MEATBALL & PASTA SOUP


Pic_006

Bahan-bahan ( 18-20 biji meatball (ikut size meatball yg anda buat) )


Meatball:
  • 500g daging mince
  • 2 Weet-bix diramas (ganti dgn cornflakes yg diramas)
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1/2 biji bawang besar - didadu kecil2
  • 1/2 biji carrot - didadu kecil2
  • 1 sudu besar Worcestershire sos (sy ganti dgn HP sos)
  • 1 sudu besar tomato/cili sos

Soup:

  • 1 liter stok ayam (1 liter air+1 1/2 kiub ayam)
  • 1-2 sudu besar kicap soya pekat
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 250 g macaroni (atau apa2 pasta yg sesuai)
  • 1 biji carrot - dihiris bulat2
  • 1 biji zucchini - dihiris bulat2 (ganti dgn timun)
  • 1/2 biji capsicum - didadu
  • garam secukup rasa
  • daun sup atau parsley utk hiasan

Cara-cara

Sediakan meatball.

  • Gaulkan semua bahan2 utk meatball dlm sebiji mangkuk. Tambah garam dan serbuk lada utk perasa.
  • Bentukkan bulat2 ikut saiz yg anda suka. Simpan dlm peti ais selama 20-30 min supaya bentuk akan kekal.

Sediakan soup.

  • Campukan stok ayam, kicap soya pekat, dan bawang putih di dalam sebiji periuk. Hidupkan api. Tutup periuk, masak sebentar.
  • Tambahkan meatball dan pasta ke dalam periuk. Masak sehingga meatball dan pasta hampir masak.
  • Tambahkan semua sayur2. Teruskan memasak hingga 3-4 minit. Siap, hidangkan. Taburkan daun sup atau parsley. Sedap dimakan panas2.
  • Disebabkan takde pasta dlm stok, sy hidangkan meatball soup dgn bubur nasi. Dan kalau meatball terlebih, boleh simpan separuh dlm freezer dan masak lain kali.

Meatball juga boleh digoreng.

  • Caranya sediakan meatball spt di atas. Kemudian, salut dgn telur dan gaulkan dgn breadcrumbs dan goreng.

0 comments:

Post a Comment