Showing posts with label Peribahasa. Show all posts
Showing posts with label Peribahasa. Show all posts

Monday, October 27, 2008

Batuk atau batok tapi bukannya Botox



"Melepaskan batuk di tangga"

Perumpamaan kat atas tu mesti semua orang pernah dengar dan pernah gunakan pon. Tapi hari ni, masa aku beraya kat rumah member aku, baru aku sedar bahawa sesungguhnya selama ni aku masih tak tahu banyak perkara asas. Adakah korang semua tahu atau paham makna ayat kat atas tu? Sesungguhnya, "batuk" dalam perumpamaan kat atas tu bukannya batuk(cough) tapi sebenarnya membawa maksud tempurung dalam bahasa jawa. Di zaman dahulu, orang melayu meletakkan tempayan kecil bersama tempurung yang dikenali sebagai batuk di tepi tangga. Gunanya adalah untuk membasuh kaki. Perbuatan mencampakkan batuk itulah yang membawa maksud malas atau sambil lewa tersebut.

Ooohhh baru aku tahu... ku sangkakan sebelum ni orang yang batuk kat tangga, patutlah macam tak logik jer. Apa ke beza batuk kat tangga, kat bilik air, bilik tidur kat padang dan sebagainya. Rupa2nya batuk adalah benda. Alahai....... patutlah SPM aku dapat 6 Bahasa Malaysia.

Blog Widget by LinkWithin