Salam 2 all.
Alhmadulillah saya selamat sampai ke Heathrow International Airport, London sebentar tadi. Punyalah letih travel sorang-sorang ni dengan flite sampai 13 jam ni. Saya sedang dalam perjalanan ke Washington untuk menghadiri majlis pelancaran Kaukus Parlimen US-Malaysia dan beberapa program lagi di Washington dan New York mulai hari ini sehingga 25 April 2010. Insyallah saya akan kembali ke Malaysia pada 26.04.2010
Ini bermakna saya tidak akan menghadiri sidang Parlimen sehingga ianya tamat pada 22.04.2010. Saya juga tidak akan terlibat dengan pilihanraya kecil Hulu Selangor yang dijangka pada 25.04.2010. Lega juga tu yop :)
Sekarang di London jam 08.50am, maknanya di Malaysia sekarang jam 03.50 petang. Cuaca di London agak okay, cerah tanpa hujan. Dah masuk spring katakan. Kebetulan dalam flite MAS MH002 KL-London tadi saya duduk berdekatan dengan YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais. Rupanya dema ni rajin juga bersembang. Macam-macam story. Saya baru tahu rupanya Datin Seri Masnah mengadakan kelas pengajian tafsir dan tajwid di rumahnya di Ampang Jaya tiap minggu Isnin dan Rabu.
Rupa-rupanya Datin Seri Masnah ni pengetahuan beliau tentang Islam agak mengagumkan. Dan cinta Datin Seri kepada majlis ilmu sehingga sanggup buat dewan khas dirumahnya untuk program kuliah dan pengajian. Dan yang hadir pun boleh tahan, kekadang sehingga seratus lebih jemaah.
Tu lah, kekadang kita tak patut mengukur seseorang daripada luaran sahaja, apatah lagi mendengar fitnah orang. Macam saya tengok YB Tengku Adnan Mansor dan banyak lagi Ahli Parlimen lain. Dulu kita selalu mendengar macam-macam fitnah dan kutukan terhadap mereka. Saya dulu pun mempunyai persepsi agak negatif dengan beliau ni hasil fitnah tak berhenti sesetengah orang. Tapi sejak jadi Ahli Parlimen, saya selalu tengok YB Tengku Adnan ni antara orang yang paling rajin solat jemaah disurau Parlimen, kekadang siap ajak kami lagi ke surau untuk berjemaah!
Sebab itu saya sekarang mengambil pendekatan lebih baik kita berbaik sangka dengan semua saudara seIslam. Kalau terdengar cerita pelik-pelik pasal seseorang, saya akan check dahulu dengan tanya orang tu sendiri. Kadang-kadang apa yang kita dengar sendiri dari orang itu jauh berbeza daripada apa yang orang kata. Tapi namanya mulut manusia, kita tak boleh nak katup yop. Jadi macam kata orang Kedah, biaq pi kat depa lah.
Dalam flite tadi ramai juga petugas dari RTM. Antara yang saya perasan ialah Zamzurina, hos program APW-Apa Kata Wanita. Kata Zam dia juga akan ke Washington untuk buat satu penggambaran program RTM. Nampak gaya riuh juga lah Washington dua-tiga minggu ni dengan orang Malaysia. Kebetulan YAB PM & isteri akan mengadakan lawatan rasmi pertama kali ke US mulai Sabtu ini. Dan YAB PM bersama dengan seorang Ahli Kongres Kanan US akan melancarkan kaukus Parlimen US-Malaysia secara rasminya insyallah minggu depan.*
Well, kena chow dulu. Flite ke Washington dah dipanggil. Saya akan cuba update blog ni dari masa kemasa ikut akses dan masa yang ada. Kalau tengok ke program, jadual saya terlalu ketat. Tapi insyallah saya akan cuba cari masa.
Oh ya, kepada semua jemaah surau dan masjid yang saya ada jadual kuliah bagi tempoh 08-26 April, saya pohon maaf terpaksa mohon izin untuk menangguhkan semua kuliah ke bulan depan. Saya telah memaklumkan kepada pihak AJK akan ketiadaan saya bagi tempoh tersbut. Semoga pengalaman ke Washington ini akan membawa menafaat bagi saya untuk menambah pengalaman dan berkongsi dengan para jemaah semua terutamanya dari sudut kepentingan Islam insyallah.
Seperkara lagi, saya dapati akhir-akhir ini banyak cubaan dibuat untuk menyerang dan hack Facebook saya oleh puak-puak lanun-cyber. Kata kekawan, puak-puak lanun-siber ni cuba nak menabur berita palsu dan fitnah melalui Facebook saya. Oleh itu, jika sdr/i mendapat berita atau maklumat palsu atau fitnah di facebook saya, tolong check dahulu kerana kemungkinan ianya datang daripada perbuatan tak bertamadun lanun-lanun-siber ini.
Okay, adios amigos.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
23 Rabi'ul Akhir 1431
08 April 2010
*Bertambah rancaklah nanti tukang tabur fitnah menyebar cerita karut mereka. Tapi macam dok kata, biaq pi kat depa lah yop!