SEJAK awal lagi, PAS menolak untuk bersama Pakatan Harapan (PH) apabila dijemput menyertainya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kerana PAS mempunyai pengalaman yang paling lama dalam bertahaluf dengan beberapa parti yang ada bersamanya.
SEJAK awal lagi, PAS menolak untuk bersama Pakatan Harapan (PH) apabila dijemput menyertainya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kerana PAS mempunyai pengalaman yang paling lama dalam bertahaluf dengan beberapa parti yang ada bersamanya.
FIRMAN Allah SWT:
﴿وَلَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدۡرٖ وَأَنتُمۡ أَذِلَّةٞۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ١٢٣﴾
“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kalian mencapai kemenangan dalam Peperangan Badar, sedang kalian berkeadaan lemah (kerana kalian sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu, bertaqwalah kalian kepada Allah, supaya kalian bersyukur (akan kemenangan itu).” (Surah Ali ‘Imran: 123)
AL-QURAN membawakan cerita yang benar, bahawa politik wang menjadi amalan bangsa Yahudi dan salah satu sebab yang menjadikan mereka kumpulan paling dimurkai oleh Allah SWT. Akibatnya, mereka juga pelaku dan penggalak kepada amalan rasuah yang paling aktif kerana kuatnya aqidah kebendaan mereka, sehingga melampau tanpa mengira hukum agamanya dari sudut halal mahupun haram yang ada persamaan dengan ajaran Islam.
FIRMAN Allah SWT:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ١١٨﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kalian mengambil orang-orang yang bukan daripada kalangan kalian menjadi teman yang diberikan kepercayaan. Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kalian. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kalian. Telah nyata (tanda) kebencian mereka daripada mulutnya (pada pertuturan), dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kalian ayat-ayat (Kami), jika kalian (mahu) memahaminya.” (Surah Ali ‘Imran: 118)
ISLAM yang berjenama al-din mempunyai kesempurnaan mengikut ketetapan Allah Pencipta alam (Rabb al-‘Alamin) yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, dan penuh melimpah rahmat-Nya buat seluruh alam. Sesungguhnya Islam itu diimani dan diucapkan oleh setiap Muslim dalam setiap rakaat solatnya.
SEMUA pihak dapat menyaksikan sendiri sejarah PAS sebagai sebuah parti yang paling berpengalaman dalam mengadakan persefahaman dengan semua parti daripada pelbagai aliran, pendekatan dan ideologi. Bermula dengan parti paling kanan seperti UMNO, dan pecahannya seperti Parti Negara, Parti Semangat 46 sehinggalah parti paling kiri yang berfahaman sosialis.
KELAHIRAN Rasulullah SAW sebagai penutup para anbiya’ dan menjadi Rasul akhir zaman disebutkan dalam semua kitab agama Samawi mahupun kitab bukan agama Samawi. Apabila Baginda SAW dizahirkan, tiba-tiba hanya segelintir sahaja daripada mereka yang beriman, adapun sebahagian besar yang lain pula menentang.
MARILAH kita sama-sama bermuhasabah selepas ditimpa bencana, dengan kembali kepada petunjuk Allah SWT. Pada masa yang sama, janganlah kita dilekakan dengan telatah manusia yang cuma hidup untuk sementara waktu sahaja.
IMAN mempunyai sifat syumul, yakni sempurna dan lengkap dalam tiap-tiap rukunnya. Kita hendaklah membenarkan dan mempercayai setiap rukun tersebut secara ijmal (ringkasan) dan tafsil (huraian).
AL-QURAN merupakan petunjuk sepanjang hayat dan sepanjang zaman bagi manusia, maka ia wajib diyakini oleh setiap orang yang beriman. Bahawa Allah SWT yang Maha Adil menunjukkan Maha Kebijaksanaan-Nya. Firman Allah SWT:
APABILA ditegaskan tajuk ini, ada kalangan yang menganggap PAS tidak ikhlas dalam politiknya. Demikian itulah kata-kata mereka yang tidak memahami makna ikhlas mengikut bahasa al-Quran.
MASJID al-Aqsa ialah kiblat pertama umat Islam sebelum diperintahkan agar mengadap ke arah Kaabah di Tanah Suci Makkah. Malah, di sana juga berlakunya Isra’ Rasulullah SAW dan bermulanya Mi‘raj menjadi tetamu Allah SWT.
DALAM kesedihan menghadapi bencana banjir besar yang tidak diduga dan suatu yang berada di luar ramalan manusia, namun masih ada segelintir pihak yang menimbulkan keriuhan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan berlakunya bencana banjir yang besar, terdapat suatu hikmah yang besar maknanya, sekalipun terdengar keriuhan itu.
MAJLIS Syura Ulama’ telah membuat cadangan pendekatan politik melalui konsep Ta‘awun Siyasi atau konsep tolong-menolong (cooperation), setelah beberapa kali melakukan Tahaluf Siyasi. Tahaluf Siyasi ialah kerjasama melalui gabungan dalam politik (coalition) dengan membentuk kerajaan campuran, sehingga bergabung dalam satu ikatan wajib bersama (alliance) dan bersama menubuhkan Barisan Nasional (BN).
RIUH kedengaran suara-suara yang mengkritik kumpulan barisan hadapan dalam menangani bencana banjir yang melanda. Barangkali lebih ramai yang bercakap hanyalah sekadar berada di dalam bilik berdepan dengan meja, walaupun ramai juga yang mungkin boleh berenang untuk membantu mangsa pun tidak mampu melakukannya.
NEGARA haram Israel ialah negara yang paling lantang menentang kewujudan senjata pemusnah di Asia Barat, semata-mata atas nama menjaga keselamatan dan keamanan negaranya sahaja. Tanpa mereka peduli terhadap apa yang berlaku kepada negara-negara berdekatan mereka dan bangsa bukan Yahudi.
KEJAYAAN Rasulullah SAW menyatukan umat merupakan contoh dan teladan berpandukan wahyu petunjuk Allah SWT yang wajib diikuti. Namun begitu, kaum yang paling dimurkai Allah SWT dalam kalangan Yahudi Madinah sangat marah kerana dengki dan dendam mereka terhadap Islam dan Rasulullah SAW.
ADIL ialah salah satu daripada sifat wajib bagi Allah SWT dan sifat ketuhanan yang Maha Suci daripada segala kekurangan, bahkan mustahil bagi Allah SWT bersifat zalim. Malah, keadilan-Nya tiada bandingan dan tandingan. Maha Adil ialah salah satu daripada nama-nama terbaik bagi Allah SWT.
KUMPULAN negara yang terlibat dengan penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948 yang lalu, kini bersekongkol bersama beberapa buah negara yang berperanan menjatuhkan kuasa dunia Islam yang pernah menjadi benteng pertahanan umat. Bahkan, kini wujud pula perancangan untuk melaksanakan agenda yang dinamakan normalisasi atau al-tatbi‘, bertujuan menghalalkan dan mengiktiraf kewujudan negara haram itu.
DEMI agenda perpaduan umat yang sebenarnya, maka Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) adalah laksana dua dalam sepasang yang tidak harus dipisahkan, sekiranya benar-benar berkonsepkan perpaduan umat dalam negara masyarakat majmuk yang ikhlas.
Kedua-dua gagasan ini laksana dua tangan dalam satu jasad, kalau dibuang salah satunya akan menjadi cacat. Bahkan, ia juga laksana sepasang kasut yang tidak waras jika dipakai sebelah kasut sahaja.