Saturday, April 30, 2011

Tak Taat K'jaan Boleh Dibunuh -Ulama Pengganas UMNO


Shah Alam 30 Apr 11: Rakyat yang tidak mentaati kerajaan sekarang ini boleh dibunuh. Demikian fatwa ganas atau kesimpulan mudah tulisan dari seorang Ulama Muda UMNO dalam sebuah akhbar harian.

Kerana itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya (gambar) dengan penuh rasa tanggungjawab amat merasa kesal dengan kekeliruan tersebut.

"Rakyat hanya wajib mentaati kerajaan yang mentaati Allah dan Rasul-Nya," tegasnya sambil menghuraikan dengan lebih lanjut tentang duduk perkara sebenar.

Menurutnya, mereka yang membaca tulisan seumpama itu hendaklah berhati-hati jangan mudah terpengaruh dengan huraian yang jauh menyimpang dari kehendak dan pengajaran agama.

Sebaliknya, rakyat negara ini mesti berani menggunakan kuasa mereka untuk membuat perubahan setelah lebih 50 tahun mengiyakan apa sahaja dilakukan oleh kerajaan. Menurut beliau lagi.

"Jika rakyat negara lain seperti Tunisia menjadi 'pokka' lebih 30 tahun, Mesir juga lebih 30 tahun, rakyat Malaysia pula menjadi pokka lebih dari 50 tahun.." kata beliau serius dalam seloroh. Pokka atau sesumpah, adalah haiwan mirip mengkarung yang kerjanya hanya angguk sahaja, tak kira apa jadi sekelilingnya.

Bekas pensyarah UM dan UIAM berusia 72 itu berucap demikian ketika bercakap dalam Bicara Buku Prof Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawy di Masjid Negeri, dekat sini, tengah hari tadi. Turut serta adalah Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid, Jurnalis dan Editor Majalah Sabili Indonesia, Herry Nurdi dengan moderator oleh Ustaz Nazmi Karim. Slot Bicara Buku anjuran Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) itu, sempena mesyuarat agung pertama hari ini.

Ketika membahaskan isi kandungan buku Syeikh Yusuf, Datuk Hashim berkata, terdapat satu pengajaran besar yang terdapat di dalam buku itu.

"Setiap orang yang dilahirkan sebagai Muslim adalah seorang ahli politik yang boleh menggunakan kuasa mereka untuk menentukan siapa yang layak memerintah negara ini.

"Rakyat Malaysia sudah memberikan masa kepada kerajaan yang ada ini melebihi lima puluh tahun dan kini sampai masanya untuk mereka menggunakan kuasa ini memilih parti yang berhasrat mengangkat perjuangan kebenaran," tegasnya sambil menunjukkan isyarat mengundi.

Semasa merasmikan Mesyuarat Agung pertama Salimah selepas itu, Datuk Hashim juga berkata, penubuhan NGO Islam ini tepat pada masanya kerana berlaku berbagai masalah dalam negara ketika ini. Menurutnya, perjuangan untuk merubah keadaan ke arah penegakan kebenaran akan memakan masa, perlukan pengorbanan dan bersedia dengan cabaran menyentuh perasaan.

Turut berada di pentas adalah Penasihat-penasihat Salimah, Cikgu Azmi dan Mohideen Abdul Kader.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: UMNO mula melahirkan ulama pengganas... (IH/Harakah)

Ajak PAS Masuk BN: T/kasih! Muka Tak Malu


KL, 30 April 11: Sambil mengucapkan “terima kasih” kepada Datuk Seri Najib Razak, PAS dalam reaksi segera menolak sama sekali pelawaan terbaru Perdana Menteri agar parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN).

“Terima kasihlah atas jemputan, kami akan tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat kesetiakawanan yang sudah dibentuk dengan PKR dan DAP,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, Kuala Terengganu pagi tadi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, jemputan dibuat Najib di Kuala Terengganu adalah tindakan “terdesak” selepas BN terus gagal memperoleh sokongan masyarakat Cina termasuk ketika pilihan raya negei Sarawak baru-baru ini manakala gagasan 1 Malaysia digerakkan pentadbiran beliau tidak mendapat sambutan.

“Saya fikir pelawaan ini satu tindakan terdesak kepimpinan Najib. Saya tidak terkejut dengan pelawaan ini,” kata Salahuddin.

Kata beliau, kepimpinan Umno-BN akan menggunakan isu perkauman apabila setiap kali berhadapan dengan persekitaran terdesak sebagaimana dialami sekarang.

“Ini bukan kali pertama pelawaan macam ini dibuat... PAS tidak akan terperangkap,” katanya lagi.

Salauddin juga mendakwa pelawaan itu sebagai “terdesak” apabila mengatakan PAS harus meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah memperjuangkan Islam.

Kata beliau, soal PAS harus keluar Pakatan Rakyat hanya kerana kononnya DAP tidak pernah memperjuangkan Islam tidak timbul sama sekali.

Malah kata beliau, DAP juga sudah memberi jaminan bahawa ia akan menghormati perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Misalnya kata beliau, Islam adalah agama rasmi negara dan peruntukan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan Raja-raja Melayu adalah ketua.

“Kita ada Perlembagaan, agama rasmi adalah Islam dengan raja-raja adalah ketua... jadi tak timbul soal ini,” katanya sambil menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh wakil DAP juga “tidak pernah mengabaikan soal berkaitan dengan Islam... tiada apa-apa masalah.”

“Bagi kami ini bukan satu isu, dan soal ini tidak berbangkit sama sekali,” kata Salahuddin yang turut menyifatkan pelawaan itu sebagai “madu manis yang berbisa.”

Salahuddin juga berkata, beliau yakin yang prinsip dibawa DAP itu akan terus diamalkan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kelak.

Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang tak nak berkali-kali, pun masih pelawa lagi.. Muka tak malu!!

PM China Baca Al-Qruan, UMNO Indonesia Tak Marah Pun..

PM China Wen Jiabao berkunjung ke Universitas al-Azhar, Jakarta. (AP Photo/Tatan Syuflana)
Jakarta 20 Apr 11: Perdana Menteri China, Wen Jiabao, terkesan dengan Islam, yang salah satu ajarannya menjunjung tinggi perdamaian dan saling menghormati. Indonesia sebagai negara dengan pemeluk Islam terbanyak, ujar Wen, adalah contoh dimana toleransi ditegakkan.

Pada kunjungannya ke Universitas al-Azhar di Jakarta, Jumat, 29 April 2011, Wen mengatakan bahwa dia pernah membaca al-Quran. Isi kitab suci itu, ujarnya, mengajarkan perdamaian dan keselarasan hidup antar umat manusia.

"Saya pernah membaca al-Quran, ajaran di dalamnya memberitahukan kita bahwa dunia butuh perdamaian, harmoni dan keselarasan," ujar Wen, yang berbicara dalam bahasa Mandarin dan selanjutnya dialihbahasakan ke Bahasa Indonesia.

Wen mengatakan bahwa di China terdapat sekitar 20 juta penduduk muslim. Indonesia sebagai negara pemeluk agama Islam terbanyak, ujar Wei, membuatnya tidak merasa asing.

"Datang ke Indonesia, khususnya al-Azhar, saya merasa sudah kembali ke rumah," ujarnya.

Pada kesempatan itu, Wen menyerukan perdamaian umat manusia dan meningkatkan rasa saling menghargai antar bangsa. "Setiap negara harus saling menghormati bangsa dan agama. Umat beragama juga harus saling menghormati," ujar Wen.

Wen juga mengatakan terkesan dengan budaya Indonesia yang jumlahnya ratusan tersebar di seluruh nusantara. Dia mengatakan telah mengunjungi beberapa tempat di Indonesia, diantaranya adalah Jakarta, Yogyakarta dan Bali.

"Jika ada kesempatan lagi saya ingin tinggal lebih lama di Indonesia," ujarnya.

Wen tiba di Indonesia pada Kamis, 28 April 2011, dan akan kembali ke negaranya pada Sabtu sore, 30 April 2011. Pada kunjungan Wen, pemerintah China dan Indonesia akan menandatangani sejumlah perjanjian baru, yaitu kerjasama di bidang industri teknologi, pengajaran bahasa, pariwisata, perbankan, dan perkebunan kelapa sawit.

Kunjungan Wen ke al-Azhar adalah kunjungan dalam rangka meningkatkan kerja sama pendidikan bahasa mandarin. Pada kunjungan tersebut juga,Wen menyerukan kepada para generasi muda untuk terus maju.

Dia mengundang para pemuda Indonesia untuk datang ke China dan melihat perkembangan negara tersebut sambil belajar kebudayaan China yang telah berlangsung selama ribuan tahun.

"Untuk mengenal Tiongkok bukan perkara mudah. Kalau mau belajar budaya Tiongkok, harus pakai hati, otak dan kaki," ujar Wen.

Pakai kaki disini maksud Wen adalah harus bergerak, tidak bisa pengetahuan datang dengan sendirinya jika kita hanya duduk dan berpangku tangan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: UMNO ialah parti kebangsaan Melayu di Malaysia. Di Indonesia pun ada parti kebangsaan. Tetapi pemimpin-pemimpin UMNO (kebangsaan) Indonesia tak marah pun, bila bangsa Cina bukan Islam membaca Al-Quran. Di Malaysia pemimpin UMNO sangat sensitif bila pemimpin DAP baca hadis atau Al-Quran, apa lagi bila nak jadikan pemerintahnnya mengikut Khalifah Umar Abdul Aziz.

10 Tuntutan: Negara Islam Di Bumi Fir'aun

Kairo 30 Apr 11: Ribuan aktivis Salafi melakukan tiga aksi demonstrasi di Kairo setelah shalat Jumaat kemarin menuntut sepuluh tuntutan mereka yang diumumkan selama aksi protes di Alexandria minggu lalu, di negara berlambangkan fir'aun itu.

Mereka mengadakan aksi demonstrasi, pertama di depan masjid Fatih di Ramses Square, yang kedua di depan Masjid Nur di Abbasseya, dan ketiga di Jalan Ramses.

Tuntutan mereka termasuk terhadap Paus Koptik dan pembebasan isteri, dua imam Koptik yang diyakini telah masuk Islam tetapi ditahan oleh pihak gereja. Mereka juga menuntut agar sengketa antara Syaikh Hafiz Salamah dengan Jabatan Agama Wakaf segera diselesaikan.

Ratusan aktivis Salafi melangsungkan aksi protes di depan masjid Nur menyokong Syaikh Salamah Jumaat kelmarin, berada di tengah kawalan polis kehadiran pihak tentera. Ribuan mereka juga mengakui sebagai ahli "Koalisi Penyokong Muamaf" yang melangsungkan aksi protes di depan masjid Fatih.

Mereka menuntut Paus Koptik membebaskan penahanan isteri imam Kaptik yang masuk Islam, iaitu Camelia Shehata dan Wafa Konstantine. Pendemo itu juga menyeru agar membentuk negara Islam, dan mereka tidak akan meninggalkan daerah sekitar masjid Nur sampai tuntutan mereka dipenuhi.(IH)

Awie Hentam Bob, Salah BN Juga?

‘Bob usah hipokrit, riak’

HALAMAN HIBURAN

KL 30 Apr 11: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.

“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ramai yang menunggu-nunggu komen Ibnu Hasyim bahkan ada yang menelefon mengenai Awie hentam Bob, apakah kerana salah BN juga?

Tok Sah Jadi Kerajaan Kalau Tak Boleh Kawal Harga Ayam

PENGGUNA

KPDNKK, hentikan berkokok fasal ayam..

KL 30 Apr 11: Naik muak dengan kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai harga ayam. Tok sah jadi kerajaan le, kalau tak boleh kawal harga ayam. Sudah puluhan tahun cakap tak serupa bikin!

Kata beberapa peniaga di Chow Kit sewaktu di interbiau oleh Weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi, mengenai pengawalan harga ayam, berikutan pendedahan harga ayam di Chow Kit oleh akhbar myMetro hari ini.

"Kita kena hukum BN kerana tidak prihatin kepada pengguna.. Tidak menasabah langsung pihak berkuasa bergelar 'kerajaan' kalah dalam mempertahankan harga ayam oleh segelintir orang tengah yang men'spekulasi' barangan keperluan orang ramai." Kata seorang peniaga. "Turun jadi pemerintah kalau tak boleh kawal harga ayam!"

Hal ini berikutan janji KPDNKK menerusi Sekretariat Majlis Harga Barang Negara akan memantau harga ayam di pasaran walaupun ia bukan dalam senarai barang kawalan. Timbalan Ketua Urusetia Kanan Sekretariat, Mat Fauzi Awang, berkata pengguna perlu mengadu kepada KPDNKK mengenai peniaga yang meletakkan harga barang terlalu tinggi dan tidak munasabah untuk diambil tindakan.

"Mengadu? Pegi mampuih dengan mengadu.. Puluhan tahun dah dok mengadu! Aku nak bagitau peniaga-peniaga, hukum BN kali ini. Orang ramai, Hukum BN kali ini! Jatuhkan BN dalam pilihan raya umum kali ini!" Jerit seorang peniaga di Chow Kit pagi tadi.

Walaupun Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Persekutuan Penternak-Penternak Malaysia (FLFAM) mengesahkan bekalan ayam mencukupi untuk menampung permintaan pelanggan dari seluruh negara, namun peniaga ayam di Pasar Chow Kit, di sini, terpaksa menjual ayam dengan harga tinggi iaitu RM8 sekilogram.

Malah, tinjauan Harian Metro ke pasar itu mendapati harga ayam naik mendadak awal bulan ini iaitu daripada RM7 kepada RM8. Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin, berkata bekalan ayam di pasaran kembali stabil dan tidak sepatutnya berlaku kenaikan harga.

Bagaimanapun, katanya, masalah kenaikan harga ayam itu berkemungkinan berpunca daripada orang tengah yang mengambil peluang berikutan masalah kekurangan stok pada bulan lalu.

"Naik muak, loya tekak cerita fasai ayam dan janji KPDNKK atau Barisan Nasional... Hentikan berkokok fasa ayam.." Kata peniaga itu lagi. (IH)

Lihat sebelum ini...

Festival Lagu Islam Antarabangsa Di KL


HALAMAN HIBURAN

KL 30 Apr 11: Festival Lagu Keislaman (ISF) antarabangsa bermula hari ini pada 30 April dan 1 Mei ini dijangka akan mendapat sokongan ramai. Konsert tersebut akan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula pukul 8 malam ini.

Pada malam pertama, ISF2011 membariskan La Rappel (Perancis), Fez Meghani dan Aftab Ali (Amerika Syarikat), The Brothahood (Australia), Khalid Belrhouzi (Perancis) menampilkan Bennami (UAE) dan Ziryab (Brazil), Brotherz (Malaysia), Khaleel Muhamad (United Kingdom) dan legenda nasyid Indonesia iaitu Opick.

Sementara pada malam kedua, penyanyi nasyid terkenal dari Afrika Selatan iaitu Zain Bhikha, Debu (Indonesia), Yasin Sulaiman (Malaysia), Native Deen (Amerika Syarikat), Budi (Jerman), Aashiq al-Rasul (United Kingdom) dan kumpulan Noor (Amerika Syarikat) akan membuat persembahan.

Mengulas tentang festival tahun ini, pengarah Urusan Out Of This World Sdn Bhd, Adam Amanullah berkata,Adam,

Penyanyi nasyid terkenal Afrika Selatan, Zain Bhikha tampil pada malam kedua.

"ISF2011 pastinya lebih besar daripada edisi lalu. Barisan artis kali ini pun lebih ramai, di mana 14 artis luar dan tempatan akan membuat persembahan untuk dua malam.

"Malah, kesemua artis akan menampilkan pelbagai genre muzik nasyid seperti folk, acapella, hip hop, kontemporari, tradisional, pop dan world music.

"Kami berharap agar peminat nasyid akan datang beramai-ramai untuk menyaksikan festival ini kali ini."

Yasin dan kumpulan Brotherz wakili artis nasyid Malaysia.

Konsert yang berdurasi empat jam bagi setiap sesi itu akan memperlihatkan persembahan selama setengah jam bagi setiap artis.

Tiket-tiket yang berharga RM103, RM153, RM253 dan RM353 untuk setiap malam persembahan masih dijual menerusi Ticketcharge di talian 03-92228811 atau layari www.ticketcharge.com.my. Tiket juga boleh didapati di kaunter Saba Islamic Media (D44-D48) bersempena Kuala Lumpur International Fair di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Untuk maklumat lanjut, layari www.isfestival.com atau hubungi Cik Afizah di talian 03-77821332. Stesen televisyen TV AlHijrah bertindak sebagai penyiar rasmi. (IH)

Luaskan Jaring Niaga Melalui Karnival K'tan Halal



KL 30 Apr 11: Karnival Halal Kelantan yang akan diadakan buat kali pertama di negeri tersebut dari 28 hingga 30 Mei depan dijangka dihadiri kira-kira 50,000 pengunjung. Lapor Kosmo! Online hari ini.

Karnival yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu akan berlangsung di Kompleks Islam Darul Naim, Kota Bharu.

Menurut jurucakap Jakim, penganjuran karnival tersebut memberi peluang kepada pengeluar produk halal memasarkan produk mereka ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

"Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu perlu digunakan sebaik mungkin oleh pengeluar produk halal untuk mempamerkan keistimewaan produk masing-masing.

"Melalui karnival itu, mereka dapat meluaskan lagi jaringan hubungan perniagaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain menyediakan 80 gerai pameran, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti seminar panduan restoran halal serta pensijilan halal untuk industri perhotelan.

Katanya, penganjuran acara tersebut turut mendapat sokongan yang menggalakkan daripada syarikat-syarikat tempatan.

Mereka yang berminat untuk menjadi penyewa ruang pameran, lengkapkan borang yang disiarkan dalam akhbar Kosmo! dan faks ke 03-21661148 atau hubungi 03-21711128 untuk maklumat lanjut. (IH/Kosmo)

Friday, April 29, 2011

Doktrin Baru, Jihad Individu. Perluas Kalimat Pengganas?

Mayat pelaku peledakan bom Cirebon itu..

CATATAN PERJALANAN -Medan-Banda Aceh 4.

LELAKI itu berbaju koko hitam. Seluar dan pecinya hitam. Jaketnya juga hitam. Wajahnya oval, alis sedikit tebal. Setengah jam sebelum meledakkan dirinya di Masjid Adz-Zikra, Markas Polres Cirebon, markas pihak polis.. Dia singgah ke warung terpal biru.

“Dia memesan es teh,” ujar perempuan penjaga warung, di dekat pintu masuk markas polis itu. Matahari tegak lurus dengan masjid. Udara agak terik, pada Jumaat 15 April 2011 itu.

Salat Jumaat segera mulai, dan jamaah sudah berdatangan. Masjid itu tak besar, cukup buat 50 orang. Kebanyakan yang salat di sana adalah polis, dan para tetamu. Bila khatib naik ke mimbar, lelaki berpakaian hitam itu duduk di saf ketiga.

Lima belas minit kemudian, khotbah sedang berjalan. Si hitam bergerak-gerak ke saf kedua. Di saf pertama, ada Kapolres Cirebon AKBP Herukoco. Imam memulai salat dengan “Allahu Akbar”.

Masa itulah ledakan terus berdentum kuat. Bersama dentuman itu melesat pula mur, baut, dan paku. Masjid penuh asap putih campur bau mesiu. Para jamaah roboh, dan saf buyar. Sejumlah jamaah terkapar. Mereka terluka serius. Lelaki berbaju hitam-hitam itu tergeletak berlumur darah. Perut kanannya menganga.

Tidak ada korban tewas, tapi punggung Kapolres Cirebon AKBP Herukoco berdarah. Dia seperti habis berbaring di ranjang berpaku. Sejumlah pecahan benda tajam, dan mur melesak ke bawah kulit, di sekujur badan bahagian belakang. Pelaku itu, lelaki berpakaian hitam-hitam terkorban.

Beberapa hari kemudian, pihak polis memastikan lelaki hitam-hitam itu adalah Muchamad Syarif, 32 tahun. Dia warga Pekalipan, Cirebon. Orang tua Syarief, Abdul Ghofur, 66 tahun, yakin yang terkorban itu adalah anaknya. “Ada bekas luka di jempol kirinya. Giginya patah waktu SD (sekolah rendah),” ujar Ghafur. Hasil pemeriksaan DNA pun cocok dan tepat.

Begitu cerita yang ku dengari pagi ini di Banda Aceh. (Lihat sebelu ini.. Ini Dia, Muchamad Syarif, Pelaku Bom Bunuh Diri? )

Menyingkap Siapa Syarief? Tidak banyak diperolehi maklumat. Di katakan beliau tumbuh kononnya dari keluarga yang pecah. Ayahnya bekerja serabutan, sementara ibunya Sri Mulat berdagang kue di Pasar Kanoman Cirebon. Mereka tinggal di Astanagarib Utara, Kelurahan Pekalipan, Kecamatan Pekalipan, Cirebon.

Pada 1998 kedua orang tuanya bercerai. Sejak itu, Syarif banyak menghabiskan waktunya di luar rumah dengan bekerja. Dia sering ikut sejumlah halaqah, pengajian dengan sejumlah ulama di Cirebon.

Menurut Ghofur, Syarif sempat bergabung dengan Jamaah Tabligh. Ini adalah gerakan dakwah asal India. Dia aktif khuruj (dakwah keliling), dari satu masjid ke masjid lainnya di Cirebon. Dia mengajak jamaahnya mengikuti hidup gaya nabi, dari salat berjamaah di masjid, puasa Senin-Kamis, zikir, dan berdakwah.

Tetapi kononnya, belakangan Syarif kecewa. Gerakan ini hanya aktif menganjurkan kebaikan. Tetapi lupa dengan nahi mungkar, mencegah kemungkaran. Bagi Syarif, mengajak orang ke hal baik saja tidak cukup. Harus ada aksi mencegah kemungkaran. Perubahan pandangan itu terjadi sekitar 2008.

Begini ceritanya..

Pada suatu hari dia tidak sengaja menendang orang sedang tiduran di Masjid At-Taqwa. Dia terlibat gaduh mulut, dan nyaris adu fizik. Dia lalu dipisahkan Andi Mulya, pengurus masjid itu. Andi Mulya adalah Ketua Gapas (Gerakan Anti Pemurtadan dan Aliran Sesat) Cirebon yang juga aktivis FUI (Forum Ukhuwah Islamiyah).

Andi Mulya menasehati Syarif. Andi mengenal Syarif sebagai 'pribadi temperamental'. Bicaranya keras. “Dia suka cerita masalah keluarga, saya berpendapat dia broken home,” ujar Andi.

Lalu Andi mengajak Syarif lebih rajin hadir di pengajian Gapas dan FUI. Belakangan Syarif juga aktif di aksi massa organisasi itu. Dia seperti menemukan wadah. Baik Gapas mahupun FUI, terkenal garang di Cirebon.

  • Mereka kerap merazia tempat maksiat.
  • Mereka juga menutup gereja tak berizin,
  • dan menyerang Ahmadiyah.

Menurut Sumber VIVAnews.com di lingkungan organisasi itu mengatakan, dari gerakan itu pula pergaulan Syarif meluas. Dia berkenalan dengan para aktivis Jamaah Ansharut Tauhid (JAT) Cirebon. JAT adalah ormas (organisasi kemasyarkatan) Islam pimpinan Abu Bakar Baasyir. Mereka ingin menegakan syariat Islam melalui jalan dakwah dan jihad.

Sejak itu, Syarif berubah. Ia berjubah. Ia juga berseluar panjang cingkrang, membiarkan mata kakinya terlihat. Syarif juga pernah menasehati ayah dan keluarganya, agar kembali kepada ajaran Allah dan mengikuti hukum Allah. Syarif menganggap Kitab Undang-undang Hukum Pidana adalah produk hukum orang kafir.

Abdul Ghofur pernah menasehati anaknya agar tidak ekstrem. Tetapi, sejak saat itu Syarif mulai berani menentang orang tuanya. Dia selalu menentang tiap kali diberi nasihat. “Omongannya keras. Saya nasehati, malah dia bilang saya kafir,” ujarnya.

Syarif pun kerap terlibat dalam sejumlah aksi demonstrasi. Pada 19 September 2010, dia menyerang, dan merusak tiga minimarket di Cirebon. Soalnya kedai serbanika itu menjual minuman keras. Dari lima tertuduh ditangkap polis, salah satunya adalah Agung Nuar Alam. Agung adalah Ketua Jamaah Ansorut Tauhid (JAT) Cirebon. Agung dihukum lima bulan kerana aksi itu. Syarif sendiri terlepas.

Sesudah kejadian itu, Andi menyarankan Syarif ikut pengajian malam. Syarif mulai menurut, dan suka mengikuti pengajian. Terakhir, satu setengah tahun ini Syarif sudah tidak pernah terlihat di Gapas. “Dia bicaranya keras, ngeyel juga, kepada siapapun Syarif tidak nurut,” kata Andi.

Ada satu lagi kejadian elain menyerang kedai serbanika itu.. Syarif juga dikatakan membunuh seorang tentara, Kopral Satu Sutejo, anggota Koramis Sumber. Peristiwa itu terjadi 2 April 2011, dua minggu sebelum Syarif melakukan aksi bom bunuh diri atau bom syahid di masjid Polres Cirebon itu. Ketika itu Syarif bersama seorang temannya mampir di satu bangunan kosong, di daerah Sumber.

Kerana mencurigakan, anggota Koramil Sumber Sutedjo, bersama Ali seorang warga sivil, menegur keduanya. Sutedjo dan Syarif terlibat perang mulut. Sementara itu, Ali berada di luar bersama teman Syarif. Entah bagaimana, Syarif akhirnya menikam Sutedjo. Serdadu itu terkorban dengan belasan luka tusuk di tubuh dan lehernya.

Setelah menganiaya Sutedjo, Syarif dan temannya lalu memukul Ali. Lelaki itu terkapar pingsan. Syarif mengira Ali terkorban, lalu pergi. Kapolda Jawa Barat Suparni Parto menyojkong dan membenarkan kenyataan Syarif membunuh Kopka Sutedjo.

"Kira-kira begitu, kita memang mendapatkan indikasi dari data yang ada," ujarnya. SIM Syarif juga tertinggal di lokasi pembunuhan.

Kita samhung melihat kisah profail Syarif..

Syarif berkahwi9n dengan Sri Maleha, Juli 2010. Mereka tinggal di Desa Penjalin Kidul, Kecamatan Sumber Jaya, Kabupaten Majalengka. Menurut isterinya, saat pamitan Syarif izin mencari wang. Sri tengah hamil sembilan bulan. “Katanya beberapa hari saja. Pas nanti lahiran mau pulang,” ujarnya. Syarif pamit dua minggu sebelum bom meledak di Masjid Polresta Cirebon.

Ghofur bercerita, saat pernikahan Syarif, kawan-kawannya datang. Mereka berjubah dan berjanggut. Tapi anehnya saat kyai membaca doa, para tamu itu tidak ikut mengaminkan. Setelah acara pernikahan selesai, para sohib Syarif itu pamit.

“Mereka langsung pergi ke Ciamis. Katanya mau menghadiri tabligh akbar Abu Bakar Ba’asyir,” ujarnya.

Ba’asyir adalah Amir Jamaah Anshorut Tauhid (JAT), yang tengah diadili terkait pembiyaaan kamp latihan militer teroris di Aceh. Dari perkenalan dengan Gapas dan JAT itulah diduga pandangan Syarif jadi lebih garang. Pada akhir 2009 Syarif pernah bilang kepada ayahnya "Nanti Syarif akan bikin kejutan buat bapak dan keluarga." Saat terjadi bom di masjid Polres Cirebon itu, Ghofur teringat ucapan anaknya dua tahun lalu.

Tapi, apakah yang menyebabkan Syarief nekad?

Seorang tokoh gerakan Islam radikal dari Jawa barat, Asep Jaja, mengatakan ada perubahan strategi di kalangan pelaku jihad itu. “Semacam jihad fardiyah, atau jihad individu,” ujar jebolan kamp pelatihan militer di Mindanao.

Maka, kini muncul kader seperti Syarif. Cara pembuatan bom juga disebar melalui internet. Misalnya tulisan “Make a Bomb in The Kitchen of Your Mom” pernah dimuat di majalah milik Al Qaidah yaitu Inspire edisi No.1, dan telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia. Tulisan ini menawarkan materi pembuatan bom. Begitu mudah, sederhana, tapi mematikan. (Ibnu Hasyim: Cara Mudah Membuat Bom Sendiri.)

Tidak jelas apakah dia belajar itu semua ini melaluiu internet. Tetapi ada fakta menarik. Sebelum beraksi, dia meninggalkan wasiat.

Juru bicara Mabes Polri, Kombes Boy Rafli Amar mengungkapkan, wasiat ditulis di halaman belakang buku tentang jihad. "Ditemukan di buku ‘Jihad di Asia Tengah (Perang Akhir Zaman)’," kata Boy. Buku itu ditulis Syekh Abu Mus'ab As Suri. Tokoh militan asal Suriah itu terkenal 'penggagas' jihad individu.

Inti isi pesan Syarif adalah dia telah bersiap mati dalam aksi yang diyakininya sebagai jihad itu. Terdengar sedikit fatalis, Syarief menutup pesannya dengan kalimat: "Sungguh kehidupan dunia hanya menipu. Wassalam.” Lalu Syarif pun meledakkan dirinya di masjid.

Perhatian: “Semacam jihad fardiyah, atau jihad individu.” Apakah ini doktrin baru? Apa ianya memberi ruang kepada musuh=musuh Islam memperluaskan kalimat 'pengganas' bagi memerangi jihad Islam?

Sekian. Wallahu 'aklam.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Banda Aceh
26 Apr 11.

Ibnu Hasyim bergambar bersama beberapa pemimpin penulis sejarah Aceh selepas berucap di majlis tersebut di Lhoksuemawi beberapa minggu lepas. (Sila lihat liputan berita Waspada bertajuk 'Penulis Sejarah Aceh Perlu Dukungan Pemerintah -Ibnu Hasyim')

Rakyat Aceh di Lhoksuemawe berbaris membeli minyak tanah bersubsidi..

Ibnu Hasyim bersama rakyat Aceh..

Lihat siri catatan perjalanan Medan-Banda Aceh sebelum ini..

Berkenalan Dengan Al-Qaeda: Jelaskan Pendirian Di Libya


Ini adalah bukti visual Mujahidin Al Qaeda berada di Libya. Mereka berada dibalik Jihad melawan tiran diktator Muammar Qaddafi. Al Qaeda selama ini dikenal sebagai Organisasi Jihad yang sangat konsen dan konsisten membela kaum muslimin di seluruh dunia. Walaupun begitu mereka tetap difitnah dengan tudahan 'teroris' atau 'pengganas' diseluruh dunia, bahkan mengatakan Al Qaeda membunuh kaum muslimin dengan bom dan lain-lain.

Mujahidin Al Qaeda sama sekali tidak bergabung dengan tentara sekutu bentukan Amerika Syarijkat dibawah payung NATO, mereka selalu menjaga segala sesuatunya sesuai syariah Islam. Allahu Akbar! (IH)

Mengapa Video Seks Kotori Minda Anak Muda -UIAM

KAMPUS

KL 28 Apr 11: Usaha ibu bapa dan guru-guru seolah-olah hampa apabila siaran televisyen memaparkan cerita-cerita dan filem-filem yang sangat teruk, mempunyai adegan-adegan melampau dan pelakon-pelakon yang seksi.

Lebih hancur lagi harapan ibu bapa dan guru yang berusaha keras memastikan anak bangsa mempunyai nilai akhlak yang terpuji apabila isu video seks permainan politik diketengahkan. Bukan persoalan salah siapa, tetapi video yang dimuatkan dan gambar-gambar tidak bermoral ditayangkan untuk khalayak umum yang perlu dititikberatkan.

Begitulah keluhan seorang mahasiswa UIAM. Lihat kenyataan berikut...

FIRMAN Allah bermaksud: "Dan infakkanlah hartamu pada jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam lembah kebinasaan dengan tanganmu sendiri, dan berbuatlah kebaikan. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." [Al-Baqarah:195]

Ibu bapa hari ini sangat berwaspada dengan kegiatan anak-anak yang tidak bermoral melalui medium internet. Selain majalah-majalah yang memaparkan gambar berunsur negatif, internet adalah jalan alternatif yang mudah untuk memuat turun segala video yang diinginkan. Anak muda yang terdidik dengan sistem alam maya ini didedahkan dengan pelbagai video lucah di internet.

Kebimbangan ini semakin parah apabila tapisan yang dibuat di internet untuk mengelakkan anak-anak terjebak dengan gejala negatif ini seolah-olah hanyalah sebagai syarat yang mampu ditembusi oleh mereka. Guru-guru di sekolah juga sentiasa memasukkan elemen nasihat seperti menjelaskan kesan dan akibat daripada melihat video lucah.

Namun, usaha ibu bapa dan guru-guru seolah-olah hampa dan memutuskan semangat. Hal ini terjadi apabila siaran televisyen memaparkan cerita-cerita dan filem-filem yang sangat teruk, mempunyai adegan-adegan melampau dan pelakon-pelakon yang seksi.

Lebih hancur lagi harapan ibu bapa dan guru yang berusaha keras memastikan anak bangsa mempunyai nilai akhlak yang terpuji apabila isu video seks permainan politik diketengahkan. Bukan persoalan salah siapa, tetapi video yang dimuatkan dan gambar-gambar tidak bermoral ditayangkan untuk khalayak umum yang perlu dititikberatkan.

Akhbar tempatan memaparkan gambar lucah, siaran televisyen kerajaan menayangkan beberapa aksi panas dan pawagam rakyat (Youtube) mendedahkan segala cerita yang berlaku.

Video seks telah mengotori minda anak muda:

1) Pintu fitnah dibuka seluas-luasnya 2) Penyebaran video seks diberi lampu hijau 3) Tiada penjelasan daripada perspektif hukum Islam kepada seluruh rakyat mengakibatkan kekeliruan 4) Memberi persepsi politik kotor kepada anak muda

Dalam isu ini, peranan secara serius perlu dimainkan oleh golongan akademik dan ulama. Kes seperti ini telah membarah teruk dalam masyarakat khususnya anak muda hari ini.

Satu konvensyen besar-besaran perlu dianjurkan di peringkat nasional yang terdiri daripada golongan ulama, ahli akademik dan golongan profesional yang bebas daripada unsur politik bagi mengatasi konflik yang tidak terarah ini.

Anak muda khususnya mahasiswa Islam tidak sekali-kali dapat menerima hal seperti ini. Anak muda dan masyarakat menjadi mangsa pergaduhan politik sesama sendiri ini.

maksud firman Allah: “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.” [An-Nahl:125]

Justeru, saya menyeru kepada seluruh anak muda dan masyarakat luar agar kita semua berpegang dengan ajaran Islam dan nilai akhlak yang baik untuk mengelakkan terjerumus dalam kancah fitnah yang berleluasa ini. Semoga Malaysia lebih aman dan sejahtera.

We Unite For Islam

Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor
Mahasiswa UIAM


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menteri tv & media atau lain-lain yang berkaitan kena ambil perhatian, jangan buat-buat telinga kuali. (IH)

Permainan Komputer Hina Islam, Kerajaan Perlu Tegas.

NONEKAMPUS

KL 28 Apr 11: Kerajaan dan pihak berwajib perlu bertindak tegas ke atas satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini. Prmainan yang didakwa boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam dengan memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Demikian dinyatakan oleh Naib Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa/i Islam Universiti Malaya (PMIUM), Rohayu Rusli seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.

“Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

“Jadi, saya mewakili mahasiswa/i Islam UM menggesa pihak berwajib meneliti dengan lebih terperinci 'keadaan' permainan ini sebelum dipasarkan kepada pelanggan terutamanya remaja,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam permainan Devil May Cry 3 itu, pemain didakyah kononnya mereka berjihad menentang syaitan dan dikehendaki menewaskan makhluk itu dengan menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam juga dikatakan tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu Kaabah.

“Permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana Kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati,” katanya.

Rohayu juga menyifatkan permainan seumpama itu boleh menggugat keimanan dan akidah seseorang terutama apabila 'mempermainkan' agama Islam.

“Tindakan dan sebaran harus dibuat secepat mungkin bagi menyedarkan semua sebelum terlambat. Saya rasa isu ini sudah lama keluar, mungkin ramai lagi yang tidak tahu tentang ini (permainan itu)," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya kerajaan yang mengaku 'negara Islam' tahu tugasnya, kalau tidak mahu dikritik. (IH)

Tuesday, April 26, 2011

2025: Tekad Ahmadiah Qadiani 'Cuci Otak' Rakyat ..

Jalan masuk ke pesantren Tanah Merah 'Pondok Pendidikan Islam Darul 'Ulum

CATATAN PERJALANAN -Medan-Banda Aceh 3.

"SAYA mahu ke pesantren Tanah Merah." kataku kepada seorang penarik beca, semasa berada di bandar Bireuen Aceh Darus Salam, pagi itu.

"Ada dua pesantren di sana, yang mans satu?"

"Yang mudirnya anggota DPR (Dewan Perwakilan Rakyat atau parlimen bagi Aceh.)"

Saya pun berangkat dengan beca itu. Berlalu beberapa kilometer, naik bukit turun bukit, melalui sawah dan ladang. Akhirnya, masuk ke kawasan pasentren itu, dan terus ke rumahnya. Dipelawa naik.

"Oh. Tak sangka kita bertemu di sini. Apa khabar Kelantan pimpinan Tok Guru?" Kami berpelukan. "Kenapa tak beritahu dulu?"

"Datang secara kebetulan, tiada perancangan." Jawapku.

Diarahnya beca itu pergi, dibayar wangnya. "Hari saya ada masa, saya hantar ke mana saja mahu perg, tak perlu beca lagii. Atau tidur saja di sini.."

"Terima kasih. Datuk Husam dari Serambi Mekah Kelantan kirim salam kepada ustaz.. Sering bertanya tentang ustaz. Itu antara salah satu sebab saya kemari." Jawabku.

Datuk Husam pernah ke Banda Aceh memperkenalkan sistem 'Dinar Emas Kelantan', tahun lepas. Waktu itu, aku pun turut hadir sama. Ustaz ini antara penghubungnya. Beliau sering disebut-sebut sebagai Tengku Syeikh Mudawali penyambung pesantren ayahnya. Beliau menjadi wakil rakyat (anggotas DPR) negeri Aceh, dan penasihat agama kepada Gabernor Aceh.

"Maaf. Saya baru baik sakit beberapa hari lalu. Sebelum itu saya terlalu sibuk. Antaranya sedang memerangi ajaran sesat Ahmadiah Qadiani Ghulam Ahmad, yang menyerang Indonesia, sekarang. Mereka bertekat untuk 'mencuci otak' seluruh rakyat Indonesia menjelang tahun 2025." Katanya.

Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar pesantren Tanah Merah 'Pondok Pendidikan Islam Darul 'Ulum tersebut.
Mari kita lihat sepintas lalu yang dikatakan ajaran sesat Ahmdiah Qadiani Ghulam Ahmad itu. Ajaran Qadiani yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Ajaran ini adalah difatwakan bertentangan dengan ajaran Islam dan terkeluar dari agama Islam sebenar. Ertinya agama ini bukan agama Islam.

Perkataan Ahmadiah adalah disandarkan kepada nama Mirza Ghulam Ahmad sendiri iaitu pengasas ajaran ini. Qadiani atau Kadiani pula adalah diambil dari nama kampung atau kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daerah Gurdaspur, India. Ajaran ini telah tersebar hampir ke seluruh dunia sejak awal abad kedua puluh hingga sekarang.

Pada tahun 1885, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai reformis (mujaddid). Pada tahun 1891, mendakwa sebagai Imam Mahadi yang ditunggu-tnggu. Kemudian beliau dihasut oleh Nuruddin supaya mendakwa dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan dan ini juga dilakukannya pada tahun 1891. Pada tahun 1901 beliau mengakui dirinya sebagai nabi. Pada 1hb. November 1904, beliau mendakwa dirinya sebagai penjelmaan Krishna unutk orang-orang Hindu di samping sebagai Isa Al-Masih untuk orang-orang Islam dan Kristian.

"Jemaah Ahmadiyah al-Qadiyan masuk ke Indonesia pada tahun 1935 M. Mempunyai sekitar 300 cawangan, terutama di Jakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah, Sumatera Barat, Palembang, Bengkulu, Bali, dan lain-lain. Kini, Jemaah Ahmadiyah al-Qadiyan berpusat di Parung, Bogor, Jawa Barat, dengan gedung dan markas yang megah dan dilengkapi dengan peralatan yang canggih, serta perumahan seluas sekitar 15 hektar yang terletak di pinggir jalan raya Jakarta.

"Ahmadiyyah Indonesia juga mempunyai laman sesawang (web) rasminya sendiri, yang melancarkan propaganda dan ceramah secara langsung “khalifah” mereka di London. Selain itu, jumlah pemilikan dana Ahmadiyyah juga sangat besar. Untuk menggaji pegawainya sahaja, Ahmadiyyah mengeluarkan sekitar 60 juta Rupiah (satu juta rupiah kira-kira RM351) setiap bulan. Ahmadiyyah juga setiap bulannya menyebarkan risalah dan buku-buku yang berisi ajaran Ahmadiyyah secara percuma kepada masyarakat." Saya difahamkan.

Prof. K.H. Ibrahim Hasan LML, Rektor IIQ Jakarta mewajibkan kaum Muslimin untuk berjuang membubarkan Ahmadiyyah. Bahkan hampir seluruh ilmuwan Islam ketika itu telah menandatangani kesepakatan agar Ahmadiyyah dibubarkan, kerana telah menodai Al-Qur’an. Peristiwa itu terjadi pada bulan Juni 1995.

Malah, dalam buku “Ahmadiyyah dan Pembajakan Al-Qur’an” karya M.Amin Djamaluddin, disebutkan bahawa kitab “suci” Ahmadiyyah, “Tadzkirah” telah meniru dan mengubahsuai ayat Al-Qur’an sebanyak 132 ayat. Dalam Tazkirah, sang nabi palsu, Mirza Ghulam Ahmad mencampur-adukkan ayat-ayat suci Al-Qur’an dengan bahasa Arab, bahasa Urdu, dan bahasa Parsi.

Di Malaysia pula, kedatangan dipercayai pada awal tahun 1930-an.dan penyebarnya yang pertama dipercayai Maulana Husin Iyaz yang datang ke Singapura pada tahun 1935 dan pejabatnya ialah di No. 116, Unan Road, Singaoura 15. Melalui pengkalannya di situ beliau menyebarkan ajaran ini. Selepas Maulana Husin Iyaz, datang pula Maulana Mohd. Sadiq bin Barakatullah pada 22hb. Disember 1949 sebagai wakil penyebarnya di sini.

Kemasukan ajaran Qadiani ke Malaysia ini telah ditentang hebat oleh ulama-ulama Islam. Di Jeram, Selangor ketua Qadiani di situ iaitu Syed Abdul Rahman bin Syed Alwi telah meminta Sultan Selangor mengadakan penyelidikan ke atas ajaran ini pada bulan Mei 1951. Pada 23hb. Julai 1951 satu majlis perbahasan telah diadakan di hadapan baginda di Istana Selangor, Kuala Lumpur. Pihak Qadiani diwakili oleh Mohd Sadiq Barakatullah dan Mohd Zuhdi Fadhli.

Pihak ulama Islam diwakili oleh Sheikh Mahmud Zuhdi dan ulama-ulama di Pejabat Agama Islam Negeri Selangor. Keputusan perbincangan ialah bahawa golongan Qadiani tidak diiktiraf sebagai golongan Islam malah terkeluar dari Islam. Sejak berlakunya dialog antara Ketua Ahmadiah/Qadiani dengan ulama-ulama tempatan yang berlangsung di hadapan Sultan Selangor dalam tahun 1951 itu, ajaran ini menjadi makin lemah dan tidak mempunyai pemimpin yang benar-benar dikenali.

Lebih-lebih lagi kerana ajaran ini tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam yang sebenar. Dengan demikian, ianya tidak dapat berkembang ke seluruh negara, cuma hidup di tempat yang ia telah lahir sebelum itu. Antara tempat-tempat di Selangor yang terdapat penganut-penganut ajaran ini ialah Jeram, Sungai Tua, Sungai Buloh, dan Kampung Nakhoda. Di Jeram, ada kira-kira 40 orang pengikut (lelaki dan perempuan). Terdapat tanah perkuburan mereka sendiri yang diberi oleh Pegawai Daerah Inggeris pada tahun 1954, seluas kira-kira dua ekar.

Di Sungai Tua, terdapat kira-kira 20 orang pengikut. Pengikut Ahmadiah/Qadiani dari Melaka berkumpul di situ. Di Sungai Buloh pula, terdapat sebuah surau Ahmadiah / Qadiani yang berharga kira-kira RM1600 . Di surau yang dibina daripada derma pengikut-pengikut ajaran itu. Manakala di Kampung Nakhoda, dikatakan pengikutnya di sini masih kuat berpegang ajaran ini. Mereka terdiri daripada kira-kira lima keluarga. Terdapat sebuah ‘masjid’ Qadiani yang digunakan untuk mereka sahaja.

Di negeri-negeri lain di Malaysia, selain dari Selangor, terdapat juga pengikut ajaran ini. Tiap-tiap pengikutnya dikehendaki mengeluarkan 1/16 daripada pendapatan harian mereka kepada tabung kumpulan ini.

Lanjutnya, sila lihat rujukan ini..
  • “Ajaran Qadiani (Ahmadiah/Qadiniah)”, terdapat di http://www.jais.gov.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=109, diakses pada 20 November 2009.
  • “Mengapa Ahmadiyyah Sesat dan Menyesatkan?”, terdapat di http://hambaallahswt.multiply.com/journal/item/197, diakses pada 20 November 2009.
  • Mustaffa Suhaimi, “Bahaya ajaran sesat Qadiani, dan hubungannya dengan Inggeris”, Majalah Al-Islam, Januari 2004/Zulkaedah 1424, Bil 358, Kuala Lumpur, Utusan Karya Sdn. Bhd., muka surat 26-28.
  • “Pokok-Pokok Ajaran Ahmadiyah al-Qadiyan”, terdapat di
  • http://yapono.wordpress.com/2008/06/29/pokok-pokok-ajaran-ahmadiyah-al-qadiyan/, diakses pada 19 November 2009.
  • “Risalah Ajaran Ahmadiah/Qadiani”, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Oktober 2008.
  • Ibnu Hasyim: Sesatnya Ajaran Ahmadiyah..
Sebab itulah sahabatku Tengku Syeikh Mudawali bersungguh-sungguh berusaha menangani masalah ini bagi negeri Aceh. Akhirnya beliau membawa saya menemui kawan-kawan lain lagi berbincang mengenai isu-isu semasa. Gambar di bawah, pertemuan di sebelah malamnya, disebuah gerai di tepi pantai.

Gambar bawah (atas), dari kanan seorang penulis buku-buku sejarah Aceh Tengku Ghazali Abdullah dan Ibnu Hasyim. Yang berjubah ialah Tengku Syeikh Mudawali.

Gambar bawah (bawah), dari kanan Tengku Mansur Din seorang peniaga, Syed Jaya, penyanyi rock sebelum tsunami yang banyak merakam lagu daerah Aceh, Tengku Syeikh Mudawali, Mudir sebuah pasentren di Lhoksuemawi dan penduduk tempatan.
Sekian bersambung...

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Bireuen Aceh Darus Salam
26 Apr 11.

Lihat siri catatan perjalanan Medan-Banda Aceh sebelum ini..

Fatwa Tak Selaras, Malukan UMNO/BN

KL 26 Apr 11: Sungguh memalukan kerajaan UMNO/BN, ketika dunia global melaksanakan peraturan serba canggih, tiba-tiba perlaksanaan peraturan syariah di Malaysia agak ketinggalan zaman. Fatwa dinegara ini masih tidak selaras.

Hal ini terbngkar apabila Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), mendedahkan dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini. Beliau menyebutkan walaupun terdapat sedikit kesukaran dalam menyelaraskan fatwa kerana ada yang tertakluk di dalam bidang kuasa negeri, namun perkara ini perlu diselesaikan dengan baik dan tegas.

Ianya sangat perlu kerana fatwa yang berbeza akan menyusahkan rakyat.

“Biasanya kalau asas pengharaman itu sama, maka tidak timbul fatwa berbeza antara negeri-negeri. Akan tetapi, disebabkan tiadanya penyelarasan antara ahli-Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, maka terjadinya perkara seperti ada negeri yang terlalu laju dalam memberi fatwa berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan. Jadi, implikasi daripada fatwa itu menjadi sangat besar,” terangnya.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut mengambil contoh fatwa larangan merokok di Pahang sebagai hujah betapa pentingnya proses penyelarasan fatwa yang dicadangkannya.

“Seperti Pahang yang mengharamkan merokok, sedangkan negeri lain belum mengharamkannya. Ini bermakna kalau seseorang menghisap rokok, bilamana ia melepas terowong ke Pahang mesti dipadamkan rokoknya,” katanya.

Disebabkan ketidaksetaraan fatwa seperti itu, ujarnya, akan menganiaya sesuatu fatwa sehingga menjadi satu bahan gurauan dan mainan tertawa orang ramai. “Ini akan merendah-rendahkan sesuatu fatwa itu,” tambah Tuan Ibrahim.

Beliau turut berkata perkara yang sama turut berlaku dalam isu fatwa tarian poco-poco di mana, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah terlebih dahulu memutuskan bahawa tarian poco-poco adalah haram untuk orang Muslim di negeri Perak telah menimbulkan pelbagai pertikaian daripada pelbagai pihak.

Perkara ini menjadi lebih mengelirukan untuk umat Islam, Jumaat lalu, apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dipetik sebagai berkata bahawa umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Walaupun berbeza dengan fatwa negeri Perak, Abdul Shukor turut dipetik sebagai berkata bahawa jawatankuasa itu menghormati keputusan negeri tersebut untuk mengharamkan poco-poco sejak Januari lalu. Namun begitu, perkara ini dinafikan Harrusani hari ini.

Kesian Mufti Perak, Harussani sehingga terkejut. “Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

“Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini... jadi bagaimana boleh kata macam itu,” kata Harussani (gambar) yang dipetik The Malaysian Insider.

Walaupun beliau menambah bahawa beliau sudah mendapatkan penjelasan Abdul Shukor dan dimaklumkan media telah salah faham.

Maka Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa fatwa bukan direka untuk menjaga hati mana-mana pihak dan dibuat berdasarkan garis panduan yang mengikuti peraturan syarak. “Oleh itu, PAS menggesa seluruh umat Islam menghormati sesuatu fatwa yang telah dikeluarkan,” katanya.

Bagi golongan yang tidak dibekalkan asas agama yang cukup dalam memahami kaedah syarak, beliau menasihatkan mereka untuk membuat kajian, penelitian dan memahami kaedah syarak untuk pengambilan sesuatu hukum sebelum membuat sebarang ulasan dan pertikaian terhadap fatwa yang dikeluarkan.

“Apakah mereka membuat kajian, penelitian dan memahami kaedah pengambilan sesuatu hukum terlebih dahulu sebelum mempertikaikannya? Namun, persoalan ini timbul mungkin kerana kegagalan kerajaan melalui kementerian menjadikan mata pelajaran agama sebagai mata pelajaran teras dalam mana-mana peperiksaan, sehinggakan ada golongan yang tidak memahami agama secara mendalam sanggup mempertikaikan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya dengan kesal.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: itulah yang berlaku apabila kuasa politik di atas kuasa agama seperti yang termaktub dalam perlembagaan UMNO, tulang belakang BN. (Sumber Harakah/IH)

Filem Tahyul & Syirik, Kerajaan Sepatutnya Tidak Pekak

HALAMAN HIBURAN

Kl, 26 April 11: “Orang Melayu beragama Islam kini terancam akidah mereka akibat menonton aksi tahyul dan syirik yang sering dipaparkan sehingga semakin ramai terjebak dengan aktiviti kurafat dan mungkar,” kata Dr Mohammad Nawar Ariffin, Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia. Katanya, dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online.

Beliau meminta pihak berkuasa supaya mengharam dan menghentikan kebenaran bagi penyiaran filem seram dan hantu yang kini kerap diterbitkan syarikat produksi filem tempatan. Kebanjiran filem seram dilihat menjadi-menjadi ketika ini dengan jumlahnya mengatasi jumlah filem yang diterbitkan ketika era kegemilangan filem Melayu pada 1960-an.

Menurut beliau, Pemuda Masjid bimbang fenomena penerbitan filem jenis itu hanya akan memundurkan orang Melayu yang merupakan 95 peratus daripada penggemar dan penonton filem sedemikian.

“Adalah malang filem dan drama seram serta hantu ini dijadikan sogokan kepada penggemar filem dan drama Melayu kerana ia tidak langsung boleh membantu dalam membangun jiwa dan intelek masyarakat kita.

“Orang Melayu beragama Islam kini terancam akidah mereka akibat menonton aksi tahyul dan syirik yang sering dipaparkan sehingga semakin ramai terjebak dengan aktiviti kurafat dan mungkar,” katanya.

Dr Mohammad Nawar berkata aktiviti kurafat dan tahyul itu juga dilihat berkembang ke arah negatif apabila semakin banyak kes penipuan oleh bomoh, diperkosa dan dicabul oleh pengamal perubatan tradisional dilaporkan.

“Oleh itu, penerbitan filem-filem jenis ini hendaklah dihentikan atau penyiaran dan penayangannya diperketatkan kerana ia mempunyai kesan dalam mempengaruhi jiwa dan pemikiran masyarakat.

“Kerajaan perlu segera menghentikan eksploitasi penerbit filem dan drama menggunakan filem seram dan hantu untuk mengaut keuntungan tanpa mengambil kira risiko dan kerosakan terhadap anak bangsa,” katanya.

Beberapa tahun kebelakangan ini penerbit filem tempatan kerap mengeluarkan filem seram untuk tontonan penggemar filem sehingga ia membibitkan kebimbangan masyarakat akan kesannya kepada pemikiran dan agama.

Filem seram yang kini ditayangkan di pawagam antaranya 'Senjakala' terbitan Excellence Pictures Sdn Bhd arahan Ahmad Idham dan 'Penunggu Istana' arahan Wan Hasliza terbitan Alternate Studios.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan sepatutnya peka tidak pekak, atau buat-buat bodoh.. (IH)

Undang Seberapa Banyak Pengkritik, Nik Aziz Cabar UMNO

KL 26 Apr 11: UMNO seolah-olah dicabar apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengundang beberapa pihak yang mempertikaikan kepimpinan kerajaan negeri Kelantan supaya datang sendiri ke negeri itu termasuk menghadiri kuliah Jumaat bersama-sama beliau untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pentadbirannya.

Hal ini berikutan dari kenyataan terbaru Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed membidas kerajaan negeri Kelantan kerana menutup pintu rundingan dengan 415 peniaga pasar lama Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) dan Arked Uda. Mustapa berkata kerajaan negeri Kelantan tidak bertimbang rasa kerana enggan memberikan peluang kepada peniaga berunding dengan mereka bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Selain itu, Umno Kelantan sebelum ini juga mendakwa kerajaan negeri Kelantan 'tidak bersih' ekoran pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia mengenai loteri 'big sweep' dan juga aktiviti pelacuran yang didakwa boleh didapati di negeri itu.

Mursyidul Am PAS itu dalam laman Facebook menulis, selain merasai perbezaan sistem pentadbirannya pengkritiknya boleh membandingkan sendiri sejauh mana kebenaran laporan media kawalan Umno-BN terhadap kepimpinan negeri itu.

“Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, kami menjemput anda semua untuk datang ke Kelantan dan menyaksikan sendiri bagaimana Pakatan Rakyat melalui PAS memerintah Kelantan.

“Anda semua boleh datang dan menilainya sendiri. Dan jangan lupa untuk bandingkannya dengan negeri yang diperintah oleh BN,” tulisnya. NONE

Selain itu, Nik Aziz berkata pihak yang mempertikaikan pencapaian kerajaan negeri Kelantan juga boleh menemuinya pada program Medan Ilmu di Kota Bharu, Jumaat ini.

“Anda dialu-alukan untuk datang ke Medan Ilmu pada pagi Jumaat,” katanya yang yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990.' (IH)

2 Rakyat Di Guantanamo, Apa M'sia Buat?

KL 26 Apr 11: Wikileaks telah mendedahkan butiran dua rakyat Malaysia di penjara Guantanamo, sejauh ini apa kerajaan Malaysia buat? Apakah Malaysia restu dengan tuduhan keganasan ke atas rakyat negara ini bicara?

NONEMaklumat asas dan siasatan risikan Amerika Syarikat berhubung dua tahanan rakyat Malysia di penjara Guantanamo Bay kini boleh didapati di laman sesawang WikiLeaks. Laporan yang ditulis pada 2008 itu mengesyorkan supaya tahanan lanjutan dikenakan ke atas Mohamad Nazir Lep (kiri), 35 dan Mohd Farik Amin, 36. Maklumat ini sebahagian daripada hasil risikan 779 fail sulit yang didedahkan berhubung tahanan di penjara kem berkenaan.

Pendedahan pertama disiarkan pada 24 April lalu manakala selebihnya dijangka akan dimuat-naikkan dalam tempoh sebulan untuk tatapan umum. Menurut laporan itu, Mohamad Nazir (yang juga dikenali sebagai alias 'Bashir Lap' dan 'Lilie' antara lain) dan Mohd Farik (juga dikenali sebagai 'Yazid Zubair' bersama beberapa nama lain) mengaku adalah anggota kumpulan al-Qaeda, dan mempunyai rangkaian dengan kumpulan pertubuhan militan Asia Tenggara, Jemaah Islamiyyah (JI). NONE

Kedua-dua mereka ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengganas 2003 - Mohamad Nazir dicekup ketika di Thailand manakala Mohd Farik (kanan) pula di Kemboja. Mereka dipindahkan ke Guantanamo pada 4 September 2006. Unit risikan Amerika Syarikat mempercayai mereka adalah sebahagian daripada kumpulan pembunuh berani mati (syahid menurut mereka) yang terbabit merancang untuk merampas pesawat komersial selepas gelombang kedua 11 September dan kali ini dirancang di Los Angeles.

Laporan itu juga menamakan beberapa yang lain dalam 'sel pengganas' yang sama terbabit dalam plot tersebut termasuk tiga tahanan Akta Keselamatan dalam Negara. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Amerika, Laksamana Madya DM Thomas Jr, Mohamad Nazir mengakui dirinya direkrut bersama Mohd Farik di sebuah masjid di Kuala Lumpur selepas menghadiri sebuah ceramah oleh pemimpin JI Riduan Isomuddin.

Mohamad Nazir dipetik berkata kedua-dua mereka berjumpa di sebuah firma arkitek, tempat beliau bekerja. Dia kemudiannya berjumpa Riduan di Bentong dan bersetuju menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan. Kedua-dua mereka dianggap oleh perisik Amerika sebagai 'banduan nilai tinggi' yang boleh 'dieksploitasi lanjut' bagi maklumat berhubung plot kemungkinan keganasan yang lain. (IH)

Sunday, April 24, 2011

Tahniah JHEAIPP, Tangkap Khalwat Pelajar Bogel


GEORGETOWN 24 Apr 11: Tahniah JHEAIPP, Kerana berjaya dengan operasi cegah maksiat. Termasuk menangkap khalwat pelajar bogel. Maka terbongkarlah...

Biarpun baru sehari mengenali seorang lelaki, kesanggupan si gadis mengikut temannya menjadi detik malang apabila ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Jalan Tanjung Tokong, di sini, awal pagi semalam.

Lebih mengejutkan, gadis berusia 23 tahun yang dipercayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi dekat sini, ditemui berdiri keadaan berbogel di penjuru bilik ketika pemeriksaan. Pasangannya pula yang juga jurugambar bebas berusia 23 tahun didapati berseluar panjang denim tanpa baju.

Ketika pemeriksaan dilakukan jam 1.30 pagi, pasangan berkenaan dipercayai menyewa sebuah bilik dan tidak membuat pendaftaran masuk dipercayai bagi mengelak kehadiran mereka dikesan pihak berkuasa. Bagaimanapun, sebuah motosikal yang diletakkan di luar perkarangan hotel berjaya membongkar segala aktiviti maksiat mereka sebelum pemeriksaan menyeluruh dilakukan di hotel.

Ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, turut ditemui sehelai baju dan seluar dalam milik gadis itu di atas sofa dan ia dirampas untuk dijadikan barang kes. Pasangan itu antara 10 pasangan berusia 20 hingga 30-an yang ditahan sepasukan 16 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi itu.

Operasi diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu dibantu sepasukan 13 pegawai penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pulau Pinang. Operasi itu juga merangkumi beberapa lokasi ‘panas’, termasuk Persisiran Pantai Sungai Pinang, Pantai Seagate dan Pantai Queensbay serta beberapa hotel sekitar Gelugor, Jalan Tengku Kudin dan Jalan Tanjung Tokong.

Menurut Khairul Azman, tujuh pasangan ditahan kerana kesalahan berkhalwat manakala tiga lagi pasangan ditahan kerana berkelakuan kurang sopan atau tidak senonoh di tempat awam.

“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat JHEAIPP untuk tindakan selanjutnya, termasuk membuat laporan tangkapan di Balai Polis Lebuh Pantai,” katanya. (IH)

Lihat ini..

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails