Showing posts with label . MUFFIN. Show all posts
Showing posts with label . MUFFIN. Show all posts

COKLAT MUFFIN KUKUS MEKAR SETAMAN



BZ ..BZ..BIZIIIII....

sampai x dan nk update blog....apapn tq pd yg sudi singgah & ziarah rumah zanie..
nie zanie hidangkan muffin coklat kukus utk buka pose ptg nanti tau...jgn lupa ambil sorang satu...jgn mkn skrg tau..!!! ^_*

RESEPI???

x sempat nk naip laa....
nak sambung buat shell Seroja :-) =)=)=)=):)








MUFFIN COKLAT KUKUS

Selamat mengAPAM di pagi yg redup ini..sebenarnya lama dah zanie buat apam nie tpi baru sempat N3kan disini.. elok gak sarap apam nie buat isi perut yg keroncong sambil2 tunggu nk siapkan juadah tengahari..resepi dari umah maklang..rasa penoh kecoklatannya..urmmmm..best!!




Sumber : Mak Lang

tq maklang..zanie c/p je resepinya....tambah bebelnya ckit kat bab cara buat.. almaalumlah kekadang ada org kg yg x paham ayat2 cinta mcm ayat maklang tu...hehehehe


BAHAN A
  • 2 cwn susu cair - zanie guna susu segar..susu cair x de stock
  • 1 cwn myk @ 250g butter cair - zanie guna butter cair
  • 1 3/4 cwn gula castor
  • 1 biji telur
BAHAN B (ayak)
  • 250g tepung superfine @ gandum - zanie guna gandum je..
  • 50g serbuk koko
  • 1st bpowder
  • 1st sbikarbonat
  • 1sb emulco

CARANYA:
  1. Satukan bahan2A dan kacau sebati dgn menggunakan whisker saje
  2. Masukkan B yg telah diayak tadi dan gaul rata.
  3. Didihkan air kukusan..kukus selama 10' dgn api yg besar jika nakkan apam tu senyum ea...
  4. Selamat mencuba apam yg gebu & sedap nie.



MUFFIN LABU




salam pagi ahad N salam bersiaran .....errmmm ....jom bekpes muffin .!! sedap neh, gebu ... lembut je dalamnya... resipi di ambil dri majalah Saji 2005 pada sesiapa yg nak try nie resipinya
Bahannya :
  • 320 grm tepung gandum
  • 150 grm gula castor
  • 125 grm mentega cair
  • 200 ml santan
  • 50 ml air
  • 1/2 st soda bicarbonate
  • 1 st baking soda
  • 250 grm labu kuning disagat
  • sedikit garam


Caranya :
  1. Ayak bersama tepung, baking podar, soda bicarbonate N garam .
  2. Masukkan gula dlm bekas bahan ayak tadi, gaul rata.
  3. Satukan santan , mentega N air kacau rata.tuang dalam bahan ayak d
  4. i atas tadi kacau rata N sebati.
  5. Akhir sekali masukkan labu sagat tadi kacau rata, sediakan kertas muffin sudukan 2/3 penoh bakar selama 25 - 30 minit hingga masak.


CHOC. BANANA MUFFIN



Bahannya :
  • 100 grm pisang
  • 100 grm tepung gandum
  • 50 grm mentega cair
  • 20 grm serbuk koko
  • 50 grm gula castor
  • 1 biji telur - suhu bilik - pukul sedikit dgn garfu
  • 1 sk baking powder
  • 50 ml susu segar
carannya :
  1. Panaskan oven terlebih dahulu. Satukan tepung, baking powder, gula N serbuk koko kacau biar bersatu N rata semuanya.
  2. Lenyek pisang hingga hancur dan agak halus, masuk susu segar kedalam pisang tadi kacau rata.
  3. Kemudian masukkan pula telur kacau agar sebati.Masukkan campuran tepung tadi kacau rata. akhir sekali masukkan mentega cair, kacau biar sebati.
  4. Ambil acuan muffin / cawan kertas masukkan anggaran 2/3 penuh, bubuh hirisan pisang di atasnya.
  5. Bakar selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing2 ya...

CHOC MUFFIN



Bahannya:
  • 250g tepung serbaguna
  • 2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 2 tbsp serbuk koko
  • 175g gula kastor
  • 150g coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak sayur
  • 1 biji telur (A size)
  • 1tsp esen vanila

Cara membuatnya:
  1. Gaul tepung, baking powder, soda bikarbonat, gula dan serbuk koko dalam mangkuk besar.
  2. Gaul rata minyak, susu, esen vanila dan telur dalam mangkuk lain.
  3. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul rata. Masukkan coklat cip dan gaul rata. Tuang adunan dalam papercup dan tabur sedikit coklat cip di atas.
  4. Bakar pada suhu 200C untuk 20 minit

STRAWBERRY & PANDAN MUFFIN


Bahan:-
  • 180 gm mentega
  • 140 gm gula halus
  • 2 biji telor gred A
  • 100 ml susu segar
  • 220 gm tepung gandum ] disatukan dan
  • 1 camca teh baking powder ] diayak
  • 1 camca teh strawberry emulco
  • sedikit strawberry chips
Cara Membuat:-
  1. Putar mentega bersam gula hingga putih. Tambah telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang-seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
  3. Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati.
  4. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/papercup yang dialas dengan acuan muffin 3/4 penuh.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 175C selama 18 - 20 min.
  6. Sejukkan atas wire rack sebelum dihidang.

** Zanie bubuh inti nanas utk resepi pandan muffin...sedap jugak............

MUFFIN COKLAT VERSI KUKUS

Salam semua.. hari ini baru ada free update blog, menu muffin semasa bezday anak zanie yg lepas. terlupa siapa empunya resepi walaubagaimana pun zanie bagi 5 bintang pada resepi ini sb moist N mebeles sesangat muffin nie, rasa kecoklatannya yg teramat, zanie try 1/2 adunan dapat 6 biji saiz sprt di gambar sooo pada sesiapa yg ingin mencuba meh lihat pada resepi dibawah ini ya!!



Bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 250ml susu perisa coklat
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1/4 cawan minyak masak
  • sedikit esen vanilla
Caranya :
  1. pukul telur, butter dan gula hingga kembang, titiskan esen vanilla, pukul lagi hingga gebu.
  2. Ayak tepung gandum bersama koko dan baking powder, masukkan ke dalam adunan tadi..kaup balik.
  3. masukkan susu coklat, susu pekat manis dan minyak, gaul sebati.
  4. masukkan dalam loyang, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit...kalau nk tahan lama, kukus ler lebih masa...

Ganache

  • 1 cawan whipping cream(250ml)
  • 250gm cooking chocolate
  • 1 sudu besar golden syrup
  • 1 sudu besar butter/shortening
Caranya :
  1. cairkan coklat dgn kaedah double boiler, masukkan shortening/butter.
  2. bila coklat dah cair, masukkan whipping cream.
  3. akhir sekali masukkan golden syrup...sebatikan...

OREO MUFFIN


Bahan-bahan:
  • 1 biji telur
  • 120 ml susu segar
  • 55 gm mentega - dicairkan
  • 170 gm tepung gandum
  • 2 camca teh baking powder
  • 1/2 camca teh garam
  • 80 gm gula pasir
  • 70 gm chocolate chips
  • 70 gm oreo cookies - dipatah-patahkan

Cara-cara:

1. Susunkan muffin cup cases ke dalam muffin pan. Ketepikan.
2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
3. Panaskan oven pada suhu 200C atau 190C (bergantung pada oven masing2).
4. Dengan menggunakan whisker pukulkan telur, susu, gula dan mentega sehingga sebati.
5. Masukkan tepung yang telah diayak tadi bersama2 dengan chocolate chips ke dalam adunan, gaulkan sebati.
6. Akhir sekali masukkan oreo cookies dan gaulkan rata.
7. Sudukan adunan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15-20 min atau sehingga masak (CT taburkan sedikit pecahan kecil biskut oreo diatasnya).
8. Keluarkan dari oven dan biarkan sedikit sejuk barulah dihidangkan.


MUFFIN COKLAT


Baru sempat update blog nie ..hehe ....apapn zanie ingin mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2010
moga kejayaan milik bersama dan lebih mantap dalam bisnes masing2


Menu yg dah tertinggal taun utk di N3kan disini...huhuhu.... x pe la kaann yg penting update tapi sori la ya x dapat nak sertakan sekali resepinya sb nak cepat, lein kali zanie tempek resepinya disini ya!!! appan tengkiu coz ziarah umah zanie N sudi tinggal jejak...sampai disini dulu jumpa lagi dilain waktuuu... BYE - BYEE


Bahan:-

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cawan choc chips

Cara Membuat:-

  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)


KEK PISANG @ MINI MUFFIN PISANG

Dah banyak kali buat kek pisang nie rasa mcm x payah la nak tempek resepinya disin pada yg ingin tahu apa bahan2nya sila pergi ke kategori KEK dan klik ya!!!



Nie saje buat versi saiz muffin, comel kaan ? hihihi ...


BLUEBERRY MUFFIN ALA UMMI




Bahan:-

  • 125 gm butter
  • 150 gm gula kastor
  • 2 biji telor
  • 250 gm tepung kek/tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • secubit garam
  • 70 gm susu segar UHT
  • 1/2 cawan inti blueberi
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:-

  1. Preheat oven pada suhu 180C. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan putih. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul sebati.
  2. Masukkan esen vanila. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Masukkan ke dalam adunan mentega tadi berselang seli dengan susu sambil digaul rata.
  3. Sudukan ke dalam acuan kertas separuh cawan kertas dan letak filling. Kemudian letak sedikit adunan lagi di atas cawan kertas. Bakar pada suhu 180C selam 20-25 minit.



DURIAN MUFFIN


Beberapa hari yg lepas zanie buat muffin durian nie sb ada stok durian dalam peti sejuk beku,
resepi zanie ikut pada N3 yg lepas pada sesiapa yg teringin nak mencuba sila klik kategori MUFFIN ya!!



CHOC CHIP MUFFIN NIGELLA LAWSON ALA UMMI

jam dah menandakan 11.13 mlm ... apa nak cite ya? ringkas ajelah ya!! resepi nie zanie lama dah simpan tapi baru dapat buat yg sebenarnya muffin nie di tempah oleh kak syikin ( nurse ) zanie nak kongsi resepi nie pada yg ingin mencubanya. kepada ummi zaihadi zanie minta izin c/p resepinya ya!!!

Bahan:-

  • 250 gm tepung
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bicarbonate
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175 gm gula kastor (bole kurangkan 150 gm je)
  • 150 gm choc chips ( zanie ganti dgn kekacang )
  • 250 ml susu segar
  • 90 ml minyak sayuran ( zanie guna butter yg di cairkan )
  • 1 biji telor (size besar)
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuat:-

  1. Ayakkan tepung, serbuk koko, soda dan baking powder. Campurkan gula. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan minyak, susu, esen vanila dan telor. Gaul sebati dengan whisk. Kemudian tuangkan semua bahan cair ke dalam adunan tepung dan kacau menggunakan whisk hingga sebati. Jangan terlebih kacau. Masukkan choc chips.
  3. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh. Taburkan sedikit choc chips di atasnya. Bakar di dalam preheated oven pada suhu 180 C selama 20 minit/hingga masak.

MUFFIN CHOC AGAIN

-resipi dr Julia (Moscow), thanks Sumber: Karen John Abraham


Mcm dah lama x buat muffin terasa2 kat tekak mcm nak makan, apalagi malam tadi zanie pun membaking la kebetulan nak jengah anak yg di hostel jadi zanie godeh la utk buat 1 adunan aje dapat banyak gak, tapow 8 ketul utk anak, HB kata sedaaapp ......
Resepi nie dah lama zanie peram baru hari ini try, muffin yg lembut dan coklatnya terasa sampai ketekak, terima kasih pada yg empunya resepi nie


Bahan-bahan:

  • 1 3/4 cwn tepung gandum
  • 2 cwn gula
  • 2 biji telur
  • 3/4 cwn serbuk koko
  • 2 sudu besar serbuk nescafe davidoff - kita tak bubuh nie [ zanie pn x bubuh ]
  • 1 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • secubit garam
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak bunga matahari/sayuran
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan air panas
Cara:

1. Tepung gandum+ baking soda + baking powder +serbuk koko di ayak.
2. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
3. Tambahkan esen vanilla dan garam.
4. Masukkan bahan2 yg di ayak, minyak dan susu secara selang seli sehingga habis.
5. Akhir sekali masukkan air panas dan adunan akan menjadi cair.
6. Bakar pada suhu 160 C selama 15 mnit, jika menggunakan papercup.


CHOC CHIP MUFFIN

Muffin nie zanie buat masa celebrate my Anniversary 20 ogos yg lalu . Resepi dari umah ummi tapi zanie x bubuh coklat chip sb stok x ada so , zanie bubuh choc. rice & kismis. sori ya ummi zanie c/p aje resepinya . TQ ummi


Bahan:-

* 1 3/4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan serbuk koko
* 1 cawan gula kastor
* 1 sk baking powder
* 1 sk soda bikarbonat
* 1/2 sk garam
* 1 cawan fresh milk
* 1 biji telor - pukul sikit
* 1/3 cawan minyak
* 1 sk esen vanila
* 3/4 cawan choc chips

Cara Membuat:-

1.Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
2.Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
3.Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
4.Masukkan choc chips.
5.Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)


CHEESE PEAR MUFFIN


GAMBAR YG HUDUH, SILAP POZINGGGG ....
TAPI DAH NIE AJE YG CLEAR, HUHUHU

Nampak mcm menyelerakan , tapi hampeh koo , nie resepi apple muffin oleh kerana stok apple kat dlm esbok dh habis zanie tibai ngn buah pear . Resepi ni zanie hangkut dari umah cik wan , oppss ... sori cikwan , izinkan zanie amik resepinya ya!! tapi zanie dh derhaka pada resepi yg asal, padan muka eden, hehehe ...... HB kata sedap sb texturnya yg lembut dan gebu tapiiiiii ...tapi apa ya ? x de rasa lemak la YANGGG ...... alamak ! nape jadi begitu, uwaaa .... baru zanie teringat yg zanie try guna minyak masak jadi mana nak dtgnya lemak sooo ... nak tau apa zanie buat ? haa!! tu yg pakai rambut putih tu la yg menjadikan muffin zanie licin . Habis idea zanie masa tu, last2 minute baru zanie terfikir apa kata zanie tabur parutan cheese mesti sedap kot . haahahaha ... I SAY SURE THE BEST !!!! apalagi ngap laaa .tergelak gak la bila terkenang2 muffin nie. apapn TK cikwan dgn resepinya, zanie minta izin try resepinya ya . kalau zanie guna 100% dari resepi cik wan pasti lebih terasa ummpphnya ....eheheh .. .

CHOC CHEESE MARBLE ALA MUFFIN

cheese ni zanie bubuh diatas dan di lorekkan

yg ni bubuh di dlm lorek x berapa cantik

Resepi dari umah rinn, sori rinn zanie cilok resepi rinn ya !! terima kasih memang sedap sangat

Bahan A

  • 180gm mentega
  • 20gm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 120gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
  • 170gm gula castor
  • 3 biji telur
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
  2. Masukkan campuran tepung+baking powder+serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B

  • 250gm cream cheese
  • 60gm gula castor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  1. Pukul cream cheese sampai kembang, campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara

  1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan, tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
  2. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.



CADBURY DALAM MUFFIN

Bahannya :
  • 13/4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula castor
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan coco powder
  • 1 1/2 s.t soda bicarbonate
  • 1 1/2 s.t baking powder
  • 1 s.t esen vanilla
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan susu segar
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak / butter yg telah dicairkan
  • Cadbury / candos secukupnya
Caranya :

  1. Ayak bahan bercampur [ tepung gandum , baking powder , baking soda dan coco powder .]
  2. Pukol telur dengan gula sampai kenbang.
  3. Masuk esen vanilla juga garam.
  4. Masuk bahan ayakan tadi bersama minyak dan susu secara berselang seli hingga habis.
  5. Akhir sekali masukkan air panas , adunan akan menjadi cair.
  6. Sediakan kertas cawan tuang adunan tadi 3/4 penuh, patah - patahkan coklat bar tadi dan tabur diatasnya.
  7. Bakar selama 15 - 20 minit .
  8. Selamat mencubaaaa .....

MUFFIN OREN PURPLE


Bahan:-


180 gm mentega

140 gm gula halus

2 biji telor gred A

100 ml susu segar

220 gm tepung gandum ] disatukan dan

1 camca teh baking powder ] diayak

1 camca teh oren emulco

2 titik pewarna ungu [ zanie guna purple emulco ]


Cara Membuat:-


1. Putar mentega bersam gula hingga putih. Tambah telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.

2. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang-seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.

3. Bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian masukkan oren emulco dan 1 bahagian lagi bubuh warna ungu

4. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/papercup yang dialas dengan acuan muffin 3/4 penuh macam dala gambar tuuu ....

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 175C selama 18 - 20 min.

6. Sejukkan atas wire rack sebelum dihidang.




DURIAN MUFFIN [ 2 ]

Nielah akibat aben yg terlebih panas guna aben blue fire nie, tengoklah muffin ku itu dalam aben naik cantik aje, udah kua x tentu ropa tapi maintant sedap. nak cuba? resepi ada dibawah ya !!



Masa dlm aben cantik aje dia naik

Udah kua aben dia jadi macam ini ..hehehe

Bahan2

  • 1 3/4 cawan tepong serbaguna
  • 2 s/k baking powder 1 s/k soda bicarbonate
  • 1/2 cawan gula halus
  • secubit garam
  • 3/4 cawan isi durian -hancurkan
  • 260 ml susu segar
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 biji telur - pukul sedikit

Cara2

  1. Satukan bahan2 kering dalam satu mangkuk.
  2. Satukan bahan2 basah dalam satu bekas. Kemudian masukkan durian dan kacau hingga rata dan durian sebati.
  3. Tuangkan ke dalam bahan2 kering tadi dan dikacau rata.Sementara itu panaskan oven 160 - 170C, susun muffin cup muffin try.
  4. Tuangkan ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan bakar selama 25 minit