Showing posts with label dadih. Show all posts
Showing posts with label dadih. Show all posts

Dadih Coklat

Dadih_coklat

m3rni3@myresipi.com

Bahan-bahan ( 15 small plastic containers )

  • 1 ltr chocolate milk
  • 1/2 cup water
  • 1/2 cup evaporated milk
  • 4 tbsp sugar
  • 1 3/4 tsp jelly powder

Cara-cara

  • Put all the ingredients in a pot over a medium fire.
  • Stir well to ensure that jelly powder does not settle at the bottom of pot. Once mixture starts to boil, switch off fire.
  • Pour liquid mixture in little containers. Place in fridge for a couple of hours till jelly is set. Serve chilled

dadih airiel

No picture

resepi mudah tapi sedap


Bahan-bahan ( 18 cawan )

  • 1 paket serbuk agar-agar swallow rm 2.00 warna clear (putih)
  • 200 gram coffemate
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair F&N
  • 2 liter air biasa
  • perisa anggur, jagung, pisang dll ikut selera

Cara-cara

  • masak agar-agar bersama air sehingga mendidih
  • kemudian masukkan gula kacau sehingga sebati
  • masukkan susu cair bersama coffemate. kacau sehingga keluar asap putih jangan sampai mendidih
  • tutup api dan tuangkan ke dalam bekas yang berisi perisa satu bekas untuk satu perisa
  • Tuangkan ke dalam cawan plastik atau bekas bersaiz sederhana
  • biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam peti ais

Dadih


Dscf5392

mudah disediakan dan ditambah perisa mengikut citarasa



Bahan-bahan ( 15-20 cup kecil )

  • 1 liter air
  • 1 liter susu segar
  • 1 cawan gula
  • 11 g serbuk agar2(2 sudu besar)
  • secubit garam
  • perisa (jagung,strawberi,milo dll)

Cara-cara

  1. masak air dgn gula sampai gula hancur.
  2. masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
  3. tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa). simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.
  4. Dscf5471
    dadih jagung dan bandung

Dadih Homemade


Dadih_myr

dadih hasil resipi sendiri yg menjadi kegemaran anak2

Bahan-bahan ( 16 bekas -spt dlm gambar )

  • 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
  • 1 liter susu segar biasa
  • 1 liter susu segar berperisa coklat
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sb gula)
  • 1.2 liter air
  • 1 st garam
  • 1 sb tepung jagung - dibancuh dgn 2 sb air
  • 1st coklat emulco

Cara-cara

  1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
  2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
  3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
  4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
  5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
  6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
  7. ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )
  8. **Saya harap kawan2 semua dpt faham kaedah yg saya maksudkan ini dan jika masih keliru bolehlah bertanya semula.

Dadih Diana

Bahan-Bahan:

20 cawan air biasa
15g agar-agar
3 cawan air masak
650 g susu tepung everyday
2 tutup esen vanilla
secubit garam
2 cawan gula
1 keping asam keping(sebagai pengilat)
perisa bergantung kpd kesukaan

Cara:

masakkan agar-agar dengan 20 cawan air sehingga betul2 larut.satukan kesemua bhan lain didalam satu bekas sprti jug kacau sehingga sebati.setelah agar2 larut masukkan kesemua bahan yang telah disatukan tadi,kacau sehingga 2 minit kemudian tutup api..tapis kedalam bekas dan sejukkan,sedia dihidang.

Cadangan Hidangan:

hidangan ini dpt memperoleh 25-30 cawan.segera tutupkan api setelah 2 minit untuk mengelakkan susu mendap ke bawah dan tekstur dadih kasar.

Tambahan:

selepas keluarkan dadih dari pete sejuk,cbe gegarkan dadih,jika dadih anda bergegar di permukaannya SYABAS ANDA TELAH BERJAYA!!!selamat mencuba

Dadih Segar

Bahan-Bahan:

450g coffe mate
1 tin susu cair (dicadangkan brand F&N)
22 ½ cawan air sejuk
2 ½ cawan gula pasir

10 gm serbuk agar-agar
perisa jernih (dicadangkan brand burung layang-layang)
2-3 keping asam gelugur
Perisa (ikut suka : keladi, jagung, mangga, laici, strawberi dll)

Cara:

Campurkan air sejuk dan gula, masak hingga gula larut. Masukkan susu cair, asam gelugur dan coffemate.Masak hingga coffemate hancur. Masukkan pula serbuk agar-agar, masak hingga menggelegak dengan api perlahan. Asingkan kepada beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa. Campurkan dengan perisa, kacau sebati dan tuang dalam bekas kecil sebelum disejukkan.

Cadangan Hidangan:

Apabila dadih telah sejuk, masukkan dalam peti ais. Sekiranya suka boleh masukkan nata de coco.

DADIH MUDAH

Bahan-Bahan:

Air 20 cawan
Agar-agar 1 pek (15Gram)
Susu tepung (5 cawan)
Tepung kastard / tepung jagung (½ cawan)
Perisa Mengikut selera
Gula Secukup rasa

Cara:

1.Didihkan air dan kemudian bahagikan kepada 3 bahagian.
2.1/3 bahagian didihkan susu tepung dan tepung kastard.
3.1/3 bahagian larutkan gula.
4.1/3 bahagian lagi larutkan agar-agar.
5.Satukan ketiga-tiga bahagian dan biarkan sehingga mendidih.
6.Setelah mendidih letakkan ke dalam cawan dan sejukkan.

Cadangan Hidangan:

Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.
perisa jagung,keladi dan straberi (sedap)