26 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PEKAN – Keadaan dua pondok rehat yang roboh dan terbiar di taman perumahan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk di sini kerana dikhuatiri boleh mencederakan kanak-kanak yang bermain di taman itu pada waktu petang.
Naib Ketua Wanita cawangan, Rosnani Salim berkata, keadaan bumbung pondok yang tajam amat berbahaya dan berisiko menyebabkan kecederaan kepada anak-anak kecil penghuni taman ini.
Menurutnya, masalah tersebut sudah lama berlaku dan pihak pengurusan telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkaitan namun tiada tindakan diambil.
“Pondok pertama roboh pada 2010 manakala sebuah lagi yang terletak berhampiran rumah penduduk telah roboh Jumaat lalu akibat ribut.