Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Saturday, September 12, 2009

Rakan, Sahabat, Kawan, Teman, Member atau Saudara?

Semua perkataan kat tajuk tu secara amnya membawa makna yang sama cumanya sifat manusia yang suka bermain dengan sikap, emosi dan perasaan telah membezakan maksud perkataan di atas. Cuba kita renungkan siapakah yang paling istimewa....

ramai1

6 September 2009 adalah tarikh dimana aku dan sahabat a.k.a saudaraku berkumpul. Memandangkan aku ni ada ramai adik beradik tapi tak macam adik beradik dan aku langsung tak rapat dan berperasaan dengan mereka (oopppsss... jangan pertikaikan ayat aku tuh..!) Makanya aku telah menganggap mereka ni sebagai adik beradikku lebih dari seorang sahabat. Mungkin mereka tidak menggangap aku sebegitu tapi suka hati akulah kalau aku nak anggap mereka begitu... hehehe.

Kenapa agaknya aku telah mengangkat darjat mereka sebegitu?. Semua berkisar pada tahun 1998 dulu. Waktu tu adalah tahun HITAM bagiku dimana hampir setahun aku tak bekerja akibat kegawatan ekonomi. Semua saudara mara dan kawan-kawan melarikan diri TETAPI hanya mereka sahaja (termasuk bini akulah...) yang masih nak ambil berat tentang keadaan aku. Pada masa tu, merekalah sesatunya kumpulan yang tak putus2 dan jemu2 bertanya khabar dan memberikan aku moral support.. kira macam life support ler jugak tu.

Lupa pula aku nak kenalkan mereka.... Mamat yang duduk paling hujung belah kanan tu nama panggilan dia 'mamat'... hehehe. Sebelahnya tu 'Yeop' dan di sebelah-sebelah dan sebelahnya tu 'SAM'. Mamat sekarang ni seorang bisnesman, dulunya valuer cam aku gak. Yeop pulak Quantity Surveyor kat OPUS Cyberjaya. Sam pula kerja ngan MBSA. Kita orang masa tu ada majlis berbuka puasa di rumah baru 'SAM'. Memang cantek rumahnya.. maklumlah katanya beghabis RM48 ghibu untuk memenuh dan menghias rumahnya. Alhamdulillah. Mamat pula untuk pertama kalinya telah membawa anak sulungnya.... aku tanya kat dia... "Mat.. budak ni rupa cam muka ko lah!..." hehe... Tahniah brother.. Yeop pulak bawak anak sulungnya yang dah jadi anak dara... hehe cam tak percaya plak aku.

Blog Widget by LinkWithin