Hari tu aku ada janji nak kongsi citer pasal Zull Design kan...? Lembu kalau tak nak bagi dia gi memana kena pegang pada talinya... Pompuan plak pegang pada rambutnya... Lelaki plak.. errr oopppss. Sure tak ke mana2 lah..
Cukup2 intro tu. Rabu lepas macam aku dah citer sebelum ni, kita orang buat sambutan Hari Innovasi dan penceramah yang telah dijemput adalah Zull Design a.k.a Mc Gyver Malaysia.
Dulu masa kecik-kecik aku selalu tengok dia kat dalam TV tunjuk beberapa ciptaan dia. Antara yang aku ingat dia ada cipta wiper automatic. Wiper tu akan wipe secara automatik bila hujan. Namun atas kelemahan dan pengetahuan orang melayu sangat lemah ketika tu dan ditambah pula tiada dorongan oleh pihak pemerintah maka ianya tidak dipatenkan. Sekarang ni aku tengok keta omputih, citroen antaranya ada menggunakan alat ni. Alangkah bertuahnya dia kalau benda tu dipatenkan dulu.. Pasti Malaysia boleh berbangga sekarang ni.. Ok abis intro kedua.
Ok, aku nak cerita kisah hidup yang disampaikan sendiri oleh si Zull ni kat korang dan moga ada pengajaran yang boleh diambil.
Zull ni sebenarnya orang Kelantan tetapi telah dibela oleh datuknya dan membesar di Rawang Selangor. Zull bagi tahu yang dia ni kecik2 agak nakal. MCE 4 kali dia amik. Hanya kali keempat baru lulus. Dia kata masa dulu bila amik MCE, bahasa melayu kena lulus sebab kalau tak, nanti kita dapat "spana". Tu yang sampai 4 kali amik. Kali keempat amik dia lulus kertas bajasa melayu tu. Dia kata dapat 8... Alhamdulillah, janji lulus.
Bila dah lulus, makanya diapon mintak lah segala kursus yang ada dalam surat kabar sehinggakan kursus menjahit pon dimintaknya..(dia yang cakap cenggitu..) kursus pilot pon dia mintak gak tapi masa gi buat medical checkup, dia kata doktor tu suh dia bagi tahu apa nombor kat dalam bulatan.. Dia. Kata kat doktor tu mana ada nombor.. Warna jer yang ada.. Huhuhu.. Kesian dia. Walaupun bijak tapi kaler blind rupanya... Disebabkan itu maka tak dapatlah dia nak jadi pilot.. Jadi engineer pon tak boleh sebab masalah dia tu. Kalau nak jadi juga, camana dia nak beza warna wayar letrik nanti.
Akhirnya selepas kuciwa, dia pon menyambung pelajarannya kat IKM. Mak bapak tok nenek dia cukup marah masa tu sebab kenapa dia nak masuk IKM. Yelaa.. Pada masa tu bukan ker orang anggap IKM dan vokasional ni tempat budak2 reject... (kepada mereka yang membaca dan belajar di IKM dan vokasional, aku mintak maaf. Memang itu lah orang kata yang aku dengar dulu). Masa di IKM, zull kata pengetuanya anggap budak2 ni semuanya sampah.. So kalau diaorang tu sampah makanya pengetua tu bapak sampah lah kan...
Pendekkan citer.. Karang sampai sok pagi plak tak ngabis nulih. Bila dah dewasa, zull ni buka lah satu kedai yang diberi nama Zull Design Autotronik. Sebelum tu Zull ni berpeluang gak ke Jerman cam aku sekarang ni yang tengah nek flite gi Jerman. Tapi Zull kata dia tak paham sepatahpon... Dia pegi sana amik sijil jer katanya. Ok sambung balik pasal kedai. So, malam tu, si Zull ni pon merondalah di sekitar Rawang mencari barang letrik yang dibuang.... yang di tepi longkang, d tepi sungai, tepi jalan, tong sampah dan sebagainya. Makanya penuhlah kedai si Zull ni pada malam tu. Keesokkan harinya si Zull ni dengan rasminya bukalah kedainya tu. Kedai baru buka semalam tapi dah penuh. Makanya gegak gempitalah penduduk rawang akan terbukanya satu kedai yang dalam semalaman jer dah penuh dengan barang. Haa..! Jangan salah sangka, zull ni taklah jahat sampai nak jual barang rosak. Barang tu zull kata adalah cara dia berkreatif nak jual perkhidmatan dia. Bila orang tengok kedai dia penuh ngan barang letrik rosak, makanya orang yakin yang ramai orang menghantar tuk repair.. Hahaha very kreatif otak orang melayu nih. Semenjak itu, berdoyon-doyonlah orang menghantar barang letrik tuk di repair...
Adohai... Banyak dah aku tulih ni. Penat siut.. Sakit tengkuk aku asik tunduk jer. Dah ler tipon ni kecik.. Ni yg buat aku nak beli ipad nih... Oklah, cerita panjang lagi tapi aku dah malas nak cerita. Tapi aku nak kongsi tips dari Zull yang dia bagi tahu kalau kita nak bagi anak2 kreatif....:-
Sentiasa jadikan semua benda yang kita buat menjadi minat. Maksudnya, kalau korang diarahkan buat atau kena buat sesuatu yang sebenarnya tak disukai, maka cuba pikirkan.. Berinovasi sikit dan kreatif supaya ianya menjadi seronok. ( cam aku ni la.. Ingat aku seronok sangat ker duk jauh dari famili ni.. Asal malam jumaat jer miss... Asal miss jer malam jumaat)
Ada beberapa lagi, tapi kebanyakannya semua aku dah apply. So kalau nak tahu, cer buat baik ngan aku. Kalau tak pon, banjer aku makan pon ok. Di waktu aku mula menulis ni tadi, aku kat KIA on the way nak ke Jerman Berenti jap pastu sambung kat seat 17D, 17E dan 17F nih. (hehehe.. Ketiga2 seat ni aku yang ponya..!). Jap lagi sampai kat epot transit, aku up yer.. Hahaha the best part hari ni, FA ni cam muka aku semalam flite KUL- KCH. Hari ni dia bagi aku kacang sepastik besar...!!! Muahahaaha
Powered by IPhone in 737-400 MH 2812