuk membuatnya.

Bahan-bahan ( Satu family (5-6 orang) )

  • Seekor ayam – dipotong kecil-kecil
  • 1 1/2 biji kelapa – diambil santannya
  • ½ biji kelapa – dibuat kerisik
  • 3 batang serai – dititik

Rempah ratus secukupnya – untuk menumis

  • (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ sudu besar serbuk jintan manis
  • 6 ulas bawang merah (*)
  • 6 ulas bawang putih (*)
  • 1 inci kunyit hidup (*)
  • 1 inci halia (*)

Lain2 bahan yang diperlukan :
  • Sambal kicap
  • Hirisan timun pusing
  • Nasi impit secukupnya

Cara-cara

  • Kisar bahan2 bertanda (*) hingga lumat.
  • Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Tumis rempah ratus hingga kekuningan. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar.
  • Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik dan ayam.
  • Gaulkan ayam bersama2 bahan tumis supayan mesra dalam lebih kurang 5 minit.
  • Kemudian masukkan kerisik dan santan. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Siap untuk dihidangkan.
  • *** Hidangkan bersama nasi impit, sambal kicap dan timun pusing

SUP TULANG


Sup

Sup orang bujang.. Boleh makan dengan nasi dan juga buat mee sup. Time malas nak masak boleh pekena nasi sup untuk lunch.. belah malam makan mee sup.. sodap!!

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g tulang lembu
  • 1 sup bunjut adabi
  • 2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie
  • 2 1/2 liter air.
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • minyak untuk menumis
  • daun sup/ daun bawang
  • bawang goreng
  • cili padi -kalo nak pedas :)
  • limau nipis- kalo suka masam2 sket..
  • 2 ketul ubi kentang
  • 1/2 batang lobak merah

Cara-cara

  1. Mula-mula cucilah tulang temulang.
  2. Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
  3. Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
  4. Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
  5. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
  6. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
  7. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..
  8. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
  9. Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
  10. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.


SUP CENDAWAN


Resize_of_img_6090

sup cendawan yang simple.. enak dimakan bersama roti atau nasi


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 5-6 cendawan
  • carrot
  • isi ayam
  • isi ketam
  • tepung jagung
  • sos tiram
  • putih telur ( daripada sebiji telur)
  • sekeping tauhu

Cara-cara

  1. cendawan, tauhu, isi ayam, dan carrot dipotong nipis-nipis
  2. isi ayam dicampurkan dengan sesudu tepung jagung
  3. didihkan air didalam periuk dan masukkan isi ayam tadi
  4. masukkan cendawan, carrot, dan tauhu. isi ketam jangan masukkan terlalu awal takut terlalu hancur.
  5. masukkan 2 sudu sos tiram
  6. bancuh tepung jagung dengan sedikit air. masukkan ke dalam masakan tadi. pastikan kuah sedikit likat.
  7. tambah garam secukup rasa dan masukkan putih telur sambil dikacau.
  8. bolehlah dimakan begitu saja atau dimakan bersama nasi atau roti

MUSHROOM SOUP


Dscf5116

mushroom soup ala2 pizza huts.. bole buat kat rumah ajer

Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.

Sup Salad


Sup

cepat & sedap dimakan



Bahan-bahan ( 2-4 Org )

  • 1 ulas bwg putih
  • 1 labu bwg merah
  • sedikit ikan bilis
  • 1 ketul kuib ayam
  • 2 cwn air
  • 1/4 biji salad (lettuce)
  • Garam secukup rasa
  • 1 1/2 sb minyak masak (utk menumis)

Cara-cara

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
  2. Cincang bwg putih,merah dan tumis sehingga wangi
  3. Masukkan air bersama kuib ayam renehkan sup sampai mendidih
  4. Sup yg memdidih tadi ditambah sedikit garam kacau dan tutup api
  5. Masukkan salad biar layu seketika & boleh dihidang bersama ikan bilis goreng tadi


MISO SHIRU { PES KACANG SOYA }


Photo-0034

ina@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 periuk sederhana )

  • 2 sudu besar Miso paste (boleh digantikan dengan tauchu yg dilumatkan)
  • 1 paket dashi (stok ikan & sayuran)
  • tahu kering
  • wakame (rumpai laut lembut)
  • bahan2 lain yang disukai seperti tahu lembut, udang, kupah dan adik beradiknya, isi ikan, bawang, lobak putih (apa2 sahaja. selalunya hanya sayuran dan makanan laut)

Cara-cara

  1. Photo-00261
    Didihkan dashi ke dalam satu periuk air.
  2. Photo-0031
    Masukkan tahu kering yang dihiris dan bahan2 lain yang disukai
  3. Photo-0027
    Biarkan api yang kecil, renihkan sup di dalam periuk itu. Letak miso pes ke dalam penapis kecil dan kacau2 di dalam periuk tadi. Ini untuk membuang hampas2 kacang soya tadi. Jangan didihkan airnya kerana ini akan merubah rasa miso tersebut.
  4. Photo-0024
    Akhir sekali, masukkan wakame kering dan tutup api. Wakame akan mengembang di dalam air panas tersebut.

SUP CENDAWAN DAUN KUNYIT


Supcendawan

Resipi daripada mak mentua


Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 200g Cendawan Tiram
  • *1 Labu Bawang Besar
  • *1 Ulas Bawang Putih
  • *1 Biji Lada Merah
  • 1 helai Daun Kunyit
  • 10 Ekor Ikan Bilis - Di belah 2
  • 700ml Air
  • Minyak Masak untuk menumis
  • Garam - secukup rasa

Cara-cara

  1. Belah cendawan ikut suka hendak kecil2 boleh besar2 pun boleh,cuci & toskan airnya. Bahan * dimayang.
  2. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis ikan bilis,bahan * & daun kunyit. Setelah naik bau, masukkan air.
  3. Biarkan air mendidih dahulu baru masukkan cendawan dan garam secukup rasa. Dalam 2min matikan api.


SUP LOBAK PUTIH


Sup_lobak__putih

Sup untuk kesihatan buah pinggang....dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak...

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor rangka ayam
  • 1 batang lobak putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Halia
  • 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Garam

Cara-cara

  1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
  2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
  3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
  4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
  5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
  6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.


SUP AYAM SPECIAL


Sup_ayam

cara menyediakannya yg membuatkan sup ayam ini sedap & wangi

Bahan-bahan ( 8org )

  • 1 ekor ayam potong 16
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang