Showing posts with label AK 5204. Show all posts
Showing posts with label AK 5204. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Las Vacas lagi...

Assalam dan Selamat Hari Raya kepada semua. Hari ni adalah merupakan hari penerbanganku yang ke 31 pulang ke Kuching setelah bercuti bersama keluargaku di Malaya. Aku baru sahaja menikmati Nasi Lemak Pak Nasseer yang telah ku tempah secara online malam kelmarin. Menikmati nasi lemak sambil duduk di jendela memerhati bibit-bibit awan Altocumulus sambil didendangkan dengan lagu Moon River dari filem Breakfast at Tiffany oleh Orchestra Henry Mancini adalah sesuatu yang indah... Korang pernah?

Sempena bulan Syawal ni patutnya aku cerita pasal raya tapi esok-esoklah sebab hari ni aku nak cerita pasal Las Vacas lagi. Seperti biasa, perancang utama Tn Madet dan Tn Mior dan turut serta kali ini adalah Tn Sudin. Kami pada hari tu sangat ketagihkan hidangan "Beef Wrap". Tak sabar-sabar rasanya nak mentedaghah menda tu. Sesampai jer di kedai, jam dah hampir menunjukkan jam 9 malam. Kelihatannya sangat ramai orang sedang menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging.

Sesampai jer ke dalam kedai, kami dapati masih ada tempat kosong dan terus kami duduk dan pelayan memberikan menu. Dengan bangga dan berahi serta sedikit keterujaan, kami semua nak order beef wrap. Namun.....! Apakan daya... PeLayan tu bagi tahu, "...beef wrap dah habis cik.!" aduh, kekecewaan melanda kami semua. So kitaorang nak orderlah benda lain. Aku bercadang ketika tu nak order 'lamb burger'. Nak rasa sedap ke idak. Sekali lagi kami dikecewakan. Kali ni roti plak takda. Adoi... sudah jatuh disepit pula excavator rasanya. Tiada pilihan lain melainkan aku dan Tn Sudin mengorder 'Lamb Shoulder Chop' manakala Tn Madet pula mengorder 'strilloin steak' - grass meat.. maknanya daging lembu yang makan rumput. Pilihan lain adalah daging lembu yang makan bijirin. Tn Mior pula order meatball dan hidangan kedua adalah 'Bruschetta'. Hidangan keduanya tu kitaorang dah rompak ramai2 makanya tinggallah satu jer tuk dia. Hehehe, nasib dia tak marah.

Lamb shoulder chopnya sangat sedap sebab dagingnya diperap secara kering. Tiada sos yang dituang2. Rasanya selepas ini aku takkan makan lagi lamb chop biasa. Salad yang disediakan sangat segar dan tah kenapa, kami semua jadi suka plak makan sayurnya. Terasa cam omputih plak.

Anyway, pengalaman menikmati kesedapan daging tu sangat tidak boleh dilupakan. Selepas ni nanti aku ingat nak pergi lagi. Niat ku nak bawa amoi dan anak-anak aku. Tak tahulah aku camana responnya nanti. Nak ajar diaorang ni tentang makanan. Takmo jadi cam aku dulu, dah umur 21 tahun baru nak kenal dengan chicken chop. Chicken chop ku yang pertama adalah di ITM cawangan Sri Manjung pada tahun 1991. Tak ingat aku makan dengan siapa masa tu.....

Oklah, aku nak ilek-ilek dulu. Sian plak aku tengok awek kat sebelah aku ni yang sejak dari tadi asik terlentok2 ngantok.. "...dik, kalau adik nak sandar kat abang pon takpa. Abang tak kisah pon." muahahahaha ok, ciow chin ciow...

Tuesday, July 24, 2012

Las Vacas.....

Assalam, bertemu kembali dan kali ini di dalam penerbangan ke Kucen dari Kayel bersama Air Asia, AK 5204. Ini adalah penerbanganku yang pertama pada tahun ini di dalam bulan Ramadhan dan ianya juga penerbangan yang ke 29 pada tahun ini.

Penerbanganku kali ni rasanya ramai plak omputih turut serta. Omputih ni termasuklah yang ada kat sebelah aku sekarang ni. Rupa memang comel, kulitpon ok tapi bau dia... Uhh macam bau payung lama aku yang ku simpan dalam stor.. Sabun dicipta untuk membersihkan yang kotor.. Minyak wangi pula dicipta untuk apa? Pasal tu lah omputih ni suka ngan minyak wangi.

Oklah... Takmo citer pasal omputih ni, baik kita citer pasal makanan lagi best. Jumaat lepas me and my amoi telah gi lunch di Las Vacas, Kelana Jaya. Tempat dia adalah di belakang stadium FAM, kedai lot hujung. Alamatnya kalau korang nak pergi adalah di No.23 Jalan SS5A/11, Kelana Jaya. (pada ketika ini, kapal yang aku naik ni baru sahaja melepasi Bandar Kuantan dan memasuki Laut China Selatan.). Kami memilih untuk duduk di dalam dan tak lama selepas tu menu diberikan. Aku tanya amoi nak makan apa... Errr dia kata entah lah. Hehehe.. Aku pon camtu gak dulu. Bila tengok menu, tak tahu nak order apa sebab semuanya macam sedap walaupun takda gambar. So untuk memudahkan keadaan makanya akulah yang order. Aku order "Beef Wrap", "Meat Pie" dan "Lamb Shoulder Chop". Walaupun 3 jer menu tu tapi dah mencukupi. Amoiku kata fia nak rasa jer.. Ermmm lamb chop tu pon adalah sepotong dua jer dia makan. Itupon part yang garing.

Apa-apapon alhamdulillah kerana dapat juga aku bawak amoi gi makan kat situ. Harga boleh tahan dan munasabah. Semua sekali termasuk air berjumlah RM81.45. Memang Best...!!! Oklah, aku dah malas ni dan nak tidor. Tengok gambar jer lah yer. Kbaiiii....





Tuesday, March 27, 2012

Kaki Biru Berbut Biru....

Biru sebenarnya bukanlah warna makanan. Cuba korang bagi tahu apakah makanan yang asal kejadian berwarna biru. Takda kan... Kalau ada pon pembuatnya dah letak pewarna. Bersama lagi di penerbangan AK 5204 ke kucen. Penerbanganku yang ke 15 tahun ni. Pada ketika ini aku sedang berada di dalam bas merah ni di seat 19F.

Kali ni aku nak cerita sikit pasal kesukaan pelik anak bongsuku. Anak aku ni dia sangat suka tengok orang pakai but. Kalau gi pasar atau tengok orang potong rumput kat tepi jalan dia mesti suruh aku berhenti. Sebok dia nak tengok. Kalau tengah main basikal kat laman rumah, nampak bangla yang potong rumput terus dia berhenti untuk tengok. Kalau mandi kat bilik air pon mesti sebok nak jadikan getah paip tu jadi cam mesin runput. Dulu abang sulungnya camtu gak tapi suka kat lori sampah. Sampaikan kalau tanya dah besar nak jadi apa, mesti dia cakap nak bawak lori sampah. Adohai...

Balik semula ke cerita anak bongsu aku tu, so kita orang pon cuba lah cari but kanak-kanak nak belikan untuk dia. Cari merata tapi tak jumpa gak. Awal minggu lepas aku melawat kawasan kat sekitar Sri Aman, Betung dan Saratok. Sesampai jer di Sri Aman lepas check-in kat hotel, aku dan anak2 buahku ronda2 sekitar town. Aku cakap kat diaorang, aku nak cari
But tuk anak aku. Makanya dengan diketuai oleh oleh technician aku Sulaiman, kami menyusuri lepas satu kedai ke satu kedai. Alhamdulillah akhirnya berjumpa juga. Tawar menawar berlaku dan akhirnya aku dapat gak dengan harga RM11.00 jer.

Selepas beli aku terus hantar gambar but tu ke amoiku. Rasa excited sangat nak bagi anak bongsuku pakai. Malam tu bila ditunjukkan gambar but tu kat anak ku, maka dikhabarkan gegak gempitalah kesukaan dan dikhabarkan juga malam tu dia tak berhenti-henti tengok gambar but barunya tu. Tengok sampai tertidur... Gembiranya hatiku bila barang yang kubelikan sangat disukai oleh anakku.

Dipendekkan cerita, Jumaat lepas, sesampai jer ke rumahku, terus aku rasa excited sangat nak bagi kat dia... Anakku pon macam malu-malu pulak menerima but barunya tu. lantas terus dipakaiyinnya.. (perkataan baru yang korang tak pernah belajar). Maka malam tu sampaikan tidurpon tak mahu buka2. Esok-esoknya berjalan kesana sini asik pakai but jer. Seronok rasanya bila barang yang kita belikan sangat disukai dan dihargai oleh penerimanya.

Selain dari aku belikan but untuk anakku, aku juga telah mintak technician aku tu tolong belikan udang galah. Lama dah aku teringinkannya tapi aku simpan dan pendam sebab aku takmo makan sorang-sorang. Aku nak makan benda sedap ni bersama familiku. So sebelum balik aku suh la si Sulaiman ni carikan udang galah ni. Sulaiman ni memang kaki pancing. Kengkawannya ramai yang kaki pancing. Sehari sebelum tu dia tipon aku dan bagi tahu cuma dapat sekilo setengah jer. Aku tak kisah berapa kilo pon, janji aku dapat bawak balik dan makan sama-sama family. Aku tahu, anak pompuanku mesti suka sangat.. Biasa la kan... Like pader like doter la.

Sampai jer kat rumah, selepas menyerahkan but biru makanya sampailah masa nak buka kotak yang mengandungi si kaki biru. Bila buka kotak, ada beberapa bungkusan yang disusun rapi. Amoiku kata.. "ikan terubuk ker". Aku pon separa terpanjat gak.. "eh..! Taklah, nampak misai apa ni.." disebalik bungkusan tu terkeluar beberapa helai misai udang.

Bila ku buka jer bungkusan pertama, terus aku terkejut beruk dan berbaloi sungguh aku membelinya. Salah seekor udang tu saiznya dah macam saiz anak kucing 2 minggu. Besar gila.. Anak aku tengok pon takut dia.. Ulat katanya.. Makanya ku susunlah semua udang tu. Ada 3 ekor yang bersaiz besar dan selebihnya saiz udang galah biasa. Ada 11 ekor semuanya. Korang tengok gambar tu, itu bukan ilusi memang itulah saiznya. Bandingkan tangan amoi aku tu dengan si kaki biru tu. udang yang paling besar tu kaki dia jer dah sebesar jari manis aku.. Siap berduri-duri lagi. Fuh.. Seumur hidup aku tak pernah tengok udang galah sebesar tu.

Udang galah ni memang patut besarpon, maklumlah duduk kat dalam sungai yang besar kat Sarawak ni. Buaya pon besar2 gak. Dulu masa kecik2 bapak aku selalu gak menangguk udang galah kat Sungai Bernam. Masa tu aku kecik lagi tapi belum sekolah. Agaknya dalam 3-4 tahun kot.

Malam tu juga amoiku mencuba resepi Bonda sedaraku. Goreng dengan butter bersama bawang putih.. Ermm... Lazatnya. Esoknya aku suh bini aku buat gulai lemak cili api dengan nenas tapi kurang menendanglah. Tak sesuai kot. Kuah yang banyak boleh jadi kering. Udang ni masa digulai agaknya disedutnya santan tu. malam tadi amoiku goreng biasa 3 ekor udang terakhir. Aku mengalah dan bagi laluan pada anak-anakku dan amoiku tuk menghabiskannya. Aku makan bahagian yang diaorang taknak je...

Apa-apapon, memang sedaplah dan berbaloi aku belinya. Isinya tak dapat aku bayangkan kat korang kesedapannya. Kepada kengkawan yang tengok kat pesbuk aku tu dan terliur, aku minta maaf. Aku cuma nak kongsi gambar jer. Nak jemput..? Takmolah... Taknak jemput kengkawan datang umah lagi dah. Nanti kalau ada yang tertinggal nanti berkecik hati plak. So rumusannya, takyah jemput sesapa.

Minggu depan aku akan balik lagi dan rasanya cam nak bawak balik lagi udang ni... Ermm nyam..nyammm. Oklah, bas ni tengah menurun dan dah nampak bumi Borneo ni. Sampai kat epot nanti aku up yer.. Up..up on the way..!!! Byezzz...

Blog Widget by LinkWithin