
Beliau merakamkan ucapan takziah itu menerusi facebook.
"Awal pagi tadi saya diberitahu tentang berita kematian Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, Adun Pengkalan Kubor di Guangzhou China.
"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan bersabarlah dengan berita pemergian ini. Saya mendoakan agar Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas beliau."
Pada PRU13 lepas, Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat mendapat 10,174 undi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438) dan Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (65). -HARAKAHDAILY