Friday, March 28, 2014

Berakhirnya Permusuhan Bersenjata Filipina-MILF?

Ketua Panel Perdamaian dari Front Pembebasan Islam Moro (MILF) Mohagher Iqbal (kiri) bertukar dokumen dengan ketua perunding pemerintah Filipina Marvic Leonen (kanan) setelah menandatangani kesepakatan damai di Manila pada tanggal 15 Oktober. Turut hadir adalah Perdana Menteri Malaysia Najib Razak (belakang kiri), fasilitator perdamaian Malaysia Abdul Ghafar Tengku Mohamed (tengah) dan Presiden Filipina Benigno Aquino (belakang kanan).  [Cheryl Ravelo/Reuters]
Ketua Panel Perdamaian dari Front Pembebasan Islam Moro (MILF) Mohagher Iqbal (kiri) bertukar dokumen dengan ketua perunding pemerintah Filipina Marvic Leonen (kanan) setelah menandatangani kesepakatan damai di Manila pada tanggal 15 Oktober. Turut hadir adalah Perdana Menteri Malaysia Najib Razak (belakang kiri), fasilitator perdamaian Malaysia Abdul Ghafar Tengku Mohamed (tengah) dan Presiden Filipina Benigno Aquino (belakang kanan). [Cheryl Ravelo/Reuters]

Kewajaran, perjuangan sah Bangsamoro diiktiraf
Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) yang penuh bersejarah, ditandatangani di Manila hari ini yang memberi pengiktirafan terhadap kewajaran dan perjuangan sah rakyat Bangsamoro serta hasrat mereka untuk menentukan masa depan politik melalui satu proses demokratik yang akan menjamin identiti dan kemakmuran mereka.
  
Selain memberi kuasa berpemerintahan sendiri yang bermakna kepada Bangsamoro, perjanjian damai yang diusahakan Malaysia ini juga menyaksikan berakhirnya permusuhan bersenjata antara kerajaan Filipina (GPH) dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
  
"Ia akan membuka laluan ke arah mencapai penyelesaian politik secara rundingan berkaitan Persoalan Bangsamoro, dan dengan itu menamatkan konflik bersenjata antara GPH dan MILF, serta memupuk keamanan dan kestabilan di rantau dunia sebelah sini," demikian antara kata-kata yang terkandung dalam dokumen lima muka surat mengenai usaha untuk mencapai keamanan di selatan Filipina itu.
  
Menurut dokumen itu lagi, pihak yang menandatangani perjanjian itu komited untuk melindungi dan meningkatkan hak rakyat Bangsamoro serta penduduk lain di Bangsamoro berhubung maruah manusia; merapatkan jurang ketidakadilan sosial, ekonomi dan politik; dan memperbetulkan ketidakadilan sejarah yang dilakukan terhadap Bangsamoro selama ini.
  
Ditandatangani dengan disaksikan Presiden Filipina Benigno Simeon Aquino III dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Malacanang, perjanjian damai ini juga menjurus ke arah pemansuhan ketidaksamaan ekuiti budaya melalui modaliti yang dipersetujui bagi mengagihkan secara sama rata kekayaan dan kuasa politik demi kebaikan bersama.
  
"Pihak berkenaan mengiktiraf identiti dan kilanan sah Bangsamoro. Pada waktu yang sama, mereka juga mengukuhkan komitmen untuk saling menghormati identiti satu sama lain dan kesaksamaan harga diri setiap orang dalam komuniti politik," kata CAB itu.
  
GPH dan MILF berikrar untuk berusaha ke arah pelaksanaan sepenuhnya CAB berkenaan hingga membawa kepada tertubuhnya Pihak Berkuasa Transisi Bangsamoro dan kerajaan Bangsamoro.
  
Kedua-dua pihak juga akan berusaha ke arah penubuhan satu entiti politik baru Bangsamoro yang akan melindungi hak individu dan kolektif serta menjadi wakil yang benar-benar demokratik bagi penduduk yang bersifat pelbagai.
  
Mereka juga berhasrat memulihkan secara beransur-ansur kawasan yang sebelum ini terjejas oleh konflik dan menjadikannya komuniti yang aman dan progresif.
  
Turut disebut dalam perjanjian damai ini ialah penghargaan ikhlas pihak berkenaan kepada kerajaan Malaysia dan Najib kerana sokongan beliau terhadap rundingan damai GPH-MILF dan peranan yang dimainkan Malaysia sebagai pemudah cara pihak ketiga serta ketua misi Pasukan Pemantau Antarabangsa.
  
Mereka juga memuji Suruhanjaya Transisi Bangsamoro kerana usahanya menyiapkan deraf Undang-undang Asas Bangsamoro.
  
Penandatangan perjanjian itu ialah Miriam Coronel Ferrer, yang mengetuai panel damai kerajaan dan pengerusi panel MILF Mohagher Iqbal serta anggota panel masing-masing, di samping pemudah cara Malaysia Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku Mohamed.
  
Rundingan damai bermula di Filipina pada Januari 1997, diteruskan di bawah naungan kerajaan Malaysia mulai 2001, hingga membawa kepada Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro pada Oktober 2012 dan siapnya semua dokumen sisipan berkaitan pada Januari 2014.
  
CAB itu dilengkapi pelbagai perjanjian, garis panduan, terma rujukan dan kenyataan bersama yang ditandatangani dan diperakui oleh GPH dan MILF sepanjang berlangsungnya proses rundingan mulai 1997.
  
Ini termasuk Perjanjian bagi Penamatan Permusuhan Umum yang ditandatangani pada 18 Julai 1997 di Cagayan de Oro City, Perjanjian mengenai Rangka Kerja Umum bagi Penyambungan Rundingan Damai yang ditandatangani pada 24 Mac 2001 di Kuala Lumpur dan Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro yang ditandatangani pada 15 Oktober 2012 di Manila.
  
Dokumen lain yang ditandatangani termasuk lampiran mengenai aturan transisi dan modaliti (27 Feb 2013 di Kuala Lumpur), lampiran mengenai penjanaan hasil dan perkongsian kekayaan (13 Julai 2013 di Kuala Lumpur), lampiran mengenai perkongsian kuasa (8 Dis 2013 di Kuala Lumpur) dan lampiran mengenai penormalan (25 Jan 2014 di Kuala Lumpur).
Para pemberontak Front Pembebasan Islam Moro di Kamp Darapanan, provinsi Maguindanao, Filipina selatan, mengacungkan senjata api mereka saat merayakan penandatanganan kesepakatan damai tersebut. [Pat Roque/Reuters]
Para pemberontak Front Pembebasan Islam Moro di Kamp Darapanan, provinsi Maguindanao, Filipina selatan, mengacungkan senjata api mereka saat merayakan penandatanganan kesepakatan damai tersebut. [Pat Roque/Reuters]
 Para wanita Muslim berdoa pada tanggal 14 Oktober selama upacara dekat istana Malacañang di Manila, menunjukkan dukungan mereka bagi kesepakatan kerangka kerja dengan Front Pembebasan Islam Moro. Para wanita tersebut bepergian dengan karavan damai dari Mindanato ke Manila. [Cheryl Ravelo/Reuters] 
Para wanita Muslim berdoa pada tanggal 14 Oktober selama upacara dekat istana Malacañang di Manila, menunjukkan dukungan mereka bagi kesepakatan kerangka kerja dengan Front Pembebasan Islam Moro. Para wanita tersebut bepergian dengan karavan damai dari Mindanato ke Manila. [Cheryl Ravelo/Reuters]
    
Tambahan mengenai kawasan perairan dan zon kerjasama bersama Bangsamoro pula ditandatangani pada 25 Januari 2014 di Kuala Lumpur.
  
"Pihak terbabit berikrar akan mengotakan, menghormati dan melaksanakan kesemua perjanjian dan dokumen tambahan yang mereka tandatangani sebelum ini seperti yang dijelaskan dalam perjanjian rangka kerja dan lampirannya," kata CAB itu.
- Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails