Restoren SABA, Cyberjaya
Beberapa minggu ni aku dok promote Nasi Arab dan kambing kat kengkawan opis aku. Yela, benda sedap kenalah kongsi ngan orang lain. Nasi arab yang aku promote ni kedainya ada di Cyberjaya, Restoren Saba namanya. Setakat ni dah 3 kali aku makan. Tengah hari tadi ada member aku kat Kementerian Pengajian Tinggi belanja aku... Dia kata gaji dia tak abis kalau belanja aku. Hehehe.. baguslah tu, aku pon dah sengkek ni. Rezeki jangan ditolak malang jangan dicari, nafsu perlu dilayan.. muahahahaha....
Kenapa aku suka sangat makan kambing ni?.... Suka hati akulah, aku memang suka makan kambing sejak lahir. Cumanya aku tak lahir kat kandang kambing jer... Dagingnya sangat lembut sampaikan tulangnya rasa macam nak kunyah. Perkataan liat langsung tidak sinonim... Dah la malas nak cerita lagi. Kalau korang nak cuba boleh gi layan diri. Kalau tak tahu kat mana, boleh ajak aku tapi kena belanja lah.... Harga tak mahal... Cuma RM15 minimum....