Hari ni dah 7hb, so kalau nak kira, ini kira first posting dalam tahun 2009. Ingat di hati nak mula posting 9hb tapi lambat lagi tu. So malam dulu kelmarin, kitaorang sesama AJK Potluck kawasan kejiranan mah aku mengadakan meeting untuk menyelaraskan program kami yang akan berlangsung pada 18hb nih. Dipengerusikan oleh Pengarah Program.... Brader Syammim, meeting buat pertama kalinya diadakan kat kedai mamak...first time guna budget guna untuk bayar minuman.
Banyaklah benda yang telah dibincangkan termasuklah memutuskan logo yang mana akan dijadikan logo rasmi kawasan kejiranan kitaorang. Selepas berbincang dan membelek maka diputuskan logo rasmi adalah seperti dibawah nih....

Logo ni telah direka dengan bantuan salah seorang jiran kitaorang, brader Sharul. So kreatif dan inovatif. Kalau tengok kedai dobi diapun memang nampak menarik. TQ Brader Sharul!! 20-30 tahun lagi bolehlah cerita kat anak cucu hang yang logo ni hang yang reka. Syabbbaasssss!!!
Memandangkan logo ni juga akan dijadikan logo bagi sticker kereta penduduk anjung kristal, maka ianya akan diubahsuai sedikit bagi menaikkan lagi kalernya.