27 Mac 2010

As Syahid Sheikh Ahmad Yasin:Jasadmu Hancur tetapi Perjuanganmu Tetap Utuh!

11 Rabiulakhir 1431H.

Nama sebenar beliau adalah Ahmad Ismail Yasin. Lahir pada tahun 1938 di Desa Al-Jaurah, utara Ghazzah. Beliau yang sangat meminati olahraga, telah mendapat kecelakaan yang menyebabkan ia diserang kelumpuhan total. Namun, itu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam dan jihad menghadapi penjajah Yahudi.

Keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan baginya baik penjara regim Sekular Palestin, PLO (Yaser Arafat) – sekarang Fatah atau penjara Israel. Sebahagian besar hidupnya dihabiskan diatas kerusi roda yang ditolak oleh pembantunya. Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yang kabur dan telinga yang tidak dapat mendengar lagi dengan baik. Ditambah dengan penyakit jantung serta gangguan pencernaan.

Siksaan berterusan membuatkan fizikalnya menjadi semakin lemah. Namun, fizikalnya yang rosak bukan penghalang baginya untuk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah dan para pejuang Palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi Israel. Setiap patah kata-katanya diterima pakai dan dilaksanakan.

Tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’ dan memprovokasi massa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dengan penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan.

Tahun 1987, Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Yasin diangkat menjadi amir pertama. Hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Namun, mereka tetap menjaga hubungan dengan gerakan kemerdekaan Palestin yang lain seperti PLO yang agak berhaluan secular. Tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar-besaran Palestin kali pertama dibangkitkan.

Detik-detik akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah untuk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yang ditembak oleh helicopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya. Kepalanya hancur dan tangannya putus. Kerusi roda yang dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu dan dimasukkan ke dalam plastic.

Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari-hari terakhir suaminya sudah dirasai oleh Sheikh Yasin sendiri. “ saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata Sheikh Yasin pada anak-anaknya.

Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudia beliau menunaikan Solat Subuh. Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid dan mereka bertindak mengambil tayar-tayar serta membakarnya agar asap yang naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Yasin melarangnya.

Beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, peluru menghentam beliau dan para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.

Email : mohd.raziff.mohamad.zulkifli@prudential.com.my

Sudah kena pecat baru nak repot polis.

11 Rabiul awal 1413H.
Oleh: WFAUZDIN NS

BERITA NTV 7 pukul 7 petang tadi menyiarkan ulasan YB Zul Kulim tentang kenyataan KPN untuk menyoal siasat YB Zul atas ucapannya di dalam Parlimen baru-baru ini. Di dalam perbahasan di Parlimen baru-baru ini MP Kulim Bandar Baru yang baru dipecat dari PKR telah mendedahkan kununnya ada pihak yang cuba `mengupah'nya untuk membuat Akuan Sumpah melibatkan Najib dan Rosmah di dalam kes pembunuhan Altantuya.

Pendedahan beliau itu mendapat liputan hangat oleh media-media pencacai yang sentiasa lapar kepada apa jua cerita walaupun cerita murahan dan cerita dongeng asalkan dapat memburukkan PR khususnya tokoh utama PR iaitu DS Anwar. Pendedahan itu mendapat reaksi daripada beberapa pimpinan PR yang mencabar YB Zul untuk mendedahkan siapakah yang cuba mengupahnya termasuk juga siapakah `orang ketiga' yang campur tangan sehinggakan beliau menarik diri dari menjadi Peguambela kepada salah seorang tertuduh di dalam kes Altantuya. Cabaran itu sehingga kini gagal disambut oleh MP Bebas itu.

Berikutan daripada pendedahan yang dipandang `serius' oleh Musa Hassan kerana mengaitkan Najib dan Rosmah, maka pihak Polis akan menjalankan siasatan. Tahniah, pihak Polis semakin pantas bertindak dan memang wajar diberi berbagai imbuhan dalam tahun ini sahaja termasuk yang baru diumumkan oleh Najib sempena Sambutan Hari Polis siang tadi. Apabila ditanya kepada YB Zul samada bersedia untuk disoal siasat oleh pihak Polis atas dakwaannya dalam Parlimen tersebut, YB Zul menyatakan sepatutnya tidak wajar siasatan dilakukan oleh pihak Polis. Namun apabila didesak adakah beliau sanggup untuk memberikan keterangannya kepada pihak Polis, YB Zul seperti tidak pasti dan sekadar menyatakan beliau akan tengok keadaan dahulu apakah yang ingin diketahui oleh pihak Polis di dalam siasatan tersebut.

Saya tidak pasti juga adakah apa yang diucapkan oleh MP di Parlimen tidak lagi punyai kekebalan, tetapi sekiranya benar tindakan boleh diambil ke atas isu seperti ini mengapa tidak YB Zul mengalu-alukan siasatan tersebut? Mengapa ada keraguan untuk memberikan kerjasama? Dan, sepatutnya sejak dari awal lagi YB Zul sendiri sudah melaporkan kejadian tersebut ke pihak Polis jika benar beliau seorang tokoh ugama dan pejuang Islam yang ikhlas. Mengapa perlu menunggu sehingga dipecat baru ingin menjadi `Mujahid' ?/wfauzdin.blogspot.com

Hulu Selangor: Komposisi kaum beri kelebihan pada PR

11 Rabiulakhir 1431H.
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Komposisi kaum yang agak ‘kacukan’ di kawasan Parlimen Hulu Selangor dengan pengundi Melayu sebanyak 53.9 peratus, Cina (26.7), India (19) dan lain-lain (0.4), memberi kelebihan kepada PKR dan Pakatan Rakyat berbanding Umno dan BN.

Bagi Pengarah Pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Fuziah Salleh , pihaknya masih belum memilih calon walaupun tumpuan umum banyak menjangkakan bahawa Datuk Zaid Ibrahim bakal mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu.

“Keputusan berkenaan calon itu, sekarang ini ada ramai yang cukup berwibawa untuk dicalonkan, bagaimanapun saya akan menyerahkan nama-nama mereka kepada pucuk pimpinan untuk dibuat keputusan terakhir,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Pun begitu, beliau berkata, PKR tidak mempunyai banyak masalah dalam memilih calon kerana identiti PKR bukanlah berasaskan pada perkauman, bukan seperti Umno/BN.

Maka, kata beliau, Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan membuat ketetapan akhir berhubung persiapan pilihan raya kecil tersebut pada 4 April depan, sebelum dilanjutkan dalam Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat kelak.

Parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan pilihan raya kecil berikutan kematian wakilnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat keputusan berhubung perkara itu Jumaat depan.

Dalam pada itu, Fuziah sendiri mengakui bahawa Umno tempatan, khususnya di Hulu Selangor cuba untuk meletakkan calon mereka di kerusi terbabit atas dasar majoriti pengundi adalah Melayu, sedangkan kerusi tersebut sebenarnya adalah kerusi tradisi MIC, Datuk G. Palanivel.

“Sesiapa pun (calon BN) yang diletakkan di situ, ia suatu kelebihan bagi kita, calon PKR sudah pun dilihat mewakili semua kaum,” ujarnya.

Ekoran itu, PKR menurut beliau, tidak perlu menganggap kelemahan BN tersebut sebagai kekuatan pada PKR.

Sebaliknya, beliau berkata, PKR serta Pakatan Rakyat seharusnya bersedia membuat persiapan kempen politik yang lebih rasional dan demokratik, bukannya kempen perkauman seperti Umno BN.

“Apabila kita masuk apa-apa pilihan raya, fokus dan persediaan kempen kita adalah apa yang boleh kita tawarkan kepada rakyat, tidak perlu fokus pada kedudukan orang lain (Umno BN),” jelasnya.

Demi menjayakan kempen tersebut, beliau bercadang untuk mengemukakan pencapaian-pencapaian Pakatan Rakyat sepanjang memerintah negeri Selangor supaya rakyat boleh membuat perhitungan dan perbandingan dengan rekod pemerintahan kerajaan negeri di bawah Umno/BN, sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

“Itu lebih penting, apa pencapaian Pakatan Rakyat di Selangor, bagaimana rakyat boleh mendapat manfaat dari kerajaan negeri,” katanya.

Menurut beliau, dengan berbuat demikian, rakyat sekaligus dididik dengan politik yang lebih sihat, anti perkauman, anti kronisme serta anti-kezaliman yang selama ini disinonimkan dengan pemimpin tertentu dalam Umno/BN.

Harakahdaily/-

WAN NIK WAN YUSSOF: Jom Heboh Kelantan santuni misi ekonomi-dakwah

11 Rabiulakhir 1431H.
Wan Nik Wan Yussof

Penghujung tahun lalu, Karnival Jom Heboh TV3 telah diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 4,5 dan 6 Disember 2009. Seperti biasa Jom Heboh yang dimuatkan dengan acara hiburan, promosi perniagaan dan beli belah. Pun begitu, acara yang sentiasa mendapat sambutan hangat adalah biasa dikenali sebagai rancangan hiburan melibatkan pelbagai lapisan artis. Namun, tidak kurang juga sambutan ribuan orang ramai kepada konvensyen jutawan, gerai promosi Malaysian Biotechnology serta jualan pelbagai jenama perkhidmatan telefon selular.

Sehubungan itu, Jom Heboh lebih popular sebagai karnival hiburan, walaupun kandungannya bersifat berimbang antara matlamat hiburan dengan perniagaan. Dalam menangani soal ini, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pernah menegur penganjuran Sure Heboh (lihat Malaysiakini.com, 30 Julai 2004) sebagai program hiburan yang melampau mengundang pelbagai kesan maksiat.

Mungkin atas teguran Mufti Perak, pihak TV3 telah membuat penyesuaian dengan mengurangkan unsur budaya barat dan mengutamakan orientasi hiburan berkonsepkan kekeluargaan dan perniagaan serta mempromosi mesej kerajaan.

Sensitiviti itu dijadikan sebab bagi TV3 selaku penganjur menukar nama dan konsep Sure Heboh kepada Jom Heboh. Ia boleh berlaku atas sifat TV3 sebagai saluran televisyen swasta yang dipacu oleh orientasi untung perniagaan. Maka, tidaklah pelik bagi TV3 mengambilnya sebagai pencetus bagi mendapat sambutan lebih hangat pelbagai golongan masyarakat dan tidak sahaja golongan muda yang berwatak “happy go lucky.”

Ketika Jom Heboh dikenali dengan Sure Heboh dulu, boleh dikatakan hampir semua bandar besar telah menerima penganjuran karnival TV3 itu yang dimulakan sejak tahun 2003. Sambutan di Johor Baru melebihi 200,000 orang, Melaka melebihi 300,000, di Kuantan 400,000 dan Pulau Pinang melebihi 450,000 dan paling ramai di Ipoh mencecah 500,000 orang.

Dengan persembahan baru pihak penganjur dijangka lebih berjaya menarik lebih ramai pengunjung kalangan ibu-bapa dan para pelajar, di samping golongan peniaga, usahawan dan peminat hiburan. Oleh itu, Karnival Jom Heboh Kelantan dijangka mendapat sambutan hebat seperti mana sambutan kepada beberapa konsert hiburan alternatif seperti Konsert Tautan Kasih melibat penyanyi popular Mawi satu ketika dulu.

Jom Heboh Kelantan

Kini sudah heboh pula, Jom Heboh memasuki Negeri Kelantan, bumi Serambi Mekah yang dipimpin oleh menteri besar, seorang ulamak. Apa jampi yang TV3 tiupkan kepada kerajaan Negeri Kelantan tidaklah dipastikan. Apa yang pasti, pada 26-27 Mac nanti Kelantan sebuah negeri yang meletakkan panduan syariat sebagai asas pentadbiran menjadi tuan rumah. Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat komited di dalam merealisasikan dasar hiburan berkonsepkan dakwah dan terkawal. Menerusi dasar hiburan itulah diterapkan penguatkuasaan halal dan haram, termasuklah untuk penganjuran Jom Heboh itu.

Kesemua aspek dasar hiburan itu terkandung di dalam enam prinsip dan garis panduan utama Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan 1998. Antaranya mestilah berlandaskan Islam bagi mencapai keredaan Allah, apa-apa unsur kebudayaan luar hendaklah selaras dengan prinsip Islam, boleh diamalkan kebudayaan setiap kaum tetapi hanya untuk kaum tersebut, mengutamakan pembangunan yang mengambil kira nilai budaya setempat dan selaras dengan Islam, berlaku pengasingan lelaki dan wanita, dan amalan kebudayaan yang bercanggah dengan hukum syarak hendaklah disesuaikan dengan syarak.

Menjelaskan perkara itu (TheMalaysiainsider.com, 6 Mac 2010), Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan kerajaan negeri. Asas kawalan utama adalah tetap melarang penyanyi wanita membuat persembahan, di samping penonton hendaklah diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.

“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak.”

“Pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini.”

“Turut diadakan sempena Jom Heboh itu ialah satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” jelas Takiyuddin.

Kandungan Jom Heboh itu dipastikan memenuhi kehendak Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan. Antaranya, pada malam 27 Mac program hiburan yang diadakan hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Difahamkan ketika Jom Heboh di Bukit Jalil tahun lalu, pihak Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) turut membuka khemah pameran dan penerangan mengenai kemajuan teknologi berasaskan bio itu.

Sebelum itu, pihak BiotechCorp turut menyertai Jom Heboh di Danga Bay Johor, Petrajaya Kuching dan Batu Kawan Pulau Pinang. Sambutannya amat baik dan hangat yang sekali gus telah mendedahkan kepada golongan muda dan generasi awal mengenai teknologi baru untuk kelestarian hidup ummah sejagat. Ini kerana BiotechCorp merupakan peneraju utama industri berasaskan biotechnology yang dikenal pasti sebagai peneraju penting ke arah pembangunan masa depan negara dalam bidang ekonomi yang berkaitan.

Dalam konteks ini, ia selari dengan dasar Kerajaan Negeri Kelantan yang telah menubuhkan Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Bagi Jom Heboh Kelantan kali ini, Kelantan Biotech difahamkan turut sama menyertai BiotechCorp bagi mempromosikan komitmen Negeri Kelantan di dalam perkembangan teknologi bio itu.

Sudah tentu, rakyat Kelantan akan dapat menyaksikan tanda-tanda kebesaran Tuhan yang menjadi misi Kelantan Biotech di dalam mempromosikan kejadian-Nya melalui sifat semula jadi serta biologinya. Sehingga kini, Kelantan Biotech telah memproses pelbagai produk menggunakan bioteknologi untuk manfaat pembangunan usahawan, perniagaan dan pengenalan produk biobahan novel (penemuan baru).

Peluang memacu ekonomi

Bukan sekadar itu, difahamkan banyak lagi pameran perniagaan dan bidang keusahawanan akan turut serta di dalam Jom Heboh Kelantan kali ini. Ia adalah peluang bagi agensi negeri menjadikan Jom Heboh sebagai pemacu ekonomi negeri dan pelancongan, kerana bersesuaian dengan cuti Keputeraan Al-Sultan Kelantan. Ia juga merupakan peluang bagi pelbagai syarikat, termasuk produk batik, kraft tangan, kesihatan dan pemakanan asli keluaran usahawan Kelantan yang begitu banyak aktif di negeri ini.

Antara yang mengesahkan penyertaan adalah produk perubatan Islam dan ubat-ubatan tradisional daripada pelbagai jenama. Di samping agensi Kerajaan Negeri Kelantan seperti Urusetia Penerangan sedia mempamerkan kemajuan dasar dan program pembangunan Negeri selama 20 tahun di bawah kepemimpinan ulamak.

Begitu juga, difahamkan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan menerusi pelbagai syarikat anak sedia mempromosi produk pembangunannya. Antaranya, menerusi Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad akan dipamerkan pelbagai produk Kelantan Best jenis makanan dan minuman; Binaraya mempromosikan produk perumahan, An-Nisa produk klinik bersalin dan Ar-Rahn dengan produk gadaian Islam.

Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI) dimaklumkan turut memberi kerjasama bagi memastikan Jom Heboh berjalan dengan jayanya. Malah MPKBBRI turut terlibat dengan acara perlawanan bola sepak persahabatan antara Pasukan VVIP Negeri Kelantan diketuai Pengerusi Kerajaan Tempatan, Datuk Takiyudin Hassan dengan Pasukan TV3 di sebelah malamnya.

Menyampai misi dakwah

Apa yang penting diambil perhatian, peluang Jom Heboh Kelantan kali ini adalah medan pelbagai kumpulan pengunjung sedia hadir. Paling utama harus dilihat kumpulan pengunjung remaja dan ibu-bapa. Masa itulah pelbagai pihak dari agensi dakwah, Pemuda, Pasukan Amal dan Pasukan Nisa’ serta Muslimat turut menyampaikan risalah penerangan dan seruan keagamaan serta pendekatan terbaik untuk ibu-bapa dan anak-anak mereka. Sewajarnya, pihak penganjur memberi laluan kepada usaha sisipan dakwah itu demi mendapat manfaat bersama bagi keharmonian rakyat Kelantan.

Semoga Tuhan Yang Esa mengawasi dan memberkati perjalanan hidup dan pentadbir Negeri Kelantan sepanjang masa.

**Wan Nik Wan Yussof adalah setiausaha politik menteri besar Kelantan

Lagi laporan polis terhadap Wan Hashim

11 Rabiulakhir 1431H.
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 26 Mac: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Shafie Ismail hari ini membuat laporan di Balai Polis Bandar di sini terhadap Datuk Wan Hashim Wan Daud yang telah membuat sidang akhbar berkaitan penamatan jawatan Pemangku Raja pagi semalam di Istana Mahkota.

Shafie berkata, laporan itu dibuat di atas kesedaran bahawa tindakan Wan Hashim tersebut boleh menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan rakyat.

“Polis report dibuat berdasarkan satu pengisytiharkan dari Al-Sultan Kelantan yang ditandatangani oleh Datuk Wan Hashim yang kononnya telah menamatkan jawatan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra dan mengatakan ke bawah DYMM Al-Sultan kembali memerintah,”ujarnya.

Penamatan tersebut adalah tidak sah dan tidak benar berdasarkan Undang-UndangTubuh Negeri.

Ketika ditanya berkaitan dengan penangkapan Wan Hashim semalam,beliau tidak tahu sama ada berkaitan dengan laporan polis olehnya sebelum ini.

“Maaf, saya tak tahu hal tersebut, tetapi dua hari lepas saya ada membuat report polis di balai polis ini juga yang berkaitan dengan isu perlantikan Wan Hashim sebagai Setiausaha Sulit,” katanya lagi.

Harakahdaily/-

Nizar : ADUN PR hantar 216 soalan.

DS. Nizar didampingi oleh Dato Ngeh dan ADUN PR lain dalam sidang akhbar berkaitan Sidang DUN Perak pada 30 Mac ini.


IPOH, 26 Mac;- ADUN pakatan Rakyat telah menghantar 216 soalan untuk sidang DUN Perak yang akan bermula pada 30 Mac akan datang. Demikian seperti yang ditegaskan oleh Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat Perak disini sebentar tadi.

Sidang media itu diadakan selepas Mesyuarat majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak dan Mesyuarat ADUN Pakatan Rakyat Perak. DS. Nizar didampingi oleh 11 ADUN yang menunggu untuk sidang tersebut.

Beliau mengatakan mesyuarat telah membuat beberapa ketetapan termasuk kami mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak , Sdr. Siva dan meminta pihak keselamatan mengadakan siasatan siapa yang terlibat, dan juga kami telah sedekahkan alfatihah kepada Almarhum Ahli Parlimen Hulu Selangor .

DS. Nizar juga mengesahkan semua ADUN PR telah menerima dua surat, satu dari Setiausaha Dewan yang mewakili oleh lelaki yang menyamar sebagai speaker, satu lagi dari spaeker yang sah YB. V.Sivakumar.

"Kami buat keputusan untuk hadir bedasarkan surat Speaker yang sah YB. V.Sivakumar pada perasmian dan perbahasan 31 haribulan." Jelas Nizar

"Kita membuat keketapan untuk ikut serta pada hari perasmian da sesi perbahasan kerana rakyat perak melantik kami dan kami akan ikut serta berbahas"

Beliau juga mengesahkan telah hantar surat kepada zambry dan memohon diadakan satu mesyuarat dengan Zambry dan Ganesan pada 29 Mac jam 9 pagi di Dewan Bandaraya Ipoh.

"Tujuan mesyuarat adalah untuk kepentingan negeri perak yang lebih cemerlang." tegas Nizar.

Beliau juga menyatakan permohonan untuk diberi peluang untuk perbahasan dan soal jawab, kepada ketua pembangkang dan ADUN dalam perbahasan, "Insyaallah menjadi persidangan yang baik" jelasnya.

"Kita juga cadangkan persidangan dilanjutkan selama lima hari hingga 4 April".Kata Nizar.

Beliau juga berharap pertemuan dapat menghasilkan persidangan yang baik, dan tempoh yang sesuai bagi membahas isu-isu dan kemelut negeri Perak.

Nizar juga menegaskan Keputusan mahkamah pada 9 Feb adalah penentuan siapakah MB Perak, namun tidak mengenai siapakah speaker yang sah. Ganesan telah melanggar 6 ketetapan dan dia tidak diktiraf sebagai speaker.

500 berkumpul di kedutaan Sweden bantah akhbar hina Nabi


KUALA LUMPUR, 26 Mac: Lebih 500 Pemuda PAS dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di kedutaan Sweden hari ini bagi membantah tindakan tiga buah akhbar Sweden menyiarkan lukisan menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka berarak bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak selepas solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan dengan membawa pelbagai kain rentang, sepanduk dan poster yang mengecam tindakan akhbar-akhbar berkenaan.

Mereka turut melaungkan 'Kasih nabi', 'Cinta Nabi', 'Biadap Sweden dan 'Jahanam Sweden' sepanjang perarakan.

Satu memorandum bantahan juga berjaya diserahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan kepada Duta Sweden Helena Sangeland dalam pertemuan mereka.

Turut serta dalam penyerahan tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ahmad Sabki Yusof dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Memorandum tersebut antara lain mendesak kerajaan Sweden mengambil tindakan terhadap akhbar dan pelukis karikatur yang menghina pemimpin ulung umat Islam itu.

Berucap kepada persrta himpunan selepas serahan itu, Nasruddin berkata perbuatan pelukis karuikatur dan akhbar yang menyiarkannya adalah biadap dan telah mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam dunia.

"Betapa biadab dan jahanamnya mereka.

"Kita mintak mereka mengambil tindakan tegas ke atas pelukis dan akhbar yang menyiarkan karikatur ini," katanya disambut laungan takbir peserta himpunan.

Beliau juga meminta akhbar berkenaan memohon maaf kepada umat islam seluruh dunia di atas tindakan yang telah mengguris hati tersebut.

Sabki dalam ucapannya pula berkata mana-mana pihak tidak boleh menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda begitu istimewa bagi setiap umat Islam.

"Kita menyatakan kepada mereka bahawa Nabi Muhammad s.a.w berada di tempat yang istimewa dalam hati umat Islam," katanya.

Manakala Jais yang turut berucap menyatakan pendirian GPMS bersama dalam isu ini dan tidak bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menghina Islam.

Perarakan anjuran Dewan Pemuda PAS ini turut disokong oleh 19 NGO Islam yang lain.

Selain melaungkan suara bantahan, Nasrudin bersama beberpa peserata himpunan turut membakar bendera negara itu.

Sementara itu, beliau juga turut mengutuk tindakan terbaru Zionis Israel yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan membina kuil yahudi pada 16 Mac lalu.

Zionis juga jelasnya telah berjanji akan membina sekurang-kurangnya 62 lagi kuil di sekitar masjid suci umat Islam itu.

Harakahdaily/-

Tengku Abdul Aziz dilucut jawatan YDP Majlis Perajaan Negeri

KOTA BHARU, 26 Mac: Kemelut istana Kelantan terus meruncing apabila Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra mengumumkan Tengku Sri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz Hamzah dilucutkan jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri (MPN) berkuat kuasa semalam, 25 Mac 2010.

Menurut perisytiharan yang dibacakan oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias hari ini berkata, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Al-Haj dilantik sebagai Yang DiPertua MPN yang baru.

"Bagi menjunjung titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra bahawa Yang Mulia Tengku Abdul Aziz Hamzah (Tengku Sri Utama Raja) dibatalkan perlantikan dan dilepaskan daripada menjadi Yang Di Pertua Majlis Perajaan Negeri berkuat kuasa 25 Mac 2010.

"Saya juga ingin memaklumkan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah mengampuni perkenan dan melantik Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Al-Haj (Tengku Laksamana Kelantan) sebagai Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri berkuat kuasa 25 Mac 2010," katanya sebentar tadi.

Pada sidang media sama beliau juga turut menjelaskan, majlis penganugerahan pingat kebesaran negeri pada 30 Mac ini tiada kaitan dengan sambutan hari keputeraan raja Kelantan.

Menjelas lanjut beliau berkata, ianya dibuat berdasarkan undang-undang tubuh negeri mengikut peruntukan perkara 43 (1).

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan Sultan Kelantan melucutkan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan diganti YDP MPN, Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah.

Bagaimanapun Setiausaha MPN, Datuk Mohd Aiseri Alias semalam berkata, perlucutan kedudukan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhamad Faris Petra adalah tidak sah kerana didakwa tidak mewakli keputusan MPN.

Kata beliau, Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terbatal melainkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu.

Oleh itu, katanya, Tengku Faris kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan

Harakahdaily/-

MP Hulu Selangor selamat dikebumikan

Jenazah ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Melaka, Jalan Cheras.

Bekas timbalan menteri besar Selangor itu meninggal dunia jam 9.27 malam tadi akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak - tiga perempuan, seorang lelaki.

Hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali; pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali; timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar; naib presiden PKR, Azmin Ali; ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin; penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim, ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang.

Pemimpin-pemimpin, jiran, kenalan dan penyokongnya sekitar 300 orang silih berganti sejak daripada awal pagi lagi. Suasana muram menyelubungi sekitar rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras itu.

Bagaimanapun jalan agak sesak ekoran banyak kereta diparkir di tepi jalan berhampiran rumahnya. Puluhan wartawan juga membaji rumah tersebut.

Bagaimanapun ahli keluarnga si mati tidak membenarkan mereka mengambil gambar di dalam perkarangan rumah dan berhampiran jenazah ketika ia dikebumikan. Ahli keluarganya juga enggan ditemuramah kerana terlalu sedih.

Pelbagai parti kongsi kesedihan

Kira-kira jam 10.30 pagi jenazah dibawa ke Masjid Batu 10 - atau lebih dikenali sebagai Masjid Kuning - untuk disolatkan. Antara pemimpin yang turut bersolat bersama kira-kira 100 hadirin, antaranya Anwar, Azmin, Zulkifli dan Noh .

Walaupun berlainan parti politik, kelihatan pemimpin tersebut berkongsi kesedihan yang sama dan mengambil peluang bertegur-sapa antara satu sama lain.

Anwar ketika ditemui berkata, beliau sedih dengan kehilangan almarhum yang dikenali semasa menuntut di Universiti Malaya (UM) pada zaman 1970-an lagi.

“Beliau seorang yang kuat dengan idealisme bahasa dan pendidikan. Saya ketika itu bergiat dalam Persatuan Bahasa Melayu UM.

“Walaupun mungkin tidak dapat menjalankan tugas dengan sebagai ahli parlimen dengan baik kerana lama uzur, pemergiannya akan sentiasa dikenang,” kata Anwar dan berbaju Melayu putih dan bersongkok.

Sementara Noh pula berkata pemergian almarhum merupakan kehilangan kepada seluruh rakyat negeri Selangor.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga almarhum. Beliau terkenal dengan perkhidmatannya yang bagus sejak menjadi timbalan menteri besar (Selangor) lagi. Kita tidak dapat nafikan sumbangan amat besar kepada Umno sendiri dan rakyat Selangor secara amnya,” katanya.

Contoh ahli politik konsisten, bersih

Lim pula ketika ditemui di rumah almarhum pula hanya berkata: “Saya sedih dengan pemergiannya. Saya ucapkan takziah kepada ahli keluarganya”.

Manakala Dr Hasan pula berkata, PAS sentiasa menjadikan almarhum sebagai contoh seorang ahli politik yang gigih, konsisten dan bersih dalam politik.

“Beliau amat peramah dan rendah diri. Pemimpin seperti ini amat sudah dicari ganti,” katanya.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Malaysiakini/-

Wan Hashim : Masih ditahan , atau sudah bebas ?

Sehingga malam tadi kita menerima berita Bekas Setiausaha Kerajaan negeri kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud telah ditahan oleh sekumpulan pegawai polis di rumahnya dekat Kubang Kerian kira-kira jam 8.45 malam tadi.

Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis IPK Kota Bharu dan masih berada di sana sehingga kini. Dia disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penipuan.

Namun begitu setelah menghubungi banyak pihak saya masih ,gagal mendapatkan maklumat mengenai status Wan Hashim adakah dibebas atau masih ditahan.

Beliau yang mendakwa dilantik menjadi Setiauasaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan perlucutan jawatan Tengku Faris Petra sebagai pemangku raja Kelantan. Beliau juga mengumumkan perlantikan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) Tengku Abdul Aziz Hamzah sebagai pemangku raja menggantikan Tengku Faris.

Ekoran kenyataan media itu, Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Kelantan, Shafie Ismail membuat satu laporan polis terhadap beliau.

Berita mengenai kemungkinan penangkapan terhadap Wan Hashim gencar apabila Pemangku Raja akan berangkat pulang ke Kelantan lewat petang kelmarin.

SIDANG DUN PERAK: BATALKAN SELAGI PERTIKAIAN SPEAKER BELUM SELESAI

10 Rabiulakhir 1431H
Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (25 Mac 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencadangkan agar dibatalkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijangkakan akan diadakan pada 30 Mac ini yang tinggal 5 hari sahaja lagi selagi pertikaian berkaitan kedudukan Speaker DUN Perak masih belum diselesaikan yang sudah hampir 10 bulan semenjak Persidangan DUN Perak yang telah diadakan pada 7 Mei tahun lepas.

DPPN Pk merasakan Seri Paduka Sultan Perak boleh menyelesaikan kemelut rampasan kuasa kedua oleh Umno / Barisan Nasional (BN) berkaitan kedudukan Speaker DUN Perak. Oleh yang demikian DPPN Pk mengharapkan agar usaha untuk menyelesaikan pertikaiaan kedudukan Speaker DUN Perak dapat diselesaikan secepat mungkin. Malah DPPN Pk merasakan perlunya campur tangan Seri Paduka Sultan Perak di dalam menyelesaikan kemelut ini.

Bagi DPPN Pk selagi pertikaian kedudukan Speaker DUN Perak ini belum diselesaikan, akan merumitkan lagi keadaan di Negeri Perak khasnya. DPPN Pk juga mencadangkan agar kedua-dua pihak yang melibatkan kedudukan Speaker DUN Perak ini merafak sembah Seri Paduka Sultan Perak bagi mengemukakan bukti-bukti berkaitan kedudukan mereka sebenarnya.

Bukannya memperalatkan institusi yang berkaitan bagi mengukuhkan kedudukan mereka yang bukannya berlandaskan peruntukan Undang-Undang yang sedia ada. Oleh yang demikian DPPN Pk juga akan mengambil peluang memohon sekali lagi perkenan bagi merafak sembah Seri Paduka Sultan Perak bagi mengemukakan bukti-bukti bahawa V. Sivakumar adalah Speaker DUN Perak yang sah.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

SIAPA YANG FITNAH NAJIB DAN ROSMAH LANGKAH MAYAT YB ZUL DULU

10 Rabiulakhir 1431H
Oleh: WFAUZDIN NS

MENARIK juga kita mendengar `nasihat' yang diberikan oleh `Mursyidul Am Bebas' MP dari Bandar Kulim Baru di Parlimen siang tadi. MP yang sinonim menggelar musuhnya sebagai `firaun kecil' siang tadi memberikan `kuliah' tentang fitnah. Apa yang dikatakan panas dan gempar oleh media pencacai Umno adalah `hikayat' dari YB Zul tentang adanya tawaran lumayan untuk beliau sekiranya beliau sanggup membuat akuan bersumpah membabitkan Najib dan Rosmah di dalam misteri pembunuhan Altantuya. Tawaran itu tentunya teramat besar sehinggakan YB Zul berkata boleh menggugat keimanannya.

Jangan kita persoalkan mengapa YB Zul tidak dedahkan sahaja siapa yang membuat tawaran sehebat itu kepadanya. Lupakan persoalan itu kerana kita tidak boleh memaksa YB Zul untuk bercerita atau berhikayat lebih lanjut. Kita cuma ingin bercerita pasal fitnah kerana saya bersetuju adalah salah besar sesiapa pun melakukan fitnah samada fitnah liwat mahu pun fitnah terlibat di dalam jenayah. Sepanjang pengetahuan saya yang sering mengikuti mana- mana ceramah dari PR, tiada seorang pun pemimpin dari PR yang menuduh Najib atau Rosmah terlibat di dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi mengapa umum melihat seperti sepasang suami isteri ini terlibat?

Kita sering mendengar pimpinan PR mahukan Najib dan Rosmah menjawab beberapa isu yang releven untuk mereka jawab. Diketahui Najib tidak dipanggil memberi keterangan di mahkamah di dalam kes Altantuya sedangkan kesemua mereka yang dituduh ada kaitan rapat dengannya iaitu dua anggota keselamatan dan juga Razak Baginda. Bahkan alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembunuhan itu juga adalah di bawah kawalan pasukan keselamatan. Jika bom C4 itu di bawah kawalan Kementerian Pertahanan, maka ketika itu Najib adalah Menteri Pertahanan dan releven untuk Najib hadir memberikan keterangan. Jika pegawai-pegawai keselamatan yang dituduh membunuh Altantuya itu pernah bertugas dengan Najib mahu pun Rosmah, releven juga Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan. Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Najib, maka pelik apanya jika Najib dipanggil untuk memberi keterangan. Malangnya Najib atau Rosmah tidak dipanggil, dan lebih mendukacitakan sehingga kini tiada siapa yang tahu motif pembunuhan tersebut.

Saya yakin YB Zul juga sependapat dengan kita semua bahawa tiada asas untuk menuduh Najib mahu pun Rosmah terlibat secara langsung di dalam kes ini, tetapi sepasang suami isteri ini mempunyai asas untuk memberikan keterangan. Sekurang-kurangnya, mereka mampu menghilangkan persepsi masyarakat terhadapnya. Bermain di fikiran kita, siapa yang mengarahkan Altantuya ini dibunuh dan yang paling penting mengapa Altantuya dibunuh? Lupakan dulu dua Akuan Bersumpah oleh Bala walaupun dikatakan Bala ada membuat Akuan Bersumpah yang baru menyebut nama sepasang suami isteri ternama ini. Semua ini memerlukan jawapan dari Najib dan tidak cukup dengan mengadakan sumpah seperti yang beliau lakukan di Permatang Pauh. YB Zul nampaknya bersetuju dengan kaedah sumpah untuk menafikan sebarang tuduhan.

Jelas, tiada siapa yang menuduh Najib terlibat di dalam kes ini tetapi sikap Najib dan Rosmah sendiri yang menimbulkan persepsi sedemikian rupa. Justeru itu, YB Zul jangan bersusah hati kerana Najib dan Rosmah tidak difitnah sebaliknya kita mahukan penjelasan dari keduanya tentang beberapa persoalan yang sepatutnya mereka mampu menjawab. Sebagai seorang Peguam, sepatutnya YB Zul merasa pelik sekiranya ada pembunuh telah disabitkan kesalahan tetapi tidak pula diketahui mengapa mereka melakukan pembunuhan itu.

Apa pun kita hormati prinsip YB Zul yang tetap pertahankan maruah Najib dan Rosmah. Mudah-mudahan jasamu akan dikenang./wfauzdin.blogspot.com

NASIB SEORANG GURU

10 Rabiulakhir 1431H
Email : Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM!

Maaf lama saya tidak menghantar artikel2 kerana menghadapi masalah talian internet. Namun begitu pada hari ini saya ingin mendedahkan sebuah kisah yang saya serahkan kepada pembaca menilainya sendiri.

Kisah ini berlaku kepada seorang guru di sebuah sekolah pendidikan khas Kedah. Beliau telah mengajar dengan sepenuh hatinya mendidik anak2 istimewa agar mereka tahu mengenal yang mana intan yang mana permata. Setiap hari beliau akan menyambut murid2nya dengan senyuman bila dihantar oleh penjaga masing2 almaklumlah anak2 istimewa yang terdiri dari berbagai aspek kekurangan yang memerlukan dorongan untuk mereka pandai menguruskan diri mereka sendiri. Bukan sehari guru ini telah mengajar malah telah banyak tahun hingga anak2 didik yang sebelum ini tidak tahu menyuapkan nasi ke mulutpun sudah pandai menyuapnya sendiri.

Namun begitu suatu dugaan telah menimpa guru berkenaan. Ada seorang pelajar yang telah ditempatkan di sekolah guru berkenaan pada awal tahun tersebut telah meragut keikhlasan guru berkenaan. Pelajar tersebut terkenal dengan hyperaktif disamping mengalami masalah mental dan langsung tidak tahu menguruskan dirinya. Namun, seperti biasa guru berkenaan tetap tabah dalam mendidiknya. Suatu hari guru berkenaan telah mencubit pelajar berkenaan ibarat cubit mendidik sahaja. Selesai sesi persekolahan dan dalam guru berkenaan sedang bersiap untuk pulang datanglah penjaga pelajar tersebut menanyakan kenapa terdapat tanda pada anaknya. Guru berkenaanpun dengan ikhlas memberitahu beliau mencubitnya. Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puashati kepada penjaga berkenaan. Guru berkenaan telah memohon maaf jika perkara ini dianggap keterlaluan. Penjaga berkenaan hanya berkata tidak mengapa dan berkata janganlah membuat lagi.

Esoknya, rupa2nya penjaga berkenaan telah datang kesekolah dan ingin berjumpa pentadbir untuk melaporkan kes berkenaan disamping beliau membawa laporan doktor tentang kes . Yang menariknya penjaga tersebut juga menambah terdapat byk kesan calar pada anaknya termasuk anaknya selalu demam dan mengalami tarik sejak duduk di sekolah berkenaan sedangkan sebelum ini tidak. Terkejut guru tersebut bila melihat tindakan penjaga tersebut. Dahlah begitu beliau juga meminta wang lebih dari seribu ringgit untuk kos perubatan anaknya. Yang menariknya dalam kes ini Guru besar buat lepas tangan sahaja. Guru berkenaan telah membuat repot polis atas kes tersebut sebagai membela dirinya disamping mencatat sekali ugutan2 yang diterima termasuklah penjaga tersebut ada kabel di kementerian yang boleh menyebabkan guru berkenaan dilucut jawatan serta merta. Alhamdulillah polis menyebelahi guru berkenaan. Soalan saya kepada pembaca : BERDOSAKAH GURU TERSEBUT? APA YANG PERLU KITA LABELKAN KEPADA PENJAGA TERSEBUT? BETULKAH TINDAKAN GURU BESAR TIDAK MEMBELA GURU TERSEBUT?...

anak komando rejimen 1

Syed Husin tuntut Utusan bayar RM10 juta

10 Rabiulakhir 1431H

PETALING JAYA, 26 Mac: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali telah menghantar surat melalui Peguambela & Peguamcara Edwin Lim Suren & Soh kepada Pengarang dan Pengurus Utusan Melayu Bhd dan juga Zamil Ibrahim kelmarin, menuntut mereka meminta maaf dan membayar ganti rugi RM10 juta.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, ini berkaitan sebuah berita fitnah yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6 Mac 2010 di bawah tajuk “RM500,000 Syed Husin dicabar lapor polis”.

Dalam berita tersebut dituduh konon beliau menerima RM500,000 daripada Anwar Ibrahim sebagai bayaran untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi memudahkan percantuman dengan Parti Keadilan Nasional dan membentuk Parti Keadilan Rakyat.

“Saya mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu terhadap mereka tersebut sekiranya tiada jawapan daripada mereka dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat tuntutan itu,” ujarnya.

Harakahdaily.net/-

Apco serlahkan Umno tali barut Israel

10 Rabiulakhir 1431H
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Beliau berkata demikian kerana Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel.

"Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco)," jelas beliau petang tadi.

Tidak cukup dengan itu, kata beliau, tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.

"Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyuarakan rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

"Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih," jelasnya.

"Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."

Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan kerajaan itu seolah-olah tidak mengiktiraf kelayakan beberapa syarikat perunding tempatan yang sebenarnya mempunyai kelayakan dan wajar diberi peluang.

Bercakap di Dewan Rakyat, beliau turut menasihatkan kerajaan supaya tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat yang dipercayai umum pro zionis Israel itu.

Ini kerana, beliau berkata, Israel pernah menggunakan maklumat komunikasi daripada agensi komunikasi Amerika Syarikat untuk turut serta secara tidak langsung dalam Perang Teluk pada 1988 lalu, bagi mengenakan Iraq.

Harakahdaily.net/-

Adun BN berdepan risiko ‘diculik’ jika enggan tarik balik peletakan jawatan

10 Rabiulakhir 1431H
Herman Samsudeen

Memang sudah saya jangkan bahawa ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn akan menarik balik surat peletakan jawatannya yang dihantar kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat Isnin lalu.

Selepas Najib bertakhta, bukan senang Adun atau Ahli Parlimen BN nak letak jawatan, apa lagi nak lompat parti. Lihat sahaja kes ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang mengistiharkan lompat ke PKR tahun lepas, tak sampai seminggu beliau lompat balik kepada Umno.

Tapi lompat balik tu, bukan lompat saja-saja kerana sebelum muncul di Pejabat Najib di Putrajaya, beliau dilaporkan hilang. Khabarnya diculik dan dilarikan dari rumahnya hingga membuatkan Isteri dan anak-anak beliau risau.

Tup-tup, dia berdiri sebelah Najib, umum masuk Umno balik. Tak sempat balik rumah jumpa anak Isteri pun.

Jadi sebelum hal yang sama berlaku, Adun Titi Tinggi terus hantar SMS tak jadi letak jawatan. Atau mungkin ada sebab lain yang beliau lebih tahu. Yang pasti perebutan kuasa dan jawatan dalam BN begitu kuat. Yip yang juga Naib Pengerusi MCA Perlis begitu terasa bila beliau ditendang keluar dari bilik Exco Kerajaan Negeri selepas 2 tahun jadi Exco.

Jadi, apa yang berlaku ini mungkin dilihat sebagai pergolakan peribadi beliau, tapi pada saya inilah bukti bahawa dalam BN bukan mudah anda nak survive…..walaupun kononnya berjuang untuk rakyat, masing-masing nak jaga poket.

BN pula takut benar kalau Yip nekad letak jawatan sebab Pilihanraya kecil mungkin berlaku dan BN belum comfirm boleh menang balik disitu. Yip hanya menang dengan majoriti 1,841 undi sahaja disitu pada pilihanraya 2008. Jadi, amat penting untuk BN pastikan Yip tidak letak jawatan. Mereka tak kira, guna cara lembut atau kasar, yang penting Yip kekal jadi Adun buat sementara ini.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Jangan salahkan rakyat, Umno juga pertikai keputusan mahkamah

10 Rabiulakhir 1431H
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Umno tidak perlu menyalahkan rakyat sekiranya mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, Umno sendiri pun seolah-olah mengajak rakyat mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam isu kalimah 'Allah'.

"Saya sendiri berasa pelik, apabila Hakim Lau Bee Lan yang memutuskan bahawa suatu akhbar (mingguan The Herald) boleh menggunakan kalimah Allah, tak lama selepas itu seolah-olah wujud suatu usaha untuk tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah," ujar beliau semasa membahas Titah Diraja di Dewan Rakyat, malam tadi.

"Ia menggambarkan seolah-olah Umno juga membantah keputusan mahkamah seperti di Mahkamah Persekutuan."

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Perak pada era Pakatan Rakyat merumuskan bahawa Umno juga seolah-olah mengajak rakyat supaya tidak sebulat-bulatnya bersetuju dengan keputusan yang di buat di mahkamah.

Tambah beliau lagi, Umno juga sama ada sedar atau tidak sebenarnya sedang mendidik rakyat supaya menentang keputusan mahkamah yang dianggap tidak memberi kepentingan politik kepada mereka.

Disebabkan keputusan mahkamah yang acapkali dipertikai kerana oleh rakyat, Pakatan Rakyat dan Umno sendiri, beliau berkata, negara juga akhirnya turut mendapat impak berantai yang negatif.

Maka, beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, sindrom pelabur meninggalkan negara berlaku dalam skala yang membimbangkan.

Ujarnya lagi, mereka tidak mahu melabur di Malaysia, khususnya di Perak mungkin disebabkan mereka tidak percaya dengan tahap integriti dan kebebasan mahkamah di Malaysia.

Dari maklum balas oleh beberapa pelabur asing yang ditemui di United Kingdom, beliau berkata, dunia luar belakangan ini berasa sangsi dengan institusi kehakiman negara.


Hatta, menurut beliau, sekiranya berlaku pertelingkahan dalam dunia korporat, pelabur-pelabur asing terbabit tidak rela membawa kes mereka ke mahkamah tempatan.

Sebaliknya, menurut beliau, mereka yang terbabit lebih rela membicarakan kes masing-masing di luar negara, termasuk di Singapura.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya memulihara semula tahap integriti dan kebebasan mahkamah tempatan kerana dengan berbuat demikian sekaligus menggalakkan pelabur asing kembali berlabur di Malaysia.

Harakahdaily.net/-

Hina Nabi: Ribuan umat Islam protes hari ini.

10 Rabiulakhir 1431H

Setelah ditunda sebelum ini, Dewan Pemuda PAS akan meneruskan demonstrasi di ibunegara hari ini bagi membantah akhbar di Sweden yang menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad.

Setiausaha dewan itu Kamaruzaman Mohamad berkata, setelah membuat promosi melalui pelbagai cara, ribuan umat Islam akan berarak ke kedutaan Sweden di Jalan Ampang selepas solat Jumaat bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

“Perhimpunan ini akan diketuai Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ketua Dewan Pemuda Nasrudin Hassan,” katanya kepada Malaysiakini .

Kamaruzaman berkata, mereka akan berkumpul sekitar bangunan Tabung Haji dan berarak beramai-ramai ke kedutaan berkenaan kira-kira 1 kilometer.

Minggu lalu, demonstrasi tersebut yang sepatutnya diadakan pada 19 Mac ditangguhkan “disebabkan masalah teknikal dan perkara-perkara penting yang tidak dapat dielakkan”.

Ketuanya Nasrudin Hassan dilaporkan berkata, penghinaan terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh diterima sama sekali dan kerajaan Sweden sepatutnya mengambil pengaharan daripada Denmark yang pernah menghadapi bantahan yang sama.

Katanya, dengan mengulangi kesilapan tersebut, Sweden juga “seakan-akan mahu mengajak umat Islam berperang”.

Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing - karya pelukis Sweden Lars Vilks - dikemukakan sebagai bahan pameran di sebuah pusat warisan budaya Sweden.

Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan.

Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama tulisan editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara. Tiga lagi akhbar Sweden kemudiannya turut menyiarkan semula karikatur itu.

Tindakan itu yang membawa kepada bantahan negara-negara Islam sehingga Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

Malaysiakini/-

Sidang Media berkaitan Sidang DUN Perak 30 Mac malam ini..

Berhubung dengan sidang DUN Perak yang akan diadakan pada 30 Mac akan datang, saya suka untuk memaklumkan bahawa satu sidang Media yang penting akan diadakan di pejabat pakatan Rakyat di Ipoh seperti berikut ;

Tarikh : 26 mac 2010
Jam : 7.00 Malam
Tempat : Pejabat Pakatan Rakyat Ipoh.

Sehubungan dengan itu saya menjemput semua rakan media dan para Blogger untuk hadir dalam sidang media tersebut.

Sekian terima kasih.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Sekretariat,
Pakatan Rakyat Perak.

Bekas tahanan ISA hilang ganti rugi RM2.5 juta

10 Rabiulakhir 1431h

Seorang bekas tahanan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hilang ganti rugi RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya.

Hakim Md Raus Shariff yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan bahawa penahanan Abdul Malek Hussein adalah sah dan menolak semua dakwaan yang dia diseksa semasa dalam tahanan.

Dua hakim lain yang itu ialah hakim mahkamah persekutuan - Sulong Matjeraie dan Ahmad Maarop.

Berikutan k
eputusan itu, Abdul Malek (kiri) tidak layak mendapat sebarang pampasan kewangan tetapi sebaliknya diarahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk membayar kos RM50,000.

Sementara itu, Abdul Malek berkata beliau akan membawa kesnya itu ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan hari ini.

Abdul Malek, ditangkap dan mendakwa dia diseksa oleh kerajaan pada tahun 1998.

Beliau kemudiannya memfailkan saman pada Mac 1999, terhadap anggota cawangan khas, Borhan Daud; Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.

Pada 2007, hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan penahanan Abdul Malek ketika demonstrasi reformasi itu dibuat dengan niat jahat berdasarkan Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah juga menganugerahkan gantirugi RM2.5 juta kepadanya.

Malaysiakini/-

Siapakah dalang sebenar dalan krisis Istana di Kelantan ?

Saya telah mengikuti dari awal perkembangan krisis Istana di Kelantan seawalnya sejak Wan Hashim memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK)setelah Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah(APU) menerajui Kelantan pada tahun 1990. Sesudah itu silih berganti SUK yang menampakkan pertelingkahan kerajaan negeri dengan Istana semakin reda dan yang saya lihat pada akhir-akhir ini sudah tidak ada pertikaian.

Masalahnya semasa Wan Hashim menjadi SUK ada seorang dalang yang sedang mengendalikannya. Malangnya sehingga sekarang Wan Hashim setelah sekian lama semacam dilupai walaupun saya sendiri yang tahu kerja jahatnya satu masa dulu tiba-tiba muncul dan mengaku sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan dan dengan beranai mengumumkan pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta . Yang pasti ada dalang disebalik Wan Hashim.

Kelmarin saya menghubungi dan dihubungi oleh beberapa rakan karib dari Kelantan dan mendapat pengesahan siapakah dalang sebenarnya yang menyebabkan Wan Hashim dikitar semua dan dijadikan semacam peluru untuk menghalalkan hasrat pihak tertentu.

Malah seorang blogger yang cuba menafsirkan perlembagaan negeri kelantan semacam seorang peguam yang mahir semacam hendak menghalalkan kerja Wan Hashim.

Dalangnya bukan saya sahaja yang tahu, namun mungkin sekadar sementara menghormati ianya tidak dipaparkan dengan jelas dalam media. Yang pasti ianya menjadi bualan majoriti rakyat Kelantan. Maklumlah saya tidak mahu mendahului masa dan orang lain, bila orang tidak segan menyebutnya saya pun akan menyebutnya sama.