Showing posts with label bubur nasi. Show all posts
Showing posts with label bubur nasi. Show all posts

BUBUR LAMBUK MASJID

















Sumber: Bro Rozzan

Bahan-bahannya
  • 200gm beras (cuci bersih)
  • 250 gm daging cincang
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • 3 sudu makan kacang dhal
  • 2 sudu makan kacang merah
  • 2 sudu makan kacang hijau
  • 2 sudu makan kacang lepat
  • secukup sayur campur (carrot, k.peas & jagung)
  • secukup air
  • Rebus kesemua bahan hingga kekacang empuk.
Sementara itu sediakan bahan2 tumis seperti berikut:
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan rempah beriani
  • 10 biji buah gajus
  • Kisar semua bahan2 ini hingga halus.
  • Secukup minyak makan dicampur sedikit minyak sapi
  • 200 ml santan pekat kotak(saya gunakan jenama KARA)
  • sedikit serbuk lada putih
  • sedikit air mawar
  • secukup garam
Hiasan
  • daun ketumbar atau daun sup/bawang
  • sedikit bawang goreng
  • telur dadar hiris
Cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
  • Masukkan tumisan ini ke dalam periuk yg berisi beras/kekacang yg telah direbus tadi. Gaul rata2. Masukkan sayur campur lalu bubuh santan, air mawar, serbuk lada putih dan garam. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukan sedikit daun ketumbar atau daun sup/bawang. matikan api.
  • Apabila menghidangkannya, bubuhlah sedikit bawang goreng, telur dadar hiris dan sedikit lagi dedaun.
Nota:
  • Jika anda inginkan bubur yg tidak berempah, bolehlah ditiadakan rempah beriani.
  • Bab kekacang pula, bubuhlah apa2 pun yg anda gemari.

BUBUR ASYURA KELUARGA DIANA


Kepada umat Islam seluruh dunia, Selamat Menyambut Hari Asyura. Seperti kebiasaan, D menyediakan Bubur Asyura. Bubur Asyura mempunyai campuran 7 macam kekacang, tetapi terpulang kepada anda apa yang ingin anda gunakan

Bahan-bahannya
  • 1 tin susu beras, dicuci bersih
  • 1 liter santan
  • 1 cawan kacang hijau (yang telah dibuang kulit)
  • 1 cawan kacang dhal
  • 1 cawan kacang tanah
  • 1 cawan kacang lepat
  • 1 cawan kacang gajus
  • 1 tin kacang kuda
  • 1 tin kacang parang
  • 3 biji kentang, didadu
  • 1 batang lobak, didadu
  • 1 cawan daging cincang
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 tangkai bunga cengkih
  • Sedikit bunga lawang
  • Air secukupnya untuk merebus beras dan kekacang
  • Secukup hirisan telur yang telah didadar, untuk hiasan
  • Secukup daun sup
  • Secukup bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak/ minyak sapi untuk menumis
Bahan untuk dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 4 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan serbuk jintan
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • ½ cawan udang kering, direndam dan dibersihkan
Kacang Lepat, Kacang Parang dan Kacang Kuda



Sewaktu penyediaan Bubur Asyura



Cara-caranya
  • Kacang dhal, kacang hijau (tidak berkulit), kacang tanah dan beras yang telah dibersihkan dimasukkan kedalam periuk besar dan direbus bersama air sehingga ia kembang selama 1 jam. Air mestilah banyak dan cukup untuk mengembangkan kekacang dan juga beras.
  • Masukkan kacang gajus, kacang lepat dan rebus lagi sehingga empuk.
  • Masukkan pula kentang dan lobak yang telah dipotong dadu dan masak sehingga ia empuk.
Tumis Darat:
  • Menggunakan kuali yang berasingan, panaskan secukupnya minyak sapi/ minyak dan masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan juga bunga lawang.
  • Tumis bahan yang telah dikisar sheingga naik bau. Masukkan daging cincang dan masak sehingga ia bertukar warna.
  • Masukkan juga garam dan juga serbuk perasa. Angkat dan ketepikan.
  • Didalam periuk yang berisi bubur tadi , masukkan santan. Biarkan ia mendidih sekejap. Masukkan pula kacang kuda dan kacang parang dalam tin (kacang in tidak perlu direbus terlebih dahulu kerana telah pun empuk jadi masukkan pada waktu terakhir).
  • Gaul rata bubur tersebut dan masukkan pula rempah yang telah ditumis secara darat tadi. Gaul rata dan rasakan garamnya, tambah jika perlu.
  • Masukkan secukupnya hirisan daun sup dan bawang goreng. Gaul rata bubur tersebut dan siap untuk dihidang. Hidangkan bubur ini sewaktu ia panas dan hiaskan bersama hirisan daun sup, bawang goreng dan juga hirisan telur yang telah didadar.

Baby Fairyland


Baby_fairyland

Makanan bayi 12 bulan ke atas.


Bahan-bahan ( 1 Orang )

  • 2 sudu besar beras.
  • 1 biji kentang sederhana besar dipotong kecil
  • 1 pokok sawi dipotong kecil
  • 1/2 batang lobak merah dipotong kecil
  • Sedikit kiub ayam tanpa msg
  • Sedikit garam
  • Sedikit bawang goreng yang digoreng dgn sedikit minyak zaitun
  • Sedikit santan
  • Sedikit isi ayam yang dicincang
  • Sedikit daging yang dicincang
  • 500 ml air
  • Sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara

  • Basuh beras dan masukkan air. Masak beras di atas api yang kecil.
  • Bila mendidih masukkan kentang, lobak merah, kiub ayam, garam, ayam dan daging
  • Biarkan di atas api sehingga biji beras pecah,masukan air jika terlalu pekat.
  • Masukkan santan dan kacau.Biarkan seketika.Masukkan sawi, Daun sup dan daun bawang.Biarkan seketika sehingga daun daun tadi layu.
  • Bila sudah pekat boleh lah dipadamkan api.Biarkan sejuk sebelum dikisar.Masukkan bawang goreng untuk dikisar bersama.Kisar hingga halus untuk diberikan kepada bayi ada.

Nasi Air Siam


Image004

Senang dan Sangat Sedap!! Resepi dari sempadan Kelantan dan Terengganu. Sila baca dulu semua arahan dibawah sebelum membuat. Sila tanya saya kalau anda tak faham. Selamat Mencuba.


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Nasi - dimasak sedikit lembik
  • Daging - 1/2 kilo
  • halia - 5 inch -ditumbuk lumat
  • cili padi (hijau atau merah) - segenggam
  • cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
  • garam,gula sesedap rasa

BAHAN TAMBAH
  • ikan bilis - digoreng garing
  • bawang goreng
  • bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
  • air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
  • daun sup - dihiris halus-halus
  • limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
  • **bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.

Cara-cara

  • Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
  • Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
  • Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
  • Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
  • Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-kalau tak cukup pedas-tambah air lada :).

  • TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.

CARA MAKAN-

  • ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!

BUBUR IKAN BERSANTAN

Bahan-bahan ( 1 family pun blh gak )

  • 2 cawan beras
  • 8 cawan air
  • 2 ekor ikan kembung yg sederhana besar (ikan lain pun boleh)
  • 7 hingga 8 btg sayur bayam(ambil daunnya shj)
  • 1 biji kelapa ambil santannya
  • 5 biji bawang kecil(2 biji ditumbuk,3 biji di jadikan bawang goreng)
  • 3 biji bawang putih ditumbuk
  • Garam dan ajinomoto secukupnya

Cara-cara

  • Beras di basuh kemudian masukkan kedalam periuk.
  • Masukkan air bersama2 dengan bawang kecil dan bawang putih yg telah ditumbuk tadi.(Macam nak masak bubur nasi).
  • Sementara tu goreng ikan tadi tanpa garam.Kemudian buang durinya dan tumbuk isinya.
  • Bila bubur dah masak masukkan santan,isi ikan yg tlh ditumbuk dan daun bayam.
  • Tambahkan sedikit garam dan ajinomoto.Tambahkan air jika bubur terlalu kering atau pekat.
  • Kacaukan bubur tu biar sebati .Bila semua dah masak rasa pun dah ok matikan api dan taburkan bawang goreng tadi.
  • Sedia di hidang.

BUBUR LAMBUK DAGING


Copy_of_lambuk_daging

resepi atok..

Bahan-bahan ( satu periuk untuk 4-5 orang )

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2-3 sudu besar rempah kurma
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
  • 1/2 cawan santan
  • minyak untuk menumis
  • daun ketumbar (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  • Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
  • Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
  • Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
  • Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
  • Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.

BUBUR LAMBUK


Dscn0768

Resipi seimbang, sedap & mudah disediakan...sesuai utk menu berbuka puasa...Selamat Mencuba!

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 2 1/2 cawan beras
  • 2 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
  • segenggam udang hidup
  • 2 sudu besar udang kering dikisar/ditumbuk kasar
  • 2 cawan santan drp sebiji kelapa
  • 8 ulas bawang merah dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 inci halia dikisar halus
  • 3 batang serai dititik
  • 6 cawan air
  • Garam & gula secukup rasa
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 3 helai daun pandan disimpul
  • 2 cawan pucuk paku merah/perak/paya (sama jenis tp nama berbeza)-diambil daun & batang yg lembut shj
  • 2 helai daun kunyit dimayang halus
  • 3 tangkai daun kesum dimayang halus
  • 2 sudu kerisik kelapa (jika suka)

Cara-cara

  • Bersihkan ikan & udang & direbus dgn sedikit garam. Ketepikan & JANGAN DIBUANG AIR REBUSAN TADI.
  • Didihkan air rebusan tadi dengan beras yang telah dibasuh bersih. Tambah air & rebus sehingga kembang/pecah.
  • Ikan & udang dikisar kasar & digaulkan bersama bawang merah, putih & halia telah dikisar halus serta serbuk lada hitam & udang kering. Biarkan sebentar & masukkan ke dalam beras yg telah kembang tadi. Biarkan menggelegak di atas api sederhana.
  • Masukkan serai & santan. Kacau & pastikan tidak pecah minyak.
  • Tambahkan kerisik kelapa, garam & sedikit gula mengikut selera. Kacau rata & didihkan lagi.
  • Akhir sekali, masukkan daun pandan, daun kunyit, daun kesum & pucuk paku. Gaul & tutup api.

BUBUR LAMBUK PERANTAU


Bubur

Modified resepi bubur lambuk kelantan


Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • Nasi - (yang dimasak seperti biasa)
  • Ikan bilis - (ikut suka)
  • karot - 1 batang (ikut suka)
  • santan - 1 kotak (segera)
  • halia - 2 inch
  • Cream Spinach - 250gm
  • serbuk lada hitam - ikut suka
  • garam dan gula - sesedap rasa
  • extra - ikan kering/ayam/daging dipotong kecil-kecil (optional-kalau nak lagiiiiiiii sedap)

Cara-cara

  • Masukkan ke dalam periuk besar cream spinach, dan ditambah dengan santan. Masukkan air sehingga separuh periuk tersebut. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan beras, karot, serbuk lada hitam, garam dan gula (dan bahan extra). Masak sehingga nasi tersebut kembang.
  • Siap. Boleh dihidang dengan ikan bilis goreng+daun bawang+cili. Selamat Mencuba!!
  • *sila sesuaikan nasi dengan air. Kalau rasa pekat sangat, sila tambah air.

BUBUR NASI BERLAUK


Bubur

Sesuai utk org dewasa atau kanak2, sihat atau sakit.


Bahan-bahan ( Serve 4 )
  • - 1 cawan beras
  • - 8 cawan air (terpulang la nak lembik atau pejal bubur tu nanti)
  • - 2 biji kentang (potong kecil2)
  • - 1 labu bwg besar ( hiris)
  • - 2 ulas bwg putih (hiris)
  • - 2 inci halia (hiris)
  • - 4 ketul daging ayam
  • - sedikit perasa ayam, lada hitam, lada putih & garam

Cara-cara

  • Tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau.
  • Masukkan air, biarkan mendidih.
  • Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dgn api besar.
  • Kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambahkan bahan2 perasa.
  • Masakkan bubur dgn api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat & kembang. Tambah air jika tekstur beras kelihatan seperti nasi. Kacau sekali-sekala.

BUBUR AYAM

Bahan-Bahan:

Isi Ayam (direbus dan di siat siat)
1 cawan beras
1 inci halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang Lobak merah (potong seperti lidi)
Air
Minyak (untuk menumis)
Sediki daun bawang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah


Cara:

Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi.

Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati.

Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak.

Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata.

Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan)

Bubur sedia dihidangkan.

Cadangan Hidangan:

Untuk 2 atau 3 hidangan

Tambahan:

Enak di hidangkan dengan telur masin.
Jika mahu pedas taburkan serbuk cili di atas hidangan. Selamat mencuba!

BUBUR BERLAUK

Bahan-Bahan:

150 gm beras (1 cawan)
1350 ml air (5 ½ cawan)
8 keping besar halia
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar)
150 gm daging (dicincang)
1 cawan isi udang
1 cawan isi sotong
1 cawan santan daripada ½ biji kelapa
Garam secukupnya

Bahan-bahan ditabur:

Hirisan daun bawang
Bawang goreng

Cara:

Rebus beras bersama air, halia dan lada hitam hingga beras separuh kembung. Masukkan daging & kacau sekali-sekala supaya bubur tidak berkerak. Setelah daging empuk, masukkan udang, sotong dan santan. Kacau rata. Apabila bubur hampir pekat, masukkan garam. Kacau dan angkat. Ketika menghidang panas-panas, tabur daun bawang dan bawang goreng.