Showing posts with label spaghetti. Show all posts
Showing posts with label spaghetti. Show all posts

Meatball Spagetthi

Photo-0179

hana6877@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang mkn )

  • spagethi
  • 285g sos spagetthi
  • 1/2 biji bwg besar - cincang
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • cendawan butang - dipotong nipis
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
Bhn2 untuk Meatball
  • 200g daging hancur
  • 50g serbuk roti
  • 1/2 biji telur
  • 1/2 biji bwg besar- cincang
  • lada sulah
  • oregano
  • garam

Cara-cara

Untuk buat Meatballs
  • campurkan daging dengan serbuk roti,telur,bwg yg telah dicincang,lada sulah,oregano n garam. Gaul sebati.
  • Kemudian bulat2kan.Bakar dlm oven lebih kurang 10 minit.
Untuk buat sos
  • tumiskan bwg besar n bwg putih. Masukkan tomato yg dipotong dadu.Tumis sampai tomato hancur.
  • Masukkan sos spagethi n cendawan butang. Perasakan dengan skit garam. Didihkan.
  • Masukkan meatball yg dh masak td. gaul rata.Tutup api.Curahkan atas mee spagethi.Nak sedap lg bleh taburkan keju parmesan.Tk nk pun tkpe...

LINGUINI FRA DIAVOLO



Sumber: JC (FRD)

Resipi ini dikongsi bersama oleh Saudari JC (FRD). Mengikut kata JC resipi ini sesuai menggunakan seafood dan ada rasa pedas-pedas sikit. Boleh kita pelbagaikan menu keluarga yang ada. Kepada JC thanks for sharing this recipe with us all.


Bahan-bahannya
  • 1 lb linguini or spaghetti or vermicheli or angel hair pasta
  • 1 lb udang sederhana besar
  • 1 lb scallop ( boleh gantikan dgn any kind of seafood mcm mussel, isi ketam, lobster or add more udang)
  • 6-7 ulas bawang putih dicincang
  • 32 oz can tomatos
  • 1 cawan hirisan cendawan butang (optional)
  • 1/2 cawan hirisan black olive( optional)
  • 1 tsp each of dry basil, oregano & parsley
  • 1 tsp serbuk lada ( kalau nak pedas bubuh banyak sikit)
  • garam & black pepper scukup rasa
  • Sedikit olive oil or vege oil utk menumis
Cara-caranya
  • Panaskan dlm 2 sudu besar minyak tumis bawang putih cincang jgn sampai hangus. Masuk cendawan & olive.
  • Masukkan sos tomato di ikuti dgn semua dry herbs, serbuk lada, garam dan black pepper.
  • Kecilkan api biarkan mendidih perlahan2 dlm 1/2 jam. Sementara itu didihkan air dlm periuk besar letak sikit minyak & garam dan rebus pasta dlm 10 min atau hingga masak. toskan & ketepikan
  • Dalam periuk yg lain masukkan beberapa sudu besar minyak masukkan seafood..Letak secubit garam & pepper masak hingga udang bertukar pink kemudian curahkan kedlm tomato sos mixture biarkan mendidih sekejap lagi.
  • Bolehlah dihidang dgn garlic bread.
Nota dari JC:
  • Kalau guna fresh tomatos calarkan kulitnya sikit lepas tu masukkan buah tomato dlm air mendidih, biar kan sekejap.
  • Angkat masukkan dlm air sejuk, siat kulitnya potong dua buang bijinya kemudian kisar. Bolehlah digunakan utk buat sos tomato.

Spaghetti Sihat


P1150011

Mudah dan fleksibel...rasa ala-ala fusion food (Italian Asian).


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 300 gram isi ayam, dipotong dadu (boleh tambah jika suka)
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 biji lada benggala (capsicum) merah - didadu
  • 1 batang carrot – didadu
  • ½ tin cendawan butang – dihiris ikut suka (boleh juga guna cendawan tiram)
  • 2 biji tomato segar – dipotong enam
  • 100 gram daun parsley segar – dihiris halus bahagian daun sahaja, macam buat kerabu
  • 2 sudu besar lada hitam serbuk (yang kasar-kasar)
  • ½ sudu teh herba oregano kering (jika suka)
  • Perahan ½ biji lemon atau 2 sudu besar cuka apel (cider vinegar)
  • 1 kiub stok ayam
  • 1 cawan minyak zaitun
  • Garam secukupnya

Cara-cara

  • Rebus 2 liter air dalam periuk yang besar. Masukkan spaghetti apabila air mendidih dengan sedikit garam. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
  • Dengan menggunakan api sedang, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun. Jangan ditumis garing, cukup sekadar bawang layu.
  • Masukkan daging ayam, kacau hingga nampak kesemua daging ayam telah masak.
  • Masukkan capsicum, carrot dan cendawan dan tomato. Kacau rata.
  • Masukkan lada hitam, daun parsley, herba oregano (jika suka), dan taburan kiub ayam. Kacau sebentar dan tutup api.
  • Ambil spaghetti yang telah direbus tadi, masukkan dalam kuali yang dimasak ayam tadi (masih panas). Toskan hingga rata.
  • Masukkan perahan lemon atau cider vinegar, dan toskan spaghetti lagi. Perasakan garamnya, jika kurang masin, taburkan sedikit garam dan toskan lagi. Jika suka pedas, boleh tambah chilli flakes atau lebihkan lada hitam.
  • Mesti dihidang terus, panas-panas.
Tips :
  • Minyak zaitun yang digunakan agak banyak kerana ia menjadi base sauce yang menyalut spaghetti. Minyak ini menyihatkan kerana ianya monounsaturated, dan baunya juga lebih harum.

Spaghetti mudah


Dsc04086

masa pergi rumah kawan dia hidangkan. simple je... sedap pulak tu


Bahan-bahan ( 1 orang )

  • spaghetti
  • 8 ekor kerang besar
  • garam
  • minyak
  • daun basil dan daun paseri

Cara-cara

  1. Dsc04082
    [lembutkan spaghetti]masukkan spaghetti dalam air panas dan masukkan sedikit garam dan minyak.
  2. Dsc04083
    gaulkan kerang dengan garam. masukkan kerang dalam kuali dan ditutup sehingga masak.
  3. Dsc04084
    masukkan spaghetti yang telah dilembutkan tadi.
  4. Dsc04085
    kalau tak cukup masin boleh tambah garam. tabur daun basil dan daun paseri.
  5. boleh juga masukkan seafood mix menggantikan kerang atau dimasukkan selepas kerang separuh masak.

Spaghetti udang ringkas


Img_0344

pelbagaikn rasa spaghetti yg mudah dan cepat nk disediakn..


Bahan-bahan ( 1~2org )

  • 200g spaghetti
  • 4 sd besar minyak zaitun (minyak masak pon ok)
  • 12~15 ekor udang yg dikupas kulit
  • 4 kpg cendawan
  • 3 ulas bwg putih diracik halus
  • 2 sd besar sos tomato
  • tomato (optional)
  • serbuk parsley (optional)
  • garam dan sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara

  • rebus spaghetti dlm air panas yg telah dimasukkn sedikit garam dan 1 sd minyak(nk bg x nk melekat)
  • bila spaghetti dh siap dicelur, toskn.
  • dlm kuali, panaskn minyak. Tumis bwg putih sampai wangi.
  • masukkn udang, gorengkn sebentar. Kemudian masukkn cendawan dan goreng lg.
  • Masukkn spaghetti,tomato dan sos tomato. Tambah lada hitam dan garam.
  • bila nk dihidangkn, boleh la ditabur dgn serbuk parsley.
  • Nota: Ms rebus spaghetti tu, nk th dh cukup masak ke x, ambik sedikit spaghetti dan balingkn ke dinding. Kalo melekat kt dinding tu, dh bole diangkat dan ditoskn.

Cold spaghetti Salad


Salad

Spaghetti dengan italian salad dressing


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 200g spaghetti
  • mini tomato
  • 2 helai lettuce
  • italian salad dressing
  • paprika(optional)

Cara-cara

  • Rebus spaghetti dengan sedikit garam sehingga lembut
  • Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan lain.
  • Simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan

Spaghetti Segera


Dsc01184

resepi sendiri



Bahan-bahan ( 4-6 orang makan )

  • 3 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 6 biji bawang merah (dicincang halus)
  • Isi ayam 1 mangkuk sederhana (ikut suka)
  • Lobak merah 1-2 biji,brocolli (ikut suka,potong kecil)
  • 3 sudu paste cili kering (sape nk pedas tambah lg ler)
  • 1 botol sos speghetti oregano + garlic kecil Kimball @ Prego
  • minyak masak
  • garam secukup rasa
  • sebungkus spaghetti

Cara-cara

  • Didihkan air dalam periuk,masuk garam 2 sudu kecil,masukkan spaghetti,masuk 2 sudu minyak.Angkat setelah spaghetti lembut.
  • Panaskan kuali dgn minyak,masukkan bawang putih dan bawang merah.Setelah naik bau,masukkan cili kering.Tumis sampai naik minyak.
  • Setelah itu,masukkan isi ayam.Masukkan sedikit air,biar sekejap.Kemudian masukkan semua sayur.
  • Then,masukkan sos spaghetti.Gaul rata.Dan bolehlah dihidangkan bersama spaghetti.SELAMAT MENCUBA..


SPAGHETTI CARBONARA

Sumber : Yanti

Bahan

  • 1 bungkus spaghetti direbus dgn sedikit minyak & tos
  • 2 sudu makan olive oil
  • Isi ayam 300gm
  • 1 tin cooking cream (saya beli jenama Nestle)
  • 200ml fresh milk
  • 1 tin button mushroom(slice nipis)
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 3 biji bawang putih ditumbuk halus
  • Lada sulah secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Parmeson Cheese utk dtabur

Cara

  • Panaskan olive oil, tumis bawang putih & bawang besar yang didadu tadi sampai wangi.
  • Masukkan isi ayam, tunggu sehingga masak baru masukkan mushroom.
  • Masukkan fresh milk & cooking cream, masukkan sedikit air. (Agak2 sbb kuah dia mesti pekat2
  • sikit)
  • Perasakan dengan garam & lada sulah.
  • Lastly masukkan spaghetti, kacau rata. (saya x campurkan sekali dgn kuah)
  • Bila nak makan, taburkan cheeseee...nyummmyyyy....