Showing posts with label bingka. Show all posts
Showing posts with label bingka. Show all posts

BINGKA JAGUNG

P1010307
enas_eryna@myresipi.com
Bahan-bahan ( satu family )
  • 1 cawan susu sejat (saya guna 1 cawan santan pekat segera)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kustad
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin jagung krim(saya guna satu tin jagung kornel tersalah beli la ni...tp tetap ok rasanya cuma jagung tu sebiji2)
  • 2 biji telur
  • 1 s/b marjerin/butter - dicairkan
  • secubit garam(resepi asal takder)

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah...
  2. sapu loyang dgn minyak atau marjerin.
  3. campur kan kesemua bahan diatas
  4. bakar selama 1jam..mudah kan

BINGKA ROTI CINNAMON

Img_2512

azareena@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2-3 org )

Bahan A:
  • 1/2 cawan gula
  • 100ml air panas
Bahan B:
  • 3 keping roti slice (gardenia, etc)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 400ml susu segar
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
  • sedikit garam
Bahan C (optional):
  • 3 sudu besar butter
  • bijan

Cara-cara

Utk bahan A
  • masak gula menggunakan api perlahan sehingga cair & menjadi perang. Masukkan air panas & kacau sehingga gula larut. Sejukkan sebentar.
Utk Bahan B
  • masukkan kesemua bahan2 ke dalam blender & blend hingga sebati.
  • Campurkan bahan A ke dalam bahan B. Tuang adunan yg telah dicampur ke dalam periuk dan masak sebentar menggunakan api sederhana sehingga likat/pekat.
  • Setelah likat, padamkan api dan gaulkan butter ke dalam adunan.
  • Tuang adunan ke dlm loyang & taburkan sedikit bijan (optional). Bakar dlm oven 180C selama 30-40 minit.

BINGKA ROTI PANDAN

Image_02_

Bahan-bahan ( Saiz kecik jer )

  • 6 keping roti
  • 3 helai daun pandan - dikisar dengan sedikit air dan diambil jusnya
  • 1 biji telur
  • Santan pekat, dr 1/2 biji kelapa
  • 2 sudu besar kaya
  • 5 sudu besar gula pasir -boleh tambah/kurangkan manis
  • 1/4 cawan susu cair
  • 2 atau 3 sudu besar tepung gandum (sesuaikan kepekatan)
  • 1 sudu besar tepung kastat
  • Sedikit perwarna hijau, dan esen vanilla
  • secubit garam

Cara-cara

  • Roti direndam dalam santan, jus pandan dan susu cair .
  • Bila roti hampir kembang, masukkan bahan-bahan lain.
  • Sesuaikan rasa manis dan lemaknya
  • *Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat...(yang sedang2 saja...ewah,,dandut la plak..)
  • Lenserkan loyang dengan mentega, dan masukkan adunan tadi.
  • Bakar hingga masak.... (suhu 180'c..selama 45 minit) ala..sampai masak ler...nk tau masak ke idak, cucukkan lidi..dan bila ditarik keluar, lidi tu bersih jer..kira masak la...
  • Sejukkan dulu..sebelum dipotong..Siap,,selamat mencube...

BINGKA SUJI {semolina}

Img_1276

liana_pg@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 3 biji telor
  • 150-170 gm gula pasir
  • 180gm suji
  • 700ml santan
  • 100ml jus pandan{6 helai daun pandan dikisar bersama 100ml air kemudian ditapis}
  • 1/2 sdt garam
  • 100gm butter {dicairkan}
  • 50gm tepong gandum
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. sediakan loyang yg dah digris dgn minyak atau butter
  2. pukul gula dan telor hingga sebati ..
  3. Img_1272
    sediakan periuk non-stick..pastu masukan adunan telor td,suji,santan,jus pandan,garam,tepong gandum,..masak dgn api perlahan hingga pekat..
  4. bila dah pekat tutup api dan masukkan butter yg telah dicairkan tadi kacau smpai sebati...
  5. tuang adunan suji kedlm loyang dan bakar pada suhu 190 selama 1 jam..
  6. Img_1274
    bila dah siap tunggu sehingga sejuk baru dipotong..

BINGKA SUJI [Baked Semolina Cake ]






Ingredients

  • 5 eggs
  • 180g castor (superfine sugar)
  • 250g semolina
  • 400ml coconut (from 400g grated coconut and sufficient water)
  • Pandan juice (100ml, from six screwpine or pandan leaves blended with water and strained)
  • 1/2 tsp salt
  • 600ml water
  • 140g margarine
  • 50g plain (all purpose flour)
  • 1 tsp vanilla essence (optional)
Method
  • Line the bottom of a 25cm round baking tin (pan) with aluminium foil. Grease with a little margarine.
  • Beat eggs and sugar in a mixing bowl until combined. Pour into a pan.
  • Add semolina, coconut milk, pandan juice, salt and water. Mix thoroughly and stir mixture over medium heat until it becomes thick.
  • Remove pan from heat and mix in margarine, flour and vanilla. Stir to a smooth consistency. Slowly pour mixture into prepared tin.
  • Baked for 1 hour in a preheated oven at 200�C or until cooked through and firm to the touch. If you prefer a crustier top, put under the grill for 2 to 3 minutes. Cool cake thoroughly before cutting to serve.
Note
  • You can replace margarine with butter if you like or use a combination of both.

BINGKA TELUR

Sumber: Eda/ Jo


Bahan-bahannya:

  • 6 biji telur
  • 2 cawan air daun pandan
  • 2 tin santan ( 400ml x 2)
  • 3 cwn tepung gandum
  • 2 cwn gula
  • 1 s/k garam
  • 4 s/b butter - dicairkan

Cara-caranya:

  • Blend semua bahan hingga tak berketul2.
  • Masukkan 1 s/b minyak dalam loyang dan lengserkan.Masukkan dlm oven.
  • Bila loyang sudah panas, masukkan bancuhan kuih setinggi 3 ".Jangan tobal bonar.Kalau guna loyang kocik...bahagi dua...sodap wat nipis2.
  • Masak hingga perang.Ingat guna api atas bawah yo!....

KUIH BAKAR JAGUNG

.















Sumber : Bro Rozzan

Bahan-Bahan
  • 250 gm tepung gandum
  • 230 gm gula (kurangkan sedikit jika anda penawar)
  • 400 ml santan kotak
  • 200-250 ml air
  • 4 biji telur - kocok sedikit
  • 1 kotak krim jagung (cream style corn) - 380 gm
  • 50 gm jagung (whole kernel corn)- optional
  • 2 sudu besar minyak sapi QBB
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna kuning
  • 1 sudu teh serbuk vanilli
Cara:
  • Tepung, gula, minyak sapi, air dan santan disatukan dan kacau rata-rata.
  • Masukkan krim jagung, jagung, telur, vanilli, pewarna, garam dan kacau terus.
  • Panaskan loyang di dalam oven dan sapu sedikit minyak/m.sapi.
  • Keluarkan loyang dan tuang adunan tadi ke dalamnya.
  • Bakar selama 40-50 minit atau hingga kekuningan dgn suhu 180-200 darjah Celsius.
  • Jika gunakan acuan yg kecil & adunannya tak tebal, masa membakarnya sekitar 20-25 minit.

BINGKA UBI

Sumber : Mat Gebu


Bahan-Bahannya:- (mat buat 1/2 dari adunan dibawah)

  • 1400 g parutan ubi*
  • 225 ml air*(*disatukan)
  • 3 biji telur gred A
  • 3 camca teh teh tepung jagung
  • 150 g gula melaka
  • 300 g gula pasir
  • 625 ml pati santan
  • 11/2 camca teh esen vanilla
  • 1 camca teh garam
  • 1 camca besar mentega

Cara membuatnya:-

  • Ubi parut yang telah dicampur dengan air tadi, diperah dan tadah airnya dalam satu bekas. Asingkan ubi tadi, dan biarkan air perahan tadi rehat 20 minit hingga sagunya mendak. Buang air perahan hingga tinggal sagu ubi sahaja. Masukkan ubi parut yang diperah tadi ke dalam sagu ubi dan gaul rata. Ketepikan.
  • Sementara itu, potong gula melaka kecil2. Pecahkan telur dalam bekas, dan masukkan gula pasir, gula melaka, garam, tepung jagung dan esen vanilla. Kacau dengan wisk hingga semua bersatu. Masukkan santan dan mentega. Gaul rata.
  • Jerang santan tadi atas api perlahan sambil terus mengacau hingga gula merah larut dan mentega cair, tak perlu mendidih. Angkat dan tapis. Tuang ke dalam parutan ubi tadi, gaul hingga rata dan tuang dalam loyang (berukuran 8 x 8 x 3 inci) yang telah dilenser dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas minyak dan ditabur sedikit tepung. (Mat guna tin berukuran 8 x 4 x 3 inci)...
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 10 minit, kemudian turunkan suhu kepada 130C dan bakar lagi 1 jam 15 minit. Bila masak keluar kuih dari oven, sejukkan 10 minit dan keluarkan dari tin, tanggalkan kertas perlahan2, biar betul2 sejuk sebelum dipotong..

BINGKA TELUR


Dscf4241_copy_resize

lemak,lembut dan sedap,family's fav. rasa cam"akok"

Bahan-bahan ( 15 org=2 loyang )

  • 6 biji telur
  • 2 cwn air daun pandan( atau 2 cwn air + colour kuning)
  • 2 tin santan (400ml x2) atau santan pekat
  • 3 cwn tepung gandum
  • 2 cwn gula
  • 1 tsp garam
  • 4 tbs butter-cairkan

Cara-cara

  • blend semua bahan, hingga tepung tak berketul2.
  • tarukkan 1 tbs minyak dalam loyang..lenserkan. masukkan dalam oven.
  • bila loyang sudah panas, masukkan bancuhan kuih setinggi 3". sedap nipis2.
  • masak sehingga perang.

BINGKA UBI KAYU

Dscn1189

simple n easy

Bahan-bahan ( family )

  • 3cwn ubi kayu parut
  • 1/2 cwn gula@secukup rasa
  • 1/2st garam
  • 1 cwn jus pandan+1 cwn pati santan
  • butter utk menggris

Cara-cara

  • letak ubi parut atas napkin n gantung@leh guna tapis je.jangan di perah.biar dlm 1/2 jam.buang air yg bertakung kat bwh tu..satukan ubi,garam n gula dlm mangkuk.gaul rata
  • tuangkan campuran jus pandan+santan sedikit2 sambil dikacau sehingga dpt tekstur mcm nak buat cucur..rasakan manisnya.kalau kurang tambah gula.kalau terlalu pekat tambah santan
  • tuang dalam tin yg digris.letak 4/5 hirisan butter atas adunan.bakar pd suhu 170c selama 45min@hingga msk.
  • Kuih ni lembut semasa panas.tunggu hingga betul2 sejuk sebelum dipotong..

BINGKA LABU

World_of_cooking_009

Mat Gebu@myresipi.com

Bahan-bahan ( Acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm )

  • 5 biji telur Gred A
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus
  • Cara-cara


  • World_of_cooking_005
    Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
  • World_of_cooking_006
    Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
  • World_of_cooking_007
    Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
  • World_of_cooking_008
    Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

BINGKA PANDAN

Sumber : Sue Suria
Kiriman : LindaZA

Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 250 gm gula ( saya guna 220g aja tapi stil manis for me, kata kawan dah ok nxt time saya guna 200g aja)
  • 4 biji telor
  • 215 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung custard
  • 140 gm mentega [dicairkan]
  • 60 gm serbuk santan
  • 1/2 tin susu pekat
  • 850ml air ( saya campurkan dgn 80ml kat bawah tu..blend pandan 10 helai tak payah guna pewarna)
  • 80ml jus pandan[5 helai daun pandan dikisar bersama 80 ml air]
  • 50 gm bijan
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-cara

  • Campur semua bahan di atas kecuali bijan.
  • Adun sehingga adunan tidak berketul-ketul [kalau nak senang masuk dalam blend jer]
  • Tuang ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak.
  • Bakar selama 1 jam pd suhu 180 C.
  • Bila dah setengah jam taburkan bijan di atas kuih dan teruskan proses membakar.

BINGKA KENTANG

Sumber : Chef Aini

(A)
5 biji telor size besar
300ml santan pekat
200 ml air paip
200gm tepung gandum

(B)
400gm kentang bersihkan-rebus dgn secukup garam hingga empuk, lecek halus
180gm gula pasir
1/2 st garam
1/2 st vanila
pewarna kuning

CARA:

Satukan bahan A gaul rata, tapis
masuk kan bahan B gaul hingga sebati
Siapkan tin pembakar 20x20x7 sm.Sapu butter alas kertas atau daun pisang (misa guna kertas jek..)
Tuang adunan dan bakar 40minit ,suhu 200 * C

BINGKA UBI PORTUGIS


P9110123

Sedap. Kalau pada tamu biasenye makan guna sudu sbb lapis bawahnye tersanggatlah lembutnye.

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

  • Lapisan Bawah
  • 1 kg ubi parut
  • 230gm gula pasir
  • 350gm santan
  • 100gm butter
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning
  • Lapisan Atas
  • 50gm Susu Segar
  • 230gm Susu pekat manis
  • 20gm tepung gandum
  • 3 biji kuning telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • 100gm keju cheddar (diparut)

Cara-cara

  1. P9110117
    Lapik loyang dengan aluminium foil dan sapu sedikit butter. Ini supaya memudahkan kuih dikeluarkan dan dipotong.
  2. P9110118
    Panaskan oven. Masukkan semua bahagian lapisan bawah ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit
  3. Lapisan Atas
  4. P9110119
    Satukan susu segar, susu pekat manis, pewarna hijau dan tepung gandum. Masak atas api perlahan sehingga sedikit mendidih. Matikan api. Masukkan kuning telur dan kacau lagi sehingga sebati kemudian baru masak atas api sehingga sedikit pekat.
  5. P9110120
    Apabila lapisan masak keluarkan dari oven. Jangan matikan oven. Tuangkan lapisan atas dan ratakan mengunakan spatula. Taburkan cheddar cheese yang telah diparut.
  6. Bakar lagi pada suhu 180C selama 20 minit.
  7. P9110121
    Biar kuih betul betul sejuk sebelum dipotong.

BINGKA PANDAN

Bahan-Bahan:
  • 600 gm tepung gandum
  • 200 gm gula pasir
  • 1 cawan santan pekat, dikisar bersama 1 biji telur
  • Satu cawan air
  • 20 helai daun pandan
Cara:
  • Bancuh tepung bersama gula, telur dan santan pekat. Pastikan tidak berketul-ketul. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan elok cairnya. Untuk lebih cantik, masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar sekejap. Sapu acuan dengan minyak atau marjerin dan panaskan di dalam ketuhar. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar hingga masak dan sedikit berkerak.

BINGKA KUKUS

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan air
  • ½ camca garam
  • 2 cawan abu kayu parut
  • ½ biji kelapa, diparut
Beberapa titik bahan pewarna merah Bahan Sirap:
  • ½ cawan air
  • 125 gm gula melaka
  • 1 helai daun pandan, disimpulkan
Cara:
  • Gaulkan ubi kayu, air & bahan pewarna dalam sebuah periuk. Kukuskan selama 1/2 jam atau hingga masak. Biarkan sejuk. Potong kepada bentuk-bentuk yang disukai. Gaulkan garam dengan kelapa parut. Balutkan kepingan-kepingan bingka dalam kelapa parut bergaram ini & isikan ke dalam pingan.
Cara membuat sirap:
  • Satukan gula melaka, air & daun pandan dalam sebuah periuk & panaskan hingga larut. Besarkan api & didihkan hingga menjadi sirap yang pekat. Tapis ke dalam sebuah mangkuk. Hidangkan kuih bingka dengan sirap itu.