Showing posts with label tiramisu. Show all posts
Showing posts with label tiramisu. Show all posts

BERRY TIRAMISU CAKE




Sumber: JC (FRD)


KEK SPAN :-
  • 9 biji telur yg besar
  • 260 gm gula halus/castor
  • 1-1/2 sudu kecil ovelett
  • 337 tepung kek- diayak
  • 90 gm mentega dicairkan
  • 75 ml air sejuk
  • 1 sudu teh vanilla
  • Dalam mixer campurkan gula, telur, ovelett dan pukul hingga kembang dan pucat.
  • Kaup balikkan tepung perlahan-lahan kemudian masukkan air dan vanilla kacau sebati, masukkan mentega gaul rata.
  • Masukkan kedlm 3 pan bersize 9in yg telah dgriskan dan dilapik dgn parchment paper didasarnya.
  • Bakar dlm suhu 180'C selama 30 minit. keluarkan dan biarkan sejuk 5 minit kemudian keluarkan dari pan. biarkan sejuk atas redai.
MASCARPONE/CREAM CHEESE CUSTARD FILLING
  • 5 biji telur- asingkan kuning dan putihnya
  • 1/3 cawan atau 90 gm gula pasir
  • 1 pound atau 500gm mascarpone cheese atau cream cheese - suhu bilik
  • 1 sudu besar vanilla
cara:
  • Masukkan kuning telur dan separuh gula pasir dlm mangkuk kemudian letakkan mangkuk diatas periuk yg berisi air panas di atas dapur ( double boiler method) guna whisk pukul beberapa minit hingga adunan terasa suam.
  • Alihkan dari periuk teruskan dipukul hingga adunan jadi pucat dan pekat dlm 10minit.
  • Lecek-lecek sikit mascarpone atau cream cheese kemudian masukkan kedlm adunan kuning telur kacau rata-rata. Gaulkan vanila.
  • Dalam mangkuk lain pukul putih telur hingga berbuih kemudian masukkan setengah lagi lebihan gula dan teruskan dipukul hingga jadi soft peak dlm 1 minit. DO NOT OVERBEAT.
  • Kaup balikkan putih telur kedlm adunan kuning tadi. Letak dlm fridge sementara menyediakan buah.
BERRY FILLING
  • 4 cawan hirisan strawberry atau raspberry
  • 1/4 cawan apple jus atau jus nenas
  • 1 t/s badan esen
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Campurkan semuanya dan gaul rata biarkan perap selama 10 minit
HIASAN
  • Buah strawberry atau raspberry secukupnya
  • 1/2 cawan aprikot jam
  • 1 s/b air
  • Mix aprikot jam + air masak atas api perlahan hingga jam cair ( bila dah ready utk letak hiasan strawberry)
ASSEMBLE THE KEK
  • Guna kek ring atau springfoam pan ring. Letak sekeping kek span kemudian 2 cawan buah strawberry ratakan. Kemudian setengah dari custard filling ratakan.
  • Letak kek span yg kedua diatasnya dan ulang dgn buah berry dan custard. tutupan kek span yg ketiga kemudian balut keseluruhan kek dgn foil tindihkan dgn pinngan atau piring yg sama size ( guna beberapa piring so berat sikit) biarkan dlm fridge semalaman.
  • Esoknya keluarkan kek. Sapukan dgn jam aprikot yg cair dan suam susunkan dgn berry diatasnya dan sapukan jam aprikot di keseluruhan buah. Simpan semula dlm fridge hingga sedia utk dihidangkan
NOTA:
  • Bole jugak dimakan dengan berry sos = 1 cawan strawberry hiris atau raspberry mix dgn 1/4 cawan gula dan 1 tsp vanila kisar hingga lumat.
  • kemudian tapiskan..simpan dlm fridge. drizzlekan atas sepotong kek bila sedia untuk dimakan.
  • Boleh jugak ayakkan dengan powdered sugar jika suka.
** Kerana kandungan cheese custardnya kek ni hendaklah sentiasa disimpan dlm peti sejuk jika tak dihidangkan.

TIRAMISU (2)

Sumber : Kenwood Chef/Major Recipe Book
Kiriman : Julia

Bahan-bahan

Sponge kek

  • 4 biji telur
  • 115 g gula kastor
  • 100 g tepung gandum
  • 15 g tepung jagung
  • 25 g butter di cairkan

Cara

  • Pukul telur dan gula smpai kembang sehingga bila diangkat whisk, adunan tak jatuh
  • Masukkan tepung gandum dan tpg jagung y telah di ayak berselang dgn butter y telah di cairkan.
  • Bakar selama 20-25 mnit pada suhu 180 C

Cream filling

  • Serbuk koko secukupnya ( dlm 2 sudu besar)
  • Coklat masakan yang diparut secukupnya untuk hiasan
  • 350 ml bancuhan nescafe (1 sudu besar nescafe dan 350 ml air panas)
  • 300 ml whipping cream
  • 50 g gula kastor
  • 3 x 250g(paket) mascarpone cheese

Method

  • Pukul whipping cream dan gula sampai gebu, kemudian masukkan cheese. Ketepikan.
  • Potong cake kpd 3 bhgian, pd lapisan pertama renjiskan bancuhan nescafe/kopi hingga kek agak lembab.
  • Ratakan filing dan dust kan dgn serbuk koko.
  • Letak lapisan kedua dan ulang letak bancuhan kopi, filling dan dusting.
  • Pada lapisan terakhir pun sama. sapukan fiiling ke seluruh bahgian kek dan taburkan dengan coklat masakan y siap diparut, simpn dlm peti 3/4 jam.
  • Sedia untuk di makan.

Tiramisu simple


Tiramisu

Modified dari kek oren buat hari tu...



Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. 1tiramisu_satukan_bahan
    Satukan gula, cheese dan cream
  3. 2tiramisu_pukul_sampai_kembang
    Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. 3tiramisu_potong3bahagian
    Potong kek pada 3 bahagian
  5. 4tiramisu_susun_dlm_bekas
    Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. 5tiramisu_curah_air
    Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. 6tiramisu_sapu_adunan_atas_kek
    Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. 7tiramisu_ulang_sampai_habis
    Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. 8tiramisu_simpan_dlm_fridge
    Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. 8tiramisu_decorated
    Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Aiskrim Tiramisu


Tiramisu2e

Guna biskut marie dan koko. Modified Tiramisu umi_e. Hehehe~!



Bahan-bahan ( 10 atau lebih orang )

  • 1 bungkus biskut marie perasa coklat
  • 250g cream cheese
  • 1 liter whipping cream
  • gula (ikut citarasa)
  • air bancuhan koko pekat
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Satukan cream cheese, whipping cream dan gula. Pukul hingga kembang (sehingga menjadi krim)
  2. *update* Celupkan biskut marie ke dalam bancuhan koko dan susun biskut marie yang dicelup tadi ke dalam bekas.
  3. Setelah itu letakkan satu lapisan krim yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses sehingga menjadi tiga lapisan atau lebih.
  4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, hias kan dengan taburan koko di atasnya.
  5. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk beku.