Betoi..betoi..betoi..bengkok punya betoi mamat ni!!!
Tawaddhu’ dalam
kemenangan, berlapang dada dalam kekalahan!
Itulah
sikap yang sepatutnya diambil oleh mana-mana insan yang berjiwa besar dalam
menghadapi apa-apa pertandingan.
Sebaliknya
Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menyatakan akan bersara dan menjadi pensyarah
jika kalah didalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13), telah mengambil sikap
berdolak dalik; enggan mengaku dia sudah ditolak secara muktamad oleh rakyat.
Malah mengaku menang pula!
Malah rakan karibnya Jusuf Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia menyatakan bahawa Anwar mengkhianati perjanjian yang dimeterai bahawa Anwar bersedia menerima apa juga keputusan rakyat dalam PRU-13.
Anwar sekarang bertindak seperti seorang yang sudah meroyan - menang jadi abu, kalah jadi arang. Tidak kira apa akan jadi kepada negara, diheretnya segelintir rakyat dan cauvinis yang terpedaya dengan janji dan temberangnya ke jalanraya. Malah ada parasit dan cauvinis yang kini bercita-cita mau menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib yang sah dipilih rakyat melalui politik jalanraya.
Malah rakan karibnya Jusuf Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia menyatakan bahawa Anwar mengkhianati perjanjian yang dimeterai bahawa Anwar bersedia menerima apa juga keputusan rakyat dalam PRU-13.
Anwar sekarang bertindak seperti seorang yang sudah meroyan - menang jadi abu, kalah jadi arang. Tidak kira apa akan jadi kepada negara, diheretnya segelintir rakyat dan cauvinis yang terpedaya dengan janji dan temberangnya ke jalanraya. Malah ada parasit dan cauvinis yang kini bercita-cita mau menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib yang sah dipilih rakyat melalui politik jalanraya.
Dan
asas pengisytiharan kemenangan Anwar itu ialah kononnya undi popular (iaitu jumlah
undi yang diperolehi oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS) melebehi jumlah undi
yang diperolehi Barisan Nasional!
Anwar
dengan pembohongan dan putar-belit yang hebat cuba
memperdaya dan memperbodohkan rakyat yang sudah sedia maklum kaedah pilihanraya
yang telah diterima pakai oleh Malaysia
sejak mula lagi (termasuk dibanyak negara maju lain saperti Britain) ialah sistem first-past the-post; iaitu parti mana
yang mendapat 112 kerusi dahulu adalah pemenang dalam PRU-13 dan berhak
membentuk Kerajaan.
Jumlah
undi dikutip secara keseluruhan tidak pernah diterima sebagai kayu ukur
kemenangan!
Namun
agak malang ada
segelintir rakyat terutama penyokong tegar dan taksub yang begitu mudah
terpedaya dan diperbodohkan oleh Anwar! Dan kini mereka cuba menggulingkan Kerajaan yang
sah dipilih rakyat melalui jalanraya; setelah mereka ditolak didalam
pilihanraya!
Bayangkan
dalam pertandingan akhir badminton Piala All-Malaysia dimana Najib menentang
Anwar, keputusannya saperti berikut:
- Set 1 – Najib 21 Anwar 19;
- Set 2 – Anwar 21 Najib 03;
- Set 3 – Najib 21 Anwar 19.
Apabila
referee mengumumkan Najib menang dengan 2-1, Anwar tiba-tiba bangkit melalak
mendakwa dia patut menang kerana mendapat 59 poin atau 57% daripada jumlah
keseluruhan poin pertandingan (sebanyak 104); sedangkan Najib hanya mendapat 45
poin atau 43% daripada keseluruhan poin pertandingan!
Saya
cukup pasti kalau Anwar mendakwa sedemikian, penonton samada akan berkata dia
sakit otak, atau tidak ada otak langsung!
Kerana apa?
Kerana kita semua
tahu dalam pertandingan badminton, penentuan juara ditentukan melalui jumlah
set yang dimenangi, bukan jumlah poin yang dikutip!
Begitu jugalah
dengan Pilihanraya Umum. Rakyat Malaysia dan seluruh dunia tahu bahawa pemenang
PRU-13 ditentukan melalui jumlah kerusi yang diperolehi, bukan jumlah undi yang
dikutip!
Tetapi
namanya Anwar, nafsu serakah yang meluap-luap untuk dimahkotakan sebagai
Perdana Menteri bersemayam di Putrajaya menyebabkan dia sanggup melakukan pembohongan
besar dan memutar-belit fakta. Ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia!
Walau
bagaimana pun, saya mahu mengupas isu berkenaan undi popular ini dan
membuktikan kepada rakyat bahawa Anwar ini sbebenarnya pembohong tegar dan kaki
putar-belit yang cukup hebat.
Isunya,
benarkah Anwar dan pembangkang DAP-PKR-PAS memperolehi undi popular terbanyak
dalam PRU-13? Atau ia hanya sekadar mitos byang dibohongi dan diputarbelitkan
untuk memperdaya golongan yang mudah diperdaya?
Mari
kita lihat analisa berikut:
1. UNDI
POPULAR BN YANG TERBANYAK
Dalam
PRU-13, parti utama yang bertanding ialah Barisan Nasional (BN), Democratic
Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Partai Islam SeMalaysia
(PAS).
BN
menggunakan lambing Dacing, DAP lambing Roket, PKR lambing Mata-satu, dan PAS
lambing Bulan.
Jumlah
pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam PRU-13 ialah 13,268,002; namun
yang turun mengundi hanyalah 11,257,147 atau 84%.
Pengundi
akan memangkah nama calon mengikut nama dan nama serta lambing parti yang
bertanding.
Kita
tengok carta keputusan PRU-13 saperti berikut (setelah ditolak undi rosak
1.8%):
Parti bertanding
|
BN
(Dacing)
|
PAS
(Bulan)
|
PKR
(Mata-satu)
|
DAP
(Roket)
|
LAIN-LAIN
(Pelbagai)
|
Jumlah undi
|
5,237,699
46.53%
|
1,633,389
14.51%
|
2,254,328
20.03%
|
1,736,267
15.42%
|
192,904
1.71%
|
Jumlah kerusi
|
133
|
21
|
30
|
38
|
0
|
Jelas
daripada carta diatas bahawa kalau mengikut undi popular, kedudukannya adalah
saperti berikut:
- BN memperolehi undi popular paling banyak iaitu 46.53% atau 5,237,699;
- PKR kedua dengan 20.03% atau 2,254,328;
- DAP tempat ketiga dengan 15.42% atau 1,736,267;
- PAS tempat keempat dengan 14.51% atau 1,633,389;
- Parti-parti lain & Bebas di tempat kelima dengan 1.71% atau 192,904;
- Undi rosak pula adalah sebanyak 1.8% atau 202,560.
Jadi
dimana logik Anwar menyatakan dia memperolehi undi popular paling banyak.
Tohmahan Anwar mendakwa jumlah undi yang diperolehi oleh gabungan DAP-PKR-PAS
sebanyak 5,623,984 (atau 49.96%), melebihi 386,285 undi (atau 3.43%) berbanding
BN (yang memperolehi 5,237,699 atau 46.53%) adalah satu pembohongan dan
putar-belit kerana:
- DAP-PKR-PAS bertanding berasingan menggunakan lambang masing-masing; yang tertera diatas kertas undi ialah lambang Roket (DAP)-Bulan(PAS)-Mata Satu (PKR); langsung tidak ada lambang bersama pembangkang;
- Ada konstituensi dimana berlaku pertandingan sesama sendiri diantara DAP-PKR-PAS; saperti Sg Aceh, Kota Damansara dan lain-lain;
- Gabungan DAP-PKR-PAS sebagai Pakatan Rakyat tidak ujud dalam PRU-13 ini, malah ia sebuah badan yang tidak berdaftar dan tidak bertanding atas lambang sendiri pun!
Rumusannya
ialah jika menggunakan kaedah undi popular sebagai kayu pengukur kemenangan
dalam PRU-13, sebenarnya BN memperolehi undi terbanyak berbanding dengan tiga
parti utama lain iatu DAP, PKR mahupun PAS!
Sewajarnya
BN memenangi PRU-13, dan membentuk Kerajaan Persekutuan!
2. KENAPA
DAP MENDAPAT 38 KERUSI?
Kalau
mengikut logik Anwar bahawa undi popular sepatutnya menentukan jumlah kerusi,
maka urutan jumlah kerusi sepatutnya saperti berikut:
- BN dengan 46.53% undi sebanyak 103 kerusi (sebenarnya 133 kerusi);
- PKR dengan 20.03% undi sebanyak 45 kerusi (sebenarnya 30 kerusi);
- DAP dengan 15.42% undi sebanyak 34 kerusi (sebenarnya 38 kerusi);
- PAS dengan 14.51% undi sebanyak 32 kerusi (sebenarnya 21 kerusi);
- Bebas dengan 1.71% undi sebanyak 4 kerusi (sebenarnya tiada kerusi);
- Undi rosak sebanyak 1.8% mewakili 4 kerusi.
Persoalannya
ialah bagaimana DAP yang memperolehi undi popular ketiga sebanyak 15.42%
sepatutnya hanya mendapat tempat ketiga dengan 34 kerusi kalau mengikut kaedah
perkiraaan undi popular. Tetapi sebaliknya DAP mendapat jumlah kerusi kedua
terbanyak iaitu 38 melebihi PKR yang kononnya mendapat undi popular kedua
terbanyak?
Sedangkan
PKR yang memperolehi undi popular kedua selepas BN sebanyak 20.03% hanya
memperolehi 30 kerusi ditempat ketiga!
Mengapa
Anwar tidak menjerit melalak mendesak kerusi DAP dikurangkan sebanyak 4 kerusi
kepada 34 kerusi daripada 38 kerusi yang sebenarnya dimenangi oleh DAP?
Jawapannya mudah. Anwar sekadar memutar-belit
fakta yang hanya menguntungkan dia dari segi politik. Tetapi yang kena batang
hidung sendiri, dia sepi membisu sebagaimana dia membisu tentang dimana jam
Omega yang ditemui Datuk Eskay dalam peristiwa China-Doll!
3. UNDI
POPULAR ANWAR MAKIN MEROSOT
Sekarang
mari kita lihat prestasi politik Anwar dalam beberapa pilihanraya umum sebelum
PRU-13. Kita akan dapati undi popular Anwar semakin lama semakin merosot!
Kerusi
Parlimen P.044 Permatang Pauh
PRU
|
JAWATAN
|
PARTI
|
LAWAN
|
MAJORITI
|
1990
PRU-08
|
Menteri
|
BN
|
Mahfuz Omar
PAS
|
16,150
|
1995
PRU-09
|
Timb Perdana
Menteri
|
BN
|
Abd. Rahman
(DAP)
|
23,515
|
2008
PRK-12
|
Penasihat PKR
|
PKR
|
Dato’ Arif Shah
(BN)
|
15,671
|
2013
PRU-13
|
Ketua Pembangkang
|
PKR
|
Dr. Mazlan
(BN)
|
11,721
|
Kita
dapat melihat dengan jelas sebenarnya undi popular Anwar semakin merudum sejak
keluar daripada Barisan Nasional. Semasa bertanding dalam PRU-08, Anwar
memegang jawatan Menteri Kewangan dan bertanding sebagai calon BN menentang
calon PAS Mahfuz Omar. Anwar memperolehi majoriti yang agak besar sebanyak
16,150.
Dan
majoriti Anwar semakin meningkat dalam PRU-09 semasa menjawat jawatan Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Anwar berjaya menewaskan calon
pembangkang DAP Abdul Rahman Manap dengan majoriti sebanyak 23,515, iaitu
meningkat sebanyak 7,365.
Anwar
tidak bertanding dalam PRU-10 (1999), PRU-11 (2004) dan PRU-12 (2008) kerana
menjalani hukuman penjara atas kesalahan salahguna kuasa sebagai TPM
mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan surat sumpah palsu daripada Umi
Hafilda dan mangsa liwatnya yang juga pemandunya Azizan Abu Bakar.
Apabila
Anwar layak bertanding, maka kerusi Permatang Pauh yang dimenangi oleh
isterinya Wan Azizah Wan Ismail dalam PRU-12 telah dikosongkan. Buat pertama
kalinya setelah 16 tahun bertanding dibawah lambang BN, kali ini Anwar sebagai
Penasihat PKR bertanding didalam Pilihanraya Kecil dibawah lambang Satu-mata
PKR.
Anwar
memenangi PRK tersebut pada bulan Ogos 2008 menentang calon BN iaitu Dato’ Arif
Shah. Namun majoriti Anwar merosot kepada 15,671; iaitu kurang 7,844 daripada
kemenangan terakhir Anwar sebagai calon BN dalam PRU-09 (1995).
Dalam
PRU-13 pada 05.05.2013, Anwar sekali lagi sebagai Ketua Pembangkang bertanding
kerusi P.044 Permatang Pauh menggunakan lambang Satu-Mata PKR menentang calon
BN iaitu Dr. Mazlan Ismail. Anwar menang dengan majoriti makin merosot sebanyak
11,721; iaitu berkurangan sebanyak 3,950 berbanding PRK 2008. Dan berkurangan
sebanyak 11,794 undi berbanding dengan PRU-09 semasa bertanding sebagai calon
BN.
Apa
makna semua ini?
Maknanya
undi popular Anwar sendiri dikerusi tradisionalnya makin merosot dan merudum.
Malah saya berani katakan hanya semasa bertanding sebagai calon BN majoriti
Anwar begitu besar berbanding bertanding sebagai calon PKR.
Jadi
kalau undi popular dia sendiri pun makin merosot dan merudum, Anwar tiada
sebarang alasan moral mahupun politik untuk mendabik dada menyatakan gabungan
tak-sah pembangkang telah menang undi popular untuk melayakkan dia menjawat
jawatan Perdana Menteri Malaysia
ke 7!
4. UNDI
POPULAR NAJIB MENINGKAT
Sebaliknya
kalau kita melihat prestasi Dato’ Sri Najib, kita akan nampak jelas peningkatan
undi popular beliau. Daripada hampir tewas dalam PRU-10 (1999) dengan hanya
mendapat majoriti sebanyak 241 undi, tetapi kemudiannya atas khidmat dan usaha
gigih, majoriti kemenangan Najib meningkat dengan mendadak.
PARLIMEN
P.80 – PEKAN
PRU
|
PARTI
|
JAWATAN
|
MAJORITI
|
2004
(PRU-11)
|
BN
|
Timbalan Perdana
Menteri
|
22,922
|
2008
(PRU-12)
|
BN
|
Timbalan Perdana
Menteri
|
24,464
|
2013
(PRU-13)
|
BN
|
Perdana Menteri
|
35,613
|
Mengikut
carta diatas, undi popular untuk Najib bagi PRU-12 (2008) meningkat sebanyak
1,542 berbanding PRU-11 (2004).
Dan
bagi PRU-13 (2013), undi majoriti Najib meningkat sebanyak 35,613, iaitu
peningkatan sebanyak 11,149 berbanding PRU-12 (2008)!
Ini
membuktikan undi popular Najib semakin meningkat berbanding Anwar yang semakin
merudum dan merosot!
Saya cukup yakin kalau diadakan pemilihan Perdana Menteri berdasarkan undi popular, rasanya Anwar Ibrahim kalau tidak hilang deposit pun, mungkin jatuh merudum jumlah undi yang diperolehi berbanding Najib!
Saya cukup yakin kalau diadakan pemilihan Perdana Menteri berdasarkan undi popular, rasanya Anwar Ibrahim kalau tidak hilang deposit pun, mungkin jatuh merudum jumlah undi yang diperolehi berbanding Najib!
5. SISTEM
PILIHANRAYA YANG SAMA
Apa
yang lebih menghairankan ialah kenapa Anwar memilih untuk melalak dan menjerit
sekarang? Sedangkan Sistem Pilihanraya yang sama telah digunakan semasa Anwar
didalam Barisan Nasional.
Sistem
Pilihanraya yang sama yang telah menaikkan Anwar daripada politikus tepi longkang
kepada seorang Timbalan Menteri (1982), kemudiannya Menteri sehinggalah menjadi
Timbalan Perdana Menteri.
Sistem
Pilihanraya yang sama yang menjunjong Anwar selama 16 tahun didalam Barisan
Nasional sehingga menjadi orang nombor dua dalam negara; malah pernah diberi
kepercayaan memangku jawatan Perdana Menteri!
Mengapa
selama 16 tahun tidak pernah dengar sepatah haram pun daripada Anwar
mempertikai Sistem Pilihanraya Malaysia,
mahupun SPR?
Kenapa
tiba-tiba, apabila terkeluar menjadi pembangkang, Anwar kembali dengan politik
longkang memaki hamun SPR dan Sistem Pilihanraya Malaysia?
6. ANWAR
DITOLAK PAS
Populariti
Anwar bukan sahaja makin merosot dan merudum dikalangan pengundi Permatang Pauh
dan rakyat Malaysia,
malah bersama rakan komponen juga sudah mula dipersoalkan.
Ini
adalah jelas apabila Majlis Syura’ PAS menolak nama Anwar sebagai calon Perdana
Menteri bagi pembangkang sekiranya mereka memenangi PRU-13 tempoh hari.
Malah
Muktamar Agong PAS 2012 jelas kedengaran suara akar umbi PAS yang menolak Anwar
sebagai pemimpin pembangkang dan menjadi calon Perdana Menteri mereka!
RUMUSAN
Dakwaan
Anwar bahawa sebenarnya pembangkang DAP-PKR-PAS yang memenangi PRU-13 dan
sekaligus membolehkan dia mencapai nafsu menjadi Perdana Menteri kerana
memenangi undi popular jelas satu
pembohongan dan putar-belit fakta yang jelas.
Pertama,
sistem pilihanraya Malaysia ,enggunakan kaedah first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat majoriti mudah 112
kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan yang berhak diisytiharkan
menang dan boleh membentuk Kerajaan.
Dalam
konteks ini, jelas BN dengan perolehan 133 kerusi merupakan parti tunggal yang
berjaya memenangi PRU-13 dan layak membentuk Kerajaan Malaysia.
Kedua, Malaysia,
saperti juga di negara maju lain didunia saperti Britain, tidak mengamalkan sistem undi popular iaitu mengira kemenangan
berdasarkan jumlah keseluruhan undi yang diperolehi. Sebaliknya kita
mengamalkan sistem pilihanraya menurut konstituensi 222 kerusi Parlimen yang
dipertandingkan, dengan parti yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi berhak
membentuk Kerajaan Malaysia.
Ketiga,
jika dikira undi popular, sebenarnya
BN memperolehi undi popular tertinggi
daripada kesemua parti utama yang bertanding dalam PRU-13. Cubaan untuk
memutar-belitkan fakta dengan menggabungkan kesemua parti non-BN iaitu
DAP-PKR-PAS adalah tidak menasabah memandangkan mereka bertanding menggunakan
symbol masing-masing, malah ada yang berlawan sesame mereka dibeberapa kerusi!
Keempat,
undi popular Dato’ Sri Najib makin
lama makin meningkat. Sebaliknya undi
popular Anwar yang mulanya tinggi semasa bertanding menggunakan lambang BN
makin merudum dan merosot sejak terkeluar daripada BN dan bertanding
menggunakan lambang Mata-Satu!
Kelima,
sistem pilihanraya yang samalah yang menjulang Anwar daripada politikus tepi
longkang ke jawatan nombor dua paling tinggi dalam negara. Sistem itu jugalah
yang membolehkan Anwar menikmati 16 tahun kegemilangan sehingga memangku
jawatan Perdana Menteri. Tapi kini sistem itulah yang diludah kembali setelah
impian ke Putrajaya semakin lama makin jauh!
Keenam,
parti komponen terbesar pembangkang iaitu PAS sendiri menolak Anwar
sebagai bakal calun Perdana Menteri. Bukan sahaja populariti Anwar dengan rakyat makin
merosot dan merudum, bersama dengan rakan komponen pun Anwar makin dipinggiri
dan diketepikan.
Apa
yang merbahaya ialah dalam keghairahan Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang
telah dipilih secara telus, transparen dan jelas oleh rakyat dalam PRU-13,
negara dijerumuskan ke kancah politik perkauman dan cauvinisma yang sempit.
Keghairahan segelintir rakyat terutama yang bukan-Melayu menyorak bersama Anwar
memberi isyarat yang tidak baik untuk negara berbilang agama dan kaum ini!
Sebab
itu, saya mencabar Anwar supaya menghentikan politik sempit, jijik dan kotor
ini. Terimalah hakikat rakyat tidak mahukan anda! Hormatilah keputusan rakyat
yang mahukan negara dipimpin oleh Dato’ Sri Najib dibawah Kerajaan Barisan
Nasional.
Saya
hanya boleh merumuskan satu perkara daripada semua ini: Anwar Ibrahim memang
seorang pembohong bersiri yang tegar
dan kaki putar alam yang cukup hebat!
Pembohong – Anwar berjanji akan
berundur dan bersara daripada dunia politik dan menjadi pensyarah jika ditolak
rakyat dalam PRU-13. Bukan sahaja dia tidak menunaikan janji, malah diheretnya
rakyat ke politik jalanan demi memuaskan nafsunya ke Putrajaya!
Putar belit – Anwar memutar-belit fakta
dengan menggunakan isu ‘undi popular’ sebagai alasan untuk
mendakwa sebenarnya dia dan pembangkang DAP-PKR-PAS yang menang dalam PRU-13;
sedangkan hakikatnya Malaysia mengamalkan sistem PRU menurut konstituensi
berdasarkan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, bukan berdasarkan jumlah
undi keseluruhan yang diperolehi!
Kepada
Anwar, hentikan politik pembohongan dan putar-belit ini! Berundurlah secara
terhormat sebelum dihalau oleh rakyat secara tidak terhormat!
Wallahua’lam
dan wassalam.
Adios
amigos, grasias senor!
Zulkifli
Bin Noordin
Isnin
17
Rejab 1434
27
Mei 2013