Showing posts with label sandwich. Show all posts
Showing posts with label sandwich. Show all posts

BAKED SANDWICH

Baked_sandwiches

tulip77@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 pcs )

  • 8 keping roti
  • *** Bahan Inti ***
  • bawang merah - dadu
  • bawang putih - cincang halus
  • cincangan isi daging/ayam
  • sayur campur (frozen)
  • sos cili
  • sos tomato
  • serbuk lada hitam,garam
  • parutan keju

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 C.Gelek nipiskan roti, tekan2kan dlm acuan dan potong tepinya mengikut tepi acuan, bakar selama 7- 8 minit...angkat, sejukkan (nk mudah masuk jap roti dlm microwave)
  2. Untuk intinya panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cincangan isi ayam/daging dan serbuk lada hitam, kacau. Masukkan sos cili, sos tomato dan sayuran campur...kacau hingga inti agak kering.Perasakan dgn sedikit garam, angkat
  3. Letakkan inti dlm roti tadi, taburkan keju parut di atasnya dan bakar sekejap, bila keju sudah mencair bolehlah diangkat

Sandwich telur


Sandwich_telur

untuk budak2 baru belajar yang terpaksa menyediakan sarapan sendiri ...


Bahan-bahan ( 2 orang sahaja )
  • 6 keping roti
  • 1 butir telur
  • 1 sudu kecil mayonis
  • Garam / serbuk lada hitam
  • Timun/ tomato ( dihiris )
  • Mentega untuk disapu pd roti

Cara-cara

  • Hancurkan telur. Perasakan dengan garam atau serbuk lada hitam.
  • Campurkan dengan mayonis dan kacau rata.
  • Sapukan roti dengan mentega dan ratakan adunan telur di atas roti.
  • Aturkan hirisan timun atau tomato. Lapik dengan sekeping roti lagi.
  • Potong mengikut bentuk yang disukai.

Kek Sandwich


resepi kek jem sandwich


Bahan-bahan ( 6 orang makan )

  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 3 biji telor
  • 1 sudu teh barking powder
  • 1 sudu makan golden syrup
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit Jem (sebarang perasa)

Cara-cara

  • Pukul gula dan butter sehingga kembang
  • Masukkan telur dan pukul sehingga kembang
  • Masukkan esen vanilla
  • Masukkan tepung, barking powder yang telah di ayak dan kemudian masukkan golden syrup.
  • Bahagikan kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam loyang bulat berbunga dan masak sehingga kekuning.
  • Setelah selesai membakar satu lapisan kek bubuh jem dan lapiskan seperti sandwich

Roti Telur Mayo


Egg_mayo

Resipi yang mudah. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi!


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 5 biji telur rebus, dikupas kulitnya
  • garam dan lada putih, secukupnya
  • 4 sudu makan mayonnaise
  • daun lettuce
  • tomato, dihiris
  • 8 keping roti sandwich
  • margarine

Cara-cara

  • Satukan telur, garam, lada putih dan mayonnaise dan kacau rata.
  • Sapukan margarine di atas roti than langsung sapukan telur mayo tadi.
  • Top kan dengah daun lettuce dan hirisan tomato.
  • Akhir sekali, lapik kan dengan sekeping lagi roti.

Sandwich telur


Sandwich_telur

untuk budak2 baru belajar yang terpaksa menyediakan sarapan sendiri ...


Bahan-bahan ( 2 orang sahaja )

  • 6 keping roti
  • 1 butir telur
  • 1 sudu kecil mayonis
  • Garam / serbuk lada hitam
  • Timun/ tomato ( dihiris )
  • Mentega untuk disapu pd roti

Cara-cara

  • Hancurkan telur. Perasakan dengan garam atau serbuk lada hitam.
  • Campurkan dengan mayonis dan kacau rata.
  • Sapukan roti dengan mentega dan ratakan adunan telur di atas roti.
  • Aturkan hirisan timun atau tomato. Lapik dengan sekeping roti lagi.
  • Potong mengikut bentuk yang disukai.

Egyptian On Rush Sandwich

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 2-3 helai Sayur kubis (dipotong nipis2)
  • 1 keping daging burger(di hancurkan)
  • 1 biji bawang besar(racik2)
  • 1 biji telur ayam
  • Carrot(dipotong halus2)
  • 2 biji cili besar(diracik)
  • Roti Gardenia
  • Mayonis
  • Sos cili

Cara-cara

  • Tumis bawang ngan sedikit minyak, samapai naik bau.
  • Masukkan cili yang dipotong, kalau taknak cili pun takpe.
  • Masukkan pulak daging burger yang dah dihancurkan. Gaul2 sampai sekata masaknye.
  • Lepas tu, masukkan sayur kubis, dan carrot. Gaul2kan ia dlm 2 minit. Lepas tu, pecahkan telur dalam kuali. Jangan scramble dulu telur tu. After a while, baru scramble telur tu, gaul ngan bahan2 lain sampai masak.
  • Then, masukkan dalam mangkuk lain. Masukkan 1 sudu mayonis. Gaul sampai sekata.Masukkan sos cili.(Kalau tak nak pun takpe).Letak antara 2 keping roti gardenia.
  • Siap untuk di makan! Kalau tak berdiet, boleh letak cheese!