Lambang kebebasan antarabangsa |
Lambang kebebasan seks Yahudi |
Adakah persamaan lambang perjuangan kebebasan mereka ini satu kebetulan? |
Persidangan proses Universal Periodic Review - Semakan Berkala Sejagat berkaitan isu hak asasi manusia di Malaysia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland akan berlangusung esok 19 ZulHijjah 1434 bersamaan 24 Okt 2013.
Beberapa NGO di Malaysia yang pro kebebasan tanpa batas dan hak asasi melampau telah menubuhkan sebuah pakatan sesama mereka dengan sokongan dan bantuan beberapa NGO dan badan asing telah mengemukakan beberapa tuntutan terhadap Malaysia dalam sidang ini.
Beberapa pertubuhan Melayu-Islam Malaysia, yang peka dengan implikasi dan kesan serius daripada sidang ini telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah badan bernama Muslim-UPRo (Muslim-Unviersal Periodic Review Organistation) untuk menyanggah desakan NGO pro kebebasan tanpa batasan ini.
Seramai 17 orang wakil M-UPRo ini sudah berada di Geneva (dengan tanggungan sendiri) untuk maskud tersebut.
Saya mengambil kesempatan ini mengajak seluruh umat Islam terutama di Malaysia untuk bersatu dan memohon kepada ALLAH supaya menyelamatkan negara kita daripada ancaman liberalisma dan pluralisma ini. Mari kita mendirikan solat hajat dan munajat memohon kepada ALLAH agar aqidah, keimanan dan syariat Islam terus mekar dan dimartabatkan dalam negara kita.
Malaysia adalah benteng terakhir bagi umat Melayu-Islam; we are the last bastion for Malay-Muslim!!!
Dibawah saya lampirkan Memorandum M-UPRo yang dikeluarkan untuk sebaran kepada seluruh umat Melayu-Islam agar memahami isu yang sedang melanda kita sekarang.
Kalau dahulu kita bersatu menentang IFC - Interfaith Commission yang mencabar aqidah dan syariat Islam, sehingga akhirnya ia tumbang tersungkur; mengapa sekarang kita tidak boleh bersatu dengan ancaman yang lebih besar dan bersifat global ini?
Tepuklah dada, tanyalah iman masing-masing yop!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
18 ZulHijjah 1434
23 Oktober 2013
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Kenyataan NGO Islam UPR ini dikeluarkan pada 22 Oktober 2013M bersamaan 17
Dzulhijjah 1434H
Gabungan Pertubuhan-pertubuhan
Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia
atau ringkasnya MuslimUPRo telah digagaskan sebagai salah satu usaha untuk
memantau NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan pertubuhan-pertubuhan
sekular-liberal yang menggunakan saluran Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk
menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama Negara
melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC
(UN) di Geneva, Switzerland yang akan melibatkan
Malaysia pada 24 Oktober 2013.
MuslimUPRo dan gabungan
Pertubuhan-pertubuhan Islam yang disenaraikan di sini mengambil pendirian
berikut:
Menginsafi
kepentingan Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam
pada kedudukan istimewa sebagai agama Persekutuan;
Menyedari
bahawa cabaran-cabaran dunia pada hari ini ditandai gerakan hak asasi manusia
(HAM) yang berlatarbelakangkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan fitrah
agama seperti sekularisme, liberalism dan pluralism dan semakin menyesatkan
ramai di kalangan umat Islam;
Memperakui
hakikat Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat serta disegani sebagai
sebuah Negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), Negara Pertubuhan
Kerjasama Islam (OIC), anggota Pergerakan Negara-negara
Berkecuali (NAM) serta Negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia
Tenggara (ASEAN);
Menegaskan
bahawa sebagai sebuah yang beragama Malaysia perlu bertegas di dalam
mempertahankan kedudukan Islam serta tidak tunduk kepada tuntutan-tuntutan HAM
yang ternyata bertentangan dengan prinsip-prinsip di dalam ajaran Islam.
Dengan latar belakang tersebut,
kami berpandangan bahawa:
A. Gabungan NGO Malaysia di dalam
Proses UPR atau ringkasnya COMANGO telah melakarkan tuntutan-tuntutan mereka
tanpa menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan sengaja menimbulkan
kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan
semua agama sama rata.
B. Perbuatan COMANGO ini
bertujuan untuk meletakkan apa saja dasar dan undang-undang yang digubal sama
ada oleh Kerajaan atau Majlis-majlis Agama di bawa seliaan dan pemerhatian HRC
UN.
C. Kerajaan perlu menjelaskan
kepada HRC bahawa, sekalipun rakyat Negara ini terdiri daripada penganut
berbagai agama dengan penganut agama Islam membentuk 60 peratus daripada
keseluruhan rakyat Malaysia, namun Negara Malaysia berkewajipan untuk memelihara
Agama Islam pada semua masa.
D. Kealpaan perwakilan Negara
untuk memberikan perhatian utama kepada kewajipan memelihara Agama Islam dalam
perundingan antarabangsa boleh mengakibatkan Malaysia dihalang (estopped) pada
masa akan datang daripada bersandarkan kepada hujah kedaulatan Islam dalam
berhadapan dengan berbagai tekanan antarabangsa dalam isu-isu hak kebebasan yang
bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.
E. Tuntutan-tuntutan COMANGO yang
berikut adalah terlalu jelas mendedahkan agenda mengganggu-gugat kedudukan Islam
di Malaysia. Berpandukan prinsip Maqasid al-Syariah yang utama iaitu Memelihara
Agama, yang juga terkandung dalam Sumpah Yang DiPertuan Agong (Jadual Keempat
Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan), Kerajaan perlu lebih serius menolak
tuntutan-tuntutan sebegini –
i. Tuntutan yang bersifat
provokasi keagamaan dan sentimen perkauman dengan mengaitkan larangan Kerajaan
terhadap penggunaan nama Allah oleh majalah The Catholic Weekly dengan kejadian
letupan molotov cocktail di beberapa buah gereja selepas keputusan kes Kalimah
Allah sebagai perbuatan “ultra Malays pressure groups”;
ii. Mempertikaikan keputusan
mengharamkan penyebaran fahaman Syiah dan lain-lain ajaran menyeleweng sebagai
kekangan kepada hak kebebasan beragama dan dominasi oleh pihak berkuasa agama
dari kalangan Ahlus Sunnah Waljama’ah yang mengekang hak kebebasan berfikir;
iii. Menuntut hak kebebasan untuk
murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidangkuasa mahkamah
Syariah untuk menentukan kedudukan Islam seseorang;
iv. Tuntutan untuk menghapuskan
undang-undang jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di Negeri-negeri;
v. Memberikan persepsi buruk
kepada kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dilaksanakan oleh
Jabatan-jabatan Agama di seluruh Negara dengan penggunaan label stereotaip media
barat iaitu moral policing;
vi. Memberikan gambaran negatif
terhadap usaha-usaha kerajaan menyampaikan dakwah kepada masyarakat orang asli
dan dimanipulasikan sebagai paksaan pemelukan agama Islam;
vii. Tuntutan untuk mengiktiraf
hak sosial dan hak undang-undang kelompok manusia pengamal seks songsang LGBT ;
viii. Membenarkan amalan seks
songsang dengan menghapuskan peruntukan undang-undang yang menyifatkan amalan
seks di luar tabiĆ itu sebagai perbuatan jenayah;
ix. Mempertikaikan keputusan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan larangan dan siasatan pihak Polis
ke atas penganjuran perarakan Seksualiti Merdeka adalah tindakan yang tidak
boleh disemak oleh Mahkamah.
x. Menuntut supaya
Prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang mengiktiraf hak mengamalkan seks songsang
LGBT diterima oleh Malaysia;
xi. Menuntut diberhentikan serta
merta sebarang tindakan terhadap kanak-kanak atau orang dewasa atas asas
indentiti gender dan orientasi seks dan mereka dibayar ganti rugi;
xii. Tuntutan untuk membenarkan
buku tulisan Irshad Manji yang jelas mengandungi perkara-perkara yang
menyanggahi hukum syarak- termasuk menyeru supaya pemikiran Islam (Islamism)
diperangi, mendakwa nama Allah diambil oleh Rasulullah dari nama sebuah berhala;
menghidupkan semula teori jahat Salman Rushdie satanic verses; mendakwa amalan
solat boleh dilakukan mengikut pemikiran sendiri; mendakwa amalan seks songsang
kaum Lut hanya diharamkan jika dilakukan secara paksa;
Justeru, MuslimUPRo mendesak
Kerajaan supaya:
i. Bertegas dalam mempertahankan
kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara dan menolak tuntutan-tuntutan
COMANGO kepada HRC melalui proses UPR tersebut. Penegasan ini dilakukan
berasaskan prinsip-prinsip kedaulatan Malaysia sebagai Negara Islam;
ii. Menghalang pihak COMANGO dan
badan-badan seumpamanya dari terus-menerus mencabar institusi Raja-raja Melayu,
institusi fatwa dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri serta
institusi-institusi yang ditubuhkan di bawah peruntukan-peruntukan melindungi
Islam sebagai agama Negara;
iii. Mengambil tindakan
sewajarnya menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negara
terhadap pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya apabila jelas terdapat usaha
membuka ruang untuk melakukan kesalahan-kesalahan jenayah apabila
tuntutan-tuntutan tersebut berlawanan dengan Enakmen-enakmen Negeri-negeri yang
memperuntukkan undang-undang melindungi Islam;
iv. Menolak tuntutan COMANGO dan
Badan-badan HAM dengan berasaskan kewajipan memelihara kedaulatan Islam sebagai
Agama Negara;
v. Merundingi Majlis-Majlis Agama
Islam dan Badan-badan Islam Bukan Kerajaan dalam mempertimbangkan pelbagai
tuntutan yang menyentuh Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara.
vi. Bertegas menghalang COMANGO
dari berurusan dengan mana-mana pihak sama ada dalam atau luar Negara kerana
hanya segelintir (12 persatuan) yang sah sebagai NGO dan berdaftar dengan
Pendaftar Pertubuhan, manakala yang lainnya tidak berdaftar dan melakukan
kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Pertubuhan;
vii. Mana-mana pihak yang
berurusan dengan pertubuhan-pertubuhan tidak berdaftar ini turut melakukan
kesalahan. Suara dan tuntutan mereka ini tidak mewakili majoriti rakyat
Malaysia, bahkan sebahagian dari peneraju pertubuhan tidak berdaftar ini telah
beroperasi secara tidak sah selama tempoh mencecah puluhan tahun. Bahkan
sebahagian dari mereka ini juga sengaja mewujudkan entiti perniagaan di bawah
Pendaftar Syarikat dengan tujuan mendapat penyaluran dana asing untuk membiayai
tuntutan jahat mereka untuk mengkhianati Agama Negara.
viii. Menyiasat sumber kewangan
yang membiaya COMANGO untuk melakukan berbagai pengkhianatan terhadap kedaulatan
Agama Islam sebagai Agama Negara;
Azril Mohd Amin – Ketua Delegasi
MuslimUPRo ke Geneva, Switzerland
MuslimUPRo adalah dianggotai oleh
Pertubuhan-pertubuhan Islam dan Umat Islam utama termasuk Gabungan
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Peguam Muslim Malaysia
(PPMM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ikatan
Muslimin Malaysia (ISMA), JATI, Majlis Amal Islami Malaysia, IKATAN, PERKIM,
Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), PEMBINA, Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM), PERMIM, JATI, PERKID, PERKASA, PROMUSLIM, JAM”IYYAH, Lembaga Kebajikan
Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), ISSI Malaysia,
GABUNGAN Pulau Pinang, PINTA, Majlis Ittihad Ummah, Persatuan Ummah Cemerlang
Malaysia, Khalifah Institute, Persatuan Nur Alamiyyah, Pertubuhan Anak Watan
Malaysia (WATAN).