Tikus membaiki labu...
Kenapa orang zaman dulu-dulu bagi perumpamaan macam tajuk kat atas. Apa pulak kena mengena tikus dengan labu? Memang aku tak berapa nak paham. Tapi apa nak dikata apabila satu malaya telah menerimanya sebagai perumpamaan orang yang cuba membaiki sesuatu tetapi akhirnya membawa kepada keadaan yang lebih teruk.....
Itulah yang telah berlaku kepada aku semalam... Sejam sebelum berbuka semalam aku telah membuat keputusan untuk membaiki paip air kat depan rumah aku yang dah nampak berkarat dan kekadangtu air dok meleleh keluar. Yelah... takkan setakat nak ganti kepala paip pon nak panggil plumber. So, aku pon pergi ke kedai hardware dan beli kepala paip yang hampir sama dengan yang sedia ada dan yang dah rosak tu.
Dipendekkan cerita, bila aku dah beli dan dah keluarkan tool box aku makanya operasi pon bermula. Aku cuba nak pulas kepala paip tu tapi ketat. Aku cuba gak...tetiba sebahagian paip tu patah... Ayoyo... Berkata dalam hati, takpa, wrench aku ada. Aku pulas pulak kat pangkalnya. Tiba-tiba... dan tak disangka-sangka,...... keseluruhan paip tu patah. Alamakkkk!!!!! Aku rasa cam bermimpi pulak! Apa aku nak buat ni? Air dah mencurah-curah.. Aku cuba bawa bertenang dan cuba pulas water stop cork. Tiba2 benda tu pon loose cam dah rosak. Adooiiiiii!!!!! Apa aku nak buat nih?. Dalam keadaan panik aku cari kain untuk sumbat kat lubang paip tu. Akhirnya berjaya tetapi air tetap meleleh. Kejap jer baldi tu penuh.... Menyesal sungguh aku. Aku cuba call 'Hassan' (Brother Bangla yang dah menetap di Malaysia) tapi tak dapat. Aku pon cuba cari iklan kat peti surat dan jumpa satu kertas yang berkaitan iklan plumbing. Aku call dan dia sedia nak datang tapi pagi esoknya. Namun beberapa ketika lepas tu, si Hassan telefon aku dan tanya aku ada apa hal?... Alhamdulillah..... Aku terus suruh dia datang mah aku.
Malam tu dia datang dan cuba baiki dengan bantuan tools yang aku ada pahat dan tukul besi. Alhamdulillah, serpihan paip dapat dikeluarkan dan paip baru dapat dipasang... Lepas nih bolehlah aku basuh kereta aku yang pada firasat aku nih dah lebih 5 bulan tak basuh... muahahahaha....
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari... Petang tadi tetiba jer seluruh rumah aku tak berair. Alamak kenapa plak ni?... rupa-rupanya aku dah tutup bekalan air ke tangki masa aku pulas stop cork tu... Alamak! camana nak buat ni? Stop cork tu pulak dah rosak. So dengan berani aku cuba baiki pula stop cork tu. Alhamdulillah berjaya dan selepas 2 jam, bekalan air keseluruh rumah ku kembali pulih.... Aminnn..