Showing posts with label aneka pie. Show all posts
Showing posts with label aneka pie. Show all posts

CUSTARD EPAL PIE

92

Bahan-bahan ( 10-11 inci daimeter )

  • 250g Tepung
  • 125g Butter beku
  • 3 tbsp Gula
  • 1 telur kuning
  • 1-3 tbsp Air
  • 6-8 biji epal
  • 1-2 tbsp Gula - utk tabur
  • 2 biji Telur
  • 1 tin Krim
  • 1 tsp Esen Vanilla
  • 1/2 cwn Gula kastor

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, gula & butter shingga menjadi spt serbuk roti. Jgn di ramas tp guna taktik potong dgn pisau atau yg ada food processor pun ok. Masukkan telur kuning & gaul sehingga menjadi doh. Campurkan air jika perlu sedikit2.
  2. Sejukkan pastri 20 minit & gelekan & letakkan ke dlm tin pai.
  3. Potong epal spt dlm gambar susun ke dlm pastri. Tabur gula & bakar 200C selama 20 minit.
  4. Pukul telur & gula. Masukkan krim & esen & pukul sehingga sebati. Tuangkan ke atas epal tadi.
  5. Bakar 180C selama 20 minit atau sehingga masak.
  6. Sejukkan & chill. Enjoy!

PUMPKIN PIE

Dsc05132

newbie123@myresipi.com

Bahan-bahan ( satu pie )

  • Labu kuning dipotong dan rebus hingga lembut (setelah dilenyek menghasilkan 2 mangkuk - 1/2 biji labu bersaiz sederhana)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 10-12 keping biskut digestive (saya guna McVities - paket kecik pun dah cukup)
  • 3-4 sudu makan butter

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Dsc05129
    Biskut digestive dihancurkan dan gaulkan dengan butter sehingga sebati. Tekan dan ratakan biskut tadi di dasar acuan kek springform.
  3. Dsc05128
    Di dalam satu mangkuk, masukkan labu yang telah dilenyek. Campurkan susu pekat manis, telur, dan serbuk kayu manis. Kacau sebati. Rasa manisnya. Jika kurang manis, tambahkah gula yang 1/2 cawan tadi mengikut citarasa manis anda.
  4. Tuangkan adunan labu kedalam acuan kek dan bakar selama lebih kurang 40 minit. Cucukkan dengan garpu jika garpu keluar bersih, pie sudah masak.
  5. Pumpkin Pie lebih enak jika disejukkan dahulu sebelum dihidangkan. Hidangkan dengan whip cream. Memang lazat.
  6. ** NOTA: Acuan yg saya gunakan bersaiz 9 x 3 inci.

STRAWBERRY PIE [ 2 ]

Dsc01734

boleh buat utk minum petang :)

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan gula
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 cawan air
  • 1 sudu jus lemon
  • 1/4 cawan gelatin strawberry
  • 1 liter strawberry dipotong nipis
  • 1 acuan pie yang siap dibakar 9-inch (boleh beli adunan yg dah siap)

Cara-cara

  • Campurkan gula, tepung jagung dan air. Panaskan dengan api sederhana sehingga menjadi pekat. Kacau selalu.
  • Jauhkan daripada dapur, dan masukkan jus lemon dan serbuk gelatin (boleh juga guna pewarna kalau mahu). Kacau sehingga adunan menjadi pekat.
  • Letakkan strawberry di dalam adunan pai yang telah dibakar selama 25 min pada suhu 175C. Curahkan adunan yg dah pekat tadi ke atas strawberry.
  • Sejukkan dalam peti selama lebih kurang 4 jam.
  • Boleh lah di makan..:)

CHOCO STICK PIE

Chocostickpie

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 2 keping puff pastry
  • chocolate button/chocochips secukupnya
  • 1-2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar telur

Cara-cara

  1. Panaskan oven sehingga suhu 200 degree
  2. Potong setiap keping puff pastry kepada 4
  3. Sapukan setiap potongan puff pasty tadi dengan telur.
  4. Taburkan gula ke atas puff tadi
  5. Chocostickpie2
    Kemudian lekatkan chocolate button ke atas puff tu.
  6. Bakar selama 10-15 minit

STRAWBERRY PIE [ 1 ]

26052008453

aa ni dia resipi pie yang kena buat from scratch

Bahan-bahan ( 1 biji size 10" )

Crust base:-
  • 140g tepung
  • 1/8 tsp garam
  • 30g gula kaster
  • 115g butter yang sejuk
  • 1-2 tbs air ais
Krim Pastri:-
  • 80g gula
  • 2 telur gred B (kacau2 sikit)
  • 1 telur kuning gred B (kacau sikit)
  • 2 tbs tepung jagung
  • 235ml susu
  • 120ml whipping krim
  • 2tsp esen vanilla
Topping:-
  • suka hati nk topping apa. saya dlm gambar nih pakai inti pie strawberry dalam tin
  • tapi sebagai variasi boleh pakai buah kiwi,strawberry, peach, anggur. semua buah hiris cantik cantik, anggur tak hiris pon tak pe
  • piping jelly

Cara-cara

crust base:-
  • campurkan garam, gula, tepung dalam satu mangkuk sederhana/mixer. potong butter jadi kuib kemudian masukkan pada tepung tadi
  • pakai blender pastri atau dough blade untuk blend sehingga jadi macam breadcrumb.
  • dalam bekas lain kacau telur kuning dengan air sejuk. kemudian baru campur pada adunan pastri tadi.
  • kacau sehingga adunan jadi lembap. doh sepatutnya dah boleh form jadi bola. bungkus dengan plastik wrap sempan dalam peti selama 30 minit.
  • kemudian rollkan doh kepada ketebalan yang suka dan 2.5cm lebar lagi dari loyang pie. then padankan pada loyang pie. kalau terkoyak masa transfer tepek je balik.
  • tebuk lubang pada dasar pastri dengan garfu.bakar crust pada 200c. selama 15minit.
  • keluarkan crust baru sapu telur pada crust then bakar balik selama 10-15minit atau samapai crust golden brown. then angkat sejukkan.
Krim Pastri:-
  • satukan gula, telur, telur kuning,dan tepung jagung dalam mangkuk sederhana. kacau then ketepikan.
  • dalam periuk panaskan/renehkan (simmer) krim dan susu. bila dah reneh alihkan drp api. satukan perlahan lahan ke campuran telur sambil kacau. awas jangan sampai termasak telur tu!
  • kacau pakai whisk tau. bila adunan tuh licin, panaskan balik sampai pekat. bila dah pekat biar sampai mendidih, masak selama 1 minit lagi. mesti kacau selalu takut berketul..
  • lastly baru masukkan esen vanilla. alih dari api. sejukkan.
  • bila crust dan krim pastri dah sejuk, tuangkan krim pada crust. setkan kejap selama 5 minit.
  • then susun buah buah yang dah hiris tadi then sapukan pipi jelly. or in mycase pakai yang ready made dalam tin.

MAC N CHEESE PUTERI DEE

Resipi ini adalah hasil sumbangan Puteri Dee (Resipi.Net). Thank you Dee for the great recipe.

Bahan-bahannya
  • 1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo (atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)
  • 220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti
  • 400 gram daging cincang
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 5 tangkai cili padi thailand, dicincang
  • 2 - 3 helai bay leaves (kering)
  • sedikit rempah oregano
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
  • 500 - 600 ml susu segar
  • 3 sudu besar tepung gandum
Cara-caranya
  • Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.
Untuk Sos Merah:
  • Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
  • Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.
Untuk Sos Cheese:
  • Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.
Cara menyediakan Mac N Cheese:
  • Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan. Dapat menyediakan 2 loyang 8 x 8 inci.
NOTA:
  • Jika menggunakan sos spaghetti, anda boleh kecualikan penggunaan rempah oregano dan bay leaves.

SWEET POTATO PIE

Sumber: JC (FRD)
Sweet Potato Pie ini tidak terlalu manis dan sesuai untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.

Bahan untuk Kulit Pie
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 1 1/2 cawan shortening
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air ice
  • 1 sudu besar cuka
Cara-caranya
  • Campurkan tepung, gula dan garam dalam mangkuk. Masukkan shortening dan gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Dalam mangkuk kecil pukul telur kemudian masukkan air ice dan cuka, pukul hingga sebati.
  • Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan adun/uli hingga menjadi doh lembut.
  • Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar dan bentukkan setiap satu bulat selepar 5 inci. Bungkuskan dengan cling wrap dan simpan dalam fridge hingga sampai waktu untuk digunakan.
Bahan untuk inti sweet potato
  • 4 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 biji telur - asingkan kuning dan putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 2 cawan keledek yang direbus dan dilecek
  • 1 cawa susu penuh krim/susu segar
Cara-caranya
  • Panaskan oven 350'F (175’C).
  • Didalam mangkuk pukul butter dan gula. Kemudian masukkan kuning telur dan kulit kayu manis dan pukul hingga sebati.
  • Masukkan keledek dan susu segar. Kacau sehingga ia sebati.
  • Didalam mangkuk berasingan pukul putih telur sehingga putih dan kaku.
  • Masukkan kedalam adunan keledek dan kaup balikkan sehingga ia sebati.
Cara menyediakan Sweet Potato Pie
  • Kulit pie dicanai dan diletakkan dalam loyang pie.
  • Kemudian masukkan adunan inti sweet potatot kedalamnya.
  • Dihias mengikut kreativiti anda. Dibakar selama 40 minit atau sehingga bila lidi dicucuk keluar bersih menandakan ia telah dibakar dengan sempurna.

APPLE CRUMBLE





APPLE CRUMBLE

Pie Crust
Source: Recipezaar

Ingredients
  • 2 1/2 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon salt
  • 1 teaspoon sugar
  • 1 cup unsalted butter, cut into 1 tbsp. pcs., very cold
  • 1/4-1/2 cup cold water
Directions
  • Put the flour, salt and sugar into a food processor and pulse once or twice.
  • Add the butter and process until the mixture looks grainy.
  • Then slowly, while pulsing, add the water until you can form the dough by pressing it between your fingers.
  • Decant the loose dough onto a piece of plastic wrap.
  • Using the wrap, fold the loose dough towards the middle and press with the back of your hands to form dough.
  • Split into two pieces and wrap each and chill for at least 4 hours before using.
  • Dough can be made ahead for up to one week.
Apple Crumble Fillings
Source: Allrecipes.com

INGREDIENTS
  • 1 (9 inch) pie shell
  • 6 cups thinly sliced apples
  • 1 tablespoon lemon juice (optional)
  • 3/4 cup white sugar
  • 2 tablespoons all-purpose flour
  • 1/2 teaspoon ground cinnamon
  • 1/8 teaspoon ground nutmeg
  • 1/2 cup raisins (optional)
  • 1/2 cup chopped walnuts (optional)
  • 1/2 cup all-purpose flour
  • 1/2 cup packed brown sugar
  • 3 tablespoons butter
DIRECTIONS
  • Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C).
  • Place sliced apples in a large bowl. Sprinkle with lemon juice if desired. In a small bowl, mix together white sugar, 2 tablespoons flour, cinnamon, and nutmeg. Sprinkle mixture over apples. Toss until apples are evenly coated. Stir in raisins and walnuts if desired. Spoon mixture into pastry shell.
  • In a small bowl mix together 1/2 cup flour and brown sugar. Cut in butter or margarine until mixture is crumbly. Sprinkle mixture over apple filling. Cover top loosely with aluminum foil.
  • Bake in preheated oven for 25 minutes. Remove foil and bake an additional 25 to 30 minutes, until top is golden brown. Cool on a wire rack.

COD AND PRAWN PIE

Sumber: Kak NoorMasri/ Kak Fatim (FRD)


Bahan-bahannya
  • 480 g cod fillets (kak tim guna dory fish)
  • 1 helai daun bay
  • 450 ml susu segar
  • 800 g ubi kentang } potong kecil dan rebus empuk, toskan
  • 50 gm mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar parsley cincang
  • 150 g udang kecil - buang kulit
  • Parutan cheddar cheese secukupnya
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Cara-caranya
  • Masak cod fillets & udang bersama daun bay & 2 sudu besar susu selama 5-8 minit.
  • Setelah masak buang daun bay, dengan menggunakan garpu lorek2kan isi ikan menjadi kepingan(flakes)-simpan susu tersebut(untuk masuk dlm sos nanti).
  • Kentang yg dah empuk dilenyek panas2 bersama 30 gm mentega, 2 sudu besar susu dan secubit garam.
  • Panaskan periuk, masukkan baki mentega dan tepung, kacau selama 1 minit.Tutup api, masukkan baki susu.
  • Panaskan semula sambil sentiasa kacau sehingga sos pekat.
  • Masukkan parsley, gaaram dan serbuk lada hitam, tutup api.
  • Masukkan ikan dan isi udang ke dalam sos tersebut(A).
  • Panaskan oven suhu 200'C.
  • Ambil mangkuk/loyang tahan panas, ratakan A.
  • Kemudian menggunakan piping bag, picitkan kentang lenyek ke atas sos tadi. Kemudian taburkan cheddar cheese secukupnya.
  • Masak dalam oven selama 20-25 minit atau sehingga perang.
  • Hidangkan panas-panas bersama perahan lemon jika suka.

PECAN PIE


Sumber: JC (FRD)

Bahan untuk Pie Crust Pastry
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 1 1/2 cawan shortening
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air ice
  • 1 sudu besar cuka
Cara-caranya
  • Campurkan tepung, gula & garam dlm mangkuk. masukkan shortening dan gaul ramas.
  • Dlm mangkuk kecil pukul telur kemudian masukkan air ice & cuka, pukul hingga betul2 bercampur. Curahkan campuran telur kedlm campuran tepung dan adun/uli hingga jadi doh lembut.
  • Bahagikan doh kepada 4 bahagian yg sama besar & dan bentukkan setiap satu seperti disk. Bungkuskan dgn cling wrap dan simpan dlm fridge hingga sampai waktu utk digunakan.
Bahannya untuk Pecan Pie
  • 1/4 cawan butter tanpa garam - suhu bilik
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 cawan dark corn syrup
  • 1/4 tsp garam
  • 3 biji telur
  • 1 cawan kacan pecan yg di cincang kasar - bakar sikit kemudian baru cincang
  • 1 kpg 9in pie crust
  • 12 biji pecan halves - untuk disusunkan mcm pic diatas
Cara-caranya
  • Panaskan oven 350'F. Masukkan pie crust kedlm pie plate. ketepikan
  • Dalam mangkuk adunkan butter, perlahan-lahan masukkan gula perang dan adun sebati.
  • Masukkan corn syrup dan garam kemudian dimasukkan telur satu persatu sambil diadun sebati.
  • Masukkan pecan yg dicincang. Kemudian curahkan adunan kedlm pie crust kemudian susun/ aturkan kacan pecan diatasnya ( mcm dlm gambar diatas).
  • Bakar selama 50 min atau hingga lidi yg dicucuk ditgh keluar licin. Sejukkan baru dipotong.
Nota dari JC:
  • Pie ini agak manis, boleh kurangkan sirapnya atau gantikan dengan light corn syrup.

RAISIN PIE




Sumber: JC (FRD)


Bahan untuk Pie Crust Pastry
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 1 1/2 cawan shortening
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air ice
  • 1 sudu besar cuka
Cara-caranya
  • Campurkan tepung, gula & garam dlm mangkuk. masukkan shortening dan gaul ramas.
  • Dlm mangkuk kecil pukul telur kemudian masukkan air ice & cuka, pukul hingga betul2 bercampur. Curahkan campuran telur kedlm campuran tepung dan adun/uli hingga jadi doh lembut.
  • Bahagikan doh kepada 4 bahagian yg sama besar & dan bentukkan setiap satu seperti disk. Bungkuskan dgn cling wrap dan simpan dlm fridge hingga sampai waktu utk digunakan.
RAISIN PIE

Bahan-bahannya
  • 2 kpg pie crust
  • 1/2 cawan + 2 sudu teh gula - dibahagikan
  • 1/4 cawan gula perang
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/3 cawan orange juice
  • 1 sudu teh grated orange zest
  • 1 3/4 cawan air
  • 3 cawan raisins/kismis
  • 1 sudu besar susu segar
Cara-caranya
  • Panaskan oven 375'F.
  • Gelek pie crust supaya muat 9-10 in pie pan. Dlm periuk sedang campurkan gula pasir, gula perang, tepung jagung kemudian masukkan orange juice & zest kacau sikit. masukkan air dan raisins. Masak atas api sedang hingga campuran menggelegak dan pekat. Sejukkan suhu bilik.
  • Curahkan adunan dlm pie shell kemudian tutupkan dgn crust yg kedua. Trimkan lebihan crust, tekan/kelimkan keliling pie supaya tak terbuka.
  • Buat beberapa potongan pendek atas pie supaya wap boleh keluar.
  • Sapukan susu segar di seluruh permukaan pie dan taburkan dgn 2 sudu teh gula pasir tadi. Bakar selama 45 min atau hingga pie berwana keperangan.

Cream Cheese & Peach Torte


Peach_creamchesee_tart__1_

actually macam pie or tart pun, cuma namer jer yang glamer, boleh gantikan dgn hirisan epal (toss with sugar and add ground cinnamon on top)


Bahan-bahan ( untuk 6 org )

  • 1/2 cwn butter
  • 1/3 cwn gula halus
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • 1 cwn tepung serba-guna (all-purpose)
  • 225g cream cheese
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • hirisan peach ( yang dlm tin )
  • 1/4 cup hirisan badam

Cara-cara

  • Panaskan oven ke 450 degrees F(230 degrees C).
  • Gaul sebati butter, gula, vanilla, and tepung dan boleh ditekan kedalam acuan. 9-inch springform pan. Rehatkan.
  • Pukul cream cheese bersama gula hingga kembang.Masukkan telur dan esen vanilla dangaul hingga sebati. Curahkan adunan cream ini ke dalam acuan tart yang disediakan tadi.Susunkan hirisan peach diatas nya.
  • Bakar selama 10 minit. Kurangkan shu ketuhar ke 400 degrees F(200 degrees C) dan bakar kembali sehingga 25 minit. letakkan hirisan badam diatas torte dan bakar sehingga kekuningan.

MEAT PIE


Meatpie

Resepi ni dpt dari tv... dah cuba pagi tadi, sedap!

Bahan-bahan ( 20-24 biji )

  • 1 sk minyak zaitun
  • ½ bawang besar (saiz kecil), dicincang
  • 250g daging, dicincang
  • 1 sb tomato paste
  • ½ cawan sayur campuran (frozen)
  • ½ cawan beef stock
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 2 cawan mashed potatoes
  • 3-4 keping puff pastry

Cara-cara

Untuk pastry
  • Panaskan oven pada suhu 170C. Potong puff pastry dgn cookies cutter yg bulat (8-10cm) kemudian masukkan puff pastry yg dipotong kedalam muffin tins. Bakar selama 20 minit. Keluarkan dan diketepikan.
Untuk Inti
  • Panaskan kuali, masukkan minyak dan goreng bawang besar sehingga layu.
  • Masukkan daging, goreng sehingga masak.
  • Masukkan tomato paste, sayur campuran, stock, garam dan lada hitam.
  • Masak dgn api kecil sehingga kuah jadi pekat. Biar sejuk sikit sebelum isi dlm pastry.
  • Ambil 1 sb inti daging, masukkan ke dlm puff pastry yg telah dibakar.
  • Kemudian, letak 1 sb mashed potatoes ke atas inti daging tadi.
  • Taburkan sedikit lada hitam di atas, klu suka boleh bakar dlm oven (200C) selama 10 minit sebelum dihidangkan.

SHEPHERD'S PIE


Img_9754

Best giler. Kesukaan staff kat opis saya ni. Thanks to kak Siti Mistima kerana sudi kongsi resepi ni.

Bahan-bahan ( 2 orang )

#Bahan untuk Inti#
  • 250 gram Minced beef
  • 100 gram mushroom (kalau ada budget lebih sedap guna fresh mushroom jenis portabello, kalau susah button mushroom yg dalam tin pun ok)
  • 1 biji bawang besar yg kaler kuning (Potong dadu)
  • 2 sudu besar Mushroom cream brand Campbell
  • Boleh juga masukkan sayur2an lain spt celery, carrot atau brocoli.

#Topping#
  • Mashed potato (ikut resepi Yani) atau boleh juga pakai instant potato
  • Mozarella Cheese

Cara-cara

  • Goreng bawang sampai agak layu.
  • Masukkan cendawan (step ni kalau guna cendawan fresh) kalau tak skip ke step seterusnya.
  • Masukkan minced beef, goring agak2 nak kering..
  • Masukkan krim mushroom, kalau daging tu liat tambah air sikit, masak sampai jadi pekat and agak kering.
  • Masukkan cendawan dan sayuran2an lain.
  • Perisakan. Tapi biasanya tak perlu letak garam sebab cream mushroom tu dah masin.
  • Ketepikan..
  • Letak inti dekat base loyang ke corningware ke atau bekas aluminium foil cam yg saya guna tu pun ok.
  • Letak mashed potato , taburkan mozzarella cheese
  • Bakar dlm oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cair kan cheese. (Biasanya dlm 10-15 minit je)
  • Sedap dimakan panas2.

APPLE PIE


Apple_pie

Harum dan mengasyikkan


Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )

  • 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
  • 200 g gula pasir
  • 50 g kismis
  • 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air

UNTUK DOH PIE :-
  • 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
  • 200 g mentega
  • 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
  • 250 g gula halus

Cara-cara

  1. Cake_and_muffin_004
    Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
  2. Cake_and_muffin_005
    Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
  3. Cake_and_muffin
    Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  4. Cake_and_muffin_007
    Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
  5. Cake_and_muffin_009
    Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
  6. Cake_and_muffin_008
    Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Selamat mencuba...............

PAI TUNA DAN CENDAWAN


Tuna_pie

Sesuai untuk semua majlis

Bahan-bahan ( 14 biji )


UNTUK DOH PAI:-

  • 260 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • 100 g mentega, didadu dan sejukkan
  • 1 biji telur Gread A, dikocok sedikit
  • 1/2 camca teh garam
  • 65 ml susu segar, disejukkan

UNTUK ISI PAI:-

  • 1 tin ikan tuna (185 g), ditoskan
  • 5 biji cendawan butang dalam tin, dihiris halus
  • 1 biji bawang besar, cincang halus
  • 2 helai bay leaf
  • 100 ml susu segar
  • 1/2 camca teh serbuk cili (jika suka)
  • 1 camca besar mentega
  • Secubit garam
  • 1 kuning telur, utk mengglis tat
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus

Cara-cara

  1. Pie_crust_dough
    UNTUK DOH PAI:- Satukan tepung dgn garam. Masukkan mentega sejuk dan gaul ramas hingga adunan seakan2 serbuk roti. Masukkan telur dan terus menggaul hingga rata. Tuang kan susu sejuk sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yg tidak melekat di magkuk adunan. Bungkus doh dan simpan dalam peti sejuk 20 minit. Jgn bimbang jika susu tidak habis digunakan.
  2. Tuna_and_muschroom_filling
    UNTUK ISI PAI:- Panaskan mentega dan tumis bawang besar, bawang putih dan cendawan hingga perang.Masukkan serbuk cili, bay leaf dan garam. Tuang isi ikan tuna dan gaul hingga sekata. Masukkan susu dan masak hingga hampir kering. Angkat dan sejukkan.
  3. Pie_crust_betwwen_2_sheet_of_plastic
    Keluarkan doh dari peti sejuk dan biarkan sebentar. Ambil kurang lebih sekepal doh (jgn terlalu besar) dan letak diantara 2 lapisan plastik. Canai doh setebal 3 mm dan alaskan doh tadi ke dalam acuan tat. Kemaskan dan potong lebihan doh
  4. Yummy_tuna_filling
    Isikan tat tadi dgn ikan tuna. Biar penuh.
  5. Get_ready_for_action
    Canai doh lagi dan terap dgn acuan bulat kurang lebih berdiameter 7 cm, dan tutup tat tadi. Kemaskan tepinya dan tekan2 bhg tepinya sedikit supaya lekat. Potong lebihan doh. Terap bentuk sekuntum bunga dan tepekkan di tgh2 tat tadi. Corak hiasan terpulang pada masing2.
  6. Ready_to_bake
    Kemudian, cucuk beberapa lubang dgn menggunakan lidi sate. Tujuannya ukt melepaskan wap semasa proses pembakaran. Sapu dgn kuning telur dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit.
  7. 6cm_x_2cm_pie_or_tart_mould
    Untuk pengetahuan semua, utk resepi ini, mat gunakan acuan tat ber diameter 6cm dan 2cm tinggi (seperti dalam gambar). Kepelbagaian bentuk dan ragam rupa terpulang pada semua.

APPLE PIE


Apple_pie

Harum dan mengasyikkan

Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )

  • 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
  • 200 g gula pasir
  • 50 g kismis
  • 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air

UNTUK DOH PIE :-
  • 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
  • 200 g mentega
  • 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
  • 250 g gula halus

Cara-cara

  1. Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
  2. Cake_and_muffin_005
    Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
  3. Cake_and_muffin
    Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  4. Cake_and_muffin_007
    Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
  5. Cake_and_muffin_009
    Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
  6. Cake_and_muffin_008
    Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Selamat mencuba........

MEAT PIE


Meatpie

Resepi ni dpt dari tv... dah cuba pagi tadi, sedap!

Bahan-bahan ( 20-24 biji )

  • 1 sk minyak zaitun
  • ½ bawang besar (saiz kecil), dicincang
  • 250g daging, dicincang
  • 1 sb tomato paste
  • ½ cawan sayur campuran (frozen)
  • ½ cawan beef stock
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 2 cawan mashed potatoes
  • 3-4 keping puff pastry

Cara-cara

Untuk pastry

  • Panaskan oven pada suhu 170C. Potong puff pastry dgn cookies cutter yg bulat (8-10cm) kemudian masukkan puff pastry yg dipotong kedalam muffin tins. Bakar selama 20 minit. Keluarkan dan diketepikan.

Untuk Inti

  • Panaskan kuali, masukkan minyak dan goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan daging, goreng sehingga masak. Masukkan tomato paste, sayur campuran, stock, garam dan lada hitam. Masak dgn api kecil sehingga kuah jadi pekat. Biar sejuk sikit sebelum isi dlm pastry.
  • Ambil 1 sb inti daging, masukkan ke dlm puff pastry yg telah dibakar. Kemudian, letak 1 sb mashed potatoes ke atas inti daging tadi.
  • Taburkan sedikit lada hitam di atas, klu suka boleh bakar dlm oven (200C) selama 10 minit sebelum dihidangkan.


CHICKEN POT PIE


Raya_n_ebay_031

Creamy n nice! Sesuai utk supper...


Bahan-bahan ( 6 )

  • 500 gm daging ayam bahagian dada – dipotong kiub/dadu
  • 1 cawan stok ayam (boleh guna kiub ayam hancurkan dalam air)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 1/2 cawam susu segar
  • 3 sudu besar butter
  • 1 ulas bawang besar kuning - cincang
  • 1 cawan celery - cincang
  • 1/3 cawan tepung gandum serbaguna
  • 2 cawan mixed vegetables (yang frozen tu, tapi defrost dulu)
  • 1 sudu besar parsley cincang
  • 1/2 sudu kecil herba thyme kering
  • Sekeping readymade shortcrust pastry untuk kulit pie (saiz Pyrex 9 inci) - ada jual di pasaraya
  • Sebiji telur - dipukul sedikit

Cara-cara

  1. Campurkan daging ayam, stok ayam, garam dan lada hitam dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kecilkan api bila mendidih. Tutup dan renih hingga ayam masak (dalam 10-20 minit). Keluarkan dari periuk, masuk dalam mangkuk besar. Masukkan susu ke dalam campuran ayam dan stok tadi.
  2. Dalam periuk yang sama, cairkan butter, masukkan bawang dan celery. Goreng selama 3 minit. Bila bawang dah layu, masukkan tepung gandum, kacau. Kemudian masukkan campuran stok ayam dan susu tadi sedikit demi sedikit. Renihkan, kacau sekali sekala hingga pekat dan mendidih.
  3. Raya_n_ebay_025
    Masukkan frozen veggies, parsley dan thyme, kacau. Bila dah naik bau, tutup api dan tuang ke dalam mangkuk pie Pyrex atau bekas tahan panas (loyang pun boleh).
  4. Panaskan oven 200 darjah Celcius.
  5. Canai shortcrust pastri atas permukaan yang ditabur sedikit tepung. Canai biar 1 inci lebih dari mangkuk pie. Tebuk lubang pada kulit pie guna garfu (cucuk je).
  6. Raya_n_ebay_029
    Letak pastri atas mangkuk pie. Tekan tepi-tepi mengikut bentuk keliling mangkuk pie. Potong lebihan pastri. Kumpul lebihan pastri tu, canai balik dan potong bentuk ikut suka dan susun atas kulit pie. Saya buat bentuk bunga coz itu je cookie cutter yang ada ;-)
  7. Sapukan telur atas kulit pie. Bakar dalam oven selama 30 minit atau sehingga kulit pie dah golden colour dan inti dah bubbling (menggelegak). Keluarkan dari oven, sejukkan 10 minit, bolehlah dihidang.

SHERPERD PIE


Collage87

pie daging cincang/isi ayam dengan ubi kentang..saye blajar resepi ni masa keje part kat cyber cafe lepas habis SPM...lama dah.. :)

Bahan-bahan ( 20cm )

(1) Untuk lapisan bawah
  • 200g daging cincang (nak pakai ayam pun bleh tp lagi sedap daging ayam yg di potong kecil2 dr ayam cincang)
  • 1/2 biji bawang besar di potong dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih di cincang halus
  • 1 cawan mixed vegetables
  • 2 s/b sos tiram
  • 2 s/b kicap manis
  • secubit garam
  • sedikit lada sulah
  • minyak untuk menumis

(2) Untuk lapisan atas
  • 4 biji kentang di rebus dan dilenyek (kalu nak pakai mashed potato mix pun bleh..lagi senang)
  • 2 s/b mentega/majerin
  • secubit garam
  • susu segar secukupnya
  • 2 s/b parmesan cheese (kalu ader cheese yang untuk buat pizza tu lagi best)
  • sedikit parsley yg dicincang halus (optional)

Cara-cara

(1) Untuk bahagian bawah
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  • Masukkan daging cincang tumis sehingga masak (air daging kering).
  • Masukkan mixed vegetables, sos tiram, kicap, garam dan lada sulah.
  • Masukkan kedalam bekas untuk membakar.

(2)Untuk lapisan atas.
  • Campurkan semua bahan didalam satu bekas lain.
  • Masukkan susu sehingga adunan lembut. (ikut nak lembut yg macam mana..sesedap rasa)
  • Masukkan doh kentang di atas daging tadi dan ratakan dengan garfu.
  • Taburkan cheese dan parsley.
  • Bakar di dalam oven pada 200 degree selama 25-30 min sehingga lapisan atas nampak kekuningan.