Credit Card, Charge Card, Debit Card, AaLONG...
Meh sini..!!! aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku guna kad kredit terutama kad kredit CIMB yang dah jadi macam Aalong charge dia... Kepada mereka yang bekerja kat CIMB, kalau rasa nak jawab, silakan.... klik ajer kat komen tu. nak email kat aku pon buleh....
Aku sebenarnya mula pakai kad kredit semenjak tahun 1997... masa tahun pertama tu pakai kad klasik jer. Had pakai pon cuma RM3,000. Masa tu aku baru bekerja kat private. So dah ada slip gaji lah katakan. Masa aku mohon tu, ada peraduan buat slogan. Aku pon isi jerla. Rezeki punya pasal, tak semena-mena aku dah menang First Prize...... Bawah sikit dari Grand Prize diaorang. Masa tu Grand Prize dapat Fix Deposit RM10,000. Hadiah aku masa tu handycam Sony jer siap dengan bag dan dia bagi tape dalam 10 biji. Masa tu anggarannya dalam RM6,000 Berbaloi sungguh rasanya, dan ramailah puak-puak aku kat opis masa tu yang jeles...
Selepas tahun pertama tu, diaorang upgrade jadik GOLD Card... Fuh masa tu eksen sungguh... Alaaa... macam orang sekarang dok pakai Platinium Card la..... Tapi tu semua masa gembira.
Tapi dipendekkan cerita, sebelum ni aku pakai 3 kad, semuanya gold. Bukan nak kata aku ni banyak duit, tapi nak habaq kat korang yang aku ni banyak hutang. Akibat interest yang sangat tinggi tiap bulan (lebih kurang RM200 ke RM280 sebulan) maka aku buat keputusan untuk buat personal loan kat BSN. Amik RM30 ghibu dan bayar semua hutang yang ada termasuk beli sofa ngan kapet baru....hehehe. Lepas bayar hutang, aku terus terminate Kad kredit Public Bank aku. Fuh lega sebab sekarang cuma ada 2 jer kad kredit. Maybank ngan CIMB.
Tapi... apa yang berlaku, kelmarin aku bukaklah CimbCliks nak tgk penyata kad kredit aku, terkezut aku bila tengok penyata tu. Cuba korang tgk kat bawah ni.....
Penyata aku kuar setiap 17hb. Cuba korang tgk yang kat atas tu.... RM3027.67 tu adalah penyata yang kuar pada 17 September 2008. Aku buat pembayaran sebanyak RM3,000 pada 19 September. Selebihnya tu adalah pembelian semasa termasuklah sofa ngan karpet baru aku tu...kih..kih..kih.. Bila keluar penyata pada 17 Oktober tu lah yang buat aku terkezut. Mana ke tak terkezut kalau tunggakan hutang RM27.67 tapi interest RM20.23. Dah lebih teruk dari Aalong kalau camni. Patutlah boleh buat bangunan baru kat sebelah Sogo nun...
Aku tipon customer service depatment (CSD), depa kata ini regulation baru BNM. Woi CSD!!! hangpa ingat aku bodo ka? Regulation tu berkaitan ngan interest jer. Dia kata regulation baru ni, kalau buat pembelian jer, besok tu terus akan dikenakan compounded interest. Apala depa ni...
Tadi aku gi CIMB kat opis aku nih mintak depa explain.. Punya lah lama berbincangsesama depa. Aku dok tercanguk jer lah kat tempat menunggu tu. Nasib baik awek teller tu cun, hehehehe. Akhirnya depa kata, apa yang dichargekan kat aku tu betoi.... Depa kata interest tu aku kena sebab interest bulan Ogos. Sebab aku tak buat full setlement maka interest masa bulan ogos dikira balik. Lepas tu depa kata plak sebab penyata aku kuar 17hb dan aku bayaq 19hb. Woi!!! yang mana satu nih?
Last sekali aku cakap kat depa, Takperlah.... aku akan buat full settlement sekarang dan terminate sekali kad ni. Aku cakap kat akauntan tu, kalau bulan depan aku terima penyata terakhir, dan kalau ada interest, aku nak suruh depa bayaq.... Depa gelak jer dengan muka yang merah (termasuk awek teller yang cun tuh...hehehe)
So sekarang nih, aku cuma ada tinggal satu kad jer lagi... Erm... kalau ada apa2 emergency, mampuih aku nak kena cari cash..
So kepada hangpa semua, cubalah elakkan guna kad kredit masa sekarang nih sebab banyak sangat regulation yang hidden. Kepada CIMB, tq pasai hangpa kenakan aku interest yang pelik2.
Tambahan sikit lagi... ni pasal insuran plak.
Baru jer jap ni aku terima call dari Oriental Capital Insurance, suruh aku renew insuran...Aiittt???!!! Bila masa plak aku masuk insuran depa? Dia kata aku amik tahun lepas dan aku bank in RM150.00 tahun lepas. Aku cakap Polisi pon aku takder... Dia kata ,"oooo sebab company kita ada masalah kurier, so ramai customer yang complain tak terima policy. Tapi sekarang kita dah perbaiki." So, dia tipon sebab nak suruh aku renew dan kena bayar RM100. Aku cakap, aku taknak bayar! Dia kata kenapa? dan rugilah! Bila aku cakap aku taknak renew.. dia macam nak marah aku plak. Aku kata kat dia buat apa aku nak amik insuran lain sebab aku dah ada Etiqa. Hampeh betul India yang jadi teller tuh!!!!!
ARRGGGGGHHHHH!!!!!!!!!! Hari ni tension sungguh!!!!!