Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts
Saturday, February 13, 2010
Alhamdulillah syukur kerana semuanya telah selamat dan pewaris bongsu ku pada malam ni adalah merupakan malam kedua tidur di rumah sendiri. Umurnya dah 3 hari, hari ni. Nama belum daftar dan belum ada ic lagi. Hari Isnin ni nak bawa dia pergi check-up untuk tengok tahap penyakit kuning sama ada stabil atau tidak.
Oleh kerana kat rumah ni dah ada baby yang menyusu, maka pada hari ni jugalah anak perempuanku berhenti dari menghisap botol... muahahaha. Dia malu dengan adiknya... Alhamdulillah....
Thursday, February 11, 2010
Wajah Pewaris....
Berikut dimasukkan beberapa wajah pewaris takhta bongsu yang ku ambil petang tadi di sepital..... Sorry takda cerita ngarut kali ni..
Gambar selebihnya korang klik digambar dan cari sendiri kat mana aku simpan...
Kronologi Kelahiran Pewaris Takhta Bongsu.....

Sebelum tu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kekawan dan sedara mara kat dalam pesbuk yang telah wish tahniah kat aku sempena kelahiran "Pewaris Takhta Bongsu". Ramai juga kawan dan sedara yang aku tak add sebagai kawan kat pesbuk kerana banyak sebab.... Sorry yek.
Pada 10/02/10 hari tu aku telah buat liputan secara langsung kelahiran untuk setiap 1/2 jam. Itupun ramai gak yang masih bertanya... apa update?. Hehehe... aku paham, ini semua sebab pesbuk dah tukar paparan lain yang menyebabkan ramai yang tak pandai nak tengok status terkini. Takpelah, semua tu dah berlalu.
Untuk tujuan rekod, berikut aku paparkan semula kronologi dan setiap update yang telah aku masukkan.

Laporan: Jam 8.45, On d' way to UMRA.
Laporan: Jam 9, dah sampai UMRA. Wife dah dibawa masuk guna wheelchair.... Belum pasti bila akan bersalin lagi.
Laporan: Jam 9.15, Nasib baik datang awal sikit. Berebut tempat la pulak... Ramai sangat orang nak bersalin hari ni.
Laporan: Jam 10, keadaan wife dah buka 2 cm errr... Bukan 2 kaki tau..!
Laporan: jam 10.30. Wife minta ampun guna sms sebab takut nangis kalau cara live. Air tetuban dah pecah... Dah buka 5 cm
Laporan: Jam 10.45. Wife dah masuk labor room. Kalau baby dah kuar, nurse akan panggil... Doakan supaya semuanya sempurna dan selamat..
Laporan: Jam 11.38. Masih belum ada berita. Wife kat dalam lagi dan aku sorang kat luar. Sedara mara tak nampak lagi.
Laporan: Jam 12.25. Belum ada perkembangan. Belum lahir lagi. Belum ada nurse yang panggil aku lagi.....
Laporan: Jam 12.40. Yeahh!! Aku dah boleh masuk temankan wife. Belum bersalin lagi. Wife masih sakit..
Laporan: Jam 1.45. Masih belum ada perkembangan lagi. Keadaan masih sama. Alamak pokok bunga aku kat farmville tak berharvest lagi..... Adoi.. Rugi2
LAPORAN TERKINI: Jam 2.40. Alhamdulillah, isteriku selamat bersalin.... Kejap lagi gambar baby akan dipaparkan....

Akhirnya keluarlah Pewaris Takhta Bongsu yang amat gagah perkasa dengan beratnya boleh dimasukkan ke kategori heavyweight... 4.3 kilo. Maka gegak gempitalah semua rakyat akan menyambut kelahirannya. Tidak ketinggalan juga doktor yang membidankan menarik nafas lega kerana sesungguhnya dia mengaku ngan aku yang dia panik masa menyambut kelahiran pewaris ni. Apa-apapon semuanya telah selamat walaupun terdapat beberapa masalah kecil. Di saat aku menulis blog ini, anak ku masih lagi di hospital ditemani bidadari bertopi yang amat kagum dengan kegagahannya.... hehee.
Ok lah itu sahaja. Nak tahu nama? Aku takyah cakap, nanti korang tahu gak...
Tuesday, February 9, 2010
Agreement belum habis sign la...
Semalam petang aku bawak wife aku gi klinik untuk check doktor mengenai perkembangan baby. Maklumlah pagi tu dah ada tanda darah keluar. Tarikh due pon Ahad lepas. Doktor tu check, jantung baby ok, pergerakan pon ok. Doktor tanya wife aku nak induce ker? Bini aku cakap Tak Nak!!!
Hari ni doktor suh datang lagi kalau tak bersalin juga sebab dia nak induce.... Hallooooo doktor!!!! Kenapa nak paksa dia keluar kalau belum sampai masa? Kenapa nak kejar patient ker takut tak dapat bisnes? Baby sihat, ibu dia pon sihat kenapa nak induce plak? Karang kalau dah induce dan baby still tak nak keluar apa akan jadi? Dah tentu kena operate... Tak pasal-pasal kena pantang lebih dan risiko pon lebih gak.
Mungkin orang lain tak boleh tunggu dan tak sabar. Kiranya nak cepat2 bersalin dan boleh tumpu perhatian pada benda lain. Tapi aku, sorry, tunggu jer, kecualilah kalau keadaan memerlukan, baby dah lemah ker, air tetuban dah habis ker.... itu ok. Kalau perlu induce atau operate, aku tak kisah. Sekarang ni kalau korang tengok dah jadi trend mak bapak tentukan tarikh lahir. Kiranya kalau aku nak anak aku ada ic no. 1002101010xx maka paksa lahir esok 10 hb. Kekadang tu nak tarikh lahir sama untuk semua anak dia.
Orang lain aku tak peduli, tapi bagi aku, ketentuan hidup dan mati bukan kerja aku. Setiap roh sebelum dimasukkan ke dalam rahim ibu telah ada agreement dan sebelum dia keluar ke muka bumi a.k.a dilahirkan, dia kena sign agreement lagi. Aku hanya anggap, anak aku tu belum habis sign lagi..... alaa macam beli rumah la, setiap page kena sign, pastu banyak salinan plak tu...
Kepada rakan-rakanku yang sentiasa prihatin dan asik tanya aku bini dah beranak ke belum, sila pastikan anda ikuti lintas langsungnya nanti di pesbuk. Liputan akan dibuat dari mula nak bersalin sehinggalah baby tu keluar. So tunggu yek.
Tuesday, February 2, 2010
Kakiku besar a.k.a Bigfoot...
Orang melayu kata kaki besar...orang putih kata bigfoot.... heee. Teringat plak aku cerita masa dolu-dolu. Cerita pasal bersiri Bigfoot. Dia jerit "Bayabaaaaaa!!!!!!" heeee. Korang ingat tak? Kalau tak ingtat sudah. Aku bukan nak cerita pasal bigfoot tapi pasal saat penantian kelahiran Pewaris Takhta Bongsu ku. Dijangka 7hb ni akan lahirlah ia ke dunia yang penuh pancaroba ni, InsyaAllah..
Besarnya kaki dia...hehe. Pakai kasut pon dah tak muat sekarang nih. Tapi masih gi kerja lagi.
Semua persediaan telah dibuat. InsyaAllah mencukupi dan sekiranya ada yang tertinggal maka akan diusahakan. Sementara tu layan jerlah game dalam tipon antik aku yang dah berumur lebih 3 tahun nih.
Tuesday, December 1, 2009
Kisah pewaris takhta lagi?....
Beberapa hari yang lepas iaitu pada 21 November 2009, kita orang gi checkup kat UMRA dan buat ultrasound.... Berdasarkan pemeriksaan, anak bongsu ku dah berumur 7 bulan lebih sikit. Maknanya, kalau nak keluar dah boleh la tu tapi kena duk dalam inkubatorlah sekejap. InsyaAllah dengan izin Allah, dia akan keluar pada waktu yang sepatutnya. Doktor konpomkan lagi tarikh jangkaan adalah 7 Februari 2009 iaitu sehari selepas anniversary kawin kita orang yang ke 10 tahun. Hehehehe...... takyah beli hadiah apa2 kalau camtu. InsyaAllah baby tulah hadiahnya. Cerita banyak tak guna, so aku nak kongsikan beberapa gambar yang aku tak berapa nak paham ni.

Gambar selebihnya korang tengoklah kat dalam flickr.... letih lah aku nak upload semua. Untuk pengetahuan dan rekod, kos untuk scan ni adalah RM120.00. Semua gambar beserta video diberi dalam bentuk CD. Video aku tak upload kerana dalam format AVI.... besar file tu dan aku tak sempat nak convert kan ker MPEG....

Friday, June 12, 2009
Eppy BirthdaY Anaz Junior...
Sepatutnya aku wish kat Anaz pagi-pagi lagi... maksud aku masukkan posting ni di awal pagi. Namun begitu, pepagi jer lagi dah sibuk pulak. Jadi tertangguhlah posting aku nih. Apa-apa pon aku ucapkan selamat hari ulang tahun 1 BULAN pada Anaz Junior (nama anak dia aku tak tahu daaa..) Kepada Anaz pula, Selamat berpuasa dan teruskan puasa anda.... ada beberapa hari lagi jer. Itupon kalau ko nak sambut raya lah...ahaks. Kalau tak tunggu lah 100 Hariii....Apa-apa pon, kat bawah ni pesanan khas pada member aku nih yang telah menjadi bapak yang bernama Khairul Anaz..

Labels: anniversary, baby
Tuesday, May 12, 2009
Anak sapa kena kidnap nih.....
Semalam pagi aku meeting ngan boss. Tgh-tgh meeting tetiba jer ada suara baby melalak. Haaaa.... sapa bawak baby gi opis nih?... Abis meeting, bila keluar rupanya ada sorang baby anak kepada rakan sepejabat ku. Jenuh budak tu kena gomol ngan semua orang. Yang masih anak dara pon sebok gak menggomol cam anak sendiri... Agak-agaknya best tak kalau aku yang kena gomol camtu.... hehehehhe.
Apa-apa pun, kepada Pn Veda dan kepada semua kakak sedara, makcik sedara dan opah sedara yang menggomol budak tu semalam, aku masukkan gambar dia dalam blog aku nih. Kalau korang nak download..... lupikirlah sendiri.

Labels: baby, office mate
Subscribe to:
Posts (Atom)