Apakah mereka yang bersetuju kristian menggunapakai kalimah Allah dalam bentuk triniti mempunyai "penyakit aqidah" yang perlu dirawat segera?* |
Teringat saya sebuah cerita yang pernah saya dengar mengenai seorang cerdik-pandai yang melawat sebuah pusat rawatan sakit mental atau lebih kita kenali sebagai hospital mental bagi orang gila.
Semasa sedang dalam lawatan itu, beliau tertarik dengan telatah seorang pesakit mental yang kelihatan begitu khusyu' memancing didalam sebuah baldi yang kosong tidak ada apa-apa isi. Lalu berlakulah dialog diantara si cerdik pandai dengan pesakit mental itu:
Si Cerdik : Helo, apa kabar?
Si Gila : Syyyyy...diam-diam! Tak nampak aku tengah memancing ni? Kang lari pula ikan-ikan ni!
Si Cerdik: (dalam suara membisik) Banyak dapat ikan hari ni?
Si Gila: Engkau ni gila kah apa? Mana ada ikan dalam baldi kosong ni!!!
Maka terkebil-kebillah Si-Cerdik tadi diherdik oleh Si-Gila tersebut!
Moral cerita ini - kalau kita dah tahu orang tu gila, buat apa dilayan gilanya! Patutnya kita cuba merawat dia!
Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh sahabat saya Tuan Haji Abdul Karim Omar, Setiausaha Agong Pertubuhan Muafakat melalui tulisan terkini beliau di www.akarimomar.worpress.com yang saya lampirkan dibawah.
Penulisan beliau menumpu kepada keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan permohonan beberapa "maknyah, pondan atau "bapuk" yang memohon perisytiharan bahawa Enakmen Syariah Negeri Sembilan yang melarang lelaki berpakaian seperti perempuan sebagai tidak sah kerana melanggar hak asasi mereka kononnya seperti yang diperuntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan.
Panel Mahkamah Rayuan tersebut dipengerusikan oleh YA Datuk Hishamudin Yunos, seorang bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar, dan turut didengar oleh panel hakim YA Hakim Datuk Lim Yee Lan dan YA Datuk Aziah Ali.
Panel Mahkamah Rayuan ini telah pada hari Jumaat 07 Okt 2014 memutuskan bahawa Enakmen tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah; sekaligus memberi kemenangan kepada pihak "bapuk, maknyah dan pondan" ini untuk terus dengan cara kehidupan mereka berpakaian seperti perempuan - kerana katanya ini adalah hak asasi mereka!
Apakah benar "pondan, maknyah dan "bapuk" punya hak asasi untuk terus berpakaian dan hidup dengan "perwatakan perempuan"; atau mereka mungkin mengidap penyakit mental dan mempunyai hak asasi untuk "dirawat" sebagai pesakit mental?**
Ini yang cuba dikupas oleh sahabat saya Tuan Haji Abdul Karim Omar mengguna-pakai piawaian antarabangsa seperti yang terkandung didalam Item ICD-10 International Classification of Disease, WHO - World Health Organisation dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu!
Kita diberi akal dan fikiran, baca dan hayatilah mesej yang cuba disampaikan. Selamat membaca.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
17 Muharram 1436
10 November 2014.
*Gambar hiasan semata-mata
** Maknyah, bapuk dan pondan perlu diasingkan daripada kategori khunsa yang diiktiraf dalam syara' sebagai manusia yang mempunyai dua alat kelamin yang mempunyai cara umumnya diberi hak didalam hukum syara' untuk menentukan samada memilih untuk hidup sebagai lelaki atau wanita!
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Dipetik daripada http://akarimomar.wordpress.com/2014/11/09/memahami-keputusan-mahkamah-rayuan-mengiktiraf-orang-yang-berpenyakit-mental-satu-perspektif/
Keputusan panel hakim Mahkamah Rayuan berhubung isu orang lelaki
yang berpakaian perempuan baru-baru ini amat mengejutkan ramai kita.
Panel hakim yang bersidang memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen
Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke
atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan –
dengan itu mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.
Pertamanya mari kita faham apa isu yang dibicarakan. (Saya tidak mengguna pendekatan hukum syariah)
1. Hak Asasi Manusia
2. Lelaki yang berpakaian perempuan
Hak Asasi Manusia sememangnya terpelihara dalam Perlembagaan
Persekutuan. Kebebasan Asasi (Fundamental Rights) ini memang disebut
dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan.
Namun ianya tidak memberi
hak kepada orang yang sakit gila untuk mengamuk membunuh orang.
Orang gila hendaklah diberikan rawatan dengan sempurnanya supaya pesakit mental ini tidak menganggu ketenteraman awam.
Perkara
kedua yang ingin dibicara ialah “lelaki perpakaian perempuan” – ianya
merupakan suatu penyakit mental (mental disorder).
Kepada pengamal
perubatan mereka sudah pasti maklum dengan klasifikasi penyakit World
Health Organisation (WHO) yang disebut sebagai ICD (International
Classification of Diseases) yang kini dalam versi ICD-10. ICD ini
merupakan rujukan asas diagnostik untuk epidemiologi, pengurusan
kesihatan dan juga bagi tujuan klinikal.
Menurut ICD-10, lelaki yang berpakaian
perempuan diklasifikasikan di bawah F64. Ia termasuk F64.0 –
Transsexualism dan F64.1 – Dual-role transvestism … dalam bahasa
mudahnya kita sebut PONDANlah … walaupun ada sedikit perbezaan antara
kedua).
Di bawah klasifikasi F64, F65 dan F66, terdapat pelbagai jenis
lagi penyakit-penyakit mental berkaitan seksual sebegini.
Walaupun
disepakati di kalangan pakar bahawa pesakit begini lazimnya sukar untuk
diubati antaranya kerana keengganan mereka untuk berubah namun pesakit
ini mesti diberi rawatan.
Mereka sepatutnya mendapatkan hak mereka untuk mendapat rawatan sempurna. Bukan kita menggalakkan lagi mereka semakin menggila.
Apabila mereka semakin menggila bertambahlah mereka tidak peduli akan penyakitnya itu.
Begitu juga dengan orang gila yang sakit mental jika kita biarkan
mereka tanpa rawatan, orang gila ini boleh mengamuk mengganggu
ketenteraman awam dan boleh mencedera dan membunuh orang awam.
Pembelaan hak ke atas orang berpenyakit mental ialah memberi rawatan yang sewajarnya.
Haji Abdul Karim Omar