Showing posts with label Konspirasi Syaitan. Show all posts
Showing posts with label Konspirasi Syaitan. Show all posts

12 January 2011

SIDANG DERHAKA!

(Ketegasan & sikap non-partisan Tuanku Sultan Selangor telah diputarbelit dan dipolitikkan oleh Pakatan Syaitan - penggantungan darjah kebesaran kepada bekas MB Selangor Khir Toyo semalam bukti jelas Tuanku bertindak bebas dan tanpa memihak)

Salam 2 all.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Kim membuat kenyataan bahawa satu sidang tergempar DUN Selangor akan diadakan pada hari Isnin 19 Safar 1432 bersamaan 24 Januari 2011 selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan. Tujuan utama sidang tergempar itu kononnya "untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam soal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, dan Pegawai Kewangan Negeri".

Politik Cakap Tak Serupa Bikin

Pertama pada teman ini adalah satu lagi bukti "politik cakap tak serupa bikin" Pakatan pembangkang. Mereka komplen konon perlantikan Datuk Ahmad Khusrin Munawi dibuat tanpa konsultasi dan rujukan kepada Menteri Besar Selangor, walaupun sebenarnya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor & Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan perlantikan (dan pemecatan) seseorang SUK Negeri adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kalau konsultasi dan rujukan dibuat pun tidak ada apa yang boleh dibuat oleh Menteri Besar, beliau tidak boleh menerima atau menolak sebarang perlantikan. Kalau nak rujuk pun, bak kata orang Melayu, sekadar memberi penghormatan sahaja. Omputeh kata "just for courtesy sake". Tapi dari segi undang-undang, peruntukkan jelas.

Tapi yang kelakarnya, dalam dok komplen mereka tidak dirujuk atau dibuat konsultansi semasa perlantikan Datuk Khusrin, tetapi dalam memanggil sidang tergempar DUN Selangor, itulah yang mereka buat pun. Mereka langsung tidak merujuk atau membuat konsultansi dengan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Sedangkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor jelas memperuntukkan perkenan Tuanku mesti diperolehi dahulu sebelum satu sidang boleh diadakan Jangankan perkenan, jumpa Tuanku pun tak. Ini bukan lagi kurang ajar dan biadap, tetapi satu penderhakaan jelas terhadap Tuanku Sultan Selangor dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

Double Penderhakaan

Mereka berbuat seolah-olah Negeri Selangor Darul Ehsan ini negeri yang tiada Sultan yang memerintah. Atau apakah ini bukti jelas sikap dan belang sebenar mereka khususnya parti cauvinis dan rasis DAP, memang mereka langsung tidak menghormati dan mengiktiraf Kesultanan Melayu dalam negara ini.

Pada teman, ini satu penderhakaan yang melampau. Double-derhaka! Sudahlah mereka menderhaka tidak mengiktiraf perlantikan seorang pegawai kerajaan yang bukan sahaja sah dibuat mengikut undang-undang, malah sudah mendapat perkenan Tuanku Sultan. Kini mereka meneruskan kebiadapan dan penderhakaan mereka dengan memanggil sidang tergempar DUN Selangor tanpa mengikut undang-undang dan tanpa perkenan Tuanku. Teman ingin merafak sembah dan mencadangkan kepada Tuanku supaya memecat segera Menteri Besar derhaka ini. Teman juga mencadangkan kepada Tuankun Selangor supaya melucutkan sebarang gelaran dan anugerah kebesaran negeri yang telah diberi kepada penderhaka-penderhaka ini!

Motif Sebenar Para Penderhaka

Selanjutnya, apa motif sebenar para penderhaka ini? Jika kita andaikan sidang dibuat sah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan serta mendapat perkenan Tuanku (yang sebenarnya tidak sah malah haram), tetapi tujuan yang disebut kononnya untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor. Jelas lagi terang bahawa untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, mereka memerlukan majoriti dua pertiga ADUN yang ada. Sudah jelas bahawa mereka tidak ada dan tidak akan mendapat undi majoriti dua pertiga tersebut, tetapi mereka masih mahu meneruskan juga sidang derhaka ini.

Pada teman, tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk tujuan mempolitikkan isu yang bukan isu ini. Konon nanti akan dicanang kepada kaum bukan Melayu tengok macam mana kerajaan dibawah pengaruh DAP dianiaya dan dizalimi oleh Kerajaan Persekutuan Melayu dan Raja Melayu. Dan mereka mahu menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar mereka kepada institusi orang Melayu termasuk Raja-Raja Melayu, supaya nanti generasi muda mereka juga akan menjadi biadap dan kurang ajar terhadap insitusi Raja-Raja Melayu dan Kerajaan.

Maka akan lahirlah lebih banyak "generasi Namewee", yang begitu biadap dan angkuh terhadap institusi Melayu dan Kerajaan Persekutuan bila kononnya kita bersikap rasis. Tetapi bila kaumnya sendiri bersikap rasis saperti ADUN Komtar, sepatah haram pun tidak keluar dari mulut mereka. Human right konon! Mana human right dan hak asasi kemanusiaan pemilik Restoran Nasi Kandar Allyar? Takde pulak dengar kot Namewee dan yang sewaktu dengannya nak buat lagu memaki hamun dan mencarut terhadap tindakan rasis ADUN Komtar? Mengapa? Ketuk kepala tanya kepala otak masing-masing, kalau masih ada kepala otak!

Sandiwara Syaitan - kembalikan kuasa Sultan?

Selanjutnya, saperti yang teman kupas panjang dalam entri bertajuk "Sandiwara Syaitan: Khinzir disebalik Yong Tau FOO" bertarikh 29 Muharram 1432/ 04 Januari 2011, isu ini hanyalah sandiwara politik para politikus yang dah nak bungkus ni sahaja. Berikut teman ulang semula apa yang teman sebut:

"Sandiwara kerana konon cerita mereka mahu mengembalikan "kuasa Sultan" konon! Pertama, teman cukup yakin kaum cauvinis dan rasis yang ada sudah pasti tidak akan bersetuju untuk mengembalikan "kuasa Sultan & Kesultanan Melayu", kecuali jika ada "khinzir disebalik Yong Tau FOO"! Kalau benar mereka mahu mengembalikan "kuasa Sultan", "memperkasa kedaulatan Raja", teman cabar mereka supaya mengembalikan semula "kuasa-kuasa mutlak Tuanku Sultan Selangor" dengan membuat pindaan yang memasukkan peruntukkan-peruntukkan saperti berikut:

1. Pertama, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk menerima atau menolak sebarang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri;

2. Kedua, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk melantik, menggantung atau memecat Menteri Besar dan Exconya;

3. Ketiga, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tanpa perlu diminta atau dinasihati oleh Menteri Besar, sebaliknya Tuanku boleh bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

4. Keempat, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak nasihat Menteri Besar", dan boleh sebaliknya bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

5. Kelima, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak sebarang cadangan Menteri Besar untuk anugerah kebesaran Negeri Selangor.

Putarbelit Yang Sebenar

Sebenarnya "kuasa Sultan" yang hendak dikembalikan adalah putar belit mereka untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar untuk menerima atau menolak sebarang cadangan perlantikan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, samada untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan lain-lain jawatan utama negeri. Walaupun berselindung disebalik "kuasa Sultan", tetapi peruntukan mengenai "Sultan wajib menerima pandangan dan nasihat Menteri Besar" tidak dimansuhkan.

Ini akan menjadikan Menteri Besar seorang yang paling berkuasa mutlak didalam negeri nanti, kerana jika Menteri Besar "menasihatkan" atau "mencadangkan" sahaja calon kepada Baginda Sultan, Tuanku tidak boleh menolaknya kerana "wajib menerima cadangan atau nasihat Menteri Besar". Jangan kelentong lah yop, teman dah boleh baca otak karat mike. Kalau dah kepala tu bapak pembohong, ekornya lagilah besar pembohongannya!!

Inilah politik temberang & cakap tak serupa bikin mereka. Nak kembalikan kuasa Sultan konon. Kita tidak lupa siapa sebenarnya antara dalang dan penyokong besar yang menghunus keris karat macam hang musibat melalak sana-sini cuba hendak mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu pada lewat tahun 1980an. Bukankah Hang Musibat itu yang sekarang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan. Sebagai pemimpin kanan UMNO, pemimpin anugerah tuhan ini antara mereka yang terlibat menyokong dan memainkan peranan penting untuk mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu. Maka tercetus isu kekebalan Raja-Raja Melayu yang berakhir dengan kuasa, kedaulatan dan kekebalan Raja-Raja Melayu dicantas.

Selanjutnya, tujuan Sidang Derhaka ini mahu dibuat juga adalah kerana mereka mahu mengambil "political mileage" daripadanya. Mereka tahu jika sidang diteruskan pun, cadangan pindaan Perlembagaan itu akan ditolak kerana ketiadaan majoriti 2/3. Maka bila itu berlaku, akan dicanangkan bahawa UMNO/BN menolak usaha untuk memperkasakan dan memartabatkan kuasa Tuanku Sultan Selangor. Bahawa UMNO/BN anti-Raja, anti kuasa Melayu. Maka akan dikompangkan bahawa rakyat perlu memberi majoriti 2/3 kepada para penderhaka ini dalam pilihanraya akan datang supaya mereka boleh memerintah ikut cara dan nafsu mereka. Berhati-hatilah dengan politik putar-belit ini wahai rakyat Malaysia! Kalau kepala dia dah kaki putar dan pembohong, bayangkanlah takat anak buahnya!!

Bercakap mengenai manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini, teman tidak langsung terperanjat dengan kebisuan Dinasti 3A ini. Sebenarnya tindak-tanduk Khalid (dan para pencacainya) hanya sekadar mempercepatkan talqin dibaca untuk mereka, kerana sudah ada calon yang sedang tersenyum meleret menunggu untuk dimahkotakan sebagai MB Selangor yang baru. Sebab itu teman tidak terkejut kalau ada berita wakil rakyat nak letak jawatan. Malah kalau depa terjun Wisma Masalam pun teman tak terkejut! Nasyib ekau lah Khalid & juak-juaknya!

Rumusan

Oleh itu, teman merumuskan beberapa tindakan yang perlu diambil untuk berdepan dengan para penderhaka yang biadap dan kurang ajar ini:

1. Satu lapuran polis perlu dibuat oleh mana-mana ADUN Selangor terhadap Speaker, Menteri Besar dan Kerajaan pembangkang ini tentang tindakan mereka untuk mengadakan sidang derhaka ini yang jelas melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri;

2. Mana-mana ADUN Selangor perlu menimbang untuk memfailkan prosiding mandamus di Mahkamah Tinggi Malaya untuk memaksa Speaker berhenti daripada meneruskan sidang derhaka ini dan mendapatkan perintah injunksi menghalang sidang derhaka ini daripada diteruskan pada waktu dan tarikh yang ditentukan;

3. Tuanku Sultan Selangor perlu menimbang dengan serius menarik balik darjah kebesaran Negeri Selangor yang telah diberikan kepada Menteri Besar, Speaker dan mana-mana ADUN yang terlibat dengan penderhakaan ini;

4. Tuanku Sultan Selangor perlu menimbang dan mengkaji dengan serius untuk memecat Menteri Besar derhaka ini dan menggantikannya dengan YB Dato' Hassan Ali atau mana-mana ADUN yang mendapat sokongan majoriti kesemua ADUN;

5. Didalam keadaan yang perlu, kemungkinan Tuanku Selangor boleh menimbang membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor dan mengadakan pilihanraya baru;

6. Jika keadaan makin meruncing sehingga keselamatan negeri Selangor dan negara serta kebajikan dan kepentingan rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya terancam, sekali lagi teman cadangkan supaya darurat diisytiharkan bagi negeri Selangor, Kerajaan dan Menteri Besar yang ada hendaklah dipecat, Dewan Undangan Negeri digantung dan Majlis Keselamatan Negeri ditubuhkan untuk mentadbir Selangor sehingga pilihanraya baru negeri Selangor diadakan dan sebuah Kerajaan Negeri yang baru dilantik.

Cabaran bubar DUN

Teman juga mengambil kesempatan untuk mencabar Kerajaan pembangkang supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor kalau mereka benar-benar anak jantan. Serahkan semula mandat kepada rakyat untuk menentukan Kerajaan baru yang mereka mahukan. Ini adalah kerana rakyat Selangor khususnya sudah mula sedar bahawa banyak janji-janji pilihanraya dan manifesto yang dikompangkan langsung tidak ditunaikan, malahan dibuat sebaliknya.

Malah ada dikalangan rakyat yang mula rasa tertipu dengan mainan politik melampau pembangkang ini. Lihat sahajalah masyrakat India yang mula merasa tidak puas hati. Jangankan masyarakat India, wakil rakyat berbangsa India dari kalangan mereka sendiri pun berasa teraniaya. Lihat sahaja YB Gobalakrishnan, yang kini menghadapi nasib kemungkinan besar akan dipecat hanya kerana menyuarakan kritikan dan bantahan dalam membela nasib kaum India.

Apa pun, saperti yang teman sebut, sebenarnya isu perlantikan SUK ini sebenarnya adalah satu "Konspirasi Syaitan" untuk satu agenda yang lebih besar yang sedang mereka rancang. Secara halus dan licik mereka sedang merancang, cuma malangnya ada kalangan orang Melayu dan pak jangoat yang sudah lupa diri dan mengkalkatukan diri serta bodoh dan jahil dan termasuk didalam perangkap ini. Insyallah bila tiba masanya teman akan dedahkan apa sebenarnya "Konspirasi Syaitan" ini. Apa pun, sebenarnya tindakan mereka ini mempunyai tujuan lain disebaliknya, pepatah Melayu kata "ada udang sebalik batu", pepatah golongan bapuk pulak kata "ada khinzir disebalik Yong Tau FOO!!".

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
08 Safar 1432
13 Januari 2011

06 November 2010

KONSPIRASI SYAITAN ITU BENAR!

Salam 2 all.

Disiarkan pandangan daripada Dr. Sivamurugan Pandian, pensyarah Fakulti Sains Politik, Universiti Sains Malaysia, seorang penganalisa politik yang mengupas pendedahan teman mengenai "Konspirasi Syaitan" untuk memberi kuasa autonomi kepada kepimpinan DAP di Pulau Pinang dan memahkotakan parti paling rasis dan cauvinis ini sebagai Menteri Besar di Perak dan Negeri Sembilan.

Yng teman tertarik tu ialah nasihat daripada Dr. Siva kepada PAS supaya bergerak sendiri dan menjadi dominan, teman dah berguni-guni nasihatkan PAS. PAS sebuah parti yang besar, keeahlian PAS ramai dan tak palsu macam PKR, jentera hebat, petugas yang komited. Tak sepatutnya PAS menjadi keldai tunggangan orang lain.

Apa pun orang kate pasal UMNO, ia tetap parti tunggak Barisan Nasional. Kot ye pun nak sangat bertahaluf siasah, janganlah sampai dikulupkan oleh PKR/DAP sampai bersepah prinsip dan perjuangan yang dikompangkan selama ini. Janganlah tahaluf siasah sampai menggadai aqidah dan syariah.

Kembalilah kepada perjuangan asal. Islam itu matlamat, politik itu alat. Jangan jadikan kerusi pilihanraya sebagai sasaran perjuangan, akhirnya nanti tiada beza PAS dengan parti politik lain. Ingatlah, untuk mendapat nasrullah itu ada syaratnya.

OK lah yop, kome baca sendirilah yop!!

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
29 Zul Qaedah 1431
07 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Dr Sivamurugan, Pendedahan YB Zulkifli Ada Kebenaran!

PAS wajib muhasabah!

Kuala Lumpur 31 OKT 2010: Pas dicadangkan supaya mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang jika apa yang didedahkan seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa ada perjanjian sulit antara DAP dan PKR yang mengetepikan parti itu.:

Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, berkemungkinan apa yang didedahkan oleh anggota Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin, yang sebelum ini anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis lalu, terdapat kebenaran.

Beliau berkata, kenyataan Zulkifli itu perlu dilihat secara serius oleh semua pihak dalam pakatan pembangkang dan barang kali kesahihan pendedahan itu perlu diteliti PKR, DAP dan juga Pas bagi membolehkan kebenaran tersebut dicari dan Zulkifli tidak dilihat hanya mencari populariti.

“Pas juga perlu melihat balik perjanjian di antara mereka kerana ia dikhuatiri boleh memberi kesan kepada Pas pada pilihan raya umum yang akan datang,” katanya kepada pemberita, semalam.

Pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, Pas seharusnya sedar bahawa parti itu boleh berdiri sendiri tanpa membentuk pakatan dengan PKR dan DAP berikutan mempunyai keanggotaan yang cukup ramai berbanding kedua-dua parti itu.

Beliau juga berpendapat, sekiranya dakwaan itu tepat dan benar, maka peluang pakatan pembangkang untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang, tidak akan berjaya.

“Rakyat akan melihat bahawa pakatan yang dikatakan sepakat ini sebenarnya pakatan palsu, dan bersama hanya untuk kuasa tanpa mempunyai matlamat yang sama,” katanya.

Mengenai perjanjian sulit itu yang memberikan DAP kuasa bagi Pulau Pinang, Sivamurugan berkata, sekiranya benar, ia dilihat akan mencabar peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya juga melihat ini akan memberi kesan kepada perpaduan antara kaum jika kuasa autonomi ini diberikan,” katanya.

Khamis lepas, Zulkifli mendakwa DAP dan PKR ada membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan Pas untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau mendakwa hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut dan turut menawarkan kuasa autonomi kepada DAP ke atas Pulau Pinang. - Bernama