Dzuliman Open Day...
'Open Day'nya lama dah.. 7hb hari tu tapi sekarang baru sempat nak upload... Biasaler, bbbzzzzzeee.... Masa Open Day ni, anak aku ada persembahan. Beberapa hari sebelum tu sebok dia dok bercerita pasal practise dia. So masa hari persembahan, aku pulak sebok di saat-saat hari terakhir sukan sebab nak keluarkan keputusan rasmi. Apa-apa pun, family first!
Member aku dok sebok tipon tanya mana aku. Alaahhh macamlah kalau takda aku, result tak boleh keluar. Aku cakap kat dia, ko tunggu dan kira result tu dengan anak buah aku. Aku terus hantar sms pada semua anak2 buah suh pergi jumpa member aku tu dan tolong dia. Aku plak sempat pergi tengok masa persembahan dan rakam beberapa keping gambar. Selebihnya, mummy dia yang temankan. Habis semua tu, aku terus shoot ke Bangi untuk tengok perkembangan result.
Gambar semua ni taklah cantik sangat.. errr depa kata skin tone la... angle la.. white balance la... apa-apa la. Cuma kena ingat satu perkara. Aku jadi photographer hanya sekadar hobi. Tak kiralah apa pon, cantik di mata ku kena cantik jugalah di mata korang... heeee. Untuk "yang berkenaan" gambar selebihnya nanti aku upload kat dalam flickr..
Akhir sekali, alhamdulillah diucapkan sebab aku dapat juga bahagikan diri dan masa aku kepada 2 perkara di antara keluarga dan kerja. Alhamdulillah juga sebab aku masih bernyawa. Maklumlah semasa perjalanan dari Shah Alam ke Bangi hari tu, kelajuan aku Mark III.....