KUALA NERUS: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2021-2023 telah diadakan selepas berakhir Muktamar Tahunan ke-67 di Duyong Marina Resort di sini, hari ini.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan peruntukan Fasal 25 (4), dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, beliau telah melantik dan mengekalkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad (Bendahari) dan Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Ketua Pengarah Pilihan Raya).