Showing posts with label . DAGING. Show all posts
Showing posts with label . DAGING. Show all posts

DAGING MASAK KICAP LADA HITAM

lauk masa raya haji yg lepas , daging masak kicap lada hitam...ermm... nyum3

KARI KAMBING

Meh kite layan pic nie, hehehe...my HB komplen tau!!! asik LAYAN aje mane resepinya..nanti laa dulu... letak dulu gambar resepi kendian huhuhu....boleh gituuuu....
LAYAAAAANNNN .......

SUP DAGING KORBAN


Nak sembang apa ya? huhu x dek modal laaa ... jeling2 gambar aje lerrr .....


JOM SARAP

Tengok aje la apa yg ada ya, x ada idea nak sembang lagi pn ni menu yg trlepas pandang ..

...

DAGING BURGER MASAK SAMBAL

X ada nak cakap apa sooo .. tengok aje la gambar nie

DALCA DAGING LEMBU

>Resepi dari blog Bro Rozzan. Minta izin kopipes resepinya ya Bro ^_^ maleh la nak naip eheheh ..

Bahan-Bahannya
  • 1 kg daging lembu/kambing atau rusuk - dipotong ikut suka, rebus hingga empuk [ zanie guna daging lembu ]
  • 200 gm kacang dhal (rebus hingga empuk)

Bahan Kisar
  • 3-4 sudu besar cili kisar (boleh tambah jika suka lebih pedas)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1½ inci halia
(Gaul bersama dgn 6 sudu makan (bumbung) rempah kari daging)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 3 biji kentang (kupas kulit dan belah 2)
  • 3 biji tomato (dibelah 2)
  • 200 gm kacang panjang (dipotong kecil-kecil, anggaran 1- 1½ inci)
  • 1 batang lobak merah (dipotong ikut suka)
  • 2 biji terung ungu yg kecil (bulat) -dipotong ikut suka
  • 1 biji mangga muda (dipotong 4 bahagian)
  • 3 batang lada hijau
  • 3 senduk minyak masak

Rempah Campak
  • 4-5 tangkai daun kari
  • 5 biji bunga cengkih,
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 inci kayu manis
  • 1 biji bawang besar (dihiris )

  • 1 biji bawang besar (hiris kasar2 –utk dilepaskan dlm kuah)
  • sedikit air asam jawa
  • 200 ml santan kotak
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa (jika suka)

Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk besar dan tumis rempah campak (bawang besar hiris, cengkih, pelaga & kayu manis, daun kari) dan serai. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga rempahnya garing dan naik aromanya. Bubuh sedikit air jika perlu.

2. Masukkan pula daging/rusuk dan 2-3 mangkuk air. Kacau sebentar dan masukkan pula kacang dhal, kentang, lobak merah, mangga muda, kacang panjang, terung, lada hijau, bawang hiris dan air asam. Biarkan sehingga kentang empuk dan sayur2 layu sebentar. Masukkan pula santan, garam & perasa (optional). Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Kecilkan api dan biarkan sebentar (kira-kira 5 minit) sebelum dimatikan api.

DAGING BURGER SALUT TELUR


Buat nie utk dinner sb x ada idea nak masak lagi pun zanie x berapa sehat sooo ... masak yg simple2 aje ler ... sib baik HB suka makan x la membazir waktu zanie memasaknya, eheheh ....



Nilah ropa daging yg dah masak tuu....
ada timun & kentang goreng N roti bakar.... nampak sedap x ? jemput makan ....^_^

NASI & DAGING BERIANI


Nie menu yg dah terlepas tarikh baru nak tempek kat sini. malam yg agak memboringkan lagi bertambah boring la nak naip, jadi resepinya kendian - kendian la ya!! tengok gambar dulu

SUP KAMBING SPECIAL


Bahannya :
  • 500 grm daging lembu
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak [ zanie x letak ]
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan daging dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila daging dah empuk masukkan stok daging tadi, garam, aji & lada sulah. Suaikan mengikut selera
  7. Padamkan api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

DAGING HITAM MANIS & KOKTAIL NANAS

JEJEMPUT KENTANG DENGAN BAWANG

jejemput ni buat bekpes.. cicah dengan sambal kacang.. rasanya dah biasa orang buat so x payah la zanie bagi resipinya ya!!


DAGING HITAM MANIS
* maaf gambar blur...

Bahan - bahannya
  • 1 kg daging lembu
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 100 grm cili kering
  • 3 cm halia
  • 4 btg serai
*kesemua bahan ini dikisar halus
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 4 sudu besar kicap masin
  • 20 grm kismis hitam [ dikisar asing ]
  • 150 grm kerisik
  • 50 grm rempah kari daging
  • 4 sudu besar minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
Cara - caranya
  1. Perap daging dengan bahan yang dikisar halus tadi. kismis, semua jenis kicap dan kerisik.
  2. Panaskan minyak dan masukkan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak kemudian masukkan daging yang diperap tadi.
  3. Masak dengan api yang sederhana dan kacau selalu supaya tidak hangit.
  4. Bila kuah agak kering dan daging sudah empuk masukkan garam, gula dan kacau lagi hingga sebati. Angkat dari api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi himpit / ketupat / roti / nasi.

KOKTAIL NANAS

Koktail nanas ni tiada sukatan waktu zanie buat.. campur dan rebus aje

Bahan - bahannya
  • Nanas masak ranum
  • Gula pasir ikut manis
  • air secukup merebus
  • kulit kayu manis
  • 2 helai daun pandan
cara - caranya
  1. Kupas kulit nanas cuci dan potong2 kiub macam dalam gambar.
  2. Ambil bekas agak besar masukkan kesemua bahan diatas tadi dan rebus hingga mendidih dan nanas masak.
  3. Matikan api, sejukkan dahulu sebelum dimasukkan didalam peti ais
  4. Enak dimakan waktu hari panas

SATAY GORENG

Raya haji tahun nie agak banyak gak zanie dapat daging korban. Pelbagai menu dah zanie buat dengan daging2 tu tapi masih x mau habis2 lagi jadi ari ini zanie pun rajinkan diri untuk membuat satay dari daging korban tuuu...namanya satay goreng.. kepada yg sudi untuk kongsi resipi ini..meh..! kita layanzzzz...

Bahan - bahannya :
  • 1 kg daging lembu [ potong2 dadu saiz kecil
  • 150 grm gula pasir
  • 100 grm gula merah
  • 100 grm madu
  • 2 s/k garam
Bahan kisar :
  • 3 s/b ketumbar biji disangai
  • 2 s/k jintan halus disangai
  • 1 s/b lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 ibu jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai di hiris
  • 1/2 ibu jari kunyit hidup
Kisar hinga halus kesemua bahan2 diatas

Cara - caranya

1. gaul semua bahan- bahan kisar tadi pada daging diikuti pula gula, garam dan madu hingga rata dan perap selama 1 jam dalam peti ais [ zanie perap 1 malam ]

2. Panaskan minyak secukup menggoreng satay tadi. Goreng hingga daging empok.

3. Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering / agak2 lembab sedikit [ basah ] matikan api dan sedia untuk dihidang

4. Enak dimakan bersama nasi impit dan ulaman lain

KARI DAGING & ROTI JALA

Hari ini zanie sarap roti jala cicah kari daging..

Kari daging ni lauk mlm tadi. Soo.. zanie pn buatlah roti jala utk matchingkan dgn kari daging tu..

KARI DAGING

Bahan-bahannya :

  • 1 kg daging
  • 3 biji tomato ( belah 4 )
  • 3 biji kentang ( kupas buang kulit dan dibelah 4 )
  • 4 sudu besar rempah daging
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • Garam secukup rasa
Bahan tumis :
  • 2 labu bawang merah
  • 4 cm halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 6 tangkai cili kering diblender halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 batang serai yg dititik
  • 1/2 cudu kecil minyak bijan / minyak masak utk menumis
Bahan rempah kisar :
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar ketumbar
Kisar semua bahan2 ini

Cara memasaknya :

1. potong daging ikut suka, cuci dan toskan airnya. Sediakan bekas panaskan minyak. Masukkan bahan2 tumis tadi goreng hingga naik wangi. Masuk pula rempah kari, rempah kisar, serai serta daun kari tadi kacau sampai terbit minyak.

2. Setelah itu masukkan pula daging, kentang juga santan cair masak hingga daging empok baru masukkan santan pekat, tomato garam dan serbuk perasa.

3. Biar mendidih dan kuah agak pekat. angkat dan sedia utk di hidang.


inilah rupa roti jala zanie. coraknya x berapa menjadi laa pulok.. tak cantik kan..!!
dan dibawah adalah resepinya.

ROTI JALA BEREMPAH

Bahan-bahannya:
  • 250 grm tepung gandum
  • 320 ml santan
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit pewarna kuning
  • Minyak sapi utkmelencer kuali
Cara menyediakannya :

1. Adun semua bahan hingga sebati. kisar 5 minit dgn menggunakan mesin pengisar pastikan better tidak bergentel.

2. Panaskan terlebih dahulu kuali yg telah dilencerkan dgn minyak sapi. Isi better dalam acuan roti jala. Kirai seperti bentuk roti jala, tunggu agak2 5 minit, lipat 2 atau 3 segi dan bolehlah diangkat.

3. Ulangi peroses seterusnya hingga habis


Setelah digabungkan.. ni lah dia.. roti jala cicah kari daging..