Showing posts with label lotus. Show all posts
Showing posts with label lotus. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

Satria Neo R3 Lotus Racing....

Aku sebenarnya taklah minat sangat ngan Satria nih sebab saiznyer yang kecik agak menyusahkan aku nak bawak. Kalau besar cam Aston Martin tu ok gak la. Walau apapun, kereta ni nampak comel dan padat. Designnya pon ok tapi prestasi tak tahu la pulak.

Tak kisahlah walau apapun prestasinya, aku masukkan jer 4 keping gambar untuk rujukan diriku sendiri... Tak sempat nak amik gambar detail sebab masa tu aku terlupa nak suh owang tu buka pintu. Pintu kunci, cam tak bagi masuk jer..

Neo 5


Neo 4


Neo 2


Neo 1

Friday, April 9, 2010

Adakah aku mampu memilikinya..

Bukannya berangan tetapi terfikir gak, adakah aku mampu nak memilikinya. Aku rasa tidak buat masa ni. Tapi aku rasa mereka yang membeli kereta-kereta macam ni semuanya duit tak tahu nak letak di mana. Nak simpan bank pon aku rasa bank taknak terima pasal nanti banyak sangat bank nak bayar interest.... Nantilah kalau aku pon dah ada duit banyak dan tak tahu nak letak mana, maka barulah aku beli. Setakat ni, hutang kad kedit pon belum berbayar habis.. Nak makan bila dah hujung bulan pon kekadang kena korek tabung.... Apa-apapon aku tetap bersyukur dengan apa yang diberikan Allah pada masa ini. Syukur Alhamdulillahhhhhhhhh.......

My Lotus


Lotus Cup 260

260hp tu...

Exige CUP 260 a

My Lotus 2

Dapat bergaya dengan kereta kat atas tu pon dah cukup bagi aku. Biarlah mereka yang kaya jer beli kereta kat atas tu. Aku pakai kereta kat bawah ni pon dah cukup...

Aston Martin 1

Tuesday, December 1, 2009

Ingat aku tak mampu ker nak beli?...

Rabu malam Khamis minggu lepas kitaorang di Anjung Kristal berRT lagi. Kali ini selain dihidangkan dengan durian dan rambutan, kami juga dihidangkan dengan 2 biji lotus......... Elise (RM240K) dan Exige (RM700K). Aku cuma sempat rakam Elise sahaja sebab Exige datang kemudian dan pada masa tu aku plak dah simpan kamera aku. Bro Aidil bagi kunci suruh test.....wooooooo tara berani wo!!! Aku berani duk sebelah jer. Aku ngan Bro Azian sempat meronda lalu depan Hakeem dan Khulafa. Kasi Ram sikit.... a.k.a berlagak riak sikit.. hehehehe.... Kat bawah ni beberapa gambar aku ngan kereta yang telah kami gunakan untuk beriak-riak.... muahahaha....

My Lotus 3

My Lotus 2

CSC_1142

My Lotus 4

Thank You Bro Aidil... Rugi plak sebab tak sempat bergambar ngan Exige yang power gila tu... 0-100km/j @ 4.2 second....

Saturday, August 15, 2009

Anak aku ker nih?

Baru jer balik TT ngan geng fotografi kul 2.30 tadi. Kalau ikut keadaan, mau sampai ke pagi. Best jumpa kekawan yang ada sama minat nih. Thanks to Mior Ensem sebab hantar sms petang tadi. Sorry sebab tak save nombor, so terpaksa tanya 'siapa?'. Sekarang aku dah savekan nombor dia. Thanks to Faiz sebab bagi gambar aku yang ku tunggu-tunggu. Thanks to Tom sebab 'Peace No War' . Thanks to Zul coz jumpa aku dua kali walaupun rumah dia kat Kapar... jauh tuuuu...! Thanks to semua yang ada masa tu.

Apa yang aku nak cerita ni adalah kisah seorang lelaki yang sebok sangat nak bergambar ngan aku. merengek-rengek lagi.. Mentang2lah aku ni pakai Lotus, semua orang nak bergambar ngan aku.....huhu. Korang tak percaya, cuba tengok kat bawah ni.. Sib baiklah yang nak bergambar ngan aku tu Angkasawan Negara, Dr Faiz Khaleed lagipon nama bapak dia sama ngan aku... hehehe.

Dr Faez

Faiz + Khalid = Dr Faiz Khaleed

Dr Faez, friends & me

Credit to Faiz kerana menyumbangkan gambar2 di atas....

Wednesday, August 12, 2009

Thank You Neighbour..

Sabtu lepas, aku ngan Bryan, Zul dan Faiz berpeluang untuk pertama kalinya masuk ke paddock Litar Lumba Sepang. Semuanya kerana jiranku Bro Aidil. Thank You bro... Aidil ni kerja ngan Lotus, so kitaorang ni umpama official photographer for Lotus la...hehehe perasannnnn. Apa-apa pon thank you gak kat Zul sebab menjadi pemandu kitaorang...

partners

Aidil Lotus

racing

MME2

Apa-apapon, tunggu cerita lain pasal MME ni nanti....

Blog Widget by LinkWithin