Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

15 March 2014

POLITIK KITAR-SEMULA: SAY NO-2-ANWARIZAH

SAY NO2ANWARIZAH

Tanya sama Zizah

apa pasal Kajang

nanti jawab Zizah

Bang Non dah goyang



Tanya sama Zizah

apa sebab goyang

nanti jawab Zizah

Penjara nak datang

Salam 2 all.

Tindakan Anwar Ibrahim dan PKR meletakkan Wan Azizah sebagai calon untuk PRK DUN N.25 menggantikan suaminya Anwar mengitar semula kisah politik 1999 dan 2008. Pada saya Wan Azizah kekal menjadi politikus kitar-semula yang cuba menghidupkan dan menyambung talian-hayat politik Anwar.


Setelah pemecatan Anwar oleh mantan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed (sekarang Tun Mahathir) dan UMNO pada 02.09.1998 atas dakwaan amalan seks songsang dan luar tabi'e, Wan Azizah menjadi penyambung talian-hayat politik Anwar apabila ditabal sebagai Presiden PKN-Parti Keadilan Nasional (nama lama PKR) bagi pihak suaminya yang menghadapi pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar.

Tahun 1999 juga menyaksikan Azizah diangkat menjadi calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-11 menggantikan tempat suaminya Anwar yang pada waktu itu sudah dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara kerana menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM untuk memaksa Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar membuat Akuan Sumpah palsu untuk melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan dan amalan seks songsang dengan isteri orang.

Berbekalkan paluan gendang simpati dan airmata, Wan Azizah menang selesa dalam PRU-11 di Parlimen Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang. Wan Azizah mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-12 tahun 2004 juga atas paluan simpati dan airmata, walaupun PKR kehilangan semua kerusi lain yang dimenangi dalam PRU-11.

Pada tahun 2008, setelah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-12 pada 08.03.2008, Wan Azizah sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai isteri setia telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 31.07.2008 setelah Anwar menghadapi siasatan meliwat pembantunya Saiful Bukhori Azlan yang mengadu diliwat pada 26.06.2008.

Anwar yang telah dilepaskan daripada menjalani hukuman penjara pada 02..09.2004 telah layak untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen pada 14.04.2008 setelah tempoh moritorium kelayakan bertanding sebagai bekas banduan tamat.

Dalam menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya Saiful Azlan, kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang sangat membantu Anwar untuk mempolitikkan kes perbicaraan tersebut.

Sekali lagi isteri tercinta Wan Azizah memainkan peranan untuk menyelamatkan suami tercinta dengan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Dan Anwar memenangi kerusi tersebut dalam PRK P.044 pada 26.08.2008. Maka bergayalah Anwar menghadapi perbicaraan meliwat Saiful sebagai seorang Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Anwar dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan meliwat Saiful atas sebab teknikaliti  pada 10.01.2012, setelah melalui proses perbicaraan yang menyaksikan rekod penangguhan lebih daripada 60 kali.

Anwar kemudiannya menghadapi proses rayuan kes meliwat Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan perbicaraan rayuan pada 05-07 Mac 2014. Dan kali ini wakil Pendakwaraya adalah peguam senior dan terkemuka Tan Sri Mohd Shafee Abdullah, yang telah diberikan fiat untuk mewakili Peguam Negara.

Team guaman Anwar tahu peguam veteran Tan Sri Shafee adalah peguam no-nonsense yang begitu fokus dan komited terhadap kes dibawah kendaliannya.

Maka Anwar memasang strategi politik. Tiba-tiba, tanpa angin tanpa pohon bergoyang, berlaku PRK DUN N.25 Kajang; kerusi yang secara tiba-tiba dikosongkan oleh Lee Chin Cheh, ADUN PKR tanpa sebarang sebab menasabah.

Bukan sahaja Anwar mencanangkan beliau yang akan bertanding dalam PRK Kajang tersebut, malahan Anwar mengompangkan kemungkinan beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Pengumuman mengejut Anwar itu menghadapi rintangan sejak daripada awal lagi.

Perancangan Anwar itu disambut hambar oleh Tan Sri Khalid yang mengumumkan dengan jelas bahawa walaupun beliau akan membantu Anwar dalam PRK DUN Kajang, namun beliau tidak akan melepaskan jawatan MB Selangor.

Ini diikuti dengan kenyataan tegas beberapa kerat pimpinan PAS terutama peringkat negeri Selangor bahawa mereka membantah cadangan Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Dan perancangan Anwar terbantut terus apabila Mahkamah Rayuan, setelah mendengar hujah Tan Sri Shafee Abdullah dan Karpal Singh yang mewakili Anwar selama tiga hari berturut-turut telah pada hari Jumaat 07.03.2014 membenarkan rayuan Pendakwaraya dan mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhori.

Mahkamah Rayuan secara sebulat suara menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara keatas Anwar!

Memandangkan undang-undang pilihanraya Malaysia melarang mana-mana orang yang pernah disabitkan apa-apa kesalahan jenayah daripada menjadi calon dalam mana-mana pilihanraya, maka perancangan Anwar untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang dan menjadi Menteri Besar ternyata gagal.

Dan kerusi DUN N.25 kekal kosong!

Dalam satu political-strike yang sepantas kilat menyambar, Anwar mengumumkan bahawa isteri tercinta Wan Azizah dipilih menjadi calon PKR untuk menentang calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada pengundian yang dijadualkan pada 23.03.2014.

Dan setelah selesai proses penamaan calon pada 11.03.2014, kini sah PRK DUN N.25 Kajang pada 23.03.2014 akan menyaksikan pertandingan satu-lawan-satu antara Wan Azizah dan calon Barisan Nasional Chew Mei Fun.

Dan saya yakin Wan Azizah dan PKR akan mengitar semula kempen politik simpati dan airmata, strategi yang cukup menjadi dan berkesan dalam PRU11, PRU-12, dan PRU 13.

Sekali lagi Wan Azizah terpilih memainkan peranan memberi dan menyambung talian-hayat politik, political life-line kepada Anwar Ibrahim.

Saya cukup yakin selepas ini ada keberangkalian besar akan ada political move untuk mencadangkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Malah saya tidak terkejut jika PKR memalu kompang bahawa Wan Azizah akan menjadi wanita pertama yang akan menjadi MB dalam sejarah politik Malaysia.

Maka akan diseru seluruh wanita di Malaysia bangkit menyokong cadangan itu.

Tan Sri Khalid Ibrahim pasti akan berada dalam keadaan tertekan dan political dilemma yang kronik dengan political move terbaru ini jika ianya terjadi.

Bagi Khalid, menghadapi Wan Azizah tidak sama dengan menghadapi gandingan Anwar-Azmin. Wan Azizah kurang moral & political baggage. Lagipun Wan Azizah adalah Presiden PKR, dan dikenali sebagai sekutu rapat Khalid Ibrahim! Mana mungkin Khalid membantah atau menyanggah cadangan untuk Wan Azizah menjadi MB Selangor!

Namun, Tan Sri Khalid bukan seorang yang bodoh. Dia tahu Wan Azizah bersedia berkorban apa sahaja demi menyelamatkan lakinya.

Khalid melihat sendiri bagaimana Wan Azizah sanggup mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk Anwar. Khalid melihat bagaimana Wan Azizah sanggup mengaku kepada dunia yang beliau ada menyimpan jam Omega-Eskay yang dikaitkan dengan skandal videoklip Anwar-ChinaDoll.

Pendek-kata, Khalid tahu Azizah sanggup buat apa sahaja untuk lakinya.

Khalid tahu tidak ada apa-apa yang boleh menghalang Wan Azizah mengosongkan semula kerusi DUN Kajang dan meletakkan jawatan sebagai MB Selangor sekiranya diperlukan oleh Anwar diwaktu yang bersesuaian nanti!

Kalau itu berlaku, Tan Sri Khalid akan tinggal terkonteng-konteng. Wan Azizah letak jawatan, Anwar bertanding dan menjadi MB! Dan Khalid tahu pada waktu itu, tidak ada sesiapa boleh menghalang Anwar untuk kemudiannya memberi laluan kepada Azmin Ali, blue-eyed boy Anwar untuk menduduki kerusi MB Selangor!

Itu akan menjadi mimpi ngeri dan igauan hitam bagi Tan Sri Khalid!

Sebab itu nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, bukalah hati dan jiwa. Lihatlah kepada mainan politik yang cukup manipulatif ini.

Satu sahaja jalan bermaruah dan demokratik yang boleh diambil oleh Tan Sri Khalid, kembalikan mandat kepada rakyat.

Pohonlah perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor diwaktu Tan Sri masih lagi mempunyai kuasa dan kedudukan! Jangan tunggu sampai nasi menjadi bubur!

Diwaktu yang sama, saya cukup kagum dengan kesetiaan dan pengorbanan Wan Azizah dalam mempertahankan dan memberi dan menyambung talian-hayat politik kepada suaminya Anwar.

Kalau bukan kerana pengorbanan dan politik airmata Wan Azizah, saya cukup yakin hayat Anwar sudah lama ditalkinkan dan berkubur!

Anwar sangat beruntung kerana mempunyai isteri seperti Wan Azizah.

Mana nak cari isteri yang masih sanggup mempertahankan suami walaupun berdepan dengan videoklip ChinaDoll yang jelas terpampang dan diperakui 99% tulin dan sahih!

Mana nak cari isteri seperti Wan Azizah yang sanggup mengaku menyimpan jam Omega-Eskay sedangkan Datuk Eskay membuktikan bahawa jam Omega itu ada dalam simpanannya dan telah diserahkan kepada pihak Polis!

Mana nak cari isteri yang sanggup mengosongkan kerusi Parlimen, meninggalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang wanita pertama di Malaysia hanya untuk menyelamatkan dan menyambung talian-hayat politik suaminya Anwar!

Mungkin Wan Azizah akan tertanya-tanya, kalau dia yang duduk terjebak dalam keadaan seperti Anwar, adakah Anwar bersedia melakukan pengorbanan yang sama seperti ang dilakukannya untuk Anwar?

Itu adalah persoalan untuk Wan Azizah tanya Anwar bila mereka sedang melayari bahtera diatas tilam empuk Bukit Segambut!

Tetapi apa yang menguntungkan Anwar tidak semestinya menguntungkan rakyat!

Adakah rakyat bersedia untuk kemungkinan berlaku lagi pengosongan kerusi oleh Wan Azizah dimasa hadapan?

Adakah rakyat bersedia untuk menerima apa juga kata-kata dan janji Wan Azizah dalam keadaan rakyat tahu pengakuan Wan Azizah dalam kes jam Omega-Eskay yang bercanggah dengan keterangan Datuk Eskay sendiri!

Adakah rakyat bersedia untuk menerima parti yang mengamalkan pencabulan demokrasi yang melampau hanya untuk kepentingan politik individu tertentu?

Inilah antara persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh pengundi DUN Kajang apabila turun membuang undi pada 23.03.2014 nanti.

Apa yang menguntungkan Anwar tidak semestinya menguntungkan rakyat!

Seruan saya kepada pengundi Kajang, hantarlah isyarat yang jelas kepada Anwar, Wan Azizah, pembangkang DAP-PKR-PAS; bahawa rakyat sudah muak dengan kegiatan dan aktiviti politiking melampau ini.

Sebab itu kempen PRK DUN N.25 Kajang ialah 'SAY-NO-2-ANWARIZAH'.

TOLAK WAN AZIZAH, JANGAN UNDI PKR DALAM PRK DUN KAJANG!

Tanya sama Zizah
mana jam Omega
nanti jawab Zizah
ada kat saya

Tanya sama Zizah
pasal tak percaya
nanti jawab Zizah
bukan perut dia

LOOKS LIKE ME, SOUNDS LIKE ME...BUT NOT MY TUMMY  

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
13 Jamadil Awal 1435
15 Mac 2014

01 February 2014

KONSPIRASI LUAR TABI'E



Siakap senohong gelama ikan duri, kuat bohong nak jadi Perdana Menteri!
 
18.08.2012, sebelum PRU-13: Saya akan pencen jika pembangkang tewas PRU-13 dan jadi professor!
07.05.2013, selepas PRU-13: Saya tidak akan pencen. Pembangkang kalah kerana Bangla dan blackout!

Sebelum PRK DUN N.25 Kajang:
27 Jan 2014 – Saya TIDAK akan bertanding dalam PRK Kajang
28 Jan 2014 – Saya diminta bertanding dalam PRK Kajang!

Selepas PRK Kajang
28 Januari 2014 – Saya umumkan bahawa Khalid akan terus menjadi Menteri Besar!
Q: Selepas PRK Kajang! Siapa MB baru?
Sendiri pun boleh jawab lah yop!!!
Salam 2 all.

Selepas sah di umum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihanraya Kecil DUN N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi); barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa UMNO/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!

Ada kopi disebalik karipap rupanya yop!


SEJARAH BERULANG - KES SAIFUL BUKHARI MENGHANTUI ANWAR

Teringat saya selepas PRU-12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26.06.2008.

Ketakutan Anwar masa itu memang agak luar biasa! Saya tidak bercadang menceritakan secara terperinci apa yang saya sendiri lihat masa itu. Itu lain kali jika perlu. Tetapi cukup sekadar memberitahu bagaimana Anwar pergi menyembunyikan diri di rumah Duta Turki pada 29.06.2008. Kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada masa itu ialah Anwar meminta perlindungan kerana ada 'cubaan mahu menembak Anwar'!!!

Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.

Anwar tahu kalau dia diheret ke Mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara!

Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008. Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis.

Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada Kerajaan yang takut dengan bunyi bising diluar!

Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding. Teman yang pada masa itu penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu. Namun kerja Allah tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihanraya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.

Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi 'kesejahteraan PKR'. Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang.

Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful!***

Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 & 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.

Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya!

Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubor kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost!

Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang Menteri Besar yang berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat? Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara liberal Eropah yang lain - yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!

Matlamatnya - Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar dimuka bumi ini!


TAN SRI KHALID PENGHALANG

Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada disana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar!

PAS pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS.

Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na'am kepada semua kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh. Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5 dan 'kami boleh berhubung dengan email' - begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB.

Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh Presiden, Datin Seri Wan Azizah. Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid. Sebab itu Faekah Hussein, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid didalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa didalam pejabat MB. Beliau bukan sahaja Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau juga Pengerusi MBI, badan korporat paling bepengaruh dalam negeri Selangor dengan kekuatan dana yang besar!

Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa - almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid!

Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid?


CHECK-MATE TERHADAP WAN AZIZAH & NURUL IZZAH

Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh oleh Nurul Izzah, anak sulong Wan Azizah dengan suaminya Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, Mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR.

Tiba-tiba Ahad 26 Jan lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana. malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut disebarkan.

Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star didalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.

Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid.

Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!

Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid - pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah!

Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan PAS menjadi sandaran akhir Khalid! 


STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS 

Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan kristian digereja-gereja mereka di Selangor. Pelik! Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang.

Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.

Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada PAS. Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada PAS, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid. Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen didalam PAS Selangor. Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, PAS akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan PAS berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!

Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari.

Perletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB. Malah kemungkinan YB Lee sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini!


PELAN DAMAI NASIONAL MEMERANGKAP UMNO

Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional 'Pelan Damai Nasional'! Ini lawak senario abad ini. Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan 'Pelan Damai Nasional'. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu mendengar berita ini.

Jika UMNO/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul desakan supaya UMNO/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK N.25 DUN Kajang ini. Sekaligus memberikan Anwar laluan-percuma untuk menjadi ADUN Kajang dan selayaknya ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.

Kalau UMNO/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi nak diberi kepada UMNO/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un kepada UMNO/ BN. Nampak sangat UMNO/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU-14 nanti.

Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan UMNO meletakkan calon UMNO disitu. Saya percaya dengan calon UMNO yang berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, UMNO punya peluang cerah memenangi kerusi DUN Kajang. Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini.


TAKTIK AKHIRUL KALAM - VIDEOKLIP

Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi disebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu...tunggu dan lihat!


RUMUSAN & OPSYEN BUAT TAN SRI KHALID

Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir!

Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini.

Khalid sekarang ada beberapa opsyen:

1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta DUN Selangor memanggil sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid. Untuk itu Anwar memerlukan sokongan penuh ADUN DAP dan PAS selain ADUN PKR sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua  ADUN PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana DUN tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya dan mengkhianati MB sendiri!

2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua ADUN PKR, DAP dan PAS untuk terus menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin ADUN PKR akan menyebelahi beliau;

3. Khalid boleh membuat pakatan dengan ADUN BN, dengan syarat dia boleh membawa jumlah ADUN yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk dibawah ugutan dan tekanan ADUN-ADUN ini;

4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku. Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu dudok kat masjid bilang buah tasbih; cari pahala sikit; atau

5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah membubarkan DUN Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor. Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati.

Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu nelakang luar tabi'e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat mainan politik luar tabi'e pihak tertentu!

Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, DUN Selangor boleh dibubarkan dan Pilihanraya Negeri Selangor wajib diadakan dalam tempoh 60 hari. Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik dengan UMNO-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal menjadi MB.

Saya percaya UMNO/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini. Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!

Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya jika bijak mengatur langkah.

Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar tabi'e ini.

Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan!

Wallahua'alam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Rabi'ul Akhir 1435
01 Februari 2014

***Kenyataan ini tidak bermaksud dan tidak sepatutnya difahami yang Mahkamah membebaskan Anwar kerana beliau Ketua Pembangkang atau Ahli Parlimen, atau kerana Mahkamah takut kepada tekanan dalam dan luar negara. Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan undang-undang, fakta dan keterangan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah dan merumuskan keputusan sewajarnya. Samada penghakiman Mahkamah Tinggi itu wajar atau tidak kita tunggu keputusan Mahkamah Rayuan nanti insyallah. Untuk penjelasan lanjut, sila baca keputusan bertulis Mahkamah Tinggi itu didalam mana-mana jurnal perundangan dan kehakiman.

10 February 2011

POLITIK LABU-LABA

(Mungkin nanti Hasan Ali tidak dbenarkan hadir separuh mesyuarat kerana dianggap penyebok oleh DAP & segelintir pak jangoat)

Salam 2 all.

"Dia ada political-mental block kot! Sumbat betoi!!". Itulah rumusan beberapa rakan apabila membaca kenyataan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Pakatan pembangkang yang mengumumkan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Datuk Ahmad Khusrin Munawi hanya boleh dibenarkan hadir separuh mesyuarat Exco, dan tidak boleh hadir separuh lagi! Dia ingat ni politik Mat Nispu gamaknya. Pada teman, ini kerja gila babi, babi gila pun tak buat kerja macam ni!!

Pertama, jelas pemimpin PKR ni memang tidak tahu memerintah, apatah lagi menjadi Kerajaan. Sebab bahasa pentadbiran dan pengurusan pun dia tak tahu nak bezakan. Ada perbezaan dengan politikus yang membentuk kerajaan dan para pegawai Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik yang mentadbir & mengurus Kerajaan. Politikus datang dan pergi, hari ni MB esok bibi je. Tetapi pegawai kerajaan tetap disitu. Siapa juga Kerajaan, itulah polisnya, itulah cikgunya, itulah bombanya, itulah askarnya. Tak pernah berlaku kerajaan bertukar parti, tiba-tiba jadi polis UMNO, atau polis PAS, atau polis PKR! Sistem pengasingan kuasa inilah yang boleh menjadi timbang-tara, "check & balance" bagi mana-mana Kerajaan. Kalau ikut orang parti, memang semua jawatan hendak disumbat dengan ahli parti sahaja. Maka yang bukan ahli parti akan dianak-tirikan dan diketepikan. Ini perkara asas dalam mana-mana Kerajaan. Politikus membentuk Kerajaan dan membuat dasar, professional mentadbir & mengurus Kerajaan dan melaksanakan dasar. Pure & simple. Tetapi ini pun orang saperti Khalid buta tak nampak?

Kedua, tiap pegawai & kakitangan Kerajaan disyaratkan mengangkat sumpah rahsia. Sumpah ta'at setia hanya kepada Raja yang memerintah. Sumpah kerahsiaan kerja & tanggungjawab kepada Perdana Menteri atau Menteri Besar. Dengan sumpah kerahsiaan itu, tiap pegawai dan kakitangan Kerajaan adalah tertakluk secara rasmi kepada Kanun Kesiksaan dan Akta Rahsia Rasmi. Jika mereka mendedahkan atau membocorkan apa-apa perihal yang diklasifikasikan sebagai rahsia, maka mereka boleh dikenakan pendakwaan jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara.

Maka isu kerahsiaan langsung tidak timbul dalam perkara ini. Ambil contoh Kerajaan PAS Kelantan yang sudah memerintah lebih 20 tahun. Tidak pernah ada masalah contohnya Penasihat Undang-Undang Negeri (yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara Persekutuan) membocorkan rahsia. Begitu juga dinegeri-negeri yang diperintah oleh Kerajaan BN, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri tidak semestinya penyokong Kerajaan. Malah ada yang terang-terang menyokong parti pembangkang. Tetapi tidak pernah pulak berlaku pembocoran rahsia minit mesyuarat dan lain-lain.

Ketiga, persoalan besar yang timbul ialah mengapa mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor mesti dibuat dalam dua bahagian. Sedangkan kedua-duanya adalah diklasifikasikan sebagai rahsia. Jadi Datuk Khusrin yang telah mengangkat sumpah kerahsiaan boleh hadir mesyuarat Exco bahagian pertama yang sememangnya sudah rahsia, tetapi tidak boleh hadir mesyuarat bahagian kedua yang juga rahsia. Ini menimbulkan tandatanya kepada rakyat, apa yang nak dirahsiakan sangat oleh MB & Exco Kerajaan pembangkang ini dalam mesyuarat bahagian kedua. Dah jadi mesyuarat rahsia-secret pulak dah! Yang kita tahu nak buat mesyuarat rahsia-secret ni perompak penyamun aja, macam penyangak dalam cerita Nujum Pak Belalang yang bermesyuarat rahsia dalam Bukit Tunggal - "satu untuk engkau, sepuluh untuk aku"!!

Adakah mereka merancang untuk melakukan perompakan dan perampokan hasil mashul negeri Selangor dalam mesyuarat rahsia-secret ini? Adakah mereka merancang untuk menyamun pasir Selangor ini? Atau menubuhkan lebih banyak rumah urut dan pelacuran haram? Atau adakah mereka nak bincangkan isu pita kamera video yang ditemui dalam bilik pejabat MB? Adakah agenda mesyuarat terlalu sensitif sehingga nak dibuat dalam mesyuarat rahsia-secret ini? Atau mereka nak berbincang samada nak buat repot polis yang sampai hari ini tak buat-buat mengenai penemuan kamera video tersebut?

Persoalannya ialah mengapa perlu ada dua mesyuarat rahsia, satu rahsia rasmi, satu rahsia-secret tak rasmi? Tak rasmi kerana SUK tidak ada untuk mencatat minit mesyuarat. Siapa yang akan minitkan mesyuarat rahsia-secret itu? Sedangkan semua minit mesyuarat dan keputusan mesyuarat Exco mana-mana Kerajaan Negeri perlu diambil tindakan dan susulan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Siapa pula yang nak laksanakan semua keputusan itu? Adakah Khalid bercadang nak buat kerajaan dalam kerajaan. Kalau itu rasionalnya, tak pelik satu hari nanti kalau ada ahli Exco PAS yang tidak dibenarkan hadir kerana mungkin Exco PKR dan DAP nak bincang bagaimana nak bagi kedai serbanika jual arak! Ringkas cerita..ini kerja BA..WAU..DOH!!

Keempat, tindakan Khalid ini adalah jelas suatu penghinaan kepada Tuanku Sultan Selangor. Apa yang jelas, Datuk Khusrin telah mengangkat sumpah ta'at setia tidak berbelah bagi kepada Tuanku Sultan. Tak pulak dengar Tuanku titah supaya Datuk Khusrin angkat sumpah setengah-separuh ni. Jadi tindakan menghalang Datuk Khusrin menghadiri mesyuarat rahsia-secret ini memberi gambaran yang menghina Tuanku Sultan, yang telah memperkenan dan menerima sumpah ta'at setia daripada Datuk Khusrin. Seolah-olah Khalid dan Kerajaan Pakatan pembangkang ini mempertikai perlantikan dan perkenan keatas Datuk Khusrin oleh Tuanku Sultan.

Kelima, tindakan Khalid ini jelas menghina dan memperlekeh para pegawai dan kakitangan Kerajaan khususnya daripada Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik. Perkhidmatan yang selama ini terkenal dan jelas sikap profesional mereka dihina dan disepak terajang saperti anjing kurap oleh Khalid. Teman teringat dahulu semasa Khir Toyo menyerahkan penyapu kepada seorang Pegawai Daerah, maka melalak dan memekak lah puak-puak ini kononnya ini satu penghinaan kepada pegawai Kerajaan. Memang teman sendiri pun mengutuk perbuatan Khir Toyo tersebut. Tetapi kini apa yang mereka perlakukan kepada Datuk Khusrin lebih teruk daripada memberi penyapu, kerana mereka menyapu terus seorang pegawai kerajaan!

Akibat daripada peristiwa "pemberian penyapu" oleh Khir Toyo itu, Kerajaan BN tumbang di Selangor. Teman cukup yakin perbuatan "menyapu" terus Datuk Khusrin ini akan membawa kepada tumbangnya Khalid serta juak-juaknya di Selangor, insyallah! Teman cukup yakin rakyat Selangor pelbagai agama dan bangsa sudah muak dengan "politik labu-laba" yang dimainkan oleh Pakatan pembangkang ini, dan pasti rakyat Selangor akan menyapu mereka saperti sampah tidak lama lagi!

Oh ya, mike tanya kenapa tajuk artikel ini "Politik Labu-Laba"? Kerana bila ada mesyuarat rahsia-secret ini, dimana SUK yang sudah angkat sumpah kerahsiaan pun tidak boleh hadir, sudah tentu lah ada laba habuan yang nak dilabukan secara rahsia, secara sulit, takkah begitu yop??! Satu untuk mike, seribu untuk teman yop!! Tepok perut tanya selera lah yop!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Khamis
07 Rabi'ul Awal 1432
10 Februari 2011

24 January 2011

LETAK JAWATAN!

(Sidang tergempar DUN Selangor 24 Januari 2011 akan dicatat dalam sejarah sebagai sidang yang menghina Tuanku Sultan Selangor)

Salam 2 all.

Terbukti cubaan Pakatan pembangkang untuk meminda Undang-Undang Perlembagaan Selangor untuk memberi kuasa kepada mutlak kepada Menteri Besar memilih dan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri telah GAGAL! Gagal kerana mereka tiada dua pertiga majoriti, walaupun pelbagai usaha dan taktik kotor yang mereka lakukan, termasuk memecat keahlian ADUN Pelabuhan Kelang YB Badul Hisham.

Cubaan meminda Artikel 52 Undang-Undang Perlembagaan Selangor yang dikompangkan sebagai untuk mengembalikan kuasa Tuanku Sultan sebenarnya adalah untuk "memperkudakan Tuanku Sultan". Hakikatnya Tuanku Sultan Selangor akan hanya menjadi "tukang cop & rubber stamp" Pakatan pembangkang sahaja. Kerana walaupun atas kertas Tuanku yang memilih dan melantik, tetapi Tuanku perlu merujuk kepada Menteri Besar dan mendapat "perkenan" Menteri Besar" sebelum membuat sebarang perlantikan. Tindakan yang jelas menghina dan merendahkan martabat dan kedudukan Tuanku Sultan.

Dan sikap merendahkan dan memperlekehkan Tuanku Sultan Selangor ini telah awal-awal mereka tunjukkan apabila mengeluarkan notis untuk mengadakan sidang tergempar DUN tanpa merujuk kepada Tuanku. Dan mereka hanya memohon perkenan Tuanku Sultan setelah notis dikeluarkan, itupun setelah dikritik hebat oleh rakyat dan kepimpinan politik.

Pada teman, kegagalan cubaan meminda Undang-Undang Perlembagaan Selangor ini membawa mesej yang jelas, bahawa Menteri Besar dan Speaker telah gagal. Disebabkan kegagalan itu, teman berpendapat Menteri Besar dan Speaker wajib meletakkan jawatan. Kalau mereka ada maruah, mereka wajib meletakkan jawatan. Dan teman cabar mereka supaya melakukan apa yang mana-mana pemimpin bermaruah akan lakukan; pikul tanggungjawab kegagalan itu dan letak jawatan!!

Begitu juga kesemua Exco dan semua ADUN Pakatan pembangkang yang menyokong cubaan pindaan Undang-Undang Perlembagaan Selangor ini. Kesemua mereka juga wajar meletakkan jawatan kerana tindak-tanduk mereka jelas langsung tidak menghormati kedudukan dan kuasa Tuanku Sultan Selangor. Kalau ada harga diri dan maruah, letaklah jawatan.

Malahan pada teman, Pakatan pembangkang sepatutnya membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor. Ini untuk membolehkan rakyat memilih untuk melantik kerajaan baru. Kerana semasa pilihanraya umum ke 12 lepas, pindaan kepada Undang-Undang Perlembagaan Selangor untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar dan menurunkan martabat dan kedudukan Tuanku Sultan Selangor tiada didalam manifesto mereka. Malah pada teman, ini satu penipuan pilihanraya, kerana rakyat diperdaya memilih mereka tanpa mengetahui mereka mempunyai agenda yang tersembunyi untuk mendapat kuasa mutlak.

Tetapi teman cukup yakin, mereka bukan sahaja tidak akan meletakkan jawatan, ataupun membubarkan DUN. Mereka tahu kalau itu berlaku mereka sendiri akan bungkus, kerana sudah pasti rakyat Selangor sudah muak dan jelak dengan politiking mereka yang tak habis-habis, tetapi kebajikan dan kepentingan rakyat diabaikan.

Malahan teman yakin mereka akan turun kampung masuk kampung, keluar internet masuk internet bahawa UMNO/ BN telah menolak usaha untuk mengembalikan kuasa Tuanku Sultan. Mereka akan kompangkan UMNO/ BN anti Raja, anti istana. Mereka akan kompangkan yang mereka dizalimi. Mereka akan kompangkan bahawa Datuk Ahmad Khusrin adalah agen dan balaci UMNO/ BN yang dihantar untuk menjatuhkan dan sabotaj Pakatan pembangkang di Selangor.

Teman juga cukup yakin mereka akan kompang sakan bahawa kegagalan meminda Undang-Undang Perlembagaan Selangor ini membuktikan rakyat perlu memberi mereka majoriti dua pertiga dalam DUN Selangor. Maka akan dicanangkan supaya dalam pilihanraya ke 13 akan datang rakyat perlu memberi undi majoriti 2/3 kepada Pakatan pembangkang; maka barulah mereka boleh berbuat sesukan hati mereka. Kalau tak percaya yop, cuba dengar ceramah dema di Tenang & Merlimau nanti. Cuba tengok media mereka nanti. Jangan temberang lah yop, teman dah masak dengan pe'el dema ni yop!!

Apa pun, yang paling jelas ialah kedudukan Datuk Ahmad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tetap kekal. Beliau sepatutnya dibenarkan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya tanpa sebarang halangan dan gangguan lagi. Sekiranya ada pihak masih mempertikaikan kedudukan dan jawatan beliau, pada pendapat teman mereka melakukan kesalahan jenayah menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan wajib disiasat dan diheret ke Mahkamah dan jika sabit kesalahan, hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat. Dan mereka juga jelas menghina Tuanku Sultan kerana perlantikan dan pemilihan Datuk Ahmad Khusrin bukan sahaja mendapat perkenan Tuanku, malahan sudahpun mengangkat sumpah dihadapan Tuanku Sultan.

Dan yang paling jelas, dan perlu rakyat membuka mata ialah untuk melihat betapa liciknya kepimpinan DAP memainkan dan memperkudakan segelintir orang Melayu untuk menentang Raja, agama dan bangsanya sendiri. Ini adalah bukti amalan politik cauvinis, rasis dan bigotri demokrasi yang jelas. Teman berharap rakyat dan umat dapat membuka mata, dan menolak politik sempit dan cauvinis ini. Rakyat dan umat wajib menolak Pakatan Syaitan yang akan menjahanamkan masadepan negara dan rakyat Malaysia. Amin!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
19 Safar 1432
24 Januari 2011

08 January 2011

DOUBLE-DERHAKA

(Gambar hiasan semata-mata-tiada kena mengena dengan lembu yang kurang cerdik, apatah lagi lembu yang bodoh. Tapi bodoh-bodoh lembu pun, samada dia disembah orang, atau disembelih buat lauk!)

Salam 2 all.

Teman menegaskan bahawa tindakan dan keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim terus mempolitikkan dan mempertikaikan perlantikan Datuk Ahmad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan enggan mengambil sumpah rahsia dan membenarkan Datuk Khusrin menghadiri mesyurat Exco Selangor serta bercadang membawa sidang tergempar DUN Selangor hujung Januari ini adalah perbuatan "double-derhaka kepada Tuanku Sultan, Perlembagaan Negeri dan Persekutuan.

Sekarang adalah jelas tindakan beliau adalah bercanggah dengan undang-undang. Malah beliau sendiri mengakui perlantikan Datuk Khusrin adalah sah mengikut perlembagaan dan undang-undang. Cuma beliau tidak puas hati kerana itu bukan calon pilihan kerajaan pembangkang di Selangor. Persoalan yang perlu ditanya ialah, jika nama Datuk Khusrin dirujuk kepada beliau pun bukan beliau ada kuasa menolak atau menerima. Itu kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Perdana Menteri pun tidak boleh campurtangan, jangankan bersetuju atau menolak.

Jadi apa isu sebenarnya. Adakah Khalid mahu semua kakitangan Kerajaan tunduk na'am kepada parti pembangkang baru boleh diterima. Kalau begitu kakitangan kerajaan tidak bebas dari unsur politiking kepartian. Kalau BN yang berbuat begitu mereka kata campurtangan lah, barua BN lah, sampai ada yang pernah label kakitangan kerajaan sabagai anjing BN. Ni apa punya cakap kong-kali-kong, terbalik sana terbalik sini, cakap tak serupa bikin!

Jadi atas alasan apa lagi untuk Tan Sri Khalid untuk terus mempolitikkan isu yang dicetusnya sendiri. Adakah kerana kebodohan yang melampau (yang bolehlah kita maafkan sekiranya beliau bertaubat dan mengaku silap), atau kerana memang dengan sengaja mahu menderhaka kepada Perlembagaan Negeri & Persekutuan n(yang mana tindakan tegas perlulah diambil?).

Apapun, Khalid perlu sedar bahawa lebih lama beliau memainkan isu ini, lebih kuat tali jerutan politik menjerut tengkok beliau. Kerana beliau akan dilihat berseorangan dan tidak mendapat sokongan parti. Apatah lagi dengan manusia yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan dan wahsyinya mengambil sikap diam seribu bahasa. Khalid akan dilihat sebagai penderhaka, dan akan dilihat sebagai liabiliti besar kepada parti. Dan teman tidak akan terkejut akan ada orang yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh untuk menjatuhkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Dan jika itu berlaku, siapakah orang yang paling beruntung? Siapakah yang akan dapat memahkotakan diri dikerusi empok MB Selangor jika Khalid jatuh terjelepuk? Siapakah orang yang sedang menyandar dan tersenyum besar melihat gelagat dan kebodohan Khalid menjerut tengkuknya sendiri?

Kepada Khalid, pesan saya ialah "you are too politically naive". Kamu tahu bahawa perkara perlantikan Datuk Khusrin ini bukan isu pun, samada dari segi undang-undang mahupun amalan pentadbiran kerajaan. Kuasa melantik dan memecat SUK bukan pada kamu, bukan pada Perdana Menteri, malah bukan pada Tuanku Sultan pun. Ianya adalah kuasa mutlak SPA. Kamu tahu perlantikan itu sah. Kamu tahu kamu tidak boleh meminda Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Selangor kerana tiada majoriti dua-pertiga. Kamu tahu kamu sudah melakukan kesilapan. Kamu tahu siapa yang akan mendapat keuntungan besar jika kamu terus menerus memperbodohkan diri. Kamu tahu akhirnya nanti kamu yang akan dicop sebagai penderhaka. Dan kamu tahu itu semua, kamu masih lagi mahu meneruskan rancangan bodoh ini?

Setakat ini pun kamu telah melakukan dua kesilapan besar! Kamu telah melakukan dua penderhakaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor & Perlembagaan Persekutuan. Pertama kamu telah menderhaka kepada perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK yang kamu sendiri pun tahu sah dan mengikut undang-undang & Perlembagaan, dan kedua kamu menderhaka dengan mahu meneruskan sidang Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor tanpa mengikut undang-undang dan tanpa perkenan Tuanku Sultan. Kamu sudah melakukan "double-derhaka!". Berapa punya banyak kamu nak menderhaka dar!!

Sedarlah Khalid, kamu hanyalah "pawn" didalam mainan politik ini. Sedarlah, dan perbetulkan kesilapan kamu sebelum terlambat. Bertaubatlah sebelum kamu ditambatkan! Kamu masih punya masa, dan kamu masih ada ruang untuk perbetulkan keadaan sebelum terlambat. Bertindaklah segera sebelum kamu menjadi mee-segera politik dualam ini!

Sedarlah ada dua jenis manusia yang sedang ketawa besar melihat gelagat dan kebodohan kamu. Pertama orang yang sedang mengidam mahukan kedudukan kamu sebagai Menteri Besar. Dah lama ngidam dah. Orang kampung pun dah tahu dah. Dari cara dan gelagat kamu, teman rasa tak lama lagi bungkus lah kamu, dan senyum meleret lah pengidam membetulkan sampin & tengkolok untuk upacara angkat sumpah tak lama lagi!

Kedua ialah kaum rasis dan cauvinis yang sedang ketawa berguling-guling melihat ada orang Melayu yang bersedia mempertikai kedudukan bangsa dan institusi dia sendiri. Nampak gaya mereka tidak perlu bersusah payah, cuma hanya perlu memasang "batteri remote control" dan menanti sehingga sandiwara ini selesai sebelum mereka menyepak kita semua dan memahkotakan diri mereka sendiri.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
04 Safar 1432
09 Januari 2011

02 January 2011

SUK SELANGOR: BERTINDAK TEGASLAH!

(Appa..ini malam kita piki makan itu Yong Tau FOO, ala itu sup lumbu malayu boloh punya, kita kasi habis makan ma!)

Salam 2 all.


Teman teringat kata-kata pemimpin yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan sejak mengenal beliau dalam penjara lagi. “Everything must be politicize..semua hal kita mesti politikkan. Kalau boleh sakit perut pun mesti dipolitikkan”, dan tak lama lepas tu pemimpin anugerah tuhan itu terkena “racun arsenik”. Dan habislah satu dunia riuh pasal racun arsenik!!


Sengaja teman buka kisah ini kerana melihat gelagat politiking melampau mereka di Selangor, beriya-iya dan bermati-matian dalam isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Perkara yang sebenarnya langsung tiada isu. Sehingga ada yang sampai biadap dan kurang ajar mengugut Sultan Selangor. Pada teman barua yang mengugut Sultan Selangor itu patut disumbat dalam tahanan sahaja, tak pun diharamkan daripada duduk dibumi Selangor.


Apa masalah sebenarnya? Perlantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tidak saperti Kedah dan Johor yang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, bidangkuasa perlantikan SUK Selangor adalah khusus dibawah SPA. Malah dinegeri dimana ianya terletak dibawah SPN, Menteri Besar langsung tiada kuasa mengenai perlantikan SUK, ianya antara SPN dan Sultan yang memerintah negeri. Begitu juga diperingkat negeri lain dan Persekutuan yang dibawah kuasa SPA, Menteri Besar langsung tiada kuasa melantik atau memecat SUK. Ianya bidangkuasa mutlak SPA.


Mengapa dibuat begitu? Kerana kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa. Kerana untuk mengasingkan kuasa politik dan pentadbiran kerajaan. Kakitangan Kerajaan adalah kakitangan Kerajaan. Mereka berkhidmat untuk Kerajaan, tidak kira siapa yang menjadi Kerajaan. Dengan DYMM YDP Agong atau Sultan negeri-negeri sebagai payung mereka. Sebab itu semua urusan dibuat atas nama YDP Agong.


Cuba tengok sampul surat, samada ianya ditulis “Urusan Kerajaan” atau “Urusan Seri Paduka Baginda”. Tak pernah ditulis “Urusan Perdana Menteri”, apatah lagi “Urusan Menteri Besar”. Sebab itu bila Kerajaan bertukar samada di Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan lain-lain, jentera Kerajaan tetap berjalan, kerana kakitangan Kerajaan adalah pentadbir kerajaan. Melaksanakan polisi Kerajaan, tidak kira siapa juga Kerajaan itu.


Begitu juga jawatan SUK Selangor. Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor sangat jelas dalam hal hal ini. Perlantikan dan pemecatan SUK adalah bidangkuasa SPA. Dan SPA tidak perlu merujuk kepada Perdana Menteri, apatah lagi Menteri Besar untuk kelulusan. Ini bukan perlantikan politik saperti Setpol MB, Pegawai Khas, Exco dan lain-lain. Jangankan kuasa, suara pun MB langsung tidak ada dalam soal perlantikan atau pemecatan SUK.


Kalau ikut logik kepala otak pembangkang, maka nanti perlantikan Hakim Mahkamah Tinggi Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Ketua Polis Negeri, Pengarah SPR Negeri, Pengarah SPRM Negeri, Pengarah Imigresen Negeri, Pengarah Bomba Negeri, Pengarah Kastam Negeri dan banyak lagi jawatan lain perlu dirujuk kepada Menteri Besar. Maka nanti hilanglah prinsip pengasingan kuasa yang menjadi amalan pentadbiran kerajaan selama ini, samada kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri.


Sebab itu pada teman isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai SUK Selangor sengaja dipolitikkan. Kerana mereka sudah ketandusan isu politik. Perkara yang tidak jadi isu pun boleh diputar-belitkan sebagai isu. Apatah lagi apabila PKR dan Pakatan pembangkang kini dalam kelemasan nak mampus tenggelam. Apa pun akan diredah sebagai isu. Walhal jangankan zaman Pakatan pembangkang, zaman BN memerintah pun Menteri Besar tidak pernah dirujuk oleh SPA untuk perlantikan SUK. Bukan sahaja di Selangor, disemua negeri yang dibawah bidangkuasa SPA, memang bukan dan tidak menjadi amalan untuk SPA merujuk kepada mana-mana MB untuk perlantikan SUK. Yang penting perkenan Tuanku Sultan sebagai Ketua Kerajaan Negeri.


Soal pokoknya ialah Kerajaan datang dan pergi. Menteri Besar datang dan pergi. Hari ini Pakatan pembangkang esok BN. Hari ini BN esok orang lain. Tetapi perkhidmatan kerajaan tetap berjalan, kerana perkhidmatan Kerajaan hanya mentadbir dan melaksanakan dasar mana-mana Kerajaan yang memerintah.


Kalau benar mereka begitu beriya-iya nak mengikut undang-undang, teman nak tanya dibawah undang-undang mana mereka melantik Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor? Dengan membazirkan duit rakyat untuk menyiapkan pejabat, kakitangan dan peralatan logistik untuk pejabat beliau. Adakah wahyu tuhan dah turun merestui perlantikan itu? Apa menafaat rakyat Selangor dapat daripada perlantikan itu? Ekonomi Selangor dok macam tu juga. Perampokan pasir berleluasa tanpa ada kesudahan. Agensi-agensi dan anak-anak syarikat Kerajaan Selangor habis dipolitikkan, dengan perlantikkan ahli-ahli politik kejawatan Pengerusi dan Lembaga Pengarah anak-anak syarikat. Sekadar duduk memanaskan kerusi dan mengutip elaun bulanan? Sehingga bergaduh tarik janggut serban untuk berebut jawatan dalam syarikat!?


Sebenarnya yang menjadi dalang utama dalam memutarbelitkan isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin ini ialah kepimpinan cauvinis DAP. Mereka melihat ketegasan Datuk Ahmad Khusrin sebagai penghalang perlaksanaan agenda jahat, cauvinis dan sempit mereka. Setelah berjaya memperlembukan beberapa ekor Melayu bodoh di Selangor, mereka merasakan bahawa agenda mereka untuk merampas Selangor sudah dalam genggaman, apatah lagi bila ada bangsat Melayu yang rela diperkudakan dan dibaruakan mereka.


Tiba-tiba muncul pula Datuk Ahmad Khusrin, yang mendapat restu Sultan Selangor, yang terbukti berjaya menghalang mereka daripada melaksanakan agenda sempit, rasis dan cauvinis mereka. Dan pemilihan Datuk Ahmad Khusrin sebagai SUK Selangor adalah amat tepat, kerana beliau masak betul dengan perangai DAP dan lembu-lembu mereka di Selangor. Dan DAP serta lembu-lembunya tahu bahawa Datuk Ahmad Khusrin akan menjadi penghalang agenda jahat mereka.


Pada teman, Kebawah Duli Sultan Selangor perlu bertegas dalam isu ini. Ianya adalah bidangkuasa mutlak SPA dan hanya memerlukan perkenan Tuanku. Soal mengangkat sumpah rahsia dihadapan Menteri Besar adalah soal protokol, ianya bukan mengangkat sumpah jawatan. Menteri Besar, tidak kira daripada parti mana-mana pun, tidak berhak dan tidak punya kuasa untuk menolak mana-mana perlantikan yang dibuat oleh SPA dan diperkenan oleh Tuanku Sultan. Jika mereka masih berkeras, teman cadangkan tindakan berikut diambil:


  1. Perlantikan Datuk Ahmad Khusrin hendaklah disempurnakan pada tarikh yang ditetapkan dengan upacara mengangkat sumpah jawatan dihadapan Kebawah Duli Sultan Selangor sambil dipersaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Selangor dan Mufti Kerajaan Negeri Selangor;

  1. Sekiranya MB Tan Sri Khalid masih ingkar, teman cadangkan supaya Kebawah Duli Tuanku memecat MB Selangor Tan Sri Khalid kerana Tuanku ada kuasa mutlak memecat mana-mana Menteri Besar, dan memanggil YB Dato’ Hassan Ali daripada PAS untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru. Dengan majoriti ADUN Melayu beragama Islam yang menguasai Dewan Undangan Negeri Selangor, teman percaya satu kesepakatan boleh dicapai dan YB Dato’ Hassan Ali boleh dan akan mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN Melayu beragama Islam untuk menjadi Menteri Besar dan membentuk Kerajaan Negeri;

  1. Mana-mana individu yang biadap dan kurang ajar, mempertikaikan kuasa dan kedudukan Tuanku Sultan Selangor hendaklah dikenakan tindakan segera dengan pertuduhan jenayah. Jangan dibiar mereka ini terus menerus memaki hamun dan mempertikai kedudukan Tuanku kerana kelak nanti ia akan menjadi satu precedent dan barah jika dibiarkan. Kita tidak mahu sejarah membaringkan diri dibawah kereta Sultan berulang lagi;

  1. Khusus bagi mereka yang mengugut Tuanku Sultan, teman cadangkan pertuduhan dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap mereka kerana pada teman perbuatan mengugut Tuanku Sultan Selangor tersebut adalah “perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu” yang jika sabit kesalahan hendaklah mereka itu dihukum bunuh sampai mati. Atau sebagai alternatif hendaklah mereka dikenakan pertuduhan dibawah Seksyen 121 (1B) kerana “merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan Raja pemerintah sebuah negeri” yang jika sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara sepanjang hayat, iaitu sampai mati didalam penjara. Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur dengannya kerana amatlah biadap lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat dinegeri Selangor khususnya melakukan perbuatan derhaka saperti itu. Bagi maksud ini, teman mencadangkan kepada mana-mana individu rakyat Selangor supaya segera membuat lapuran polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil;


  1. Jika keadaan masih juga sengaja ditegangkan, teman mencadangkan supaya Tuanku Sultan menitahkan supaya darurat diisytiharkan bagi negeri Selangor dan Menteri Besar serta Dewan Undangan Negeri yang ada hendaklah digantung, dan dilantik satu Majlis Gerakan Negeri untuk mentadbir Negeri Selangor sehingga Kerajaan baru yang mendapat mandat sah daripada rakyat dipilih semula melalui pilihanraya umum.

Sekali lagi teman mengingatkan bahawa sebenarnya soal perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bukannya satu isu. Sebaliknya ianya sengaja diada-adakan. Perkaranya jelas. Kuasa perlantikan dan pemecatan mana-mana SUK Negeri Selangor adalah terletak dibawah bidangkuasa mutlak Surahanjaya Perkhidmatan Awam dengan mendapat perkenan Tuanku Sultan sesuatu negeri. Sebenarnya isu ini sengaja digembar-gemburkan untuk menarik perhatian rakyat daripada masalah parah dan serius yang dihadapi oleh Pakatan pembangkang khususnya PKR. Apatah lagi dengan kata-dua yang diberi oleh YB Gobalakrishnan terhadap pemimpin anugerah tuhan dan adinda kesayanganya. Dengan terbongkarnya rahsia bagaimana kepimpinan DAP sebenarnya memperkudakan pemimpin anugerah tuhan ini untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis kepimpinan DAP. Dan banyak lagi isu dan masalah yang melanda, mereka sudah ketandusan isu, akhirnya mengheret institusi Raja-Raja Melayu.


Pada teman, ini sebenarnya agenda sempit dan cauvinis segelintir kepimpinan DAP dan lembu-lembu mereka, sengaja mencari alasan untuk menyerang institusi-institusi Kerajaan dengan menyerang individu-individu tertentu, dengan tujuan untuk melemahkan institusi tersebut. Mereka menyerang Pasukan Polis DiRaja Malaysia dengan menyerang Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan. Mereka menyerang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia denagn memperkudakan isu Teoh Beng Hock. Mereka menyerang institusi Suruhanjaya Pilihanraya dengan menyerang Tan Sri Rashid. Mereka menyerang institusi kehakiman dengan menyerang Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi. Mereka menyerang institusi perundangan dengan tidak habis-habis menyerang Tan Sri Abdul Gani Patail. Mereka menyerang YDP Agong dengan mempertikai soal kontrak pembinaan Istana Negara. Mereka menyerang Kebawah Duli Sultan Selangor dengan mempetikai perlantikan SUK kononnya. Mereka ini adalah bangsa yang diberi betis mahukan peha. Mereka ini adalah bangsa mentadak naik kejunjung. Mereka ini tidak faham bahasa demokrasi atau bahasa diplomasi. Mereka hanya faham bahasa lain!!


Maka teman menyeru umat Islam bangsa Melayu supaya sedar daripada sandiwara yang sedang dipermainkan oleh puak cauvinis dan rasis ini. Lihat apa yang mereka perbuat di Singapura. Belajarlah daripada sejarah kejatuhan Negeri Melayu Singapura, yang hari ini sejarahnya pun sudah ditukar. Yang boleh dikagum oleh orang Melayu sana sekadar surau dan masjid. Tetapi maruah diri, jatidiri, dan negerinya sudah tiada!! Insaflah.


Wallahua’lam & wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Ahad

27 Muharram 1432

02 Januari 2011