Wednesday, June 25, 2008

Kupu-kupu Malam.. Ella Memuji Pelacur?


 Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan

MOTOSIKAL itu pun berhenti. Dua gadis cantik berpakaian ketat, agak seksi turun dari motosikal, seorang berbangsa Cina dan seorang pribumi. Waktu senja mulai berlabuh dilihat dari atas jambatan melintasi Sungai Asahan Tanjung Balai, tempat muda-mudi bersantai itu.. walaupun dengungan azan magrib dan isyak baru berlalu.

"Itulah kupu-kupu malam." Bisik penjual minuman atas jambatan itu, sambil jarinya menunjuk kepada mereka yang sedang mengambil tempat duduk.

"Mereka mula berterbangan mencari rezeki malam hari dengan menjual tubuh. Siapa yang dapat dipikatnya, dirangkul dibawa ke tempat lain untuk digomolinya. Kebanyakan anak-anak muda yang agak berpendapatan di sini menjadi mangsa dan masuk perangkap mereka."

"Siapa mereka ini? Orang tempatan atau orang luar?" Saya tanya. "Ramaikah?"

"Tak ramai. Kalau di jambatan ini ada kira-kira sepuluh orang. Itupun semua orang luar yang datang khusus menjadi pekerja, kecuali dua orang anak Tanjung Balai ini, di mana salah seorangnya adalah penuntut sekolah. Kalau di hotel-hotel tu ramailah!" Jawabnya sambil mempelawa mereka itu duduk.

Maka jelaslah penjual minuman itu menjadi agen atau barua pencari pelacur, walaupun nampak macam tak secara langsung. Hal ini mengingatkan saya beberapa tahun lalu pernah sampai ke Tanjung Balai ini. Saya sampai waktu malam dari Medan, hotel bersih dari maksiat cuma ada satu, iaitu Hotel Ananda letaknya sebelah masjid yang saya idam-idamkan, sudah penuh. Yang ada cuma di sebuah hotel tepi sungai, itupun tinggal sebuah bilik kecil sahaja, tiada penghawa dingin dan tingkap. Terpaksalah saya terima juga.

Waktu saya masuk bilik hendak tidur, pintunya sentiasa diketuk orang. Rupanya diketuk oleh pelacur-pelacur yang sedang menagih pelanggan. Kerana suasana bilik terlalu panas, saya terpaksa buka pintu dan melihat keluar. Hee.. puluhan pelacur-pelacur muda mungkin ramai yang belasan tahun sedang menunggu dan melayani pelanggan di depan hotel itu. Ada yang berkeliaran dan ada yang duduk-duduk di atas motosikal penunpang. Mereka datang mengerumuni saya. Saya masuk ke bilik dan tutup pintu.

Tetapi kerana tak tahan bilik terlalu panas dan terkurung, saya keluar semula dengan pakaian jogging dan berjalan-jalan pusing pekan itu hingga pagi. Berjalan-jalan melihat pekan yang penuh dengan kupu-kupu malam berterbangan dan berpelesiran... hingga masuk waktu subuh dan saya bersholat di masjid berhampiran. Itu dulu! Tetapi dalam beberapa hari lepas, saya terbaca di akhbar sekitar Sumatra Utara banyak perkara-perkara menarik berlaku.

Orang ramai mulai bertindak memberi amaran dan merobohkan kafe-kafe atau kedai-kedai makan yang terdapat jualan minuman keras, judi dan layanan perempuan-perempuan lacur.. yang diiringi juga muzik rock dan dangdut. Bahkan di Jawa dikatakan ada badan-badan sukarela seperti Front Pembela Islam yang bertindak dengan kerjasama pegawai keselamatan. Terutama yang didirikan menyalahi hukum dan undang-undang negara tetapi didalangi oleh pihak-pihak tertentu hingga kafe-kafe tersebut ada 'kuasa kebal' membangunkan semula walaupun telah dirobohkan oleh orang ramai.

Begitu juga baru-baru ini di Binjai, sekumpulan pembela Islam (kira-kira 2,000 orang) membantah dan memberi amaran akan merobohkan sebuah gereja yang dibina di atas tanah tanpa izin pemerintah kerana di dalam kawasan orang Islam. Teringat juga saya petang tadi semasa naik beca melawat suatu kawasan kafe-kafe seperti itu di luar pekan Tanjung Balai yang masih ada.

"Mengapa di kawasan itu tidak dirobohkan?" Saya tanya.

"Kerana kawasan ini terdapat ramai orang Kristen." Jawabnya, sambil jarinya menunjukkan kepada sebuah gereja besar dengan lambang salibnya terpampang, ditepi jalan di situ. "Di situlah lambang dan tunjang keampuhan mereka... "

Jelasnya lagi, "Walaupun begitu kafe-kafe seperti ini sudah tidak mendapat sambutan lagi di sini, kerana pihak pemerintah telah berjaya membanteras penyeludupan dan kegaiatan mafia. Wanita-wanita tidak lagi dapat diseludupkan sebagai pekerja seks keluar negara melalui Tanjung Balai, kononnya termasuk Malaysia."

Font Pembela Islam (FBI)

Berbalik kepada 'kupu-kupu malam', apakah ia sama seperti lagu 'rama-rama' yang dinyanyikan oleh artis wanita ratu rock Malaysia Ella yang sering ditayangkan sebagai hiburan di tv-tv Malaysia? Bahkan lagu-lagunya juga turut membantu dan memeriahkan kafe-kafe seperti tersebut? Apakah lagunya ini turut memuja pelacur atau pekerja-pekerja seks?? Sama-samalah kita nilaikan...

Wallahu aklam.

Ibnu Hasyim
Tanjung Balai Asahan.
28 Jun 2008 

Lihat.. 
E-Buku IH-8: 'Medan-Tanjung Balai'
E-Buku IH-8: 'Medan-Tanjung Balai'

Monday, June 23, 2008

Kisah Debat Dengan Ajaran Ahmadiyah..

 bnu Hasyim: Catatan Perjalanan Dari Medan:

LEPAS subuh panggung itu sudah penuh sesak dengan orang ramai yang hendak dengar debat dengan aliran yang baru sampai itu. Debat itu diadakan di panggung (bioskop) “Hok Hoa” Medan pada 15 November 1935, iaitu masa penjajahan Belanda.

Masa itu masyarakat Islam di Medan dikejutkan dengan datangnya seorang India bernama Mohammad Sadiq dengan pembantunya seorang asal Sumatera Barat Abubakar Ayub pada tahun 1934. Mereka membawa ajaran Ahmadiyah Qadian. Mereka menentang diadakan satu debat dengan tokoh-tokoh Ulama Islam.

Penyebar Ahmadiyah Qadian itu membawa satu gerobak kitab-kitab alirannya, sedangkan di pihak ulama Islam seperti Tengku Fachruddin (Ketua Majelis Syar’i Kerajaan Serdang), Tuan Syech Mahmud Hayat (Muhammadiyah), H. Ismail Lubis dan H. Abdul Majid hanya membawa secarik kertas saja.

Tetapi tiba-tiba puak-puak Ahmadiyah Qadian itu meninggalkan ruangan muzakarah, tak jadi nak debat, dengan tiada alasan menasabah. Ertinya cabut lari sebelum berhujjah. Maka para ulama yang hadir mengeluarkan pernyataan sebagai berikut (saya salin dalam bentuk tulisan asal):

{ MAKLUMAT:
Bagaimanakah pendapat dan putusan ahli-ahli Agama Islam terhadap Mirza Gulam Ahmad dan pengikut-pengikutnya?
KAOEM MOESLIMIN DAN MOESLIMAT SELOEROEHNJA.
Oentoek mendjelaskan dan menjatakan dengan seterang-terangnya tentang kepertjajaan dan i’tikad partai Ahmadiyah Al-Qadiany menoeroet poetoesan

‘Oelama-oelama Islam yang bersendikan Al-Quranoelkarim dan Al-Hadits beserta Idjma’ Oelama, teroetama oelama-oelama di Sumatera Timoer, maka oleh Komite Pembanteras i’tikad Ahmadiyah Al-Qadiany jang didirikan pada tanggal 10 Nopember di Medan telah mengemoekakan pertanjaan pada seloeroehnya oelama-oelama Islam terseboet dari keadaan i’tikad mereka itoe.
PENDAPATAN DAN KEPOETOESAN
Menoeroet penjelidikan dan pemeriksaan ahli-ahli Agama Islam maka njata dan teranglah menoeroet dalil-dalil (boekti-boekti) bahwa:
1. Mirza Gulam Ahmad Al-Qadiany jang mengaku dan mendakwakan dirinja Nabi (Rasul) dikemoedian Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengakoean ini menjebabkan akan ianya murtad (kafir).

2. Demikian djuga pengikoet-pengikoetnja jang mereka itu mengakoei dan mempertjajai bahwa Mirza Gulam Ahmad Al-Gadiany berpangkat Nabi dan Rasoel dikemoedian Nabi Moehammad s.a.w maka dengan kepertjajaan ini mereka menjadi kafir.
KESIMPOELANNJA:
MIRZA GULAM AHMAD AL-QADIANY KAFIR (MOERTAD). PENGIKOET-PENGIKOETNJA DJUGA KAFIR (MOERTAD) BERLINDUNGLAH KITA DARI KEADAAN INI.
Di sinilah dinjatakan nama-nama oelama-oelama Islam jang telah mengkafirkan akan mereka itu;
1. J.M.T.Fachruddin Ketua Madjlis Syar’iy Kerajaan Serdang di Perbaungan.
2. Kadhi Perbaungan.
3. Sjech Al-Hadji Zainuddin bekas Mufti Kerajaan Serdang di Perbaungan.
4. Sjech Al-Hadji Mhd. Yunus Guru Besar Maktab Al-Islamiyah, Medan.
5. Sjech Al-Hadji Mhd. Ziadah bekas Guru Besar Madrasah Al-Maslurah Tandjung Pura, Langkat.
6. Sjech Abdullah Afifuddin Guru Besar Madrasah Al-Maslurah Tandjung Pura, Langkat.
7. Abd. Rahim Abdullah Guru Madrasah, Al-Maslurah Tandjung Pura, Langkat.
8. Al-Hadji Mhd. Nur Abd. Karim Kadhi Tandjung Pura, Langkat.
9. Al-Hadji Dja’far bekas Guru Besar Al-Islamiyah Medan Deli.
10. Madjlis Al-Fatwa Al-Djam. Washliyah Medan Deli.
11. Al-Hadji Abd. Madjid Abdullah Guru Agama Medan Deli.
12. Al-Hadji Abd. Karim Guru Agama Bindjai.
13. Al-Ustaz Al-Hadji Abd. Halim Hasan Guru Besar Madrasah Al-Ariyah Bindjai.
14. Abd. Rahim Hitamy Guru Madrasah Arabiyah Bindjai.
15. Zainal Arifin Abas Guru Madrasah Arabiyah Bindjai.
16. Al-Hadji Abd. Wahab Guru Agama Bandar Sinembah Bindjai.
17. Al-Hadji Mhd. Nur Khadi Bindjai
18. Al-Haji Mahmud Ismail Lubis Kadhi Sei. Kerah Medan.
19. Al-Hadji Islas Kadhi Suka Piring Medan.
20. Al-Hadji Zainal Abidin Kadhi Pematang Siantar, dan 33 oelama lainnya.
KAOEM MOESLIMIN DAN MOESLIMAT SELOEROEHNJA
Maka menilik keadaan ini terang dan njatalah:
1. Mirza Gulam Ahmad dan pengikoet-pengikoetnja kafir (keluar dari agama Islam).

2. Pengakoean (Asjsjahadah) mereka kepada Allah, yaitu dengan perkataan: “Asjhadu Alla Ilaaha Illalloh” binasa dan tiada diterima selama mereka tetap ber’itkad sebagai tersebut.

3. Pengakoean (Asjsjahadah) mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan perkataan “Asjhaduanna Muhammadarrasuululloh”, djuga tidak makbul (sia-sia) selama mereka tetap beri’tikad sebagai tersebut.
4. Pergaulan dan perhubungan serta persaudaraan setjara Islam telah poetoeslah di antara umat Islam dengan mereka itu :
(i). Dua kalimah Asjsjahadah yaitu “Asjhadu Alla Illallooh wa asjhaduanna Muhammadarrasuullullooh” jang mereka otjapkan dan mereka tuliskan di papan-papan mereka jang tergantung di muka-muka rumah mereka itu, tidak lain melainkan sebagai umpan atau topeng untuk menjesatkan umat Islam terutama umat Islam jang kurang pengetahuannja.
(ii) Da’wah atau pengakuan mereka bahwa mereka itu orang Islam pengikut Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut Kitabullah Al-Quranul Karim, tidak benar dan kosong semata-mata. Hal ini tidak lain melainkan perkakas untuk penjesatkan umat Islam soepaja terdjerumus pada djaring mereka.
(iii) Segala perkataan-perkataan jang manis-manis baik jang diutjapkan dengan mulut mereka sendiri ataupun jang tertulis di dalam majalah-majalah dan soerat sebaran (maklumat) jang sengadja mereka terbitkan demikian djuga jang mereka masukkan di dalam surat-surat chabar jang dari kalimat-kalimatnja ada terbajang bahwa partai mereka ada tunduk di bawah pandji-pandji Islam dan pengikut Nabi Muhammad s.a.w. adalah doesta dan tipoean semata-mata.
KAOEM MOESLIMIN DAN MOESLIMAT SELOEROEHNJA
Sebagai telah njata dan terang bahwa Mirza Gulam Ahmad Al-Qadiany dan pengikoetnja adalah dengan sebab i’tikad mereka telah menjadi murtad (kafir). Oleh sebab itu mka segala perhoeboengan dan pertalian yang tiada diharoeskan pada Sjara’ antara oemat Islam dengan lain-lain Islam, maka tiada diharoeskan djuga dengan mereka itu. Soepaja umat Islam seluruhnja dapat mengetahui di sini diterangkan hal-hal yang terbesar misalnya.
1. Kalaoe mereka mati tidak harus (haram) disembahjangkan dan dikoeboerkan di tanah perkuburan (tanah wakaf orang Islam).2. Perkawinan (nikah) mereka tidak sah dan tidak halal dengan orang Islam.
3. Sembelihan mereka tidak halal dimakan orang Islam.4. Tidak harus dibebaskan mereka beribadat di Mesjid-mesjid dan langgar-langgar serta surau-surau wakaf orang Islam.5. Kitab Al-Quran an Al-Hadis serta kitab-kitab Agama kepoenjaan orang Islam tidak haroes diserahkan ketangan mereka.6. Oemat Islam tidak diharoeskan memberi salam kepada mereka.7. Antara oemat Islam dengan mereka tidak poesaka mempoesakai.8. Dan lain-lain. }

Jadi, soal Ajaran Mirza Ghulam Ahmad Al-Qadiany bukanlah perkara baharu. Ia sudah lama dijelaskan kesesatannya. Khalifah Abu Bakar Khalifah Islam Pertama berpusatkan di Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW... beliau mengambil-alih pemerintahan Islam, langkah awalnya ialah memerangi 'Orang Murtad'. Pertama murtad kerana ada yang mengaku jadi 'nabi', seperti Musilamah Kazzab selepas kewafatan Nabi, dan orang yang tidak mahu keluarkan zakat walaupun mereka juga mengaku beragama Islam.

Pada saya, hukum orang murtad hanya boleh wujud dalam pemerintahan yang dasar negaranya adalah dasar Islam. Kalau negara itu negara sekular seperti Malaysia, Indonesia dan sejenis dengannya, yakni Perlembagaan dan Undang-undang Dasarnya bukan Islam, maka jadilah seperti terjadi sekarang. Tak boleh selesai. Ulamak-ulamak disumbat mulut mereka menjadi 'syaitan bisu' tidak boleh menyatakan kebenaran. Kerana perlaksanaan Islam dalam negara cuma tempelan bukan dasar, bukannya Islam yang memerintah, tetapi Islam diperintah!!

Sekian, wallahu 'aklam.

Ibnu Hasyim
Medan.
23 Jun 2008

Lihat..
E-Buku IH-8: 'Medan-Tanjung Balai'
E-Buku IH-8: 'Medan-Tanjung Balai'

Sunday, June 22, 2008

Asahan Turut Lahirkan Ulama Islam..

Syeikh Abdul Hamid ulama  Asahan
 
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan

Pemimpin pertama Kerajaan Asahan, Sri Paduka Raja Abdul Jalil I bin Almarhum Sultan Iskandar Muda Johan Berdaulat (1630-16.. M).

KINI saya berada di Tanjung Balai di tepi Sungai Asahan (bukan Tanjung Balai Karimun yang berada di daerah Riau). Kabupaten Asahan adalah sebuah kabupaten yang terletak di Sumatra Utara, Indonesia.

Kabupaten ini ber'ibukota'kan Kisaran dan mempunyai wilayah seluas 4,581 km. Penduduknya berjumlah 935,233 jiwa (banci tahun 2000). Asahan juga merupakan Kabupaten pertama di Indonesia yang membentuk lembaga pengawas pelayanan umum bernama Ombudsman Daerah Asahan, melalui SK Bupati Asahan Nombor: No. 419-Huk/Tahun 2004, 20 Oktober 2004.

Menurut sejarah, Kerajaan Asahan bermula, ketika Sultan Aceh, Iskandar Muda melakukan perjalanan ke Johor dan Malaka pada tahun 1612 M. Dalam perjalanan tersebut, rombongan raja ini beristirahat di sebuah kawasan, di hulu sebuah sungai yang kemudian dinamakan Asahan. Selesai beristirahat di hulu sungai ini, kemudian perjalanan dilanjutkan ke sebuah daerah yang berbentuk tanjung, iaitu daerah pertemuan antara Sungai Asahan dengan Sungai Silau. Di tanjung tersebut, Sultan Iskandar bertemu dengan Raja Simargolang.

Sebagai tempat menghadap kepada raja, di daerah tersebut kemudian dibangun sebuah pelataran (pelantar) atau balai. Daerah ini kemudiannya menjadi perkampungan dengan nama Tanjung Balai. Kerana letaknya yang strategik di lintasan jalur perdagangan antara Aceh dan Melaka, maka Tanjung Balai kemudian berkembang pesat. Dari pertemuan Sultan Iskandar Muda dengan Raja Simargolang di atas, hubungan mereka kemudian bertambah erat dengan perkawinan Sultan Iskandar Muda dengan salah seorang putri Raja Simargolang.

Dari perkawinan tersebut, kemudian lahir seorang putra bernama Abdul Jalil. Kelak, Abdul Jalil inilah yang menjadi Sultan Asahan pertama pada tahun 1630 M. Dalam perjalanan, kerana adanya ikatan kerabat dengan Aceh, maka kerajaan ini menjadi daerah bawahan Aceh hingga awal abad ke-19 M. Pada 12 September 1865 M, Asahan ditaklukkan oleh kolonial Belanda. Ketika Indonesia merdeka, Asahan bergabung dengan Negara Kesatuan Republik Indonesia (RI) pada tahun 1946 M.

Selain dengan Aceh, hubungan Kesultanan Asahan dengan Kerajaan Batak juga terjalin dengan mesra. Bahkan, Sisingamangaraja XII, Raja Batak itu pernah berinisiatif untuk meminang putri Sultan Asahan. Pinangan tersebut disetujui oleh Sultan Asahan, kerana mereka yakin Sisingamangaraja telah memenuhi syarat untuk melakukan ijab kabul, yakni berkahwin secara Islam dengan memeluk agama Islam. Namun pernikahan tersebut batal akibat masuknya Belanda, ke daerah tersebut.

Sepanjang masa berdirinya, di Kerajaan Asahan telah berkuasa belasan orang raja. Antara silsilahnya ialah...
  1. Sri Paduka Raja Abdul Jalil I bin Almarhum Sultan Iskandar Muda Johan Berdaulat (1630-16.. M).
  2. Sri Paduka Raja Said Shah bin Almarhum Raja Abdul Jalil (16..-17..M)
  3. Sri Paduka Raja Muhammad Mahrum Shah ibni al-Marhum Raja Said Shah (17..-1760 M)
  4. Sri Paduka Raja ‘Abdu‘l Jalil Shah II ibni al-Marhum Raja Muhammad Mahrum Shah (1760-1765 M)
  5. Sri Paduka Raja Deva Shah ibni al-Marhum ‘Abdu‘l Jalil [al-Marhum Mangkat di Pasir Putih) 1765-1805 M)
  6. Sri Paduka Raja Said Musa Shah ibni al-Marhum Raja Deva Shah [al-Marhum Mangkat di-Rantau Panjang] (1805-1808 M)
  7. Sri Paduka Raja Muhammad ‘Ali Shah ibni al-Marhum Raja Deva Shah 1808-1813 M
  8. Sri Paduka Tuanku Sultan Muhammad Husain Rahmad Shah I ibni al-Marhum Sultan Muhammad ‘Ali Shah [al-Marhum Kampung Masjid] 1813-1859 M)
  9. Sri Paduka Tuanku Sultan Ahmad Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Husain Rahmad Shah 1859-1888 M
  10. Sri Paduka Tuanku Al-Haji Abdullah Nikmatullah Shah ibni al-Marhum Raja Muhammad Ishak, Raja Kualuh dan Leidong, juga Yang di-Pertuan Muda di Asahan. Ia ditunjuk oleh Belanda setelah saudaranya, Sultan Ahmad Shah diturunkan secara paksa (1865-1867 M)
  11. Sri Paduka Tuanku Sultan Muhammad Husain Rahmad Shah II ibni al-Marhum Tengku Muhammad ‘Adil (1888-1915 M)
  12. Sri Paduka Tuanku Sultan Sha‘ibun ‘Abdu‘l Jalil Rahmad Shah III ibnu al-Marhum Sultan Muhammad Husain (1915-1980 M)
Terdapat, 4 wilayah Kerajaan Asahan mencakup daerah yang sekarang menjadi Kabupaten Asahan, Sumatera Utara. Struktur pemerintahannya... Asahan adalah kerajaan kecil yang menjadi bawahan Aceh, maka secara otomatik, struktur kekuasaan tertinggi berada di tangan Sultan Aceh. Di daerah Asahan sendiri, terlepas dari relasinya dengan Aceh, kekuasaan tertinggi berada di tangan sultan, yang bergelar Yang Dipertuan Besar/Sri Paduka Raja.

Jabatan yang lebih rendah adalah Yang Dipertuan Muda. Untuk daerah Batubara dan kawasan yang lebih kecil, pemerintahan dijalankan oleh para Datuk. Ketika Asahan ditaklukkan oleh Belanda pada 12 September 1865, terjadi perubahan struktur kekuasaan, dengan Belanda sebagai penguasa tertinggi. Wakil tertinggi Belanda yang berada di Asahan adalah Kontroler diperkuat dengan Gouverments Besluit pada 30 September 1867 nombor 2, tentang pembentukan Afdeling Asahan yang berkedudukan di Tanjung Balai.

Berdasarkan keputusan itu juga, Asahan dibagi mejadi tiga wilayah pemerintahan, iaitu, Onder Afdeling Batubara, Onder Afdeling Asahan dan Onder Afdeling Labuhan Batu. Walaupun Belanda memegang kekuaasan tertinggi dan membagi Asahan menjadi tiga pemerintahan, namun, pemerintahan para Datuk di wilayah Batubara tetap diakui Belanda. Hanya saja, kekuasaannya telah jauh berkurang, tidak seperti sebelumnya.

Secara khusus Belanda juga membagi wilayah kekuasaan Sultan dan para Datuk. Untuk wilayah pemerintahan kesultanan, Belanda membaginya menjad distrik dan onder distrik, yaitu, Distrik Tanjung Balai dan Onder Distrik Sungai Kepayang, Distrik Kisaran dan Distrik Bandar Pulau dan Onder Distrik Bandar Pasir Mandoge. Sedangkan wilayah pemerintahan para Datuk di Batubara dibagi menjadi wilayah Self Bestuur, iaitu Self Bestuur Indrapura, Self Bestuur Lima Puluh, Self Bestuur Pesisir dan Self Bestuur Suku Dua (Bogak dan Lima Laras).

Ketika Belanda menyerah pada Jepun, maka Asahan secara automatik berada di bawah kekuasaan Jepun. Saat itu, Jepun yang dipimpin oleh T. Jamada mengganti struktur pemerintahan di Asahan menjadi Bunsyu dan bawahannya Fuku Bunsyu. Daerah Fuku Bunsyu adalah Batubara, sementara yang lebih kecil diubah menjadi distrik. Distrik-dsitrik tersebut adalah: Tanjung Balai, Kisaran, Bandar Pulau, Pulau Rakyat dan Sei Kepayang.

Pemerintahan Fasisme Jepun berakhir pada pada 14 Ogos 1945 dan 17 Ogos 1945, kemerdekaan Republik Indonesia diproklamirkan. Sesuai dengan perkembangan Ketatanegaraan RI, maka berdasarkan UU Nombor 1 Tahun 1945, Komite Nasional Indonesia wilayah Asahan dibentuk pada bulan September 1945. Pada masa itu pemerintahan yang dipegang oleh Jepun sudah tidak ada lagi, tapi pemerintahan Kesultanan dan pemerintahan Fuku Bunsyu di Batubara masih tetap ada.

Pada 15 Mac 1946, berlaku struktur pemerintahan RI di Asahan dan wilayah Asahan dipimpin oleh Abdullah Eteng sebagai Kepala Wilayah dan Sori Harahap sebagai Wakil Kepala Wilayah, sedangkan Asahan dibagi atas 5 (lima) kewedanaan, iaitu Kewedanaan Tanjung Balai, Kewedanaan Kisaran, Kewedanaan Batubara Utara, Kewedanaan Batubara Selatan dan Kewedanaan Bandar Pulau.

Pada Konferensi Pamong Praja se-Keresidenan Sumatera Timur pada bulan Jun 1946 diadakan penyempurnaan struktur pemerintahan, iaitu Sebutan Wilayah Asahan diganti dengan Kabupaten Asahan, sebutan Kepala Wilayah diganti dengan Bupati, sebutan Wakil Kepala Wilayah diganti dengan Patih, dan Kabupaten Asahan dibagi menjadi 15 wilayah kecamatan. Akhirnya, maka pada 20 Mei 1968, melalui PP Nombor 19 Tahun 1980, ibukota Kabupaten Asahan dipindahkan dari Kota Tanjung Balai ke Kota Kisaran.

Jika dilihat dari kehidupan sosial budaya, sebagai kesultanan yang berada dalam pengaruh kebuadayaan Islam, maka di Asahan juga berkembang kehidupan keagamaan yang cukup baik. Bahkan, ada seorang ulama terkenal yang lahir dari Asahan, iaitu Syeikh Abdul Hamid. Ia lahir tahun 1880 M (1298 H), dan wafat pada 18 Februari 1951 (10 Rabiul Awal 1370 H). Datuk, nenek dan ayahnya berasal dari Talu, Minangkabau.

Syekh Abdul hamid belajar agama di Mekkah, kerana itu, ia sangat disegani oleh para ulama zaman itu. Dalam perkembangannya, murid-murid Syekh Abdul Hamid inilah yang kelak mendirikan organisasi Jamiyyatul Washliyyah. Sebuah organisasi yang berbasis pada aliran sunni dan mashab Syafii. Dalam banyak hal, organisasi ini memiliki persamaan dengan Persatuan Tarbiyah Islamiyah (PERTI) yang didirikan oleh para ulama Minangkabau.

Hamka

Adanya banyak persamaan ini, kerana memang para ulama tersebut saling bersahabat baik sejak mereka menuntut ilmu di Mekkah. Pandangan para tokoh agama ini sangat berbeda dengan paham reformis yang dibawa oleh para ulama muda Minangkabau, seperti Dr. Haji Abdul Karim Amrullah, ayah Prof Dr HAMKA. Oleh sebab itu, sering terjadi polemik di antara para pengikut kedua faham yang agak berbeda ini.

Di paruh pertama abad ke-20, sekitar tahun 1916, di Asahan telah berdiri sebuah sekolah yang disebut Madrasah Ulumul Arabiyyah. Sebagai direktur pertama, ditunjuk Syekh Abdul Hamid. Dalam perjalanannya, madrasah Ulumul Arabiyah ini kemudian berkembang menjadi salah satu pusat pendidikan Islam yang penting di Asahan. Bahkan termasuk di antara madrasah yang terkenal di Sumatera Utara, sebanding dengan Madrasah Islam Stabat, Langkat, Madrasah Islam Binjai dan Madrasah al-Hasaniyah Medan.

Syeikh Muhammad Arsyad Thalib Lubis 

Di antara ulama terkenal lulusan sekolah Asahan ini adalah Syeikh Muhammad Arsyad Thalib Lubis (1908-1972 M). Peninggalan tertulis warisan Kerajaan Asahan hanya berkaitan dengan buku-buku di bidang keagamaan yang dikarang oleh para ulama untuk kepentingan pengajaran.

Berikut ini beberapa buah buku yang dikarang oleh Syeikh Abdul Hamid di Asahan, iaitu:
  1. Ad-Durusul Khulasiyah 
  2. Al-Mathalibul Jamaliyah 
  3. Al-Mamlakul ‘Arabiyah. 
  4. Nujumul Ittiba. 
  5. Tamyizut Taqlidi Minal Ittiba. 
  6. Al-Ittiba. 
  7. Al-Mufradat. 
  8. Mi‘rajun Nabi.
Kerana itu sepatutnya, Tanjung Balai mewarisi budaya cara hidup Islam yang syumul, walaupun masyarakatnya juga majmuk seperti di sebahagian daerah-daerah lain di Indonesia. Sepatutnya kegiatan-kegiatan Islam dan parti politik Islam mampu bertapak kukuh...

Sekian sebagai catatan kenangan dalam santai kali ini.

Ibnu Hasyim
Medan, Indonesia.
22 Jun 2008 

Lihat..
E-Buku IH-8: 'Medan-Tanjung Balai'
E-Buku IH-8: 'Medan-Tanjung Balai'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails