My First Breitling...
Dah 22 tahun umur jam aku ni... Jam sempena birthday ku yang ke 17. Breitling pada masa dulu bukanlah suatu jenama yang popular di Malaysia cumanya sekarang ni kalau nak beli Breitling, kat kedai murah2 pon tak kurang RM20K. Aku punya bukanlah yang jenis mahal camtu. Cuma disebabkan jam tu original, makanya tahan lah sampai sekarang. Tali jer yang dah banyak kali ganti.
Kat dalam gambar tu kiranya tali baru.... baru beberapa hari ditukar oleh pemilik....oopppss silap, pemakai yang baru. Siapa lagi sleeping partner la...
Ada sorang kawan aku yang ku kenal masa mula2 masuk ITM dulu sampai sekarang ni dok minat kat jam aku ni. Hari tu dia offer nak beli. Aku cakap RM2 ribu ok lah sebab ori brand dan dah masuk kategori antique..
Tapi berapa sekalipun harganya, aku takkan jual sebab itu adalah hadiah yang bapak ku berikan.....