11 Januari 2014

Tiga individu nahas pesawat Cessna 172 ditemui selamat

9 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR:  Tiga individu yang menaiki pesawat Cessna 172 yang terhempas berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam setelah dilapor hilang Jumaat petang ditemui selamat kira-kira 5 pagi ini.

               
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini berkata ketiga-tiga mangsa itu ditemui dengan bantuan masyarakat Orang Asli di kawasan itu.

Kubur anak digali, bapa buat laporan polis

9 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA TERENGGANU:  Kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungawab menggali kubur anak perempuannya yang meninggal dunia kira-kira lapan bulan lepas, seorang lelaki hari ini membuat laporan polis.

               
Terdapat lubang sedalam kira-kira satu meter di kubur anaknya itu yang meninggal dunia ketika berusia sembilan bulan. 

Cinta 7 tahun, kahwin setahun

9 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Johor Bahru: “Mungkin ada yang menganggap ia aneh dan sukar diterima akal, tapi percayalah saya diceraikan talak tiga disebabkan ibu mentua cemburukan saya.

Itu kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Nurul Huda, 35, antara ribuan pasangan suami isteri yang rumah tangga mereka runtuh disebabkan campur tangan keluarga, terutama mentua.

Bekas ketua Parti Demokrat pimpinan Yudhoyono ditahan akibat rasuah

9 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
JAKARTA: Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menerima satu lagi tamparan apabila bekas Ketua Umum Parti Demokrat Anas Urbaningrum(gambar) ditahan Suruhanjaya Pembenterasan Rasuah (KPK) pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah berprofil tinggi berkaitan projek pembinaan Kompleks Sukan Bukit Hambalang, Bogor di Jawa Barat beberapa tahun lepas.

               
Anas ditahan badan pencegahan rasuah selepas disoal siasat kira-kira lima jam di bangunan KPK di sini, dan ketika muncul dari premis berkenaan pada 6.45 petang untuk dibawa ke penjara, beliau menyifatkan peristiwa itu sebagai hari bersejarah kepadanya dan bahagian terpenting untuk beliau menemukan keadilan dan kebenaran.

Ibu terpaksa 'ikat perut', catu belanja harian

9 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
SHAH ALAM: "Tahun 2014 amat menyeksakan dan tiada lagi baki gaji untuk simpanan," luah seorang ibu tunggal ketika bercerita tentang cabaran 2014 kepada Harakahdaily.


Norziana Zainuddin, 34 (gambar) bekerja sebagai kerani di syarikat perumahan di Setia Alam melihat tahun 2014 merupakan tahun yang berat untuk diharungi dan memberi tekanan kepada diri beliau sekeluarga.

Pembangkang Dijangka Beri Lebih Banyak Tekanan Kepada Kerajaan - MP Serdang

9 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
PETALING JAYA: Kos hidup yang tinggi kerana kenaikan tarif elektrik dan bahan api serta kenaikan tol yang dijangka akan berlaku akan memberikan pembangkang peluang untuk meningkatkan tekanan ke atas kerajaan, kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.


"Pembangkang dijangka menganjurkan demonstrasi terhadap kenaikan harga dan perhimpunan yang dijadualkan pada 1 Mei oleh Pakatan Rakyat menjadi isyarat lebih banyak perkara akan dilakukan pada masa akan datang," kata wakil DAP.

Terengganu Dilanda Banjir Gelombang Kedua

9 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang kedua mula melanda Terengganu apabila 155 orang daripada 45 keluarga di daerah Kemaman dipindahkan sejak awal pagi Jumaat.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga pukul 9 pagi Sabtu, tiga pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di daerah itu iaitu Balai JKKK Padang Kubu yang menempatkan 87 orang (26 keluarga), Berek Kilang Padang Kubu (33 orang dari lapan keluarga) dan Rumah Pegawai Sungai Mas (35 orang dari 11 keluarga).