20 Ogos 2021

UMMAH DAN 185 NGO TUNTUT KERAJAAN YANG BERSIH DAN BERINTEGRITI

 

KENYATAAN BERSAMA GABUNGAN NGO

20 OGOS 2021, BERSAMAAN 11 MUHARRAM 1442 HIJRI

DAULAT TUANKU,

GERAKAN PEMBELA UMMAH (UMMAH) BERSAMA 185 NGO TUNTUT KERAJAAN YANG BERSIH DAN BERINTEGRITI

1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama 185 NGO mengikuti rapat perkembangan berkaitan proses pemilihan Perdana Menteri yang sedang dilakukan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Ismail Sabri angkat sumpah esok

 Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, esok. - Foto BERNAMA

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, esok. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangi Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan dijalankan esok, jam 2.30 petang.

Agong titah tamatkan kemelut politik

 Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini. - Gambar ISTANA NEGARA

Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini. - Gambar ISTANA NEGARA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan pelantikan Perdana Menteri baharu, dapat menamatkan kemelut politik dengan segera.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda bertitah supaya semua Ahli Dewan Rakyat dapat mengetepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19, demi kepentingan rakyat dan negara.

Ismail Sabri dilantik Perdana Menteri ke-9

 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Raja-Raja Melayu bincang calon Perdana Menteri hari ini


Rakyat Malaysia hari ini akan memberi tumpuan kepada perbincangan khas Raja-Raja Melayu yang dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang di Istana Negara bagi membincangkan isu semasa termasuk calon Perdana Menteri kesembilan.