Ini baru tadika jer....
Pagi tadi lepas hantar bebudak ke sekolah, aku ngan wife gi booking tempat untuk sekolah tadika anak aku. Punya la lamaa,..... Nasib baik aku cuti hari ni. Cuti Kecemasan a.k.a Cuti Kemalasan namanya. Walaupun daftar bulan Disember, tapi aku buat keputusan booking awal-awal.... Bukan apa, takut penuh tadika tu.
Sebelum ni, penin gak kepala nak pikir, tadika mana yang sesuai. Masalahnya Syaza tak biasa ngan atuk dia kat Seksyen 4 macam abangnya. So kena cari tadika yang siap ada penjagaan sepanjang hari. Masa zaman abang dia dulu, aku hantar dia kat tadika Masjid Negeri. Atuk dia kekadang uruskan. Maklumlah aku ni sebok ngan urusan dunia yang tak abis-abis......
Berbalik semula ke cerita tadika tadi, wife aku cakap nasib baik kita orang daftar sekarang sebab bulan 12 nanti depa nak naikkan yuran.... Adoi..... Minyak punya hal, tadika pon sebok gak nak naikkan harga. Apa yang membuatkan aku terkezut adalah yuran dia... RM1745 bagi semester pertama.... mak datokkkk... aku gi belajar kat ITM masa dolu-dolu pon satu semester yuran dia baru RM200. Semester kedua wife aku kabor, yuran dia RM500++. RM1745 tu termasuk bayaran yuran Januari dan Disember. Ala standard la, bulan Disember kan pendek jer waktu sekolahnya. Depa takut org tak bayar ler tuh.... Setiap bulan bayaran dia RM395.00. Adoiiii... nampaknya tertangguh la lagi impian ku nak membeli Nikon SLR aku tu......
Apa-apa pon, aku redha..... Nampaknya lepas ni kena kerja kuat lah lagi tuk cari duit sampingan. Pada mereka yang belum ber anak atau anak belum bersekolah...... Tunggguuu!!!!!
Gambar bebudak reramai nih, kovokesyen depa.... fuih!!! gambar aku grad pon tak macam tuh...