MOSCOW: Sebuah restoran di Rusia dilaporkan memiliki reka bentuk vintaj yang luar biasa apabila tempat itu kelihatan dalam keadaan rosak teruk seperti rumah agam usang.
Lapor Oddity Central, Le Courage merupakan restoran moden dengan reka bentuk sangat unik yang terletak di Sankt Petersburg di Rusia.
Restoran itu kelihatan seperti rumah agam abad ke-19 dengan dinding dan papan lantai dalam keadaan rosak dan lusuh serta dilengkapi perabot antik.
Pada bahagian siling yang kelihatan seperti sudah runtuh, dipasang dengan lampu chandelier emas besar dan dihiasi bunga kering bagi menampakkan bangunan itu terbiar untuk tempoh lama.
Malah, beberapa perabot terpakai yang digunakan dalam restoran itu juga memberikan pemandangan bangunan yang usang.
Papan lantai kayu, kerusi, pintu dan kabinet juga kelihatan lusuh.
“Terdapat logo Le Courage yang dicat pada dinding restoran itu,” jelas laporan tersebut.
Menurut laporan, restoran itu juga menyajikan pelbagai hidangan unik yang diilhamkan dari abad ke-18 dengan sentuhan moden.
“Hidangan klasik seperti sup kubis dan daging panggang serta pelbagai acar dan pembuka selera.
“Tidak dapat dinafikan reka bentuk dan suasana Le Courage sama seperti hidangan makanannya,” jelas laporan itu. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan