Showing posts with label Mercedez. Show all posts
Showing posts with label Mercedez. Show all posts

Monday, April 6, 2009

Jawatan Kosong - Pekerja mahir diperlukan...

Kepada rakyat Malaysia yang menganggur akibat kegawatan ekonomi, 1 jawatan kosong kini dibuka. Seorang pemandu yang mahir diperlukan. Lesen bukan syarat penting tetapi kemahiran bermain Playstation sangat diutamakan.


Thursday, March 5, 2009

Kalau duit banyak tapi akal sikit.....

Kekadang tu pelik aku memikirkan betapa ramai orang yang kaya tetapi masih ramai lagi yang hidup dalam kesusahan. Sesetengah orang dianugerahkan dengan kekayaan tetapi tidak prihatin membantu orang yang susah. Tidak dinafikan memang ramai yang kaya dan masih membantu. Cumanya ada sesetengah tu bila dah terlampau banyak duit tetapi tak tahu pulak nak guna duit tu dengan cara yang sempurna. Cuba tengok kat bawah ni, adaker patut kereta dia buat dari emas (white gold la..!).

Kecewa aku dibuatnya... kalau bagi kat aku suh buat pagola ok lah jugak...hehehe. Apa-apapon rezeki masing2..kubur pon masing2.

Agak-agaknya kalau protong waja aku buat cam kat atas nih.....hehehe sure tak sampai sehari dah kena rompak dan samun bunuh...




Thursday, December 11, 2008

Misteri kejadian.....

Sungguh berbahagialah pendududuk Negeri Selangor yang bekerja di Negeri Selangor pada hari nih. Dulu aku pon kerja kat Selangor gak tapi sekarang ni dah kat Putrajaya. So, apa kena mengena kerja kat Selangor ngan "Misteri kejadian..."?
Hehehehe... sebenarnya takda apa kaitan pon. Saja letak tajuk yang menarik sebab kalau tak, nanti korang taknak baca plak. So kenapa plak berbahagia?.... hari ni Selangor cutilaaa..... Birthday Sultan Selangor. Itu ajer.... Kepada sesapa yang birthdaynya hari ni dan duduk kat Selangor, boleh la perasaan yang cuti ni sempena hari lahir korang.
Dah 63 tahun dah umurnya. Alhamdulillah masih panjang umurnya untuk diberi peluang membuat kebajikan kepada negeri dan rakyat yang diperintahnya.... Dolattt Tuankuuu...!
Ermmm, salah sorang jiran kat mah aku pon sambut birthday gak hari nih... tapi dia tak lah boleh perasan sangat pasal kena kerja. Tulaa.. sapa suruh kerja kat KL. Aku rasa umur dia dah 36 agaknya. Hehehe... macam ada kaitan jer ngan umur sultan tu...
Kepada Brader Azian Rohaidi, aku ucapkan Selamat Hari Lahir. Nanti buat triffle "antor" kat mah aku ok.... Nak bagi hadiah PS2 ko dah ada.... PSP, aku pon tak tak beli lagi, nak bagi beskal, beskal ko mahal lagi dari beskal aku. So, aku bagi jerlah hadiah kat bawah ni... secara virtual pon jadiklah.

Kotak hadiah tu takyah bukak.... ko tengok jer gambar kat bawah ni... sama jer ngan apa yang ada dalam kotak tu. Anyway, thanks for the "kepok" last night...

Blog Widget by LinkWithin