Showing posts with label MalaysiaKini. Show all posts
Showing posts with label MalaysiaKini. Show all posts

12 October 2011

KebiaDAPan MELAMPAU!

Salam 2 all.

Teman mengutuk keras kenyataan Aziz Bari yang disiarkan oleh media-portal pro-pembangkang Malaysiakini semalam yang mempertikaikan titah yang dikeluarkan oleh Tuanku Sultan Selangor dalam menangani isu siasatan yang dibuat oleh JAIS terhadap kegiatan mendakyah keatas segelintir umat Islam oleh Gereja Methodist Damansara Utama.

Aziz Bari, yang diangkat oleh media pro-pembangkang sebagai kononnya "pakar perlembagaan" melemparkan dakwaan tidak berasas kononnya Tuanku sebagai mencampuri urusan politik dan mengambil sikap memihak (dengan maksud tidak memihak kepada pembangkang).

Pada teman, ini adalah kenyataan yang sangat biaDAP, melampau dan mempunyai unsur-unsur penderhakaan keatas titah Tuanku Sultan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh menegur Tuanku Raja-Raja, tetapi biarlah dengan cara beradab, bukan biaDAP. Jangan sampai menggulingkan badan atas jalanraya saperti yang dilakukan oleh segelintir Melayu haprak yang sudah hilang siuman dan fikiran waras hanya kerana terlalu taqsub kepada pimpinan cauvinis dan rasis biaDAP! Apatah lagi membuat kenyataan yang memesong, salahrujuk dan salahfakta, dan memutarbelitkan isu!

Kalau konon Aziz Bari yang dinobat oleh media pro-pembangkang sebagai "Pakar Perlembagaan" itu benar-benar memahami Perlembagaan, beliau sepatutnya menasihatkan pihak pendakyah kristian umumnya, dan Gereja Methodist Damansara Utama khususnya supaya menghentikan serta merta kegiatan mendakyah umat Islam, kerana ianya bercanggah dengan peruntukkan dan semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya Artikel 11 (4).

Jelas daripada titah Tuanku bahawa memang ujud kegiatan mendakyah oleh pihak DUMC. Ini bertentangan dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor, Enakmen Anti Dakyah Selangor, Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Selangor, Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor, Seksyen 298A Kanun Kesiksaan, dan Perlembagaan Persekutuan. Walaupun tidak cukup bukti untuk mendakwa, tetapi jelas dari titah Tuanku ada bukti yang cukup untuk diambil tindakan pentadbiran. Aziz Bari takkan bodoh sangat. Kata pakar undang-undang.

Bukan semua kes boleh dibawa pendakwaan ke Mahkamah. Walaupun cukup bukti dan keterangan pun, tetapi kalau saksi tidak mahu bekerjasama, sudah pasti kes tidak boleh dibawa ke Mahkamah. Kalau ada juga pendakwaraya yang nak membawa kes ke Mahkamah dalam keadaan tahu ada saksi tak mahu beri kerjasama, memang bodoh benarlah Pendakwaraya tersebut. Dan pada teman, kenyataan Aziz Bari mempertikaikan titah Tuanku itu menggambarkan suatu kejahilan yang kalau disengajakan adalah sangat malang dan memalukan bagi dunia ilmuan dan akademik, kerana datangnya daripada seorang pensyarah undang-undang yang ditabal sebagai "pakar perlembagaan"!

Pertama, teman sudah menyatakan sebelum ini (sila lihat artikel "Daulat Tuanku") bahawa sudah menjadi satu tradisi warisan Kesultanan Selangor yang tidak akan teragak-agak menegur mana-mana Menteri Besar atau pentadbir Kerajaan Selangor. Samada semasa Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran UMNO/BN, mahupun dibawah pembangkang. Teman masih ingat bagaimana AlMarhum Tuanku Sultan Sallahudin yang memarahi seorang Menteri Besar UMNO secara terbuka.

Teman ingat juga bagaimana AlMarhum Tuanku Sultan Johor yang cukup terkenal ketegasannya menegur, dan kadang-kadang memarahi Menteri Besar dan Kerajaan BN/UMNO Johor. Tak pernah pulak teman dengar komplen atau komen dibuat oleh mana-mana pihak, termasuk pemimpin UMNO/BN yang ditegur atau dimarahi itu yang mendakwa Tuanku mengambil sikap memihak.

Sebaliknya teguran yang dibuat oleh Tuanku Raja-Raja biasanya diterima dengan lapang dada sebagai bimbingan yang sangat berharga, kerana kita semua tahu Tuanku Raja-Raja hanya meletakkan kepentingan negeri dasn rakyat dibawah naungan Tuanku. Pada teman, Tuanku Sultan Sharafudin hanya meneruskan satu warisan pemerintahan yang adil lagi berhemah yang menjadi tradisi Raja-Raja Melayu.

Apakah benar Aziz Bari seorang pakar undang-undang perlembagaan? Siapa yang tabal dia sebagai pakar perlembagaan? Adakah kerana hanya dia mengajar di Kulliyyah Undang-Undang UIA melayakkan dia dipanggil pakar perlembagaan?

Kalau benar dia seorang pakar, jelas dibawah Artikel 47 & 48 Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor 1959 memperuntukkan bahawa hal ehwal Islam didalam negeri Selangor Darul Ehsan adalah dibawah kuasa dan bidangkuasa Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam!

Sebagai Ketua Agama Islam, dan mempunyai kuasa dan bidangkuasa mutlak dalam hal ehwal Islam di negeri Selangor, sudah tentu bukan sahaja menjadi hak, malahan satu tanggunjawab yang diletak diatas bahu Tuanku untuk membela, mempertahan, mendaulatkan dan memartabatkan Islam dan umat Islam didalam negeri Selangor.

Sudah jelas bahawa Gereja Methodist Damansara Utama terlibat dengan kegiatan dakyah terhadap umat Islam. Ini bukan sahaja kesalahan dari segi syara', malahan satu kesalahan jenayah dibawah undang-undang Selangor, menyalahi Seksyen 298A Kanun Kesiksaan, dan bercanggah dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Jadi dimana rasional Aziz Bari mendakwa Tuanku tidak berhak untuk membuat titah tersebut.

Bukan sahaja berhak, malahan menjadi tanggunjawab Tuanku membuat titah tersebut! Tuanku wajib mencampuri urusan tersebut. Yang tak sepatutnya mencampuri urusan isu DUMC ini ialah orang politik, bukannya Tuanku!

Teman berpendapat tindakan wajib diambil terhadap Aziz Bari ini. Teman tidak menghalang kebebasan bersuara atau mengeluarkan pendapat. Ianya hak asasi manusia, yang dihormati dan dijamin oleh Islam. Tetapi kebebasan bersuara ada hadnya, ada batasnya, dan adab peraturannya.

Apatah lagi Aziz Bari membuat kenyataan tersebut dengan menyarungkannya dengan jubah professor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa. Bertambah wajiblah dia memelihara amanah dengan kedudukan dan tanggungjawabnya sesuai dengan kedudukan dan jawatannya. Beliau patut jujur dengan ilmunya, dan menghormati kedudukan beliau sebagai professor Kulliyyah Undang-Undang UIA.

Namun teman melihat Aziz Bari telah melangkau jauh daripada kedudukan itu. Beliau pernah mencampuri urusan dalaman sebuah parti politik. Semasa isu pemilihan PAS baru-baru ini, Aziz Bari secara terbuka membuat kenyataan mempertikikan kelayakan dan kewibawaan Presiden PAS Haji Hadi, malah mendesak supaya beliau letak jawatan dan jangan bertanding.

Aziz Bari mendakwa Haji Hadi penghalang kepada cita-cita Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Beliau meletakkan kegagalan 16 Sept bulat-bulat keatas bahu Haji Hadi. Sedangkan satu dunia tahu 16 Sept adalah pembohongan besar oleh Anwar!

Adakah Aziz Bari terlalu mengagungkan manusia bernama Anwar Ibrahim ini sehingga menjadi terlalu partisan dan memihak. Beliau bukan sahaja partisan, malahan mengambil sikap partisan kepartian. Kaca dulang paku serpih, ngata orang dia yang lebih! Dia menuduh Tuanku Sultan sebagai memihak, walhal dia sebenarnya yang mengambil sikap memihak!

Sebab itu teman mendesak supaya gelaran Professor yang diberi kepada Aziz Bari oleh UIA ditarik balik. Sikap dan tindak tanduk beliau merupakan satu penghinaan kepada title Professor yang dipakai beliau. Sikap dan tindak tanduk beliau tidak memberi gambaran seorang yang layak memakai gelaran Professor.

Malahan, dengan sikap partisan kepartian yang ditunjukkan oleh Aziz Bari, teman mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa dan ceburkan diri dalam politik kepartian. Persilakan. Sertailah parti Anwar Ibrahim kalau mahu. Atau daftarlah sebagai ahli PAS, mahupun DAP.

Kalau tak ada parti yang mahu menerima beliau, buatlah parti sendiri. Parti tupperware pun takpe. Nanti dalam PRU 13, masuklah bertanding sebagai calon. Kalau takde sangat tempat, teman persilakan Aziz Bari bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu, atau mana-mana kawasan Parlimen yang beliau mahu. Bertandinglah mewakili parti apa yang dia nak, ataupun atas lambang apa juga dia pilih.

Janganlah cari makan di Universiti Islam yang dibiaya oleh Kerajaan Persekutuan. Janganlah berselindung dibalik jubah professor di UIA sambil syok menembak sembrono orang lain. For once, be man enough to face the people, the voters!

Adios amigos, grasias senor.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
14 Zul Qaedah 1432
12 Okt 2011

23 June 2011

BiaDAP-KINI

(Siaran MalaysiaKini 22.06.2011 yang jelas provokatif, lucah, kesat, biaDAP, menghina Islam & bangsa Melayu)

Salam 2 all.

Media portal MalaysiaKini yang pro Anwar & pakatan PAS-PKR-DAP menyiarkan lapuran berikut semalam hari Rabu 22.06.2011 (dan teman catat semula tulisan tersebut secara verbatim, word by word,letter by letter):

"rajm: My dear fucker minister, to have Islamic names does not mean they are Malays. Malays are not the only people in the world to practice Islamic relegion. Actually these so called malays in the first place are not muslims they were actually practising hindu relegions just like the Balainese. Please don't talk corcks you MALAY hindu bastards. Look at MNahathir just because he apes the malay customs he becomes a malay and his father becomes a BASTARD".

Ini adalah komen yang disiarkan dalam lapuran bertajuk "Jamil says no apostacy, just a mistake in registration" tulisan wartawan mereka bernama Jimadie Shah yang disiar pada jam 06.20pm pada 22.06.2011. Ianya berkaitan isu permohonan untuk membatalkan status Islam dalam kad pengenalan beberapa orang pemohon di Mahkamah Syariah. Datuk Seri Jamil Khir, Menteri di JPM menjelaskan bahawa mereka ini sebenarnya bukan Islam tetapi mempunyai nama Melayu. Jadi semasa proses pendaftaran dibuat, status agama mereka secara silap disebut "Islam" kerana nama Melayu mereka.

Contohnya nama 'IDRIS JALA'. Namanya berbunyi Melayu, tetapi sebenarnya dia Kristian, dan memang dilahirkan Kristian, tidak pernah pun memeluk Islam. Itulah sebenarnya yang terjadi. Atas alasan itu, jelas Datuk Seri Jamil Khir, Mahkamah Syariah sepatutnya membenarkan permohonan mereka, kerana ini bukan permohonan murtad, sebaliknya penukaran status ke agama sebenar mereka didalam kad pengenalan.

Tapi yang menjadi isu sekarang ialah mengapa media portal pro Anwar ini begitu biaDAP dan kurang ajar menyiarkan komen saperti diatas. Menggunakan perkataan mencarut, lucah dan porno saperti "fucker", "bastards", "corcks", provokatif, menghina agama Islam, menghina mantan PM Tun Dr. Mahathir, melabel bapa Tun Dr. Mahathir sebagai "bastards" iaitu "anak haram", menghina seorang Menteri beragama Islam, menghina umat Islam dan menghina bangsa Melayu.

Sedangkan didalam ruangan peringatannya, media portal pro pembangkang ini menyatakan bahawa penggunaan bahasa kesat, lucah, serangan peribadi adalah dilarang!!! Apa punya hipokrit! Mereka melanggar peraturan yang mereka buat sendiri, petikan diatas jelas bersifat provokatif, lucah, menggunakan bahasa kesat, serangan peribadi keatas individu tertentu dan menghina agama Islam dan bangsa Melayu.

Apakah semua ini dihalalkan atas nama kebebasan bersuara! Apakah ini semua dibenarkan atas nama hak asasi manusia! Adakah mana-mana agama, tamaddun dan peradaban yang menghalalkan dan membenarkan perlakuan lucah, kesat, porno, provokatif, biaDAP dan kurang ajar saperti ini!!!

Teman mendesak Kerajaan supaya janganlah lagi mengambil sikap lemah-lembut (lebih banyak lemah dari lembut) dan bertolak ansur yang melampau. Ini adalah golongan yang tidak faham budi bahasa dan akhlak dan peradaban timur. Sudah berapa kali media portal ini membuat lapuran dan siaran yang jelas berbohong, putar belit, provokatif, rasis, biadap dan kurang ajar!

Kerajaan sudah terlaslu banyak bertolak ansur dengan memberi peringatan dan amaran acap kali. Bukan sahaja mereka makin angkuh, malah makin biaDAP, sombong dan berasa diri mereka "untouchable". Sudah tiba masa Kerajaan mengambil sikap "enough is enough".

Janganlah terlalu berlembut sehingga menimbulkan persepsi kepada rakyat yang kerajaan ini hanya tahu bagi amaran tapi tiada tindakan, tiada ketegasan. Jangan sampai rakyat sendiri menolak Kerajaan kerana "enough is enough", rakyat sudah muak dengan budaya amaran demi amaran tetapi langsung tiada tindakan. Sebab tiada agama, tiada bangsa, tiada tamaddun yang boleh menerima kebiaDAPan, keangkuhan dan sikap kurang ajar saperti yang ditunjukkan oleh media portal saperti MalaysiaKini ini. Kebebasan bersuara ada hadnya; dan bersifat provokatif, lucah, kesat dan porno jelas sudah melangkaui had tersebut.

Teman dengan ini mendesak Kerajaan supaya:

1. mengambil tindakan tegas dan "no mercy" terhadap pemilik dan editorial portal MalaysiaKini termasuk mengheret mereka ke muka pengadilan dengan pertuduhan jenayah dibawah Akta Hasutan, Kanun Kesiksaan dan lain-lain undang-undang berkaitan hasutan, dan keselamatan dalam negara;

2. membatalkan media portal ini dan menutup laman web dan operasi mereka termasuk menyita pejabat dan pusat gerakan mereka;

3. Steven Gan dan seluruh sidang editorial dan pengurusan MalaysiaKini wajib memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam, bangsa Melayu, dan khususnya kepada Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Kami rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian serta keharmonian menanti tindakan tegas Kerajaan. We are watching, and we are waiting. But our patient has its limits. Don't take us for granted, and don't take us for a ride!!!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis21 Rejab 1432
23 jun 2011

*Nota: isu ini telah teman bangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat lewat petang tadi semasa membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan bagi Kementerian Penerangan, Warisan & Komunikasi.

*bagi yang berminat dengan ulasan lanjut serta gambar petikan komen diatas yang lebih jelas, sila ke laman wab www.apanama2020.blogspot.com

10 November 2010

PUTAR BELIT LAGI!!


Salam 2 all.

Media portal pro pembangkang MalaysiaKini cuba memutarbelitkan kenyataan Dr. Asri Zainul Abidin dengan membawa tajuk berita dalam siarannya semalam 09.11.2010 dengan tajuk "Asri mohon maaf cadang Anwar 'bersara'. Isi beritanya pula menyatakan "bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin memohon maaf atas pandangan sebelum ini yang mencadangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya "bersara politik."

Sedangkan kenyataan Dr. Asri sebenarnya jauh daripada yang dilapurkan. Malahan Dr. Asri tetap dengan ketegasannya menasihatkan Anwar supaya berundur daripada politik, malah sudah menjadi "dinasour PKR" pun.

Sebenarnya Dr. Asri telah membuat surat terbuka kepada Anwar semalam, yang kenyataan penuhnya teman lampirkan dibawah. Bagi yang berminat, boleh layari sendiri laman web www.drmaza.com.

Malah teman cuba memastikan kesahihan lapuran MalaysiaKini tersebut dan menghubungi Dr. Asri sendiri. Ini saya lakukan kerana ALLAH memerintahkan kita umat Islam supaya berhati-hati dengan berita daripada fasik, apa lagi kalau kafir (surah Al Hujurat: 6). Dan Dr Asri, yang sedang berada di Tokyo, menghantar sms pada jam 11.16.32am 10.11.2010 kepada teman saperti berikut:

"Saya tidak pernah tarik balik atau menyesal dengan kenyataan mencadangkan dinasour-dinasour politik termasuk DSAI bersara. Surat terbuka saya jelas dalam ini. Cumanya saya hanya memohon maaf jika beliau kecil hati. Itu adalah adab pergaulan, namun pendapat saya masih kekal sehingga kini".

Nah, begitu pendapat seorang ulama', penuh dengan adab dan kesopanan. Tetapi sayang ada pihak cuba mengambil kesempatan dan memutarbelitkan kenyataan Dr. Asri. Sebenarnya inilah politik kotor yang diamalkan: pembohongan dan cakap tak serupa bikin. Dan ini jelas daripada lapuran media portal pro-pembangkang ini. Kalau ini pun pak-pak jangoat badut ingusan masih buta tak nampak, memang jelaslah jiwa mereka sudah "summum bukmum 'umyum fahuum".

Semoga ALLAH menyelamatkan kita daripada bahana fitnah di zaman fitan ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu

02 Zulhijjah 1431

10 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Dari laman web "www.drmaza.com")


SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERHORMAT DSAI

Saya baru sahaja membaca kenyataan YB DSAI bahawa kenyataan menyuruh beliau berundur adalah satu perancangan. Ini rentetan Dato Zaid Ibrahim yang membuat gesaan yang sama. DSAI menyatakan bahawa saya juga telah digunakan oleh Utusan. Walaupun, pada awalnya saya berniat tidak mahu lagi menyentuh isu ini, tetapi perkataan ‘digunakan’ itu agak berat. Izinkan saya menyebut beberapa perkara;

1. Untuk pengetahuan DSAI, secara peribadi saya tidak memusuhi DS. Bahkan saya simpati dengan keadaan beliau sekarang. DS sendiri tahu adanya persahabatan yang baik antara pihak saya dan DS. Kenyataan saya tidak menyebut isu peribadi DS. Kenyataan saya hanya tentang soal keberkesanan pembangkang dan memastikan keseimbangan politik antara kerajaan dan pembangkang.

2. DSAI, biasanya apabila saya ingin melontarkan pandangan politik yang besar, saya akan merujuk terlebih dahulu kepada beberapa orang ‘pemikir politik’ yang –bagi saya- tajam dan kritis. Mereka akan memberi pandangan balas. Mereka ini sebahagian ‘tidak mesra kerajaan’ dan sebahagiannya neutral. Tapi dalam isu ‘pengunduran DSAI’, saya tidak merujuk kepada sesiapa. Saya hanya berpada dengan pemerhatian dan kajian umum saya. Ya, setiap kita di samping apa yang kita faham, kita juga mungkin mempunyai ‘instinct’ tersendiri dalam mengagak sesuatu perkara. Saya sendiri agak ragu-ragu sebelum kenyataan itu saya minta moderator saya siarkan dalam Minda Tajdid. Pada awal moderator Minda Tajdid sendiri pun risau. Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia. Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar.

3. Seperti yang pihak Utusan laporkan, mereka memetik dari website saya. Mereka tidak mengambil kenyataan itu dari mulut saya. Mereka memetiknya dari kenyataan yang disiarkan dalam website saya. Petikan mereka juga tepat, cuma tajuk agak ‘garang’. Bukan kenyataan exclusive untuk mereka. Sebaliknya, Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung dari saya. Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan.

4. Saya pun tidak tahu bahawa Dato Zaid Ibrahim dan Saudara Mustafa Kamil Ayyub akan membuat tindakan dan kenyataan yang seperti itu. Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka.

5. Jasa, sumbangan dan kesan DSAI dalam bidang politik akan tetap dikenang dan menjadi sejarah tanahair. Di sudut pemikiran Islam, DSAI jauh lebih luas dari banyak pihak. Dari sudut pidato, DSAI masih mantap. Dari sudut umur, DSAI belum terlalu tua dalam politik. Namun, bagi saya jangka hayat politik seseorang bukan sahaja faktor umur dan pidato, banyak lagi persoalan lain yang wajar diambil kira. Salah satu unsur yang penting; kemampuan mengendali rakyat bawahan dan kemampuan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawa. Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot. Jika itu dapat ditingkat, atau dipertahankan, bererti kemampuan kepimpinan seseorang masih utuh.

6. Kita tetap memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan dalam negara ini. Jika mereka hendak menjadi kerajaan alternative pun, mereka mestilah jadi lebih baik, terurus, meyakinkan dan berkualiti. Itulah harapan rakyat marhaen seperti saya.

7. Apapun, saya tetap bersimpati dengan pergolakan akhir PKR, parti DSAI. Namun, hal ini memang boleh dijangkakan oleh ramai pemerhati dari awal lagi. Bukanlah hak saya mencampuri parti DSAI. Tetapi hak saya memberikan harapan atau pandangan kepada Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang kerana mereka mendapat peruntukan negara dan mereka penentu masa depan rakyat.

8. Apa yang berlaku, anggaplah itu pendapat saya secara peribadi. Bukan pandangan hukum, bukan juga satu paksaan. Pandangan yang boleh diterima dan ditolak. Bak kata YB Nurul Izzah, biarlah rakyat dan parti yang menentukan. Pandangan insan terdedah kepada salah dan silap. Apatahlagi pandangan insan kerdil seperti saya. Namun, masa yang berjalan dan peristiwa yang bakal terjadi akan memperlihatkan sejauh manakah kebenaran sesuatu andaian atau ramalan. Jika satu hari DSAI dapat bukti saya silap dalam andaian tersebut, maka rakyat tahu saya membuat andaian yang tidak tepat dan dengan redhanya saya akan berkata ‘andaian saya salah!’. Jika sebaliknya, maka jawapannya pun sebaliknya.

9. Sebagai muslim, apa yang penting bagi saya, hubungan ukhuwwah islamiyyah antara saya dan DSAI harap tidak terputus. Politik kepartian boleh datang dan pergi, namun hati nurani Islam kita mesti kekal abadi. Saya telah sms secara peribadi kepada DSAI, agar tidak rosak hubungan Islamiyyah ini. Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya.

Dengan ini, saya harap kenyataan media DSAI itu dapat dilihat sekali lagi. Apa pun, sekali lagi saya ingin maklum kepada DSAI, Alhamdulillah, tiada siapa yang menggunakan saya dan kita tetap saudara muslim. Wassalam.

Mohd Asri Zainul Abidin
9 Nov 2010, 3.30 p.m