02 Disember 2009

Laksamana Cheng Ho, Pelayar Tersohor pada Zaman Silam China

Pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut. Laksamana Cheng Ho yang telah memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut.

Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji ke Mekah. Mereka mengetahui keadaan di luar negara dan suka menjelajah.

Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao dirampas oleh pasukan pengawal maharaja lalu dibawa ke Nanjing, lantaran itu beliau telah dilantik sebagai sida dalam istana maharaja. Ma Sanbao yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan dianugerahi nama Cheng Ho oleh maharaja.

Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di mengambil keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besar-besaran ke pelbagai negara di Asia dan Afrika untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara di kawasan itu. Baginda menitahkan Cheng Ho memimpin pelayaran besar-besaran itu.

Bandar Nanjing terletak di pinggir Sungai Yangtze, sungai yang terbesar di China. Industri pengeluaran kapal sudah bersejarah lama dan sangat berkembang di Nanjing pada masa itu. Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 buah bengkel pembuat kapal di luar Bandar Nanjing dan tukang-tukang kapal yang terbaik di seluruh China telah bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran pembuatan kapal daripada tukang-tukang tersebut merupakan taraf tertinggi bagi industri pembuatan kapal di dunia pada masa itu. Kapal "Baochuan" yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kapal "Baochuan" merupakan kapal layar bersaiz besar. Disebabkan pelayaran itu dilaksanakan berdasarkan titah Maharaja Zhu Di, maka kapal-kapal tersebut bukan sahaja ukurannya besar, tetapi juga diperlengkapi dengan kemudahan yang moden. Pada tahun 1957, sebuah batang kemudi sepanjang 11.7 meter daripada kapal "Baochuan" telah digali keluar daripada perut bumi di tapak bengkel pembuat kapal "Baochuan" di Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batang kemudi terseubt, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat lebih sebiru tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa itu.

Armada Cheng Ho terdiri daripada beberapa puluh kapal yang berbeza-beza saiznya. Jumlah keseluruhan pegawai, pedagang dan anak kapal armada Cheng Ho mencatat lebih 20 ribu orang. Sutera, barang porselin dan barang seni kraf tangan lain dimuatkan di dalam kapal-kapal tersebut. Semasa armada itu berlabuh di setiap pelabuhan luar negara, Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cap mohor yang diperbuat daripada perak dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara yang dilawati. Laksamana Cheng Ho juga menyampaikan titah Maharaja Zhu Di Dinasti Ming China yang menggalakkan negara-negara tersebut menghantar utusan melawat China agar meningkatkan pertukaran antara satu sama lain. 7 kali pelayaran seumpama itu telah dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho dalam tempoh 28 tahun. Pada tahun 1435, Laksamana Cheng Ho yang berusia lebih 60 tahun meninggal dunia di India dalam pelayaran ke-7 semasa kembali ke China.Armada Cheng Ho berjaya tiba di pantai Laut Merah dan pantai timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam 7 kali pelayaran itu. Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal separuh abad daripada Comumbus, pelayar yang terkenal di dunia.

Pelayaran Cheng Ho ke seberang laut juga telah meninggalkan warisan kebudayaan dan kesenian kepada kita. Sekarang banyak sasterawan telah menggubah drama, novel, drama TV dan lain-lain untuk menggambarkan pelayaran Laksamana Cheng Ho secara besar-besaran pada masa itu, memuji sumbangan yang dibuat oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia serta sumbangannya kepada persahabatan dan pertukaran antara China dan pelbagai negara di dunia.

CRI/-


Puisi Panjang "Chun Jiang Hua Yue Ye" yang Dihasilkan pada Zaman Dinasti Tang


Puisi yang dihasilkan pada zaman Dinasti Tang diiktiraf sebagai komponen yang paling cemerlang dalam kesusasteraan klasik China, kerana mempunyai keistimewaan yang tersendiri, iaitu penggunaan kata yang tidak banyak, susunan ayat yang rapi, dan gaya penggambaran yang unggul. Penyajak-penyajak yang hidup pada zaman Dinasti Tang bijak mencipta pemandangan yang penuh dengan khayalan untuk para pembaca sehingga menjadikan pembaca asyik menikmati keindahan khayalan yang digambarkan melalui karya mereka. Contohnya, puisi panjang yang bertajuk "Chun Jiang Hua Yue Ye" yang dihasilkan oleh Zhang Ruoxu.

Zhang Ruoxu yang hidup dalam tempoh peralihan dari era permulaan hingga ke kemuncak zaman Dinasti Tang, iaitu pada sekitar tahun 700 Masehi, tidak mencipta banyak karya semasa hayatnya, malah hanya meninggalkan dua buah karya sahaja yang masih tersebar pada masa ini. Sebuah daripadanya ialah "Chun Jiang Hua Yue Ye" yang bermaksud pemandangan malam di sungai pada musim bunga.

Kita tidak patut membuat tanggapan dengan melihat hanya terdapat dua karya sahaja yang ditinggalkan oleh Zhang Ruoxu. Sebenarnya satu sahaja karyanya, iaitu "Chun Jiang Hua Yue Ye" sudah cukup meletakkan beliau pada kedudukan penyajak tersohor dalam sejarah puisi zaman Dinasti Tang. Melalui puisi tersebut, Zhang Ruoxu mempamerkan kelebihannya dengan amat berkesan dalam menggambarkan pemandangan alam sekitar, sekali gus mencampurkan falsafahnya tentang kehidupan umat manusia serta hukum alam dan misteri angkasa lepas.

Puisi panjang "Chun Jiang Hua Yue Ye" berjaya mencipta sebuah gambaran yang hidup yang terdiri daripada sungai, bunga-bungaan dan bulan dengan berlatarbelakangkan pemandangan malam ketika tibanya musim bunga. Suasana yang diciptanya seolah-olah membantu para pembaca menikmati satu lukisan yang penuh dengan misteri, di samping menghayati harapan untuk mengejar kehidupan yang bahagia.

Pada permulaan puisi tersebut, Zhang Ruoxu menunjukkan sebuah gambaran yang tenang kepada pembaca dengan ayat-ayat yang berbunyi, "Air pasang perbani kelihatan terbentang luas bertemu dengan lautan pada lokasi yang kabur. Nyaman rasanya, cuaca sudah mulai menghangat setelah memasuki musim bunga. Cuba lihat, air laut yang berombak perlahan-lahan ini seolah-olah memikul Sang Bulan tertib dari bumi ke langit. Ketika melihat air laut yang bergelombang ini, aku yakin tiada satu pun sungai yang tidak diselimuti cahaya bulan. Betapa indahnya pemandangan sungai yang berliku-liku, yang mengalir melalui beting-beting yang ditumbuhi rumpun bunga dan rumput yang banyak. Cahaya bulan yang ternampak di celah-celah antara pokok yang sudah berbunga umpama bunga salji yang tertabur di atas pokok-pokok itu. Pemandangan di beting berubah-ubah antara jelas dan kabur kerana cahaya bulan yang terganggu pancarannya."



Setelah menggambarkan pemandangan alam yang murni, Zhang Ruoxu terus melontarkan pertanyaannya yang penuh dengan falsafah tentang kehidupan umat manusia kepada Sang Bulan, "Katanya, siapa yang paling awal nampak bulan? Bila Sang Bulan memancarkan cahayanya kepada umat manusia yang hidup dari generasi ke generasi, setiap generasi menghayati kehidupan yang berbeza-beza, sedangkan pemandangan bulan dan sungai tidak mengalami perubahan sejak sekian lama. Aku tidak tahu siapa lagi yang berdiri dalam cahaya bulan di tebing sungai pada masa ini, hanya melihat air sungai mengalir ke timur dengan tenang."


Akhirnya, penyajak ini menamatkan puisi panjangnya dengan sepotong ayat "Aku tidak tahu, setelah Sang Bulan memancarkan cahaya yang tenang ini, berapa ramai orang yang boleh pulang ke rumah mengikut masa yang sepatutnya? Hanya tinggal cahaya bulan yang bersinar di celah-celah pokok di tebing sungai yang membayangkan rasa resah mereka yang tidak dapat pulang ke rumah."

----DAZHONG

CRI/-


BTN; ‘Topeng Demokrasi’ Umno Untuk Memecahbelahkan Rakyat Malaysia

Email : Bahrin Saniran

Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishamudin tidak sama dengan apa yang diucapkannya berkaitan pembaharuan dalam Umno, yang mendakwa ada usaha dan kemahuan politik untuk berubah dikalangan pimpinan Umno.Sebaliknya, beliau sendiri, bukannya mahu menerima kenyataan, malah menyelar dan menuduh mereka yang mengutarakan isu berkaitan Biro Tata Negara (BTN).

Hishamudin berkata, saranan pemimpin Pakatan Rakyat mahu kerajaan memansuhkan program BTN adalah kerana ketandusan isu dan satu percubaan mengalihkan isu-isu dalaman.

”Apa? Saya pun tak faham ! BTN ni dah wujud lama ! Kenapa sekarang baru nak ditimbulkan ? Satu, saya rasa, mungkin mereka ketandusan isu; keduanya, saya percaya mereka nak alih pandangan dari masalah dalaman mereka sendiri,

”dan ketiganya, mungkin mereka bimbang bahawa BTN ini dapat betul-betul menekankan perkara yang cukup penting, iaitu dalam kita hendak membina negara bangsa dan dalam konsep satu Malaysia,”katanya.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/hisham1.JPGHishamudin berkata demikian dalam sidang media di Kampung Tok Jembal, dekat sini, (gambar kanan) ketika menjawab soalan wartawan berkenaan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkaitan isu terbabit.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing berkata, isu BTN bukan baru sekarang ditimbulkan dan bukan hanya berlaku dikalangan pembangkang, malah melibatkan pemimpin bukan Melayu dalam pakatan Barisan Nasional (BN).

Ng turut mempertikaikan kenyataan Hishamudin dan menyatakan pengisian kursus BTN tidak membawa kepada perpaduan dan integrasi nasional, malah bertentangan dengan konsep 1Malaysia.

Beliau mendedahkan, apa yang dialami oleh anak seorang rakannya, seorang pelajar Kolej Tuanku Abdul Rahman (Koleh TAR) yang menghadiri kursus anjuran BTN kira-kira dua bulan lepas.

Katanya, pelajar berketurunan Cina yang berasal dari Kuala Terengganu itu cukup sedih dan terhina kerana apa yang di ajar dalam kursus BTN adalah mengungkit isu-isu perkauman.

”Bukan sahaja mengungkit isu ‘ketuanan Melayu’ malah, pemimpin Pakatan Rakyat (pembangkang) termasuk orang-orang Melayu, Anwar Ibrahim dan Haji Hadi dianggap oleh penceramah BTN sebagai pengkhianat Negara,”ujar Chai Hing.

Kritikan Chai Hing turut disokong dan dikongsi bersama oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat@ Ramly.

Hanafiah ketika dihubungi berkata, BTN adalah ‘topeng demokrasi’ yang digunakan oleh Umno untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Menurutnya, BTN bermotifkan politik dan propaganda Umno, bukan program yang menimbulkan semangat patriotisma dan tidak akan membentuk negarawan yang mencintai Negara.

Sebaliknya, kata Hanafiah, ia adalah program untuk melahirkan individu yang ‘racist’, sayang kepada Umno dan kepimpinan Umno.

”Penceramah mengungkit tentang ketuanan Melayu, membangkitkan semangat kemelayuan, kononnya melayu itu Umno dan hanya Umno yang boleh menjaga Melayu,”jelasnya yang mendedahkan, beliau sendiri hadir dalam kursus BTN tidak berapa lama dulu.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan menolak kursus BTN yang akan dianjurkan kepada para pegawai negeri, seminggu lalu, isu BTN kini menjadi panas dan menjadi percakapan umum.

Semakin ramai yang bekas peserta kursus BTN tampil dan membuat pengakuan bahawa ia satu kursus yang banyak memberikan kesan negatif, namun pemimpin Umno seperti Hishamudin, bukan mahu menerima dan bersikap rasional, malah melemparkan tuduhan pula..buletinonline.net


Pemuda PAS Perak bersama dengan Ibadah Korban

Email : safarizal saleh

Assalammualaikum & Salam sejahtera,

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Korban yang di uruskan oleh Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Zairul Azrun Zainal Abidin.

Terima kasih.






Piagam Madinah Model Terbaik Bina Keharmonian

Oleh Mohd Shahrizal Nasir

KEJAYAAN Rasulullah SAW membina sebuah negara Islam terdiri daripada masyarakat berbilang kaum serta kepercayaan membuktikan Islam, agama yang menitikberatkan soal perpaduan dan kesejahteraan.

Sejarah membuktikan sebuah negara Islam bukanlah bermaksud semua warganya memiliki pegangan agama yang satu. Titik persamaan dalam mencapai tuntutan hidup dijadikan asas pegangan kepada semua pihak untuk terus bersatu tanpa memikirkan perbezaan kepercayaan, fahaman, budaya dan asal keturunan.

Atas dasar untuk memenuhi keperluan dan tuntutan hidup, kita dibenarkan oleh syarak untuk bersatu dan bersepakat dengan masyarakat bukan Islam asalkan ia tidak menyentuh perkara membabitkan soal akidah.

Perlu difahami dengan jelas bahawa dalam soal akidah, tiada istilah tolak ansur menangani sebarang isu berkaitannya. Mengetepikan soal akidah serta bersikap sambil lewa mengenainya bermakna seseorang itu sudah tergelincir daripada landasan Islam.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku." (Surah al-Kafirun, ayat 4-6)

Masyarakat Islam, Yahudi dan juga golongan Munafik yang mendiami bumi Madinah disatukan melalui piagam yang cukup penting dengan situasi dan keperluan mereka iaitu Piagam Madinah yang menghendaki setiap individu menjadikan keamanan dan kesejahteraan negara sebagai keutamaan.

Masyarakat bukan Islam yang terdiri daripada tiga kaum utama Yahudi di Madinah iaitu bani Nadhir, Qainuqa' dan Quraizah diberi perlindungan serta kebenaran mengamalkan kepercayaan masing-masing selagi semua terima Piagam Madinah dituruti dan dipatuhi.

Kerangka sebuah negara Islam Madinah seharusnya dijadikan contoh ikutan kerana ia sangat praktikal untuk negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang agama, bangsa dan keturunan.

Setiap anggota masyarakat haruslah sentiasa menjadikan kestabilan dan keamanan negara sebagai satu keutamaan dalam kehidupan bermasyarakat. Keadaan inilah yang menjadi antara inti pati kandungan Piagam Madinah yang digariskan oleh Rasulullah SAW satu ketika dulu.

Mengukuhkan perpaduan masyarakat pelbagai bangsa dalam konteks Malaysia ini, umat Islam tidak harus alpa terhadap keperluan untuk mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama saudara Islam yang ditunjangi oleh asas akidah Islamiah.

Sesungguhnya, pengukuhan ikatan persaudaraan sesama Islam berkait rapat dengan kebahagiaan hidup ukhrawi. Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Aku-lah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku." (Surah al-Mu'minun, ayat 52)

Tidak dapat dinafikan sikap tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain adalah antara perkara yang boleh mengukuhkan perpaduan ummah. Allah menggesa umat Islam sentiasa mempraktikkan amalan mulia ini dalam kehidupan demi mencapai kebahagiaan hidup bermasyarakat.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan, dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya) ." (Surah al-Maidah, ayat 2)

Oleh itu, tanggungjawab umat Islam amat besar untuk membantu sesama umat Islam yang berada dalam keadaan memerlukan. Selain itu, umat Islam turut berperanan dan bertanggungjawab membantu mereka yang bukan Islam atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak membiarkan ia dizalimi. Barang siapa yang berusaha untuk memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan membantu dan mempermudahkan hajatnya." (Hadis riwayat Muslim)

Sesungguhnya tiada cara lain bagi mengeratkan tali persaudaraan dan perpaduan umat Islam selain daripada sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam, agama yang menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia serta akhira t.

Renungilah pepatah Melayu, "bersatu teguh bercerai roboh", yang bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (agama Islam), dan jangan lah kamu berpecah-belah. " (Surah Ali-Imran, ayat 103)

Hanya dengan bersatu padu, umat Islam akan terus dipandang tinggi dan mulia. Sebaliknya jika umat Islam terus berbalah dan bersengketa, maka umat Islam akan menjadi lemah disebabkan fitnah yang tercetus, natijah daripada sikap dan tingkah laku umat Islam sendiri.

Persoalan yang perlu sama-sama kita muhasabah ialah sanggupkah kita mensia-siakan segala pengorbanan Rasulullah SAW untuk melihat Islam terus berkembang dan dipandang mulia. Marilah menjaga semangat persaudaraan supaya kesejahteraan terjamin dan keharmonian terpelihara.


Isu pijak gambar 3 katak di Konvensyen DAP

Sebentar tadi saya dihubungi oleh wartawan Utusan bertanyakan kewajaran mengenai isu memijak gambar dipintu masuk semasa Konvensyen DAP minggu lepas.

Saya mengatakan bahawa saya juga dijemput untuk hadir dalam program itu tetapi berhalangan kerana terpaksa memenuhi jadual dalam kawasan DUN yang ketat sesuai dengan Hari Raya Haji dan Ibadah Korban.

Kerana itu saya jelaskan saya tidak pasti sangat dengan kejadian itu dan baru mengetahui dari apa yang dimaklumkan oleh wartawan Utusan berkenaan. Jadi tidaklah adil kalau saya memberi ulasan kepada perkara yang saya tidak jelas ceritanya.

Namun yang lebih penting dari itu saya jelaskan isu sebenarnya ialah mereka semua telah belot kepada parti masing-masing sedangkan mereka diundi berdasarkan lambang DAP dan PKR. Ertinya mereka telah khianat kepada amanah dan undi rakyat yang memilih mereka.

Saya juga menjelaskan rakyat boleh menilai apa yang berlaku sekiranya benar, sama ada wajar atau tidak saya kira rakyat Perak boleh menilai kerana kemelut politik yang berlaku di Perak sebenarnya adalah kesan dari belotnya Jamaluddin, Osman dan Hee.

Mudah-mudahan komen saya tidak diputar belitkan sesuai dengan permintaan saya di awal telefon yang saya terima.

HARI INI MENTERI PELAJARAN BERSUARA

Email : Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM YB! Maaf lama xhantar artikel sebab sibuk dengan jaga bapa mertua sakit.

Hari ini tanggal 30 November 2009, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran mahu semua sekolah apabila penggal persekolahan dibuka kelak, mesti pastikan seorang pelajar cukup dengan satu kerusi dan satu meja serta buku2 teks. Perkara2 ini wajib ada bagi semua pelajar dan pihak kementerian pelajaran dan pihak sekolah harus memandang serius perkara ini. HEBAT! MEMANG HEBAT! Ayat inilah yang saya tunggu2 selama ini.

Kenapa saya berkata begitu? Xpayahlah TPM nak tunjuk beliau hero dalam memperjuangkan pendidikan kepada rakyat Malaysia. Kalau setakat kerusi,meja dan buku2 tekstu semua dah ada. Kenapa tak beritahu 1 Malaysia apa yang tidak disalurkan kepada sekolah mulai tahun 2010? KWAMP, SUSU SEKOLAH, SBT BAUCER TUISYEN tidak diberidah kepada sekolah. Siapa yang rugi? Pelajar2, orang2 susah dan rakyat Malaysialah yang rugi. Siapa yang membuang BUDGETini? Tanyalah si MENTERI PELAJARAN..............Hari ini hak Rakyat DIBISUKAN LAGI.......

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

"Umno kini busuk hingga ke ususnya" - Mahathir

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

HarakahDaily.Net/-

Minggu Halal antarabangsa 8-10 Disember

SHAH ALAM, 30 Nov: Islamic Tourism Centre (ITC) akan menganjurkan minggu halal dan perlancongan Islam antarabangsa Malaysia pada 8 - 10 Disember ini.

Minggu yang bertema “Showcasing Islamic Wonders” akan diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC), Petaling Jaya, Selangor mulai jam 10 pagi hingga 6 petang.

Islamic Tourism Centre (ITC) bersama-sama Khaaz International Sdn.Bhd, Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dan GITC Sdn. Bhd akan menganjurkan Persidangan Halal dan Pelancongan Islam Antarabangsa Malaysia bagi memberikan informasi secara meluas mengenai pembangunan kepada syarikat-syarikat Malaysia dan juga peluang-peluang yang boleh didapati di dalam pasaran industri halal.

Para penceramah adalah terdiri daripada pakar-pakar di dalam industri halal seperti MATRADE, SMIDEC, SIRIM yang akan bersama-sama berkongsi maklumat tentang pelbagai ciri-ciri serta syarat-syarat pasaran seperti aliran import, permintaan pasaran, taraf makanan halal dan peraturan-peraturan import. Mereka akan turut berbicara mengenai cara-cara mendapatkan peluang mengeksport ke luar negara.

Persidangan ini dijangka akan dihadiri oleh para pengeluar, para pengeksport, persatuan pedagang dan penyelidik.

Selain daripada itu, festival makanan dan produk halal akan menjadi daya penarik pengunjung pada Minggu Halal dan Pelancongan Islam Antarabangsa (IISTHAL) yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid (SPCC) bermula 8 sehingga 10 December 2009.

Acara –acara yang akan diadakan pada minggu tersebut adalah seperti berikut:

• Persidangan Halal 2009

• Halal Malaysia 2009: Pameran Antarabangsa untuk Produk, Infrastruktur dan perkhidmatan Halal Termasuk Pelancongan Islam.

• Persidangan dan Pameran Pelancongan Islamic Global (GITC 2009)

• Festival Makanan Halal Global (Giff)

• Pelancaran Pertubuhan Pelancongan Islam Global (Gito)

• Pengumuman mengenai 7 Keajaiban Dunia Islam (7Wonders)

• Majlis Makan Malam IISTHAL dan Anugerah Kecemerlangan Halal Malaysia 2009

• Pertandingan Masakan - Media dan demonstrasi masakan oleh Selebiriti serta Chef –chef terkemuka.

Turut diadakan Pameran dan Persidangan Pelancongan Islam Global 2009 serta Pameran dan Persidangan Halal Malaysia 2009.

Anugerah Kecemerlangan Halal Malaysia 2009 turut diadakan bagi mengiktiraf syarikat atau organisasi yang banyak memberi sumbangan dalam industri halal tempatan.

Festival Makan Global turut serta dalam penganjuran kali kedua tahun ini bagi memberi pendedahan kepada ejen pelancongan terutama dari negara – negara bukan Islam mengenai industri makanan halal.

Setiap tahun, pasaran makanan halal dunia mencatatkan dagangan sebanyak RM 4.5 trilion, ianya menjadi industri penting dalam usaha menarik kedatangan pelancong bersesuaian dengan budaya dan agama mereka ke negara ini.

Antara negara-negara yang telah mengesahkan penyertaan termasuklah Korea Selatan, China, Thailand dan Azerbaijan.

Satu lagi acara yang pasti menarik perhatian para pengunjung ke IISTHAL 2009 , adalah penganjuran “Media Culinary Competition “ dan demostrasi masakan oleh selebiriti terkenal Malaysia.

Pertandingan dan demostrasi ini dianjurkan dengan tujuan memberi peluang dan menguji kemahiran serta mecungkil bakat serta kreativiti para wartawan media. Hadiah menarik beserta sijil penyertaan bakal dibawa pulang oleh bakal pemenang.

Acara ini terbuka kepada orang ramai yang ingin mengetahui berkenaan pelancongan Islam dan industri produk Halal di negara kita dan luar Negara.

Untuk penyertaan dan keterangan lanjut sila rujuk kepada lampiran. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zainal di talian bimbitnya +6019 267 2200 atau melalui emel di Zainal@islamic-tourism.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau melayari www.itc.gov.my

HarakahDaily.Net/-

Bukit Antarabangsa: Jangan biarkan Pusat bersembunyi di belakang OSA

SHAH ALAM, 30 Nov: Kerajaan Negeri Selangor tidak bersedia untuk membenarkan Kerajaan Pusat bersembunyi di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan terus menafikan hak penghuni Bukit Antarabangsa dan orang ramai bagi mendapatkan maklumat sebenar berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata, kerajaan negeri akan mencari jalan bagi memboleh maklumat itu didedahkan sepenuh.

"Pada masa sama, pihak perundangan Kerajaan Negeri sedang mengkaji beberapa peruntukan lain untuk mengubah status dokumen tersebut sekiranya Kerajaan Pusat terus menafikan permohonan Kerajaan Negeri ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Khalid memaklumkan, kerajaan negeri telah mengeluarkan laporan mengenai kejadian tanah runtuh itu dari dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Namun, pihak kerajaan pusat membantahnya kerana ia terletak di bawah bidang kuasa mereka bukannya kerajaan negeri.

Sehingga kini, laporan akhir kajian tentang punca kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa belum pun didedahkan kepada umum.

Ekoran itu Kerajaan Selangor berasa sangat kecewa kerana hasratnya untuk mengubah status laporan tersebut (to declassify) tidak mendapat sokongan Kerajaan Pusat.

Kerajaan Negeri dan agensinya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudahpun menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya dan Kabinet Kerajaan Pusat memohon kebenaran untuk mengeluarkan laporan kepada umum tetapi sehingga hari ini, belum menerima jawapan.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menegaskan pendiriannya sekali lagi bahawa Kerajaan Pusat mesti mendedahkan laporan tersebut demi kepentingan umum, terutamanya kepada penghuni Bukit Antarabangsa.

Laporan tersebut yang disediakan oleh Jabatan Cerun Bukit Kementerian Kerja Raya, dilaporkan sudahpun diserahkan kepada Majlis Perbandara n Ampang Jaya pada September lalu tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

Hanya pada November ini Kerajaan Negeri dimaklumkan mengenai laporan tersebut.

Oleh sebab laporan itu menyentuh isu tanah, iaitu dalam kuasa undang-undang Kerajaan Negeri, maka Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Kerajaan Negeri (MMKN) pada 18 November 2009, bersetuju menggunakan kuasa Menteri Besar menurut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 untuk mengubah status dokumen tersebut (to declassify the document).

"Dengan ini diberi penegasan di sini bahawa Ahli-Ali MMKN (EXCO) bersetuju mengambil tanggungjawab penuh terhadap keputusan pengubahan status laporan tersebut.

"Pegawai-pegawai lain Kerajaan Negeri pula tidak dilibatkan dalam usaha membuat keputusan tersebut, dan dengan yang demikian, mereka tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. Maka dalam hal ini, Kerajaan Negeri memberi jaminan untuk melindungi kesemua pegawainya daripada apa-apa tindakan undang- undang, jika ada, yang berkaitan dengan isu ini," kata Khalid dalam kenyataannya.

Kerajaan Negeri, katanya, sedang melakukan segenap usaha bagi memastikan badan-badan dalam Kerajaan Pusat memberikan kebenaran untuk mendedahkan apa-apa laporan kepada orang ramai.

HarakahDaily.Net/-

M Jusoff Taib: Carilah ‘Kolonel Mat’ sehingga ke negeri Cina

BARANGKALI sekarang ini ada yang meninggalkan kerja melombong emas untuk mencari ‘Kolonel Mat’ . Hari ini banyak berita tentang halimunan yang diberi nama

‘Kolonel Mat’. Saya anjurkan seluruh pencari ini mencari sebuah kitab petunjuk indeks Al-Quran dan mencari ayat-ayat Al-Quran di bawah jodol atau thema ‘Al-Munafiqiin’.

Para jemaah PAS termasuk pemimpin-pemimpin bawahan tak usah kecoh riuh-rendah bagai mengejar dan memintas si pencuri di tengah malam buta. Buat penelitian dan pengecaman mendalam. Tidak berdasarkan ‘suu’u dzan’. Macam Nabi saw buat dulu, diam-diam lupuskan pengaruh ‘Kolenel Mat’ Itu sajalah.

Dan saya rasa, biarlah isu ‘Kolonel Mat’ terus ada sehingga PRU-13. Supaya Jemaah PAS sekelian tidak lupa, bahawa menimbulkan krisis di sekitar ketokohan Tok Guru Nik Aziz merupakan satu asset UMNO menjelang PRU-13. Dan saya yakin, jika sekiranya Tok Guru Nik Aziz dengan senang hati meletak jawatan, isu yang lebih besar akan timbul di Kelantan untuk menghilangkan tuah PAS menjelma majal.

Ini bukan persoalan yang menggantikan itu layak atau pun tidak, tetapi memang itulah yang ada dalam perancangan musuh. Jadi, waimma yang layak pun akan dijadikan isu ketidak-layakannya. Nafsu berpolitik tikam-menikam akan menjadi agenda ‘Kolonel Mat’. Jika sekirannya di dalam PAS Kelantan para tokoh di bawah Tok Guru Nik Aziz saling renggang merenggang, bererti UMNO Kelatan dapat merasakan tuah politik berada di tahap 50-50 macam dulu – 20 tahun dulu !

Dan jika kemasukan duit minyak yang bernama belas kasihan ke atas Melayu Kelantan bernama ‘Ehsan’ , dah ada congak 60-40 menyebelahi musuh. Dan barangkali inilah Tok Guru akan terus berdegil pada tempatnya. Bukan masalah peribadi, tetapi masalah Kelantan. Masalah politik Islam di Kelantan.

Pada hemat saya, Tok Guru Nik Aziz harus terus pada kedudukan sekarang. Para jemaah PAS serahkan kepada Allah dalam hal ini seperti mana Tok Guru Sendiri merasakan bahawa dalam soal ‘royalti minyak’ menjelma sebagai ‘ehsan kerana minyak’, dia terpaksa bermunajat dan mengadu kepada Allah Azza Wajalla sahaja.

Wang itu dari Pertonas kepada Federalisme Malaysia yang di kuasai UMNO, dari UMNO melalui kerajaan Pusat akan merasuah rakyat Kelantan. Dan jika keadaan politik PAS di Kelanatan terus kacau, sekurang-kurangnya UMNO mengharapkan kedudukannya pada paras 55% pun jadilah. Dan ‘kolonel mat’ boleh tumpang tuah komisyen barangkali – dengan sangat memuaskan.

Politik Islam lain daripada politik secular, walau pun nampak kulitnya secular. Politik Islam adalah politik yang halus di sebalik kasar dan kasar di sebalik halus. Yang jelas, politik Islam ini menyerah hasil kerjanya kepada Allah sebagai ibadah. Dia bukan menjual Islam untuk nampak lebih islamik. Tapi tak apa nampak kurang islamik sedikit, asal hak-hak Allah menang – iaitu Islam !

Dan disitulah bahaya Tok Guru Nik Aziz kepada musuh. Kata musuhnya dalam hati, “ orang tua tu degil tak degi”. Ketika Tok Guru Nik Aziz sanggup bertindak mendengar komen cendekiawan luar, ramai tokoh-tokoh bilis PAS marah dan sinis.

Tapi saya persoalkan, tidakkah itu menggambarkan “PAS for all” yang paraktikal. Sekarang para cendekiawan yang kecewa dengan budaya politik Malaysia yang berkarat itu, merasakan PAS adalah saluran idealisme kecendekiawan mereka yang mereka harapkan PAS boleh menjadi saluran perubahan.

Yang penting bagi PAS sekarang turun ke markaz akar umbi dan mengobati kebingunan para jemaah di kampung-kampung yang mungkin pening lalat dengan politik PAS yang canggih sekarang. Itu amat utama dibandingkan masing-masing menulis dalam blog dengan komen bercelaru dan menyebabkan UMNO mendapat umpan mudah untuk memancing isu.

Gerakan Islam ialah gerakan lingkaran spiral di mana aktivisnya terus berjihad meluaskan lingkaran spiral dan tetap bersambung kepada titik tengah spiralnya, macam berjuta-juta jemaah haji tertumpu kepada Ka’bah dan hajarul Aswad. Atai macam bentuk galaxy. Itu pun yang Tok Guru Nik Aziz mahu selama dia menjadi pemimpin PAS. Supaya spiral pengaruh Islam itu semakin luas lingkarannya dan lingkaran itu tidak putus dari titik tengah itu. Titik tengah itu adalah hakikat Islam. Bukan sesiapa, tetapi Islam !

Saya fikir, jika Tok Guru Nik Aziz berfikir tentang dirinya sendiri, dia sebenarnya berasa amat bahagia dengan isu yang ada ini yang memberi peluang meletak jawatan. Tetapi bayangkan dia sedang memikirkan ‘spiral Islam’ itu. PAS Kelantan boleh memberikan kecederaan yang besar kepada PAS keseluruhannya. Ini perhitungan politik, bukan perhitungan ‘ kun fayakun ’ kuasa Allah. Kita hamba Allah harus melakukan yang kena, soal ‘kun fayakun’ itu mutlak hak Allah.

Mahu tidak mahu, Tok Guru Nik Aziz terpaksa menderita selama tiga tahun lagi. Dalam keadaan dirinya sendiri sudah keletihan. Adakah jemaah PAS boleh faham, atau adakah pemimpim-pemimpin yang lain berupaya memahami keadaan politik atas hitungan rugi dan untung Islam dalam keadaan PAS sekarang.

Dalam tektik perang Sun Tzu (saya disuruh oleh yang dikatakan Hadis belajar ke Cina!), dalam perang sesiapa yang ingin mengalahkan musuh, seharusnya mempastikan di mana ‘Tao Musuh’. Jika dengan tepat dapat membunuh ‘Tao Musuh’ bererti telah melumpuhkan semangat bala tentera. Ketika itu boleh dilakukan serbuah dan dengan mudah boleh mengalahkan bala tentera tanpa ‘sumber Tao itu’.

Bagaimana kalau sinar seminar cahaya Tao itu tak dapat dimusnahkan ? Oh, kita memerlukan “Kolonel Mat’. Dalam teori perang Sun Tzu, ejen musuh lebih mahal bayarannya dibandingkan ejen sendiri. Peranan ejen musuh yang menyebelahi kita ialah mengkelabu-kelalakan Tao sehingga ibadat bulan menjadi gerhana.

Demikianlah adanya. Wallahu a’lam bi-s-showaab !

(30hb. Nobember, 2009)

HarakahDaily.Net/-

Pemimpin Umno, PAS, mufti debat isu realiti Islam di Kelantan

KOTA BHARU, 30 Nov: Jarang berlaku pemimpin PAS dan Umno mampu duduk semeja bagi membincangkan masalah ummah. Namun, lain pula di Kelantan apabila beberapa siri wacana diadakan yang membabitkan kedua-dua pihak.

Berdasar kepada siri wacana yang diadakan sebelum ini hanya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang berani tampil pada gelanggang PAS bagi memperkatakan isu politik semasa.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zakarshi gagal hadir pada wacana yang juga diadakan di sini dianjur kerajaan negeri.

Dan pada 12 Disember ini sekali lagi wacana akan diadakan. Tokoh yang ditampilkan kali ini iaitu bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad dan Ketua Biro Agama Pemuda Umno Kelantan, Afandi Yusof.

Selain itu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan anggota Exco kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, manakala moderatornya, pensyarah kanan UKM, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof.

Wacana terbabit akan mengupas tajuk ‘Islam di Malaysia-Realiti dan Harapan’ akan diadakan pada 12 Disember ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, program berkenaan dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Selain itu Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Katanya, wacana tersebut diadakan bagi membincangkan kedaulatan Islam yang semakin ditekan pihak tertentu di negara ini sehingga ia seperti diperkotak katikkan.

"Selepas itu akan diadakan satu lagi wacana berkaitan royalti minyak. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa sudah menyatakan persetujuan menyertainya.

"Namun kita masih menunggu jawapan daripada wakil kerajaan pusat atau pun Petronas," katanya.

Baihaki yang juga Adun Pasir Tumbuh berkata, ceramah penerangan mengenai isu royalti minyak yang turut melibatkan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan diadakan di Kelantan dan Terengganu tidak lama lagi.

HarakahDaily.Net/-

Teguran Munirah tidak tepat

Teguran Munirah Mohd Nor terhadap Mohamad Shah adalah tidak tepat. Isu yang cuba disentuh oleh Mohamad Shah ialah perkataan "bodoh dan wahai si bodoh". Kalau tak ada perkataan ini orang lebih hormati pada anak tuan guru itu.

Memadailah kalau beliau menulis - ayahanda hamba sudah letih, jangan sekat kalau dia umum mahu berhenti. Ini sudah mencapai maksud. Bagi yang cuba menghalang bolehlah ditulis begini misalnya: hamba tahu ada yang cuba menyekat niat ayahanda hamba tapi berilah peluang dia berehat pula. Dah lama dia terajui Kelantan. Kita tidak kurang tokoh pelapis yang boleh menggantinya.

Bila berdepan dengan orang lulusan agama ini saya pun naik hairan- bahasanya apakah harus totok, keras, pongah. Sedangkan bahasa Melayu itu indah, penuh kias, seninya boleh melemahkan perasaan, membangkitkan kesayuan dan menyegarkan jiwa.

Kenapakah kalau orang tidak setuju dengan kita dan tidak mahu dengar kita cakap, cepat sangat kita melatah - wahai si bangang, wahai... Apakah kerana selama ini kita anggap mudah belajar bahasa Melayu sehingga untuk menyusun ayat jelujur pun kita menjadi sukar. Sama-sama kita renungkan.

HarakahDaily.Net/-

17 keluarga dapat sumbangan Pemuda PAS Sarawak

MIRI, 30 Nov: Walaupun tidaklah termasuk dalam negeri-negeri maju PAS, namun Pemuda PAS Sarawak tidak mahu ketinggalan dalam usaha mereka membantu rakyat.

Mereka bukan membantu sekali tetapi juga memberikan sumbangan tetap bulanan kepada keluarga yang mereka fikirkan layak untuk menerima sumbangan itu.

Beberapa keluarga telah mereka kenal-pasti untuk diberikan bantuan susulan atau bantuan tetap seperti pembiayaan pembelajaran anak, sumbangan bulanan tetap dan beberapa bantuan penyediaan kemudahan asas yang lain.

(Gambar: Pemuda PAS Sarawak meredah denai untuk memberikan sumbangan kepada yang memerlukan)

Antara yang bakal mendapat bantuan susulan adalah seorang ibu tunggal yang terpaksa menjaga anak beliau seramai 12 orang dan dalam masa yang sama beliau menghadapi kecacatan penglihatannya.

Bantuan ini mereka lakukan dengan kerjasama PAS Kawasan Miri atas nama Program Pembelaan Rakyat Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak.

Sebanyak 17 keluarga telah mendapat sumbangan bantuan daripada mereka dan PAS Kawasan Miri. Antara yang disumbangkan adalah beras, minyak masak, tepung gandum, gula dan kurma.

Turut hadir di dalam program ini adalah YDP PAS Kawasan Miri Haji Jofri B Jaraiee.

Program Pembelaan Rakyat merupakan inisiatif daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak bagi membantu rakyat yang terpinggir daripada arus pembangunan dan tidak mendapat bantuan terus daripada kerajaan.

“Program Pembelaan Rakyat adalah bertujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan di samping merapatkan PAS kepada masyarakat.

Program ini akan tertumpu kepada kawasan-kawasan sasaran di Sarawak iaitu Miri, Bintulu, Kuching dan Batang Lupar,” kata M Arifiriazul B Paijo, Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak.

(Gambar: Antara keluarga yang mendapat perhatian Pemuda PAS Sarawak)

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menambah dana kepada Tabung Pembelaan Rakyat bagi menggerakkan Program Pembelaan Rakyat.

Sumbangan boleh disalurkan kepada nama Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak(BANK ISLAM MALAYSIA BHD: (11013010070358).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada M Arifiriazul, Naib Ketua Pemuda PAS Sarawak di talian 0138377505.


HarakahDaily.Net/-

Tidak upaya hasilkan vaksin H1N1, tempah 400,000 dos harga RM14 juta

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Parlimen hari ini dimaklumkan bahawa sejumlah 400,000 dos vaksin H1N1 berharga RM14 juta telah ditempah dan dan bekalan pertama vaksin H1N1 berjumlah 46,000 dos telah diterima bulan ini.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BN-Papar) bahawa menjelang bulan depan negara mempunyai 78,000 dos vaksin itu dan selebihnya dijangka diperolehi pada Januari depan.

"Vaksin ini akan diberikan kepada petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pesakit dan juga keselamatan negara serta kepada kumpulan berisiko tinggi," katanya menjawab soalan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah).

Rosnah memberitahu bahawa walaupun negara belum berupaya menghasilkan vaksin tetapi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan penyelidikan terhadap genetik virus A (H1N1).

Kerajaan katanya telah menubuhkan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan bagi menyelidik dan menghasilkan vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit seperti Influenza A (H1N1).

Syarikat itu, 9BI0, dijangka menjalankan penyelidikan dan menghasilkan vaksin bagi kegunaan tempatan dan negara-negara serantau, katanya.

Sebelum itu, Rosnah menjelaskan bahawa kementerian sedang bekerjasama dengan syarikat farmaseutikal antarabangsa iaitu GlaxoSmithKline yang berpusat di London bagi mendapatkan vaksin tersebut.

Fong dalam soalan tambahannya mahu kementerian memberitahu langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan supaya pelawat, pelancong dan rakyat tidak bimbang dengan gejala yang berlaku, seperti di Austarlia di mana, tiada tanda ketakutan dan kerisauan kepada pelancong yang datang ke negara tersebut.

"Adakah langkah yang diambil seperti pengawasan di KLIA?

"Tiger Wood boleh datang ke Australia tanpa rasa bimbang dan Austraia menangani H1N1 seperti penyakit biasa. Adakah kerajaan mempunyai perancangan dan langkah-langkah seperti itu?" katanya.

Rosnah menjawab bahawa tindakan dan langkah-langkah kerajaan menangani penyakit tersebut dianggap antara yang cemerlang berbanding negara lain.

"Setakat ini jumlah kematian kekal 77 orang dan ianya tidak sampai satu peratus," katanya.

HarakahDaily.Net/-

Rundingan MCA Dilanda Kebuntuan, Berbalah Tentang Pemilihan Baru

KUALA LUMPUR, 30 Nov :- Kumpulan yang berbalah dalam krisis kepimpinan MCA yang masih berlarutan dikatakan gagal mencapai sebarang persetujuan berhubung cara terbaik bagi menyelesaikan masalah terbabit.

Ini berikutan kegagalan mereka mencapai kata sepakat mengenai tarikh baru untuk mengadakan semula pemilihan parti dan sama ada pemilihan itu perlu membabitkan keseluruhan jawatan parti atau hanya anggota Jawatankuasa Pusat (CC) parti sahaja.

"Mereka masih diselubungi kebuntuan. Mereka belum lagi mencapai apa-apa persetujuan mengenai pemilihan baru," kata sumber parti kepada Bernama di sini hari Isnin.

Dalam pertemuan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan krisis itu malam semalam, kumpulan yang berbalah itu dikatakan masih bertegas dengan "penjadualan masa pilihan" mereka. (Mesyuarat malam semalam merupakan yang ketiga diadakan selepas mesyuarat serupa berlangsung pada 23 dan 24 Nov).

Sumber menyebut kumpulan yang diketuai oleh Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai bertegas untuk mengadakan pemilihan baru dalam masa 60 hari -- paling lewat menjelang Januari tahun depan dan ia seharusnya membabitkan anggota CC sahaja.

Bagaimanapun, kumpulan yang diketuai oleh Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dikatakan bertegas supaya pemilihan itu diadakan menjelang Mac tahun depan dan ia seharusnya meliputi semua jawatan, termasuk sayap Pemuda dan Wanita.

Hadir dalam pertemuan bersama Muhyiddin adalah Dr Chua, Setiausaha Agung Datuk Wong Foon Meng dan kesemua empat Naib Presiden iaitu Liow, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Tan Kok Hong.

Wong, Kong dan Dr Ng dikatakan berpihak kepada kumpulan Ong-Dr Chua manakala Tan pula dikatakan lebih cenderung kepada Liow.

Bagaimanapun, Ong tidak hadir memandangkan beliau dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana sakit perut.

Terdapat khabar angin bahawa kedua-dua kumpulan mungkin kembali kepada formula yang diterima pakai bagi menyelesaikan krisis MCA pada 2002 ekoran keputusan kepimpinan parti untuk mengambil alih Nanyang Press Holdings Bhd.

"Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencari penyelesaian secara baik, maka tiada pilihan melainkan kembali kepada status quo. Ini bermakna setiap orang akan memegang semula jawatan asal mereka sehinggalah pemilihan parti seterusnya pada 2011," kata satu sumber lain.

Beberapa anggota CC dikatakan tidak berminat untuk mengadakan pemilihan baru, terutamanya mereka yang tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Terdapat juga spekulasi bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti yang dijadual pada 5 Dis mungkin ditangguhkan berikutan kebuntuan yang berlaku sekarang.

Apa jua keputusan berhubung perkara itu perlu ditangguhkan sehingga Rabu ini apabila CC, yang juga badan pembuat keputusan paling berkuasa dalam parti, mengadakan mesyuarat tergemparnya.

Muhyiddin, ketika mengulas perkembangan itu hari ini, berkata pelbagai cadangan daripada pemimpin MCA akan disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekembalinya beliau dari luar negara.

-- BERNAMA

1013 desak Jais beri tauliah semula kepada Khalid Samad

SHAH ALAM, 30 Nov: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini menerima memorandum bantahan dari 1013 ahli qariah masjid dan surau sekitar Shah Alam bagi membantah tindakan Jais menarik balik tauliah sementara kepada Ahli Parlimen mereka, Khalid Samad (gambar).

Memorandum itu menggesa Jais mempertimbangkan semula tindakan berkenaan.

Wakilnya, Ismahali Ismail berkata, tindakan itu dibuat kerana bagi mereka Khalid Samad merupakan seorang yang berkaliber dalam menyampaikan khutbah mahupun ceramah.

“Tujuan memorandum ini adalah untuk membantah apa yang telah dikatakan oleh Jais dan kami minta pada pihak Datuk Khusrin (Pengarah Jais) dan jugak Jais untuk mempertimbangkan semula tauliah yang berhormat kami.

"Kami berharap, jika ada kesilapan teknikal di mana-mana dapat diperbetulkan dan beliau mendapat semula pertauliahan dan biarlah pertauliahan itu pertauliahan tetap,” kata Ismaheli.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jais, Ahmad Zaki Arshad.

Ahmad Zaki enggan memberi sebarang komen berhubung penyerahan memorandum berkenaan.

Sebelum ini Jais telah menarik balik tauliah Khalid Samad dengan alasan ceramah yang disampaikan beliau tidak mantap.

Ismahali juga meminta Jais menjelaskan secara profesional sebab-musabah Khalid dilarang menyampaikan khutbah jumaat,
kuliah dan tazkirah di kawasan Parlimennya sendiri.

"Kalau penarikan (tauliah) itu disebabkan penyampaian (khutbah) YB Khalid tak mantap, jelaskan secara profesional di mana kelemahannya
sebab YB Khalid membaca teks khutbah yang disediakan JAIS sendiri," jelasnya.

Beliau juga seorang usahawan korporat menjelaskan bahawa beberapa masjid utama dan surau di sekitar Parlimen Shah Alam masih memohon
Khalid menyampaikan khudbah dan ceramah agama belakangan ini, namun ada halangan dari pihak tertentu dalam Jais sendiri.

"Banyak surau dan masjid sendiri minta YB Khalid beri khutbah dan ceramah, tetapi dihalang pihak tertentu atas alasan tauliah
sementaranya ditarik," jelasnya lagi.

"Sebagai wakil rakyat kita, tentu kita nak dengar khutbah daripadanya...sekarang banyak masalah sosial, sudah tentulah kita
memerlukan seorang pemimpin masyarakat yang lantang dan profesional seperti beliau (Khalid)."

Beliau mendakwa Jais seolah-olah tidak jujur menjelaskan kedudukan isu penarikan tauliah tersebut.

"Setahun sejak tahun lepas, tidak ada masalah...tiba-tiba ditarik balik atas alasan keselamatan dan (Polis) Bukit Aman tak mahu
jelaskannya bila dihubungi.


"Baru-baru ini, Polis berkata, tidak ada apa-apa masalah lagi. Cuma, bila dirujuk kembali kepada Pengerusi Jais, Datuk (Mohammed) Khusrin (Hj. Munawi), dia terluah kata khutbah Khalid tak mantap."

(Gambar: Ismaheli menyerahkan memo membantah penarikan tauliah Khalid Samad)

Ismaheli berharap Jais menilai semula tindakannya menarik tauliah sementara untuk menyampaikan khutbah dan ceramah agama daripada Khalid demi kepentingan Islam dan umatnya.

Bercakap dalam suatu sidang media yang sama, Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Basiron meminta Jais tidak menyalahgunakan kuasa mengeluarkan tauliah agama kepada para pendakwah Islam.

"Kita tak nafi tauliah itu perlu, cuma kita tidak mahu tauliah itu disalahgunakan seperti yang dikenakan ke atas Khalid tanpa suatu sebab.

"(Jais perlu) jelaskanlah di mana Khalid salah dalam penyampaian khutbah dan dakwah di masjid-masjid serta surau-surau...kalau Jais jujur kita sendiri boleh sokong keputusan ini."

Seramai 1013 ahli qaryah masjid dan surau seluruh Shah Alam telah menurunkan tandatangan dalam memorandum tersebut sebagai membantah tindakan Jais ke atas Khalid Samad.

Tindakan ini menjadi salah satu lagi protes rakyat ke atas Jais, setelah kes penangkapan bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidin sebelum ini disebabkan menyampaikan dakwah tanpa mempunyai tauliah.

HarakahDaily.Net/-

Tips Kuruskan Badan

oleh;Ibukesuma - Posted by aya
Email : - Upin@Ipin -


Nak kuruskan badan ni, tidaklah susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.

2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Dibawah ini saya catatkan petua atau tips nak kuruskan badan;

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap sama.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja teris.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.