Showing posts with label Airbus A320-200. Show all posts
Showing posts with label Airbus A320-200. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Las Vacas lagi...

Assalam dan Selamat Hari Raya kepada semua. Hari ni adalah merupakan hari penerbanganku yang ke 31 pulang ke Kuching setelah bercuti bersama keluargaku di Malaya. Aku baru sahaja menikmati Nasi Lemak Pak Nasseer yang telah ku tempah secara online malam kelmarin. Menikmati nasi lemak sambil duduk di jendela memerhati bibit-bibit awan Altocumulus sambil didendangkan dengan lagu Moon River dari filem Breakfast at Tiffany oleh Orchestra Henry Mancini adalah sesuatu yang indah... Korang pernah?

Sempena bulan Syawal ni patutnya aku cerita pasal raya tapi esok-esoklah sebab hari ni aku nak cerita pasal Las Vacas lagi. Seperti biasa, perancang utama Tn Madet dan Tn Mior dan turut serta kali ini adalah Tn Sudin. Kami pada hari tu sangat ketagihkan hidangan "Beef Wrap". Tak sabar-sabar rasanya nak mentedaghah menda tu. Sesampai jer di kedai, jam dah hampir menunjukkan jam 9 malam. Kelihatannya sangat ramai orang sedang menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging.

Sesampai jer ke dalam kedai, kami dapati masih ada tempat kosong dan terus kami duduk dan pelayan memberikan menu. Dengan bangga dan berahi serta sedikit keterujaan, kami semua nak order beef wrap. Namun.....! Apakan daya... PeLayan tu bagi tahu, "...beef wrap dah habis cik.!" aduh, kekecewaan melanda kami semua. So kitaorang nak orderlah benda lain. Aku bercadang ketika tu nak order 'lamb burger'. Nak rasa sedap ke idak. Sekali lagi kami dikecewakan. Kali ni roti plak takda. Adoi... sudah jatuh disepit pula excavator rasanya. Tiada pilihan lain melainkan aku dan Tn Sudin mengorder 'Lamb Shoulder Chop' manakala Tn Madet pula mengorder 'strilloin steak' - grass meat.. maknanya daging lembu yang makan rumput. Pilihan lain adalah daging lembu yang makan bijirin. Tn Mior pula order meatball dan hidangan kedua adalah 'Bruschetta'. Hidangan keduanya tu kitaorang dah rompak ramai2 makanya tinggallah satu jer tuk dia. Hehehe, nasib dia tak marah.

Lamb shoulder chopnya sangat sedap sebab dagingnya diperap secara kering. Tiada sos yang dituang2. Rasanya selepas ini aku takkan makan lagi lamb chop biasa. Salad yang disediakan sangat segar dan tah kenapa, kami semua jadi suka plak makan sayurnya. Terasa cam omputih plak.

Anyway, pengalaman menikmati kesedapan daging tu sangat tidak boleh dilupakan. Selepas ni nanti aku ingat nak pergi lagi. Niat ku nak bawa amoi dan anak-anak aku. Tak tahulah aku camana responnya nanti. Nak ajar diaorang ni tentang makanan. Takmo jadi cam aku dulu, dah umur 21 tahun baru nak kenal dengan chicken chop. Chicken chop ku yang pertama adalah di ITM cawangan Sri Manjung pada tahun 1991. Tak ingat aku makan dengan siapa masa tu.....

Oklah, aku nak ilek-ilek dulu. Sian plak aku tengok awek kat sebelah aku ni yang sejak dari tadi asik terlentok2 ngantok.. "...dik, kalau adik nak sandar kat abang pon takpa. Abang tak kisah pon." muahahahaha ok, ciow chin ciow...

Tuesday, August 14, 2012

Ada ubi ada batas...

Salam Ramadhan..

Pada ketika ini aku berada di dalam penerbangan AK 5239 ke KayEl pulang nak beraya. Alhamdulillah, dapat juga aku beli tiket ni dengan harga yang munasabah. Mana taknya, masa aku nak beli tiket ni dulu aku teragak-agak sama ada aku akan masih berada di Kuching atau tidak pada ketika ini. Maklumlah angin sepoi mengatakan yang aku ni akan bertukar... Kalau tiket dah beli dan aku bertukar, rugi tiket yang kubeli tu...

Alhamdulillah, setakat ni semua berjalan lancar dan Ramadhan ku kali ini tidak seperti tahun lepas. Tahun lepas setiap minggu aku balik sebab ada tiket murah. Namun disebabkan tahun ni Air Asia takda menawarkan tambang murah maka tak lah dapat aku balik setiap minggu. Ni kira dah 3 minggu la kiranya aku tak balik. Kesian familiku berpuasa tanpa ayah dan suami di sisi macam orang lain. Aku... Hari-hari berbuka depan tibi... Hari pertama aku berbuka hari tu, berlenang juga ayor mate ku. Mana taknya, aku memikirkan dikala umurku yang dah asar ni aku dijauhkan dari famili.

Takpalah, ini pengorbananku. Kalau aku tak berkorban maka orang lain kena gantikan tempat aku. Dalam diam dah lebih 2 tahun aku kerja di perantauan ni. Aku tak kisah sebab bos2 sebelum ni paham dan sekurang-kurangnya dia bagi aku balik 2 kali sebulan melalui kursus, seminar, mesyuarat dan sebagainya.

Namun.... Sejak kebelakangan ni aku tengok bos aku ni ada lain macam sikit. Keputusan yang dia buat membuatkan aku musykil tapi aku peduli apa. Dia boss.. Lantak dialah nak buat apa pun. Namun 2 hari lepas satu keputusan yang agak lain dari lain dan dia mula nak tunjuk hero ngan aku. Yelah.. Diakan boss, memanglah hero tapi agak-agaklah sikit. Timbang rasa lah kat orang lain. Sebab dia boss, maka hampir boleh aku kata tiap minggu dia balik. So aku ni bukannya boss. Kecik sikit jer dari dia makanya takdalah peluang nak balik selalu. Terpaksalah aku nak arrange kursus dan sebagainya. Semua kerja aku pastikan beres. Aku support dia untuk dapatkan data prestasi yang baik.....

Tapi.....!!!!! Keputusan yang dia buat terkini, dia tak bagi aku mintak kursus lagi sebab katanya kursus aku dah cukup. Memanglah kursus aku cukup tapi itulah peluang aku nak balik... Aku tak paham apa tujuan dia. Bajet dah buat, peruntukan untuk aku balik telah dipohon pada tahun yang lalu dan diluluskan. Sekarang ni dia nak sekat pulak. Apa dia nak buat? Nak tunjuk kat HQ yang dia boleh berjimat? Tolonglah... Nak tunjuk hero pun pertimbangkanlah orang lain juga.

Lepas dia sekat kursus aku, ada lagi kejutan. Pada 4 & 5 hb bulan depan ada seminar yang perlu aku hadiri dan
pada minggu seterusnya aku memang nak bercuti sebab anak aku ambil periksa. Untuk program pertama tu aku cadang nak cuti 3hb dan balik petang 30hb. Maka dapatlah aku bersama famili lama sikit sebab cuti panjang. Tapi agak terkejut bila dia suruh aku balik KL pada petang 3 hb tu sebab katanya minggu depan tu aku nak cuti panjang. Adoiii tolonggg lah buat satu keputusan yang munasabah. Takkan 3 hari aku nak duduk melopong jer dekat kuching. Aku bukan sambung terus cuti sampai 2 minggu. Kalau jumaat sabtu ahad tu kerja takpalah aku balik petang 3hb. Dengki ke apa dia ni? Aku bagi tahu dia petang 5hb tu aku balik kuching dan kerja 6 & 7 hb. Bukannya aku sambung cuti terus.

Aku pun tak tahulah apa keputusannya. Aku selama ni menyokong dan buat segala arahannya tanpa banyak soal. Tapi bila tindakan yang pelik macama ni makanya agak tawar hati lah aku nak support. Kita tengoklah nanti macam mana. Kalau dia rasa aku tak bagus dan melawan, dia buatlah apa yang dia nak buat. Maklumlah BOSSSS.... Aku ni pon pelik juga kadang2 tu. tahap naik bas aku boleh jadi diluar jangkaan. Tunggu dan lihat sahaja lah.

Rasanya sikit tu jer lah aku citer.. Banyak2 karang tambah dosa aku jer. Aku ni pahala dah lah tak banyak dosa plak bertimbun2... Ok chiow

Tuesday, July 24, 2012

Las Vacas.....

Assalam, bertemu kembali dan kali ini di dalam penerbangan ke Kucen dari Kayel bersama Air Asia, AK 5204. Ini adalah penerbanganku yang pertama pada tahun ini di dalam bulan Ramadhan dan ianya juga penerbangan yang ke 29 pada tahun ini.

Penerbanganku kali ni rasanya ramai plak omputih turut serta. Omputih ni termasuklah yang ada kat sebelah aku sekarang ni. Rupa memang comel, kulitpon ok tapi bau dia... Uhh macam bau payung lama aku yang ku simpan dalam stor.. Sabun dicipta untuk membersihkan yang kotor.. Minyak wangi pula dicipta untuk apa? Pasal tu lah omputih ni suka ngan minyak wangi.

Oklah... Takmo citer pasal omputih ni, baik kita citer pasal makanan lagi best. Jumaat lepas me and my amoi telah gi lunch di Las Vacas, Kelana Jaya. Tempat dia adalah di belakang stadium FAM, kedai lot hujung. Alamatnya kalau korang nak pergi adalah di No.23 Jalan SS5A/11, Kelana Jaya. (pada ketika ini, kapal yang aku naik ni baru sahaja melepasi Bandar Kuantan dan memasuki Laut China Selatan.). Kami memilih untuk duduk di dalam dan tak lama selepas tu menu diberikan. Aku tanya amoi nak makan apa... Errr dia kata entah lah. Hehehe.. Aku pon camtu gak dulu. Bila tengok menu, tak tahu nak order apa sebab semuanya macam sedap walaupun takda gambar. So untuk memudahkan keadaan makanya akulah yang order. Aku order "Beef Wrap", "Meat Pie" dan "Lamb Shoulder Chop". Walaupun 3 jer menu tu tapi dah mencukupi. Amoiku kata fia nak rasa jer.. Ermmm lamb chop tu pon adalah sepotong dua jer dia makan. Itupon part yang garing.

Apa-apapon alhamdulillah kerana dapat juga aku bawak amoi gi makan kat situ. Harga boleh tahan dan munasabah. Semua sekali termasuk air berjumlah RM81.45. Memang Best...!!! Oklah, aku dah malas ni dan nak tidor. Tengok gambar jer lah yer. Kbaiiii....





Tuesday, March 27, 2012

Kaki Biru Berbut Biru....

Biru sebenarnya bukanlah warna makanan. Cuba korang bagi tahu apakah makanan yang asal kejadian berwarna biru. Takda kan... Kalau ada pon pembuatnya dah letak pewarna. Bersama lagi di penerbangan AK 5204 ke kucen. Penerbanganku yang ke 15 tahun ni. Pada ketika ini aku sedang berada di dalam bas merah ni di seat 19F.

Kali ni aku nak cerita sikit pasal kesukaan pelik anak bongsuku. Anak aku ni dia sangat suka tengok orang pakai but. Kalau gi pasar atau tengok orang potong rumput kat tepi jalan dia mesti suruh aku berhenti. Sebok dia nak tengok. Kalau tengah main basikal kat laman rumah, nampak bangla yang potong rumput terus dia berhenti untuk tengok. Kalau mandi kat bilik air pon mesti sebok nak jadikan getah paip tu jadi cam mesin runput. Dulu abang sulungnya camtu gak tapi suka kat lori sampah. Sampaikan kalau tanya dah besar nak jadi apa, mesti dia cakap nak bawak lori sampah. Adohai...

Balik semula ke cerita anak bongsu aku tu, so kita orang pon cuba lah cari but kanak-kanak nak belikan untuk dia. Cari merata tapi tak jumpa gak. Awal minggu lepas aku melawat kawasan kat sekitar Sri Aman, Betung dan Saratok. Sesampai jer di Sri Aman lepas check-in kat hotel, aku dan anak2 buahku ronda2 sekitar town. Aku cakap kat diaorang, aku nak cari
But tuk anak aku. Makanya dengan diketuai oleh oleh technician aku Sulaiman, kami menyusuri lepas satu kedai ke satu kedai. Alhamdulillah akhirnya berjumpa juga. Tawar menawar berlaku dan akhirnya aku dapat gak dengan harga RM11.00 jer.

Selepas beli aku terus hantar gambar but tu ke amoiku. Rasa excited sangat nak bagi anak bongsuku pakai. Malam tu bila ditunjukkan gambar but tu kat anak ku, maka dikhabarkan gegak gempitalah kesukaan dan dikhabarkan juga malam tu dia tak berhenti-henti tengok gambar but barunya tu. Tengok sampai tertidur... Gembiranya hatiku bila barang yang kubelikan sangat disukai oleh anakku.

Dipendekkan cerita, Jumaat lepas, sesampai jer ke rumahku, terus aku rasa excited sangat nak bagi kat dia... Anakku pon macam malu-malu pulak menerima but barunya tu. lantas terus dipakaiyinnya.. (perkataan baru yang korang tak pernah belajar). Maka malam tu sampaikan tidurpon tak mahu buka2. Esok-esoknya berjalan kesana sini asik pakai but jer. Seronok rasanya bila barang yang kita belikan sangat disukai dan dihargai oleh penerimanya.

Selain dari aku belikan but untuk anakku, aku juga telah mintak technician aku tu tolong belikan udang galah. Lama dah aku teringinkannya tapi aku simpan dan pendam sebab aku takmo makan sorang-sorang. Aku nak makan benda sedap ni bersama familiku. So sebelum balik aku suh la si Sulaiman ni carikan udang galah ni. Sulaiman ni memang kaki pancing. Kengkawannya ramai yang kaki pancing. Sehari sebelum tu dia tipon aku dan bagi tahu cuma dapat sekilo setengah jer. Aku tak kisah berapa kilo pon, janji aku dapat bawak balik dan makan sama-sama family. Aku tahu, anak pompuanku mesti suka sangat.. Biasa la kan... Like pader like doter la.

Sampai jer kat rumah, selepas menyerahkan but biru makanya sampailah masa nak buka kotak yang mengandungi si kaki biru. Bila buka kotak, ada beberapa bungkusan yang disusun rapi. Amoiku kata.. "ikan terubuk ker". Aku pon separa terpanjat gak.. "eh..! Taklah, nampak misai apa ni.." disebalik bungkusan tu terkeluar beberapa helai misai udang.

Bila ku buka jer bungkusan pertama, terus aku terkejut beruk dan berbaloi sungguh aku membelinya. Salah seekor udang tu saiznya dah macam saiz anak kucing 2 minggu. Besar gila.. Anak aku tengok pon takut dia.. Ulat katanya.. Makanya ku susunlah semua udang tu. Ada 3 ekor yang bersaiz besar dan selebihnya saiz udang galah biasa. Ada 11 ekor semuanya. Korang tengok gambar tu, itu bukan ilusi memang itulah saiznya. Bandingkan tangan amoi aku tu dengan si kaki biru tu. udang yang paling besar tu kaki dia jer dah sebesar jari manis aku.. Siap berduri-duri lagi. Fuh.. Seumur hidup aku tak pernah tengok udang galah sebesar tu.

Udang galah ni memang patut besarpon, maklumlah duduk kat dalam sungai yang besar kat Sarawak ni. Buaya pon besar2 gak. Dulu masa kecik2 bapak aku selalu gak menangguk udang galah kat Sungai Bernam. Masa tu aku kecik lagi tapi belum sekolah. Agaknya dalam 3-4 tahun kot.

Malam tu juga amoiku mencuba resepi Bonda sedaraku. Goreng dengan butter bersama bawang putih.. Ermm... Lazatnya. Esoknya aku suh bini aku buat gulai lemak cili api dengan nenas tapi kurang menendanglah. Tak sesuai kot. Kuah yang banyak boleh jadi kering. Udang ni masa digulai agaknya disedutnya santan tu. malam tadi amoiku goreng biasa 3 ekor udang terakhir. Aku mengalah dan bagi laluan pada anak-anakku dan amoiku tuk menghabiskannya. Aku makan bahagian yang diaorang taknak je...

Apa-apapon, memang sedaplah dan berbaloi aku belinya. Isinya tak dapat aku bayangkan kat korang kesedapannya. Kepada kengkawan yang tengok kat pesbuk aku tu dan terliur, aku minta maaf. Aku cuma nak kongsi gambar jer. Nak jemput..? Takmolah... Taknak jemput kengkawan datang umah lagi dah. Nanti kalau ada yang tertinggal nanti berkecik hati plak. So rumusannya, takyah jemput sesapa.

Minggu depan aku akan balik lagi dan rasanya cam nak bawak balik lagi udang ni... Ermm nyam..nyammm. Oklah, bas ni tengah menurun dan dah nampak bumi Borneo ni. Sampai kat epot nanti aku up yer.. Up..up on the way..!!! Byezzz...

Friday, March 23, 2012

Dayang Isah Tandangsari....

Assalam semua... Pada ketika dan saat ini aku tengah nak menunggu flite AK 5217 nak ke kay el. Ini adalah penerbanganku yang ke 14 tahun ni. Kali ni ku bersama awek skirt merah pula. Tujuan balik... ermmm macam yang aku bagi tahu sebelum ni la. Bapak mertua biniku nak pergi umrah ahad ni. So sebab nak menghantar dia dan menerima watikah perlantikah penjaga "tayar 17 inci" makanya perlulah aku balik.

Tajuk lain, cerita lain.... Don't worry, tadi tu pembuka cerita jer. So siapakah Dayang Isah ni. Dia ni mengikut cerita legend owang sawak, adalah seorang pompuan yang cukup cantik. Kecantikan dan kemulusannya dikatakan melebihi tiz zaqiah, ayu raudah dan neelofa. Tapi tak lah secantik amoiku yang ada di Shah Alam tu. amoiku tu tiada bandingannya tapi waktu dia tak ngamuk la. Tapi kalau time dia ngamuk,..... Ernmm.

Balik semula kepada cerita tadi, si Dayang ni mengikut ceritanya adalah berasal dari sebiji telur yang keluar dari pokok buluh betung. (kenapa kalau cantik semua nak keluar dari pokok buluh..?) so dipendekkan cerita telur tu telah disimpan oleh sepasang suami isteri dan sehinggalah satu ketika telur tu menentas.. (kakakaka...!) ada gak manusia berasal dari telur. Kalau manusia bertelur tu... Memanglah. Maka dipeliharalah pasangan tersebut sehinggalah dewasa. Tatkala telah dewasa, dia telah menjadi seorang gadis yang sangat cantik paras rupanya. Dikatakan jika dia mengunyah sireh maka pabila ditelan maka akan dapat dilihat perjalanan sireh tersebut di lehernya... (fuh... Tak tergambar aku betapa lutsinarnya awek ni)

Hasil dari kecantikan yang tiada tolok bandingannya maka dia telah menjadi rebutan para pemuda dan duda. Hatta yang telah berkahwin juga boleh menjadi gila mengenangkannya. Dari ramai2 tu maka adalah seorang pemuda bernama Abang Bunut yang telah dapat menambat hatinya. Dipendekkan cerita bapak si Dayang ni tadi, Temenggong Kader telah bermimpi agar mengahwinkan anaknya dengan syarat. Syaratnya siapa yang nak berkahwin dengan dayang ni perlu menyediakan 10 kati emas. Maka kecewalah si Abang Bunut kerna dia terlalu miskin tuk menyediakan 10 kati emas hatta sebatang gigi emas pon tidak termampu....

Maka telah diwar-warkan cerita ini dan terdengarlah dek seorang saudagar yang bernama Nakhoda Khar (betul bai.. Nama dia hampir nak sama dengan aku nih..) Maka akhirnya berkahwinlah mereka dan kuciwalah si Abang Bunut tatkala mendengar kekasih hatinya akan dikahwini.

Dipendekkan cerita, ketika suaminya pergi belayar maka si Dayang telah bertemu dengan si Abang Bunut tuk memadu kasih agaknya. Aku pon tak tahu sebab masa tu nenek aku pon belum lahir lagi... Akibat dari itu dipendekkan cerita, si Dayang ni telah mati (dibunuh atau membunuh diri not sure lah) dan beliau mati dengan belitan menggunakan rambutnya kerna badannya tidak lut dengan sebarang senjata...

Maka tamatlah riwayat sicantik ini. Terdapat banyak versi sebenarnya. Apa yang aku cerita ni cuma sebahagian kecil sahaja. Korang boleh google dan ada banyak versi. Apa yang pasti, Dayang Isah ni adalah lagenda seperti Mahsuri dan dikhabarkan kerajaan Brunei telah menanggung semua kos untuk mencantikkan makamnya yang terletak di Pusa, Betong, Sarawak. Nama lama Pusa adalah Tandangsari.

Mana aku dapat cerita ni..? Semua hasil dari lawatan kawasan pentadbiranku awal minggu ni sehingga ke Saratok. Staf aku yang dok cerita dan kitaorang semua terus cari maklumat kat google.

Ok lah, pening kepala aku ni dah tahap menyeksakan dan aku nak berhibernate jap. Flite aku kul 9.05 tapi sekarang baru jam 7.58.. Ermmm tunggu jer lah... Byeeeeeiiizzzzz.....

Monday, February 27, 2012

Kisah Magherita Di Awan Cumulonimbus...

Bertemu sekali lagi di dalam penerbanganku yang ke-11 tahun ni. Tengahari tadi yang keseploh... Hari ni sebenarnya adalah hari yang meletihkan tetapi sangat menyeronotkan. Kenapa? Bacalah entry sebelum ni..

Pada ketika ini aku berada di Gate P7 menunggu ketibaan kapal merah AK 5218 yang sepatutnya terbang jam 7.40 tetapi delay ke 8.40. Alhamdulillah ada hikmahnya sebab kalau tak delay tadi, terpaksa aku melepak plak kat epot ni sorang2.

Aku sebenarnya nak cerita sikit tentang pengalaman bersama Magherita selama 4 hari 3 malam yang turut disertai oleh amoi dan pewaris-pewaris takhtaku. Sebagaimana yang aku dah cerita sebelum ni, hari ni selesailah percutianku bersama famili ke Kuching. Tadi dah hantar sampai ke rumah dan kini aku nak balik semula ke Kuching. Esok dah nak kerja balik wei...

Sapa sebenarnya Magherita ni..!? Magherita ni sebenarnya nama hotel di Kuching. Nama penuh dia Grand Magherita Hotel. Sebelum bercuti, aku dah survey beberapa hotel yang selesa dan tawun lepas aku duk kat Riverside Majestic. So tawun ni kiranya nak beralih rasa. Try tanya Hilton, mahal plak tapi sebenarnya aku yang salah kira. Nak duk Merdeka Palace dok ngadap padang, takdak view.. Hotel lain takda yang menarik. So aku try lah si Magherita ni. Masa memula aku tipon, ada sorang awek yang jawab dan layanan sangat mesra alam. Aku pon mengenalkan diri dan tujuannya adalah nak minta diskaun rate gomen la.. Apa lagi. Selepas berbincang bilangan orang makanya aku telah di tawarkan pakej SEDC. Pakej kajaan la... Rate dia bagi RM190.00++. jumlah lebih kurang RM220.20 semalam. Twin superior, breakfast for 2 adult and 2 kids.

Dipendekkan cerita, jumaat lepas selepas solat jumaat makanya akupon bersama family pergi mendaftarkan diri. First impression bila masuk sangat baik. Hotelnya bersih dan yang paling penting layanan yang cukup mesra. Berdasarkan pemerhatianku, secara amnya kesemua staff memberikan layanan yang cukup baik. Tak percaya silalah cuba.... Dari security, bellboy, reception, pool boy, cleaner, parking attendant dan lain-lain semua memberikan layanan yang baik. Sangat berbaloi rasanya. Bilik yang ku dapat tak tinggi dan cuma di tingkat 2. View ngadap Sungai Sarawak facing east. Buka langsir terus nampak swimming pool kat bawah. Anak-anak aku apa lagi.. Terus tak tentu arah.

Selain layanan yang mesra, hotel ni juga memberikan talian broadband internet berkelajuan tinggi. Memang laju beb... Aku up gambar kat Flickr lebih kurang 82MB, sekejap jer siap. Kahgum aku.... Makanan di restoren semasa breakfast juga sangat baik dan ada bermacam pilihan. Masa first day breakfast aku gi makan awal sorang-sorang sebab kononnya nak amik bonda biologiku di epot. Layanan sangat baik. Bravo...!!!

So rasanya cukuplah nak cerita sebab aku nak tidoz. Sesampai jer kat Kuching nanti aku up. Kat bawah adalah beberapa keping gambar yang ku ambil guna pon. Selebihnya nanti aku tambah guna PC kay...

Ok, gudnite....


Misi CHOGM Berakhir Merentasi LCS...

Assalamualaikum,

Hari ni adalah merupakan hari terakhir berCHOGM bersama familyku di Kuching. Ini juga merupakan penerbanganku yang ke-10 tahun ni. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun cuaca asik ujan jer... Buat masa sekarang ni aku dan famili tengah menunggu ketibaan kapal merah yang akan mengangkut kami semua pulang.

Hari ni adalah hari yang sangat sebok sebab aku akan pergi balik Kuching-KL-Kuching. Pulang ke Shah Alam sebab nak hantar familyku pulang. Kesian pulak kalau nak biar diaorang balik sendiri.... Flite seterusnya nanti adalah jam 8.40 malam.

Sebagaimana yang telah ku khabarkan sebelum ini, percutian ini adalah percutian ke-2 ke Kuching Sarawak. Namun yang menariknya adalah percutian ini juga turut disertai oleh bonda biologi dan adik-adik pompuan ku yang sebelum ini agak berkontrebersi. Alhamdulillah, hubunganku dan bondaku telah pulih dan buat pertama kalinya aku dapat memeluk semula bondaku. Seingat aku last aku peluk adalah pada tahun 1994 kot... Itu pon di hospital masa adik lelaki ku meninggal. Alhamdulillah...

Di dalam flite ni seperti biasa di peringkat awal anak lelaki dan pompuan ku mesti nak bergaduh... Pasal handrest pon bergadoh.. Sabor je lah..! Setelah beberapa ketika dan bila makanan dah sampai baru senyap sikit. Aku jaga diaorang dan makananku ku tapaw.

Untuk pengetahuan korang, dulu aku pernah tanya sama ada korang pernah berak tak kat atas laut China Selatan.. Hahaha... Hari ni aku berpengalaman tapi bukan aku yang brrak tapi anak kecikku... Punyalah banyak dan lepas tu bilik air tu kecik plak... Terhuyung hayang aku nak ngantikannya. Melekat- lekat kat sinki, penutup wc dan tanganku... Adoii... Terpaksalah aku mengelap plak bilik air tu. Yelaa, takkan aku nak biarkan kotor. Kesian kat orang lain nanti.

Selepas mengganti diaper anak aku yang u'uk, anak sulungku pulak menagih janji. Mintak belikan key chain air asia plak. Tapi sebab dah habis makanya aku belikan fridge magnet sebagai ganti. Ok lah tu wat kenangan.

Kapal ni dah nak turun dan menjunam dengan lajunya dari ketinggian 30 ribu kaki ni. Meletop-letop tinga aku. Dijangka kapal ini akan mendarat jam 3.45 petang dan bapak mertua biniku akan menunggu. Maklumlah nak jimat belanja makanya terpaksa menevalkan muka mintak dia amik kat epot...

Ok lah... Berjumpa lagi sekejap lagi di dalam penerbangan seterusnya jam 8.40 malam nanti... Chiow!!




Thursday, February 23, 2012

Berkeluarga di atas awan Laut China Selatan...


Alhamdulillah, hari ni aku dan keluargaku semua terbang bersama AK5224 menuju ke Kuching. Ini merupakan penerbanganku yang ke 9 tahun ni. Penerbangan kali ni tak boleh nak bernakal-nakalan.. Maklumlah, amoiku ada dan sentiasa menjeling-jeling menengokku... Aduhhh tu la susahnya bila jadi suami hensem nih.. Huhuhu.... Melepas aku nak ngorat awek cun ni...

Ini merupakan penerbangan sekeluarga yang kedua menggunakan duit gomen... Total perbelanjaan tiket mereka semua adalah RM3,660.00 tak termasuk tiket aku RM915.00. Tiket aku sebenarnya tiket kursus dan berasingan. Alhamdulillah penerbangan pergi ni kami semua dapat conquer semua seat dari 1A sampailah 1F. Walaupun seat 1D sebenarnya milik orang lain tetapi kerana brader tu memahami makanya awal2 lagi dia dah pindah ke tempat lain. Bagi laluan kat kami lah tu nak bergerak... Thanks..

Ok lah, takda banyak masa sangat nak mengarang dan kapal ni pon sedang menurun. Lagi 35 minit nak sampai. Kat bawah ni sikit sebanyak gambar kami up guna aipon.. Yang selebihnya nanti aku up guna PC... Ok chiow.. Bye-bye...

Friday, February 17, 2012

Menggoda dan digoda di Laut China Selatan....

Assalamualaikum....

Setelah 7 hari bermesra dengan awekku di Kucen, hari ni aku nak balik Kay el dan ini adalah penerbanganku yang ke 8 tahun ni. Kali ni aku bersama awek seket merah ketat pula. Tiket kali ni aku beli sendiri. Patutnya guna waran gomen tapi aku dah transfer ke 27hb nanti sebab nak balik bersama-sama amoi dan anak-anak.....

Tiket kali ni sebab nak jimat makanya aku tak beli bagasi. Fuh.. Seb baik tak berat sangat. Kalau cam biasa tu pasti hari ni aku bertekak plak ngan awek kari yang jaga pintu masuk tu. Hari ni plak beriya-iya dok timbang bagai... Seat aku kali ni 30F... Huhuhu tak best langsung! Hari ni juga aku tak boleh nak masuk dulu dan tiada keistimewaan sebab bukan tiket waran gomen.... Huwaaaa..!!

Tiap kali aku nak balik mesti ada jer yang buat aku kelam kabut. Alhamdulillah, hari ni walaupun kelam kabut sikit tapi semuanya berjalan dengan teratur. Tadi masa kelam kabut tu, kawan aku yang dok pulau tu antar message.... Nak kirim kek katanya. Adoyai... Last minit baru nak bagi tahu. So untuk tidak mengecewakan kawan aku ni makanya aku gi lah beli juga kat kedai cawangan Dayang Salhah kat batu 7. Seb baik dia baru buka cawangan baru dan dekat dengan epot. Kalau pikir nak gi town alamatnya tertinggal kapal lah aku. Dapatler aku belikan 2 ketul... Karang tak dapat meleleh plak air liur anak
lam poyut dia.. Hehehe Esok dia nak ke shah alam katanya...

Pada ketika ini, aku berada di Gate 2 KIA, dan baru saja diumumkan yang flite aku delay... Aduhai... Seb baik lewat sikit jer lam 25 minit. Masa aku tulis ni ada amoi seksi dok sebelah aku persis gadis urut-urutan gitu. Tetiba jer dia bercakap ngan aku..... "err.. Could you please look after my bag? I want to go to toilet" Aku ingat dia cakap ngan sapa tadi, rupanya ngan aku... Aku angguk jer.. Hehehe, Ada chance ni aku nak ngayat dia lepas nih. Bukan apa... At least nanti ada la kawan kat Kucen ni kalau time boring-boring. Muahahahhaha.... (amoi ni dah balik dan dia cakap "thankss..." dan terus amik beg dia dan blah tah ke mana.. Aduh.. Melepas!

Bersama-sama dengan aku pada ketika ini ada 3 tiket penerbangan lain. 23hb ni nanti aku akan balik ke Kucen dan bawa family ku sekali. Ini adalah trip kedua dan yang pertama adalah February tahun lepas. Semua tiket ditanggung oleh rimau 2 ekoq, bulan dan bintang. Alhamdulillah, berkat kena pindah ni makanya dapatlah diaorang jalan-jalan nek kapalterbang free...

Ok lah, aku dah takda idea lagi ni. Lagipon kapai aku dah sampai. Kat bawah ni aku up 2 harga tiket yang berbeza. Satu aku punya dan beli sendiri dan satu lagi untuk 4 orang, gomen belikan... Chiow chin chiow....!!!

Tuesday, January 24, 2012

Gemersik Khabar Dari Sorga....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berjumpa lagi di penerbangan yang ke-3 pada tahun 2012 ni. Setakat ni masih lagi dengan Kapal Merah. Lepas ni nak naik kapal satu lagi lah pulak. Rindu kat Suzie Wing berkebaya singkat. Aku rasa last jumpa masa bulan November tahun lepas jer. Masa ke KL selasa hari tu aku amik seat 14A dan bila nak balik ni aku amik seat 14F la plak. Flite hari ni penuh sangat. Masa balik hari tu, hot seat emergency exit ni aku sorang jer duduk tapi hari ni tak dapat plak nak baring-baring lunjur kaki. Awek-awek seket merah hari ni pon kurang munggil dan kurang menghornikanku.. Huhuhu.


Sejak dari epot lagi tadi sebenarnya puas aku nak cari tajuk sesuai untuk entry ku kali ni tapi kurang idea. Mungkin sebab rasa sedih kot. Kenapa plak sedih? Yela.. Sebelum balik tadi aku dan gegelku dok layan citer Lagenda Budak Setan kat Astro. Pastu bila nak balik, boboiku tido plak. So sikit sedih la.

Tak tahu sebab lain tapi hari ni rasa takda mood langsung nak mengarang. Namun azam tahun baru yang aku akan rekodkan setiap penerbangan makanya ku gagahkan jugalah mengarang.

Sebagaimana dalam entry ku sebelum ni, tujuan aku balik KL adalah disebabkan aku perlu menduduki ujian... Omputih kata Test of Professional Competence. Alhamdulillah, selepas percubaan kedua akhirnya aku telah lulus semua bahagian. Interview hari Rabu, jumaat terus aku telefon 'Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah'. Itu pasal lah aku dah tahu aku lulus walaupun surat rasmi belum sampai. Rasa macam tak percaya pon ada sebab tak sangka aku boleh lulus kali ni. Makanya tak sia-sialah aku berpuasa dari menonton citer kelen 3-4 hari sebelum interview. Dok pulun segala nota yang ada.

Mungkin korang tak tahu betapa bermaknanya kelulusan ni....

• Seorang doktor tidak akan boleh menjadi doktor selagi tidak mendapat pengiktirafan dan kelulusan MAA...

• Seorang peguam tidak akan boleh menjadi peguam selagi tidak lulus ujian BAR Council atau AG Chamber...

• Seorang akauntan tidak akan menjadi akauntan selagi belum mendapat pengiktirafan badan profesional akauntan....

• Seorang arkitek tidak akan boleh mereka sesuatu bangunan selagi belum mendapat pengiktirafan oleh badan profesional akauntan....

Makanya begitu jugalah aku... Kini aku telah berjaya menjadi seorang Jurunilai Bertauliah dan Berdaftar dengan 'Lembaga'... Syukur alhamdulillah walaupun setelah 15 tahun menamatkan pengajianku di ITM dalam bidang pengurusan hartanah.

Selepas berdaftar dengan Lembaga makanya selepas ni aku akan mendaftarkan diri dengan Royal Institution of Surveyor Malaysia. Lepas tu boleh lah aku melaram guna title 'Sr' kat namaku....

Entryku kali mungkin agak riak haloba tapi.... Ehh suka aku la.. Blog aku nih.. Hehehehehe. Apa-apa pon aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan memberi semangat di atas kejayaanku. Hanya Allah yang akan dapat membalasnya. Kepada rakan-rakan seperjuanganku yang belum lagi lepas, nasihatku adalah studylah lebih awal....

Kapal ni pon dah menjunam nak turun, jap lagi nak landing lah tu. junam tak ingat pilot ni... Meletop-letop tinga aku dibuatnya... Bak kata Acha Sapriasa "... Jangan lupak pakey talipingeng keldar, jangan cilok mencilok" sampei di epot aku up terus. Ok daaaa...

-Awas..! Gambar di bawah adalah dari penerbangan Kuching ke KL. Hari ni punya semua hampeh..! Pecah rumah!-
Board of Valuers
AK5209 kch - kul


Tuesday, January 17, 2012

"Nota dari neraka" di Laut China Selatan...

Berjumpa lagi di penerbangan ke-2 tahun ni. Kali ni aku akan ke Kuala Lumpur semula balik di atas tanggungan duit cukai korang. Penerbangan kali ini aku memilih seat no. 14A.... Korang tahu kan sebab apa aku pilih seat ni.. Tapi kenapa pulak awal tahun ni aku naik kapal merah dan tak naik kapal MAS..? Sebabnya, syarat tanggungan adalah menggunakan tambang termurah. Fuhh.. Seb baiklah takda perkhidmatan tongkang..

Tajuk kali ni sebenarnya ada kaitan dengan sebab apa aku kena balik ni. Actually, esok aku akan menghadiri temudugaku kali ke 2 untuk menjadi seorang yang professional kononnya... Hari tu aku gi interview tak baca apa-apa. Macamlah dah terer sangat. Haa kan dah fail. Nasib baiklah, aku lulus 1 part. Semua sekali ada 4 part iaitu:

Valuation of landed property
• Property management n development
• Estate Agency &
• Law n taxation

Pengalaman mengajarku... Aku takmo lagi pergi interview tanpa siap sedia. Malu woo... So, pendekkan cerita 3-4 hari ni aku concentrate kononnya study. Habis semua citer kelen aku tak tengok. Alhamdulillah.. Selalunya bila aku buka buku mesti akan penin kapla. Tapi kali ni aku tak penin.. Pertolongan Allah tu. alhamdulillah dan insyaAllah penyakit aku ni takkan kuar sampai aku habis interview yer.....

So, apa bendanya Nota Dari Neraka nih..? Nota ni sebenarnya ringkasan nota hasil dari pengalaman beberapa orang senior yang pergi interview. Tapi kena tapis gak sebab ada maklumat yang dah dipinda. So kena guna gak buku, internet dan telefon sebab kena call kengkawan yang tahu.

Nota ni nampaknya dah mula beredar di kalangan kengkawan dan terima kasih kepada pemulanya. InsyaAllah hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya....

Rasa malas nak tulis lagi sebab aku nak membaca di celah-celah awan nano ni... Korang boleh? Hehehe

Adios amigo taravista... Sesapa yang baca nukilanku ini di harap dapat mendoakanku yer....

Happy Chinese New Year!!!!

Wednesday, January 4, 2012

Ombak Rindu vs Ombak Ghairah LCS...

Heboh sana sini orang bercerita tentang pilem Ombak Rindu. Dari yang kecil mahupun besar, yang lelaki mahupun pompuan, yang lembut mahupun yang jantan, yang dah kawin mahupun yang bujang, yang dara mahupun yang dah tiada dara.... Apa citernya ni sebenarnya..? Entahlah aku pon tak tengok lagi. Apa-apa pon Ombak Ghairah LCS adalah lebih hebat tapi tajuk ni ramai yang tak buat pilem lagi. Ombak ni taklah sesedih ombak rindu tapi bisa menggugurkan jantung bila berlaku. Nak rasa? Meh naik belon ngan aku dan kalau nak feel lagi, jemputlah naik belon yang lebih kecil... Firefly pon ok gak... Ermmm apa-apalah..!

Sebenarnya pada ketika ini aku baru saja melabuhkan buntutku di seat 19F flite AK5218. Namun pada kali ini tiada layanan istimewa kudapati memandangkan tiket ni aku beli sendiri sempena balik untuk menguruskan persekolahan anak-anakku serta membayar segala caj, cukai, yuran dan berbagai lagi. Naik kopak aku dibuatnya. Seat 19F ni pon aku kena bayar RM6.00.

Memandangkan aku ini agak sedikit kedekut maka tiada makanan aku tempah. Mahallah kononnya... So.. Sesampai jer kat LCCT ni tadi aku terus gi Mekdi, rasanya lebih jimat dan lebih kenyang. Namun kita kena terima hakikat yang kita ni kengkadang boleh silap buat pengiraan.. Aku order pospeti beger... Set besarlah konon. Lepas tekan sana tekan sini, cashier tu kata kat aku... RM19.50 cik..! OMG.... Maheynya..! Aduh, camni baiklah aku gi beli jer meal atas kapatebang, at least dapat gak aku ngorat awek munggil skirt merah yang gedik ni....

Penerbangan hari ini adalah penerbangan pertamaku bagi tahun 2012. Aku ada ingat mau rekodkan setiap maklumat penerbanganku selepas ni. Apa aku nak cerita hari ni? Sebenarnya ada sesuatu yang ingin aku luahkan tapi bukan diblog ni. Mungkin secara personal.... Tapi dengan siapa? So kuluahkan juga lah..

Dulu "kak Maimon" (pelakon drama tu la) pernah kata nak buat novel kisah hidup aku sebab aku selalu bercerita dengan dia. Tapi macam biasalah, mungkin tidak ada nilai komersial dan hanya ada nilai emosi sahaja. Aku ni takda mak takda bapak takda adik beradik takda bapak sedara takda mak sedara yang boleh kukongsi luahan hati sebenarnya. Berdasarkan pengalaman lebih kurang 15 tahun yang lalu, sedara yang ada ni semuanya hanya rapat bila kita senang. Bila susah, memacam alasan. Yang tak ngaku sedarapon ada. Sebab tu lah aku kini amat jauh dan terlalu jauh dan hampir tidak mungkin akan dapat bersama mereka lagi. Tragedi ini telah mengubah personaliti diriku apabila sering dipersalahkan dan dihina.

Setelah ku berkahwin, ku rasakan seperti aku dilahirkan semula kerna segala sedara mara terpaksa kukenalin... Ada yang baik dan ada yang sombong. Ada yang ramah dan ada yang pendiam. Setelah lama tidak mendapat kasih sayang ibu akhirnya aku mendapat seseorang yang boleh kupanggil 'mak' dengan penuh perasaan. Begitu juga dengan 'opah'. Dahulunya aku ada juga 'wan' tapi wan ku ini agak lebih suka lepak rumah sedara mara yang lain berbanding dirumah 'pakuda' ku. Sehinggalah suatu hari aku pernah bertanya dengan 'pakuda' ku..... "...mengapa??" tiada jawapan pernah ku terima pabila setiap kali ku bertanya tentang persoalan keluarga. Sehingga ada ketikanya dahulu aku menyangka yang mungkin aku ini anak luar nikah kerna setiap insan disampingku akan membisu bila diajukan soalan keluarga..... (untuk pengetahuan korang, pada ketika ini, flite aku sedang dilambung ombak ghairah LCS... Aduh nak muntah pon ada nih..)

Kepada pembaca yang terbaca entryku kali ini, ku mohon maaf kerna ayatnya agak kenovelan dan sedikit kecerpenan. Jika tidak sesuai dengan jiwa mu maka silalah le entry lain. Kalau sudi, teruslah membaca nukilan hati ku ini barang seketika.

Setelah sekian lama, banyak yang telah menyebabkan personalitiku berubah.. Banyak perkara yang ku buat telah disalahertikan dan akhirnya ia telah menjadikan aku seorang insan yang tidak ambil kisah dan malas nak ambil tahu. Bermula saat ku diberhentikan kerja dan menganggur dahulu, dipinggirkan oleh keluarga, disalah tafsir tindakan ku oleh jenjiran tetangga, dipersalahkan bila ku mengambil tindakan menuntut hak ku di HQ, di beri tekanan sewaktu ku diarahkan bertukar, buat jamuan dan bila tidak menjemput, aku dipersalahkan dan bulan lepas satu lagi kejadian yang menyebabkan aku akan bertukar personalitiku lagi.

Tindakan ku telah disalahertikan sekali lagi oleh beberapa orang yang kuhormati. Mungkin kini mereka telah memahami tindakan ku tetapi reaksi awal mereka tidak akan dapat akan aku padamkan didalam memori. Hati dan perasaanku sudah mula tawar dan tiada lagi keghairahan. Aku sudah mengeluarkan diri dari group keluarga di dalam pesbuk dan seorang demi seorang sedara maraku telah mula ku unfriend. Mungkin ada pihak yang merasakan yang aku ini agak sensitif namun itulah jiwaku. Sejak aku didalam kandungan lagi aku telah dimainkan dengan emosi bila mana kedua-dua pihak ingin menggugurkan kandungan ibuku setelah mereka bercerai dan bila lahir, aku sentiasa didera oleh ibuku sendiri. Aku masih ingat semasa ku kecil belum bersekolah, 'makcik2' ku sering bertanyakan aku soalan yang aku sendiri tak tahu... "....ko ni anak siapa? Kenapa bin ko tak sama dengan nama pakuda..?" Siapalah aku ketika itu untuk menjawab soalan2 emosi. Aku dikatakan anak angkatlah sehinggakan 'datuk' sebelah makuda ku juga tidak pernah mengiktiraf aku sebagai cucunya.

Jika sejak kecil aku telah dimainkan dengan emosi... Adakah aku ini sekarang semudah-mudahnya bertukar kepada seorang yang cekal hebat dan tabah seperti korang semua..? Adakah aku perlu mengikut dan menjaga perasaan orang sedangkan orang lain langsung tidak melihat perasaanku? Adakah patut aku disalahkan oleh sepasang suami isteri apabila aku memarahi dan melarang anak mereka dari berbuat maksiat di kawasan jajahanku sendiri...??? Tindakan ku dipertikaikan dan sehingga kini ia telah menjadi sebahagian dari emosiku dan hatiku telah tawar...

Begitu indah pepatah lama orang-orang melayu lama dahulu pabila mencipta kiasan... "terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata hancur binasa" kiasan dicipta saling kait mengait "Masuk kandang lembu, mengembu. Masuk kandang kambing, mengembek" tidak mungkin kambing masuk kandang lembu makanya lembu disuruh mengembek oleh gembalanya....

Rasanya setakat ini sahaja luahan hatiku ini. Cukuplah setakat ini, sekiranya ada permintaan nanti, akan ku ceritakan dan ku luahkan lagi agar ia tidak menjadi barah.... Pada ketika ini ku masih lagi di atas LCS namun tiada ombak ghairah yang melanda. Cuaca tenang dan syahdu di dalam kepekatan malam yang kulihat dari jendela Airbus A320-200 ni. Sesampai jer diepot nanti akan kuupkan ke seluruh dunia.

Assalamualaikum.......

Menanti dengan kesabaran

Blog Widget by LinkWithin