Showing posts with label MH 2532. Show all posts
Showing posts with label MH 2532. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Sup Kosong dan Pekasam Japan GT...

As salam semua, pada ketika ini seperti biasa aku di bilik serombong menunggu penerbanganku ke Kucen yang dijangka pada jam 2050. Sekarang ni masih jam 1950 dan ada sejam lagi sebelum aku dibawa terbang. Semenjak-menjak opis aku guna K class ni, tiket terhad optionnya. Dulu boleh gak pilih seat masa nak beli tapi sekarang ni bila pakai tiket K class ni seat hanya boleh pilih masa check-in. Memandangkan penerbangan penuh, seat aku hanya dapat 10C. Ermm takpalah janji bukan duk tengah. Senang sikit aku nak laga-lagakan bahu aku ngan pinggul FA.....

Penerbanganku kali ni adalah yang ke-25 untuk tahun ini. Alhamdulillah masih mengekalkan MAS sebab duit masih banyak lagi. Esok dah susut maka barulah kita guna Air Asia plak. Namun sehingga bila..? Kita tunggu jika ada sebarang tsunami bulan Julai ni yer. Akupon akan genap 2 tahun berada di Kuching hujung bulan Jun ni.

Beberapa hari yang lepas, aku terbaca satu status update di FB. Mamat tu aku tak kenalpon tapi sebab salah seorang kawan aku komen makanya dapatlah juga aku baca. Kisahnya adalah seperti begini... Satu hari mamat ni dan kawannya pergi makan kat satu restoren melayu dan aku rasa terletak di belakang kedai mamak di Seksyen 7 Shah Alam. Mengikut ceritanya, dia telah mengorder nasi putih, daging or ayam goreng kunyit dan telur dadar serta sup kosong. (kalau tak silap aku la) So, tunggu punya tunggu maka sampailah apa yang diorder. Namun sup kosong tidak dihantar. Sementara tunggu, diapon merasalah sikit ayam/ daging goreng tu. Kemudiannya bila sup masih tak sampai, so dia bertanyalah dengan pelayan yang lalu lalang. Pelayan tu beri jawapan, sup kosong tak dijual dikedai tu. Mamat tu apa lagi.. Hanginlah sebab apa yang diorder takda sedangkan tadi kata ada. Mamat ni pon pergilah ke kaunter untuk komplen. Cashier kat kaunter pun bagi tahu benda yang sama bahawa sup kosong takda. Dipendekkan cerita, mamat ni nak blah la sebab kononnya dia tak boleh makan sebab sup kosong takda untuk melembutkan nasinya. Masa nak bayar, cashier kata harganya lebih kurang RM17. Mamat ni bengang lah sebab katanya dia tak makanpon sebab sup kosong takda. Cashier tu kata dia kena bayar sebab dia dah cuit makanan tu. Akibat bengang makanya mamat ni kata dia campakkan RM20 kat kaunter dan blah tanpa ambil baki...

Hahahaha... Hehehe... Hohoho... Apa daaa, sup kosongpon boleh jadi isu kemarahan. Meh aku nak ulas sikit. Pertama sekali, kedai tu pon satu. Takkanlah sup kosong pon takda. Takkan takda pernah orang order makanan yang bersup... Macam tak logik jer. Tapi bagi aku itu saja kesilapan pekedai tu. Pada mamat tu pulak, apa ke halnya pasal sup kosong pon dia nak marah bebenor. Sup tu pon biasanya tak jual, diaorang bagi free ajer. Kalau ko order siakap masak stim ker... Tomyam seafood ker takda tu takpa la gak. Ini sup kosongpon nak kecoh. Kalau ko dah tahu takmo makan, yang ko gi cuit2 makanan tu watper. Agaknya kalau ada orang lain yang cuit dan bagi kat ko, pasti ko pon taknak. Bagi aku betullah apa tindakan pekedai tu. Diaorang bisnes... Benda yang ko order tu sapa nak makan? Pastu ko dah cuit plak... Adoi...

Perkara yang sama terjadi gak kat aku tapi kat Pizza Hut Tesco Sek 13. Aku pon tak tahulah.. Bila order jer dah kira kena bayar. Meh nak cerita sikit.. Hujung bulan lepas bila sekembalinya aku dari kucen dan sampai jer dirumah, terus aku bawak famili aku gi Pizza Hut. Kami order memacam... Antaranya Chese Baked Meat Ball (carbonara). Bila semua dah sampai, last sekali meatball dia hantar. Namun bukan carbonara dia bagi tapi masala... Aku cakap kat pompuan pelayan tu aku taknak masala (aku dah makan sebelum tu masa kat kucen.. Pedas beb sampai sakit perut aku dibuatnya). Pastu pompuan tu kata tomato boleh? Aku cakap aku taknak tomato dan kalau takda, aku nak kensel je menu tu. tapi pompuan tu kata kat aku.. " tak boleh kensel cik sebab dah order.." akupon apa lagi.. "eh.. Tu bukan masalah saya sebab saya order carbonara.. Betul tak? Pompuan tu tersenyum cam tak puas hati dan aku boleh dengar diaorang bincang pasal menu yang aku kensel tu.

Bila habis semua makanan so kami pon ingat nak blah la pasal dah kekenyangan.. Tiba2 dia hantar semangkuk menu yang aku dah kensel. Dalam hati, aku kata takpalah. Nanti boleh makan kat umah jer. So aku suh dia tapau. Masa nak bayar, sorang pelayan bawak makanan tu yang dah dimasukkan dalam bekas plastik. Bila aku tengok... Terkejut aku. Aku bukak dan tanya kat pelayan tu. "apa nih? Ini you kata carbonara? Mana sosnya? Mana chesenya?" aku dah hangin dah pasal dia macam nak main2kan aku. Korang bayangkanlah dia cuma letak meatball tu dan secebis dua chese yang rupa macam sisa. Sosnya langsung takda. Tak lama kemudian tu keluarlah sorang bangla yang aku agak supervisor kot. Mentang2 kulit aku cam bangla, supervisor bangla dihantarnya kat aku. Dia hingat hantar bangla tu boleh selesaikan masalah agaknya. Apa lagi aku start mengamuk. Seb baik aku tak campak makanan tu. dipendekkan cerita diaorang pulangkan balik duit ikut harga makanan dan termasuk servis charge.. Dapatlah balik aku lebih kurang RM12++.

Habis dah citer sup ngan pizza.. Meh aku nak citer pasal pekasam plak. Awal minggu lepas kawan aku balik kampung sebab hantar bininya untuk bercuti di kampung. Beberapa kawan aku telah mengirim ikan pekasam (pekasam wei.. Bukan perkasa) makanya aku pun ngirim gak la tapi tak banyak la sebab aku ni makan bila ada jer. Dipendekkan citer, semalam dan tengah hari tadi aku dok makan pekasam ni. Pekasam ni bukan macam ikan masin beb tapi aku pon tak tau camana nak gambarkan.. Benda tu bila masuk mulut jer, terus otak akan kata berseleranya aku nak makan... Aku suka yang bahagian garing jer... Rasa masam tu buat rasa makan nak bertambah. Korang pernah makan nasi ambeng? Aku kalau makannya, otak aku akan kata... Sedapnya..!! Aku tak boleh nak gambarkan macamana. Nasi sama jer tapi bila kena dengan sohon tu rasa lain plak. Anyway TQ pada yang ngoder sebab dia order makanya dapat aku merasa gak.

Jumaat awal bulan ni aku dah ada di shah alam dan pada hari tu jugak aku dijemput oleh salah seorang kawan aku yang jual Honda kat Glenmarie. Dia kata meh ke tempat aku.. Ada awek GT katanya. Bila aku sampai makanya nampaklah aku ada 2 orang awek mulus yang berpakaian ala-ala Pitt girls Japan GT. Pada hari tu juga ada cabutan bertuah tapi bagi aku, aku tak minat sangat ngan cabutan bertuah ni. Hadiahnya tiket untuk menyaksikan Japan GT yang baru habis semalam. Bila habis cabutan, aku dan anak akupon keluar.. Tetiba jer aweks tu lalu hampir dengan aku dan anak aku dan salah sorang promoter tu tanya kat aku, "u want to take photo sir?".. Hehehe.. Aku hanya tersipu malu. Haha tapi amik gak. Anak akulah untung siap boleh peluk2.. Cheh! Masa tu anak pompuan aku pon ada dan dia masa tu sangat marah kat aku sebab aku bergambar ngan awek tu.. Hahahaha.. Balik umah siap report kat mak dia.. Huh tak sporting langsung.

Sabtu lepas, jiran aku ajak tengok Japan GT ni sebab dapat tiket free.. Tapi tak dapat nak ikut sebab bini aku nak balik kampung... Huhuhu sangat tinggi kos melepas itu.. Takpalah takda rezeki..

Rasanya panjang sangat aku dah nulih ni yop..! Atte sekarang pon jam udah nunjuk pukui 10.05 malam. Jap lagi kapai ni junam ler sebab nak landing. Makanya itu ajer lah yer.. Teman nak semak balik apa yang teman naip dan sampai KIA nanti, teman up yer.. Adioss

Sunday, April 15, 2012

Kisah Ceria Si Pemotong Rumput...

Masih di dalam penerbangan yang sama dan cuma kali ni aku menulis dari seat 5A dan ku jangkakan sekarang aku berada pada paras ketinggian 30 ribu kaki di atas Laut China Selatan. Memandangkan duk depan makanya aku pon dapat makan awal. Memandangkan makan dah habis semua aku belasah makanya aku terasa nak ngarang lagi sambil didendangkan melalui itune tipon aku ni lagu "Siboh Kitak Nangis".

Kisah yang aku nak cerita ni bukan lah pasal pemotong rumput yang sebenar tapi kisah anak bongsuku yang sangat sukalah sangat dengan watak si pemotong rumput ni. Pagi semalam dekat sejam kot aku kena dera ngan dia sebab dia nak tengok geng-geng pemotong rumput kat tepi jalan rumah aku. Terpaksalah aku bawak dia keluar rumah. Pastu nak tengok dekat-dekat plak tu. 2 orang jiran aku dok tegur... "buat apa wei..?" aku hanya jawab.. "ni ha.. temankan anak aku dia nak tengok sangat orang potong rumput" Berpeluh-peluh dibuatnya...

Minggu lepas mamat bangla yang selalu potong rumput kat umah aku tu datang dan aku pon suruh dia potonglah rumput kat depan dan belakang umah aku. Sempat gak aku gayakan dia amik gambar sambil pegang mesin tu. Excited la dia bukan main. Kalau ringan agaknya mahu diangkatnya. Sesuai sangatlah dengan but birunya tu. Masa kat dalam rumah aku tengok dia sebok dok cari plastik dengan topi. Aku ingat dia nak buat apa.. rupanya nak letak kat pinggang dia, gaya ala-ala mamat bangla tadi tu... Adohai... apa-apa jer lah yang diminatnya. Minggu depan aku balik lagi dan yang macam aku cakap, aku dah kirim beli 2 lagi but tu. Salah satunya aku beli warna merah.. Apa lah reaksinya ni nanti agaknya...
Ini bukan tentera Jepon...!!!

Minggu lepas juga aku berkesempatan menunaikan hajat anak bongsuku ni nak makan doyan. Memang dah rezeki dialah agaknya sebab ada gak yang jual doyan ni. Doyan biasa-biasa banyak tapi rasa kurang lah sikit. Doyan yang aku dapat ni baeek punya. Alhamdulillah seronok dia makan dengan kakaknya. Apa-apa pon hajat-hajat mereka sudah kutunaikan...

Aku ni dah umpama "Jin dalam botol" la pulak. Asik menunaikan hajat orang. Hajat aku yang satu tu bila lah agaknya dapat aku tunaikan sendiri.. Alaaa yang warna putih ada huruf kat depan ngan belakang tu.... Ermmm..

Oklah rasa macam nak berangan jap. Maklumlah masa aku tengah mengarang ni awek kebaya yang comel tu dok jeling-jeling plak sambil tersenyum nipis... Tergoda ai taw.... Ok babai...

Kenapa Semua Biru..

Tamat sudah CHOGM ku untuk seketika ini. Penerbangan dengan menggunakan MAS ini adalah yang ke-17 tahun ini dan bilangannya akan terus bertambah. Sambil ditemani Encik Nes, Cik Cola dan turut bersama Encik Parkway, aku memulakan karangan ni di bilik yang penuh asap ni.

Kepulangan kali ni kurasakan agak lama kerana aku balik Shah Alam Khamis yang lalu 5hb dan hari ni baru balik. Aku balik sebenarnya sebab menghadiri kursus 1 hari dan terpaksa aku sambung cuti lagi sebab Jumaat kelmarin aku perlu menghadiri acara kemuncak pencapaianku sebagai seorang penilai popeshenal nih. Aku ingat nak balik sendiri tapi tiket mahal sangat maka terpaksalah aku bercuti lanjutan dari kursus sehari Isnin yang lalu. Balik guna dueet income tax koranglah ni.

Majlis Konvokesyen Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartatanah yang aku hadiri telah dibuat di Hotel Intercontinental KL. Aku pergi ke KL hari tu tumpang Rizal. Seb baiklah ada dia... Kalau aku pergi sendiri makanya tak tahulah aku kul berapa sampai. Dah la hujan hari tu, jem lagi. Pukul 5 dari rumah dan sampai ke hotel mengambil masa 2 jam 20 min. Alhamdulillah selesai.

Majlis konvo terakhir aku pergi dulu masa tahun 1996. Fuh lama dah dan masa tu tempat tu masih lagi dikenali sebagai ITM. Konvo kali ni walaupun boleh dicatit dalam sejarah hidupku tapi pada malam tu rasa biasa-biasa jer. Mungkin sebab geng-geng aku tak duduk semeja. Makanya tak lah boleh buat kecoh sangat. Ini lah juga kali pertama kinvo aku terima sijil dalam bentuk "schroll"bwarna biru. Masa kat ITM dulu aku terima dalam bentuk buku. Apa-apa jer lah dan gambar sebahagian ada kat bawah dan sebahagian lagi ada kat kamera. Esok aku upload lah. Kat aipong aku ni tak boleh sync ngan kamera kompek aku ni...

Macam aku bagi tahu dalam posting sebelum ni, kenbalinya aku adalah bersama 24 ekor udang galah Biru yang telah kuhabiskan semuanya dalam tempoh 3 hari. Pagi petang siang malam makan udang jer. Aku ngan pwincess aku jer yang kaki udang ni. Pwince aku tak sentuh pon. Tak tahu aku kenapa dia tak rasa minat nak rasa.. Balik2 nasi, telur dadar dan kicap. Bagus jugak tu.. Hehee makanya dapatlah aku makan bahagian dia....

Walaupun "But Biru" yang aku belikan untuk anak bongsuku sudah agak lama namun dia masih tak jemu memakainya. Minggu lepas anak2 buah aku pergi inspection lagi ke Sri Aman dan sempat aku kirim 2 pasang lagi. Kali ni aku amik warna lain lah pulak. Minggu depan aku cerita pasal but baru tu.. Ok lah kapal dah nak terbang.. Sehingga berjumpa lagi.. Kali ni aku up awal sikit... Sehingga berjumpa lagi Jumaat depan..

Blog Widget by LinkWithin