Sabtu Ogos 8, 2009: Suspek pakar bom Noordin diberkas, walaupun laporan awal sebut dia terbunuh dalam serangan polis
JAKARTA: Pakar bom paling dikehendaki Indonesia, Noordin Md. Top, yang turut dikaitkan dengan siri pengeboman di negara itu sejak 2002, telah diberkas lewat malam tadi. Malah laporan awal menyebut Noordin telah terbunuh dalam serbuan polis ke atas sebuah rumah di Temanggang, Jawa Tengah.
AP melaporkan, polis Indonesia telah membunuh dua suspek militan selepas menyerbu sebuah rumah di bandar itu malam tadi, selain menahan lima lagi suspek serta merampas bahan letupan dan sebiji bom kereta. Sepanjang malam tadi, media tempatan melaporkan, Noordin yang merupakan perancang dalam beberapa siri pengeboman di Indonesia bersembunyi di dalam rumah di mana bunyi tembakan dan letupan masih kedengaran selepas 10 jam polis mengepung kawasan rumah itu.
Noordin sebelum ini dikatakan turut mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian letupan dua hotel milik warga Amerika Syarikat di sini bulan lalu, walaupun sebenaranya pengakuan itu masih belum dibuktikan asli dari Noordin.
Al-Jazeera: Jakarta hotel bomb suspect 'killed'
Indonesian police have shot dead a man in Central Java suspected to be the fugitive behind two hotel bombings in the capital last month, the Reuters news agency quoted a police source as saying.
Noordin Mohammed Top was thought be in a remote house, outside the village of Temanggung, targeted by authorities searching for those behind the bombing of two of Jakarta's luxury hotels.
Police said they were attempting to identify the body early on Saturday as the 17-hour siege continued into the morning. There has been no independent confirmation of the killing.
Step Vassen, Al Jazeera's correspondent in Jakarta, said: "According to our sources there, [Noordin] is still alive and still holding up in the house.
"It is still very unclear what is going on and there are many conflicting stories."
Smoke billowed out of holes in the roof of the rural house, and at least four explosions were heard as police moved in on the property.
Repeated gunfire was then heard as elite counter-terror police opened fire on the house on the outskirts of Beji village.
Bomb plot
Nanan Soekarna, the national police spokesman, said an elite police unit were engaged in a shootout with men inside the house.
Indonesia's TV One quoted an officer as saying the man who rented the house in question resembled Noordin.
Noordin is the Malaysian-born head of an Islamist splinter group with connections to Jemaah Islamiyah.
Also on Saturday, Indonesian police killed two suspected Islamic fighters and seized up to 500kg of bomb-making material after a raid on a house in Bekasi, near Jakarta, Soekarna said.
Our correspondent said: "Two bombs have been found, which, according to police sources, were going to be used to bomb the president's house not far from where they were found."
Separately, Soekarna said police had identified the two suicide bombers - a 19 year-old man and 28 year-old man - who carried out deadly attacks on the Jakarta hotels last month.
The July 17 attacks on the Marriott and Ritz-Carlton hotels killed nine people and wounded 53 others, including Indonesians and foreigners.
The bombings broke a four-year lull when there had been no major attacks.
BERITA dari Washington menyebutkan 'Lawak Muslim'... Berdiri tegak, perdengarkan suara dan penonton melihat. Sehingga dokumentari BBC dan sebuah artikel New York Time menganggap dan menyebutnya sebagai 'suara baru Islam.'
Salah satu yang menonjol dari mereka adalah Ali Ardekani, 33, seorang penganalisa maklumat Amerika (AS) keturunan Iran. Ardekani, melalui karya “Baba Ali”, telah meraih populariti dengan menyusul penayangan video pendeknya di Youtube, mempromosikan pemahaman antara kaum Muslim dengan komuniti yang lebih besar di AS.
Ardekani ingin ciptakan sebuah perubahan sosial. Dari apartemennya di Los Angeles, dia menghasilkan kerjanya dan sentiasa menjaga identiti Islamnya.. Dia seorang lulusan UCLA, bidang membuat filem. Semuanya berubah bila pada suatu hari dia melihat sebuah studio filem lokal sedang berproduksi...
“Saya diundang untuk wawancara tahun 2006, dan ketika saya pergi ke sana, studionya benar-benar berada di sebuah stor simpanan, dikelola oleh sekelompok lelaki dengan beberapa komputer MAC. Seorang dari mereka baru berada di sana selama 6 minggu, dan dialah yang menjalankan acara. Di situ saya dapat idea, saya pulang ke rumah, menghubungi beberapa kawan,'Jom kita buat filem untuk Islam!"
Ardekani menggabungkan hobi filem dengan memperkenalkan identiti Muslim. Didirikan Ummah Films, sebuah perusahaan filem yang memproduksi hiburan secara halal atau sah tidak menyalahi syarak secara Islami. Seperti juga kelompok komedi populer lainnya, Allah Made Me Funny dan Funny Mentalists, tetapi bagi Ummah Films lebih cenderung penontonya yang berada sekitar umur 15-25 tahun. Dia menggunakan blog video untuk membangkitkan semangat generasi muda Muslim..
“Saya pergi ke sebuah masjid yang biasa saya kunjungi dan dengar kuliah rutinnya. Saya lihat ada yang tidur. Orang-orang muda tak minat ke masjid apalagi bila dengar kuliah yang menjemukan. Boleh ke kita salahkan mereka jika mereka tertidur? Mengajar macam mana dalam waktu tak sampai 10 minit pun pendengar boleh tertidur? Seolah-olah Islam yang diajar itu terputus dari kehidupan harian.."
Dia juga ingin mengubah persepsi orang ramai, “Saya tahu kekuatan media. Ia dapat mengubah pemikiran ramai dalam waktu singkat.”
Melawan atau merubah gambaran Muslim dalam filem dan tv, di mana lelaki Arab berjanggut kebelakangan ini selalu terungkap (tertuduh) sebagai pengganas siapsedia meledakkan diri demi Islam, adalah suatu tugas yang sulit. “Kata-kata seperti ‘Allahu Akbar’ atau suara adzan sudah menjadikan pemikiran penonton takut untuk memulai hubungan dengan Islam.. kalau dengan cara begitu..” ujar Baba Ali.
Meskipun Baba Ali dikatakan memiliki gaya pedas, karakter yang tidak nampak berusaha untuk berada di puncak, namun.. “Saya selalu melihat diri saya hanya sebagai orang biasa di depan sebuah kamera yang tidak takut untuk membicarakan isu-isu sensitif!”
“Ketika saya mengangkat isu-isu yang tidak dibahas khatib, saya mengajak orang membuka fikiran, kadang-kadang saya membuat mereka marah, mereka benci ini, mereka suka itu, tetapi setidaknya kita telah berdiskusi. Contoh pernikahan antara budaya, tidak ada khutbah tentang isu itu. Atau cari jodoh melalui internet, pun tidak ada khutbah tentang itu. Saya bukan sedang berdakwah, kerana sudah ramai yang buat kerja itu. Saya hanya ingatkan saja.” katanya lagi.
“Saya buat macam sebuah syarikat perniagaan, tapi bagi saya, ini bukan bisnes.” Katanya lagi. "Ada juga dapat sedikit duit, hasil dari buat filem bagi anak-anak muda Muslim yang menang berbagai pertandingan.."
Karya Ardekani berjudul 'Muslim Ketika Terbang' berjaya meraih hadiah filem komedi terbaik dalam sebuah pertandingan Link TV, meskipun hadiah wangnya tak seberapa. “Wang yang saya dapat dari pertandingan ini saya masukkan ke Ummah Films. Saya membeli barang-barang untuk aset perusahaan sehingga kini video kami menjadi lebih cantik, suaranya terang, editnya lebih baik, dan designnya pun lebih bagus. Ini seperti syarikat perusahaan betul-betul. Jadi, kesanalah semua wang itu pergi!” Jelasnya.
Sekarang sudah muncul di berbagai tempat.. mulai dari Kanada hingga Arab Saudi. Imej Ardekani sedang meningkat naik. Komen-komen positif membanjiri blognya dan 'Baba Ali' menjadi sebahagian dari wajah baru kaum Muslim di Amerika Utara. "Lawak walaupun nampaknya tidak sehebat dakwah imam ini atau imam itu.. tetapi mampu mengangkat atau memaparkan sesuatu isu walaupun sensitif. Berjaya mendiskusikan di atas panggung, dan tidak terjadi masalah apa-apa pun!”
Bila ketawa reda Katanya “Cara terbaik untuk menyiarkan Islam adalah dengan menjadi Muslim yang mempraktikkan semua ajaran Islam..”
Komen Blog Ibnu Hasyim: Perlukah lawak seperti ini ada di Malaysia? Apa pandangan ulama?
(Perbagai sumber/2MA)
Lawak, lawak sikit.. Pinjam gambar dibawah ini dari blog.. http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/
Ai? Gelak macam ni boleh menakutkan..
Ini bukan gelak, menguap! Lagi luas mulut.. Tutup sikit dengan tangan.
Sabda Rasulullah,' gelak yang terlalu banyak dan melampau akan mematikan hati kita.'
Gambar dari kanan Shahabudi Jalil (Blog Shahabudeen Jalil .com), Ustaz Ahmad Awang (http://usahmadawang.blogspot.com/), Ibnu Hasyim & Mohd Shubhi (Warta Shubhi)
oleh ASYOK KUMAR
KL. Ogos 07 2009. RAJA Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah yang mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai 7 wasiat Raja-Raja Melayu menjanjikan kesejahteraan, kedamaian, keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya hari ini, pernah meminati dan ingin benar-benar mengetahui tentang sejarah PAS. Demikan diberitahu oleh Dr Haji Mohd Hasyim editor Blog Ibnu Hasyim di pejabatnya di sini sebentar tadi.
"Hal ini telah diberitahu oleh Ustaz Ahmad Awang, Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulama PAS dan Mantan Naib Presiden dan Pesuruhjaya PAS Perak kepada saya sewaktu bertemu dengannya bulan lepas. Menurutnya, beliau bersama-sama beberapa pemimpin PAS beberapa bulan sebelum itu pernah bertemu Dr Raja Nazrin membincangkan soal politik Perak, dan Dr Raja Nazrin sangat berminat untuk mengetahui sejarah PAS sejak beliau masih belajar di luar negara lagi. Dr Nazrin bertanya mengenai buku sejarah PAS, dan pihak PAS berjanji akan menyiapkannya dalam 6 bulan lagi." Jelas Haji Mohd.
"Maka inilah sebabnya saya berminat untuk menyiapkan buku sejarah PAS yang kini sudah 30 bab saya tulis! Pelayar-pelayar Blog Ibnu Hasyim boleh lihat tajuk-tajuk bab sejarah tersebut sebelah kanan muka blog untuk memudahkan mencarinya." Kata Dr Haji Mohd yang juga pernah menghasilkan puluhan buku-buku sejarah, politik dan agama. Antaranya '1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depas PAS Kuasai Malaysia?' cetakan 1993 setebal 672 mukasurat, 'Konflik UMNO-PAS, Suatu Penyelesaian Menurut Islam', 'Fikrah Maddiyah Cabaran Abad 21', 'Personaliti Muslim', 'Personaliti Perkahwinan', 'Personaliti Muslimat Idaman' dan lain-lain.
"Saya berhasrat untuk menemui beberapa ahli dan pemimpin lama atau baru PAS yang masih ada bagi melengkap serta menambahkan gambar-gambar atau fakta-fakta.. Saya sangat memerlukan bantuan dari kawan-kawan yang dapat membantu!"
Bila ditanya adakah masa 6 bulan yang dijanjikan kepada Raja Muda Perak itu sudah berlalu, "Barangkali belum habis tempuhnya... saya tak tahu samada janji kepada tuanku sultan itu sudah ditunaikan atau belum?" Jelas Dr Haji Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang. (AK)
Pernah sebelum ini anjing, sekarang babi pula.. Berita dari seberang. Belang, Manado, Indonesia.
KEJADIAN ini berlaku di Minahasa Tenggara (Mitra), Desa Watuliney, Kecamatan Belang. Hebohkan kisah 'anak babi yang memiliki wajah dan bagian kepala mirip manusia' seperti digambar atas. Ramai berduyun-duyun pergi melihatnya..
Babi kepala manusia takpa, biasa tak perlu hebuh-hebuh.. Jangan manusia berfikiran dan berkepala babi seperti pemimpin yang zalim terhadap rakyatnya. Itu yang perlu dihebuh dan diterangkan kepada rakyat!! (AK)
En Abd Malik bin Yusuff retak dua tulang kakinya akibat tembakan gas oleh PDRM, lalu terjatuh kedalam sungai berhampiran masjed Jamek. KDN bertanggung jawab! Tahniah kepada rakyat yang menolak ISA.
KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2009 - SEBANYAK 91 peratus rakyat Malaysia mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan menerusi undian yang dibuat di portal berita Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sehingga pukul 10.00 pagi tadi sebanyak 5,409 ribu orang atau 91 peratus mahukan akta zalim tersebut dimansuhkan manakala 9 peratus (504 orang) lagi mahu ia diteruskan dengan semakan dan 0 peratus (23 orang) keliru.
Mengenai pandangan mengenai ISA, 88 peratus (5,130 orang) menganggap akta tersebut sebagai draconian law, 10 peratus (566 orang) menganggap preventive law manakala 2 peratus (145 orang) tidak pasti. Undian boleh dibuat di http://www.ikdn.gov.my/. Tahniah kepada rakyat Malaysia!
ISA atau Internal Security Act 1960 ialah undang-undang penahan bagi pencegahan kekacauan Negara. Ia membenarkan penahanan seseorang individu tanpa perbicaraan atau pembuktian kesalahan. Untuk mengetahui siapa yang di tahan di bawah ISA sejak tahun 1960, sila klik si sini... ISA _Ikut Suka Aku
KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2009. Blog Ibnu Hasyim mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang akan menarik balik kenyataanya mendakwa Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai sebuah pertubuhan ekstremis, atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Terima kasih kepada YB Jeef Ooi yang sanggup menerima kritikan dan menarik balik kenyataan. Juga terima kasih banyak kepada KM Pulau Pinang yang peka terhadap pandangan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat demi mengelakkan api perkauman membakar parti-parti gabungannya." Demikian dinyatakan oleh Dr haji Mohd Hasyim selaku editor blog tersebut malam tadi.
Menurut Malaysiakini, Ooi telah dinasihatkan oleh Lim bahawa JIM bukan sebuah pertubuhan ekstremis dan oleh itu ".. adalah wajar untuk saya menarik balik kenyataan saya yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 2 Ogos lalu.. Oleh itu, saya akan mematuhi sepenuhnya arahan tersebut," kata Jeff dalam satu kenyataan lewat petang ini.
Jeff sebelum itu dilaporkan mendesak Mohd Razali Abdullah, ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSC) di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP) diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa tersebut. Jeff mendakwa Mohd Razali seorang 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Bagaimanapun, dalam kenyataannya hari ini, Jeff berkata, bagi memperjelaskan perkara itu, maka adalah penting untuk melihatnya dari kontak ia dibangkitkan. Persekitaran kompleks yang membawa kepada pelantikan Mohd Razali menganggotai OSC di bawah MPPP - terutamanya sebagai ahli JIM yang dicalonkan mewakili PKR, dan tindak tanduknya dalam mesyuarat-mesyuarat OSC - telah menjadi beban politik kepada kerajaan negeri.
"Kita kini akan berurusan dengan beliau dan penerusan keanggotaannya dalam OSC melalui saluran politik," tegas Jeff yang juga ketua kakitangan pejabat ketua menteri Pulau Pinang.
Oleh itu, tambahnya, ia juga amat penting bagi semua pihak yang berkenaan, menghentikan segera pemprofilan agama yang negatif terhadap pemimpin DAP. Demi kemajuan masa depan Pulau Pinang, kata Jeff, beliau akan terus bercakap mengenai isu-isu yang membabitkan soal urustadbir serta memenuhi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kawasan parlimen Jelutong.
Ujar Dr Mohd lagi. "Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor isu penjualan arak yang menyebabkan PAS Selangor mendesak supaya kerajaan negeri Selangor menukar Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu dari DAP, ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat perlu bertindak segera menyelesaikan gejolak dan kocak kopi di dalam cawan pakatan.." Jelas Dr Mohd, yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Selangor. (AK)
SERAMAI 45 peserta ekspedisi kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakrawala di Laut China Selatan selamat kembali petang ini selepas bertolak ke kawasan berkenaan pagi semalam.Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan sambut kepulangan tersebut.. Ringkasnya sila lihat klip video ini..
Penasihat Undang-undang Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA - Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bukan ahli PAS seperti didakwanya tegas Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali.
Mustafa menjelaskan semakan menunjukkan pemimpin Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) itu bukan ahlinya dan tiada rekod menunjukkan penyokong ISA itu ahli cawangan Sungai Ramal, Kajang.
"Kami (PAS) telah membuat semakan terhadap senarai daftar ahli dan telah merujuk ke cawangan PAS Sungai Ramal tetapi tiada rekod menunjukkan bahawa penasihat undang-undang Magaran (Mohd Khairul) ini ahli PAS.
"Saya sebagai Setiausaha Agung PAS menafikan dakwaan beliau yang mengakui sebagai ahli PAS," tegas Mustafa dalam satu sidang media khas di Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.
Ditanya sama ada PAS akan menerima keahlian Mohd Khairul jika lelaki tersebut memohon untuk menjadi ahli, Mustafa menegaskan PAS menentang ISA dan sesiapa yang mahu menjadi ahli tidak boleh menyokong akta zalim tersebut.
Mohd Khairul Azam Abd Aziz yang gagal menyerahkan memorandum menyokong ISA pada 1 Ogos lalu dipetik sebagai berkata beliau akan menyaman PAS jika mengambil tindakan disiplin kerana menyokong akta tersebut. (AK)
PAS Pulau Pinang Kemuka Senarai Calon Kerusi Permatang Pasir Kepada Pusat
PULAU PINANG, 5 Ogos (Bernama) -- Pas Pulau Pinang akan mengemukakan senarai calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir kepada Pas pusat esok.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man, berkata mesyuarat Pas negeri semalam telah menyenaraikan beberapa nama calon yang layak untuk bertanding pada pilihan raya itu.
"Kita telah sepakat, sebulat suara di peringkat negeri, dan keputusan akhir akan ditentukan pada mesyuarat peringkat pusat," katanya kepada Bernama di sini Rabu.
Salleh berkata Pas akan meletakkan calon yang berasal dari Pulau Pinang dan menetap di negeri itu.
Katanya mesyuarat semalam turut membincangkan mengenai persiapan menghadapi pilihan raya itu.
Kerusi itu kosong apabila penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara pada Jumaat lePas.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Mohd Hamdan yang menjadi Adun Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999, memperoleh 11,004 undi menewaskan calon Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.
SEKONYONG-KONYONG nama Mohd. Khairul Azam Abd. Aziz (gambar) yang bertindak sebagai Penasihat Undang-Undang kepada Magaran tiba-tiba menjadi terkenal. Ia ekoran tindakan Khairul yang menyerahkan memorandum kepada Istana Negara Sabtu lalu mewakili Magaran yang proI-ISA itu. Dan ia menjadi semakin gempaq kerana Khairul diberitakan adalah ahli PAS - sebuah parti yang tidak pernah surut berjuang menentang akta gila babi itu.
Siapa si-mamat bernama Khairul yang tiba-tiba menjadi hero Magaran itu? Sejak bila dia menjadi ahli PAS dan adakah ia ahli yang aktif atau setakat ada nama dalam rekod parti tapi tidak pernah aktif memperjuangkan suara parti? Tindakan Khairul (jika benar dia ahli Pas) pasti dilihat mencemar imej Pas. Seperti kata pepatah, Khairul bak seekor kerbau membawa lumpur, habis semua nama parti terpalit. Tindakan Khairul (jika benar ia ahli Pas) bukanlah pelik benar kerana dalam parti yang sebesar Pas, tentu ada seekor dua ekor 'kerbau' yang mempunyai idea dan inspirasi berbeza dari kumpulannya. Ia juga berlaku dalam parti lain seperti Umno yang ada ahlinya yang pernah dituduh menjadi militan komunis.
Sama ada Khairul memang ahli Pas atau tidak, sesuatu yang melucukan saya ialah susuk Khairul mengingatkan saya kepada seorang pemimpin Umno yang berkulit gelap, berkaca mata tebal dan sangat anti-Pas dan PR dan kini menjadi orang yang paling berkuasa di Perak menerusi satu rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah. Adakah Khairul dan mat Perak itu ada hubungan kekeluargaan?
~ pendikar gunung kriang (http://pendikargunung.blogspot.com)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau tak salah, macam saya kenal orang ini. Nampaknya pejabat Agung PAS kena tolong semak nama kerbau hitam ini, ada ke tidak berdaftar sebagai ahli PAS? Atau cuma seekor musang yang pinjam bulu ayam... (AK)
KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2009. Blog Ibnu Hasyim memberi amaran kepada Pakatan Rakyat, bahawa api perkauman mula membakar parti-parti gabungannya yang mungkin ditiup oleh parti-parti lawan. Demikian dinyatakan oleh Dr haji Mohd Hasyim selaku editor blog tersebut semasa ditemui di sebuah hotel di sini dalam perjumpaan dengan beberapa bloger-bloger sebentar tadi.
Ini berikutan kenyataan yang dibuat oleh Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong dari DAP merangkap Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar the Star Ahad lalu di mukasurat N12, atas 'kebiadapan'nya menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai 'ekstremis agama'.
Dr Mohd bersetuju dengan cadangan supaya Ooi, digesa menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada badan berkenaan termasuk Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang dari PKR Mohd Razali Abdullah, seperti yang dilaporkan oleh Harakah Daily hari ini. Sementara itu Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin juga dikatakan mengutuk sekeras-kerasnya tohmahan dan dakwaan yang disifatkan terlalu dangkal kerana keangkuhan yang melampau.
Dr Mohd bersetuju dengan pendapat Zulkifli bahawa Jemaah Islah Malaysia adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar diluar negeri.. JIM tidak ada kena mengena dengan Kumpulan JI yang difitnah dan ditohmah sebagai sebuah badan teroris oleh Barat.
"Kalau benar Jeff Ooi telah menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya, maka itu adalah satu tuduhan tidak wajar.. mungkin kerana kedangkalannya dalam memahami agama Islam itu sendiri, yang menjadi kewajipan parti rakan gabungan menjelasnya.." Ujar Dr Mohd lagi.
"Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor isu penjualan arak yang menyebabkan PAS Selangor mendesak supaya kerajaan negeri Selangor menukar Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu dari DAP, ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu, walaupun dalam kes kematian Setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock gabungan parti-parti dalam pakatan menampakkan bertambah padu." Kata Dr Mohd lagi.
"Oleh itu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat perlu bertindak segera menyelesaikan gejolak dan kocak kopi di dalam cawan pakatan. Contohnya, seperti dalam kes pusat penyembelihan babi di Kedah.." Jelas Dr Mohd, yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Selangor. (AK)
Selasa Ogos 4, 2009: SPRM nafi 'Teoh' dipukul teruk ketika disoal siasat
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan artikel dan klip video yang disiarkan dalam sebuah laman web menunjukkan seorang lelaki dipukul teruk oleh sekumpulan lelaki dalam satu proses yang didakwa sebagai soal siasat.
SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata bahawa tindakan penulis artikel itu yang turut mengaitkan insiden kematian melibatkan mendiang Setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock seolah-olah mendakwa SPRM telah bertindak kejam dan tidak mematuhi standard penyiasatan sehingga menyebabkan kematian Teoh.
Kenyatan itu berkata perbuatan menyiarkan artikel dan klip video itu merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab yang disengajakan oleh penulis blog terbabit bagi menggambarkan suruhanjaya itu sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang kejam dan tidak boleh dipercayai.
"Ia juga bertujuan untuk menimbulkan kebencian masyarakat ke atas SPRM dan meraih simpati orang ramai demi kepentingan agenda pihakpihak tertentu.
"Sehubungan itu, SPRM telah membuat laporan polis berhubung penyiaran dan penyebaran artikel dan video klip tersebut bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," kata kenyataan itu. BERNAMA
Komen Blog Ibnu Hasyim: Betulkah? Anda lihat dan nilai sendiri, layari blog di bawah ini? (AK)
PM, Datuk Seri Mohd. Najib dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz berkongsi gembira memegang seekor anak kambing biri-biri yang lahir di ladang pembiakan Kampung Runchang terletak di bawah projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Projek itu dilancarkan oleh Najib hari ini. Inilah kali ke 3 mereka bersemuka dalam tempoh seminggu ini termasuk semalam di Putrajaya.
PEKAN: Hari ini, kali ke 3 dalam minggu ini PM Datuk Seri Mohd. Najib dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz bertemu dan berkongsi kegembiraan seperti di gambar di atas. Kali pertama bertemu di lapangan terbang Pengkalan Chepa, di Putrajaya dan kini di Pahang.
BERNAMA melaporkan, Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER SEZ) yang dilancarkan dijangka dapat mewujudkan lebih 220,000 peluang pekerjaan baru dan menarik RM90 bilion pelaburan langsung domestik dan antarabangsa menjelang 2020.
ECER SEZ ialah zon ekonomi khas pertama di Malaysia. Empat zon bebas akan diwujudkan di ECER SEZ bagi menggalakkan serta menumpukan rantaian antara kelompok industri yang akan memberikan impak yang signifikan terhadap ekonomi ECER kelompok Pembuatan Bernilai Tinggi, Industri Asas Tani; Gas dan Petrokimia; Pelancongan/ Hartanah; Ilmu/Pendidikan dan ICT serta Logistik.
Walaupun berkeluasan fizikal hanya enam peratus daripada keluasan keseluruhan ECER, zon ini mempunyai impak ekonomi yang amat besar, termasuk keupayaan menyumbang kepada 50 peratus daripada peluang pekerjaan berbanding seluruh ECER serta menyumbang kepada 80 peratus daripada hasil keluaran ekonomi untuk keseluruhan ECER.
Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang melancarkan zon tersebut memberitahu, Pelabuhan Kuantan juga akan dinaik taraf dan diperluas supaya berupaya mengendalikan lebih 30 juta metrik tan muatan kargo setahun menjelang tahun 2020 berbanding 16.8 juta metrik tan pada masa ini.
Ia bertujuan memastikan pelabuhan itu mampu memainkan peranannya sebagai pelabuhan utama di Pantai Timur dan sebagai pintu masuk perdagangan bagi pasaran Asia Pasifik. Untuk merangsang pertumbuhan pesat ECER SEZ, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan beberapa insentif fiskal dan bukan fiskal yang baharu supaya dapat menarik pelaburan dan membolehkannya terus berdaya saing.
"Kalau ada permohonan untuk insentif tambahan, kita akan pertimbangkan berdasarkan merit sesuatu kes itu," katanya. Selain itu, Najib berkata, projek Agropolitan ECER yang turut dilancar merupakan sebuah pembangunan bersepadu yang bermatlamat utama membasmi kemiskinan tegar pada akhir 2010, melalui penglibatan golongan miskin dalam sektor-sektor perladangan dan bukan perladangan.
"Saya tertarik dengan Agropolitan ini kerana selain menanam kelapa sawit, mereka juga boleh menternak kambing biri-biri.. Jika bekerja separuh hari, dalam sebulan boleh dapat RM500, dan jika bekerja sepenuh hari boleh mencapai RM1,000 sebulan.. Ini boleh membawa mereka keluar daripada garis kemiskinan," katanya.
Perdana Menteri berkata, mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang baik juga akan diberikan kerja sementara yang sudah tua atau uzur, akan diberi skim kebajikan. Katanya, 50 peserta pertama telah dipilih untuk menjalankan aktiviti projek Agropolitan ini, yang mampu menampung sehingga 1,500 peserta. Selain itu, Najib turut mengumumkan bahawa Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur telah memulakan pelaksanaan projek Agropolitan iaitu sebuah projek pembangunan bersepadu yang bermatlamat utama membasmikan kemiskinan di kalangan penduduk setempat. (Sumber BERNAMA/AK)
Mstar Online Selasa Ogos 4, 2009 : Isu arak: PAS Selangor desak Ronnie Liu ditukar Mahu jawatan itu disandang sendiri oleh MB Selangor atau orang lain
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
SHAH ALAM: PAS Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.
Jawatan Exco kanan itu kini disandang oleh Ronnie Liu dari DAP.
Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.
Pendirian itu diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali sebentar tadi.
"PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.
"PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan," katanya. (AK)
TUMPAT, Ogos 4 — “Ini adalah misi moral dan menuntut moral Umno agar menunaikan hak rakyat Kelantan,” kata Husam dalam taklimatnya kepada ekspedisi mengenalpasti kedudukan pelantar minyak Kelantan yang bermula pagi ini dengan disertai oleh 60 peserta.
Sebelum berlepas, Husam memberikan taklimat kepada para peserta yang terdiri dari Adun, Anggota Parlimen, pegawai kerajaan, wartawan dan blogger di samping juruukur profesional yang dilantik oleh kerajaan negeri. Turut serta adalah wartawan The Malaysian Insider, sumber berita ini.
Mereka bertujuan untuk mengesahkan kedudukan pelantar minyak itu adalah dalam kawasan perairan Kelantan dan dengan itu kerajaan negeri berhak mendapat royalti minyak lima peratus dari Petronas. Sasaran mereka adalah pelantar Cakerawala yang dijangka akan mereka temui selepas 8-10 jam berlayar dengan kapal nelayan laut dalam.
Mereka menggunakan tiga buah kapal dan bertolak jam 10 pagi tadi. Satu berlepas dari Tok Bali manakala dua lagi berlepas dari Pengkalan Kubur. Tuntutan hak royalti minyak untuk Kelantan menjadi isu utama menjelang pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri menuntut RM1 bilion royalti dari Petronas. Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dalam suratnya kepada Nik Aziz bersetuju dengan tuntutan itu dan menyifatkan ianya sebagai hak kerajaan negeri Kelantan.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim juga menyokong tuntutan Kelantan itu. Katanya, Tengku Razaleigh sendiri yang menandatangani perjanjian itu dengan Muhamad Nasir, Menteri Besar Kelantan ketika itu.
Ketika melawat Kelantan 1 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tuntutan ini sedang dikaji oleh kerajaan pusat. Mereka dilepaskan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub dan diketuai oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa. (AK)
Himpunan Berlilin, Penduduk-penduduk Kampung Buah Pala menangis di hadapan rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di sini, semalam sambil merayu kepada Lim agar proses merobohkan rumah-rumah mereka yang dijadualkan hari ini dihentikan. Perhimpunan secara aman dengan nyalaan lilin itu disertai seramai 50 penduduk kampung itu terdiri daripada warga tua, wanita dan kanak-kanak.--fotoBERNAMA
GEORGETOWN: Kerja-kerja merobohkan Kg Buah Pala yang dijadualkan hari ini ditangguhkan sekali lagi apabila pemaju bersetuju untuk bertemu dengan penduduk kampung untuk perbincangan lanjut malam ini.
Pagi ini, penduduk kampung membentuk perisai bagi menghalang kerja-kerja merobohkan rumah mereka dilakukan pihak pemaju. Wakil daripada badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti politik berkumpul di kawasan itu dan pihak polis turut hadir bagi mengawal keadaan.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy memberi jaminan kepada penduduk kampung bahawa tiada kerja-kerja perobohan dilakukan hari ini. Sebaliknya, beliau berkata, pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd bersetuju untuk bertemu beliau dan penduduk kampung malam ini. (AK)
OlehDrs Mohd Rashidi Deraman LIHAT gambar di atas ini, tentera-tentera Israel itu begitu mesra dan akrab sedang bermain bola dengan rakyat Palestin. Mereka tertawa, berwajah ceria gembira bersama. IDF! Begitu panggilan tentera Israel. Hingga nampak ramah, jauh dari kesan ganas dan kejam.
Sebaliknya, orang-orang Palestin itu bersama kanak-kanak mereka tak nampak takut sikit pun, bahkan menerima tentera Israel dengan ikhlas main bola di berhampiran Tembuk Besi yang didirikan Israel bagi memusnahkan umat Islam itu.
Bagaimana boleh jadi begitu? Mulanya tentera Israel sedang melakukan rondaan. Jeep mereka terkena bola tendangan dari sebelah tembuk. Tentera Israel ambil dan beri balik bola tersebut.. Bukan itu saja, bahkan ikut serta bermain bersama kanak-kanak itu.. Oh begitu mesranya.
Rupanya, itu hanya kisah dalam iklan. Iklan terbaru sebuah operator HP buatan Israel, Cellcom. Di akhir iklan itu muncul tulisan, “Setelah semuanya ini, apa yang kita ada? Gembira ria!!" Iklan ini juga muncul di Youtube. Tetapi adakah benar ada suasana begitu? Yang terjadi, apabila sebiji bola yang ditendang rakyat Palestin tersasar masuk melalui tembuk pemisah itu, yang keluar ialah tembakan peluru dan gas beracun.
Jelas iklan ini menipu. Seorang aktivis Israel berkata, “Apa yang terjadi sebenarnya di antara tembuk pemisah itu ialah semburan gas pemedih mata!” Justeru tidak hairan bila ada pihak-pihak di negara Arab yang berkeras dan menuntut supaya Cellcom menghentikan tayangan iklan tersebut. Apa sebenarnya maksud 'gembira ria' itu? Gembira mereka melihat kanak-kanak Palestin tidak bersekolah, tiada klinik dan tiada hak-hak asasi mereka. Namun Cellcom memperbodohkan tuntutan itu.
Menurut Hagai Matar, seorang aktivis Israel, juga mengaku geram dengan iklan ini. “Mana ada orang Palestin yang main bola di balik tembok pemisah itu? Dekat saja sudah ditembak!" (Pelbagai sumber/RD)
KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Blog Ibnu Hasyim menyokong tindakan yang diambil oleh Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras dari sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8, Shah Alam, seperti yang disuarakan Timbalan exco negeri Selangor, Dr Shafie Abu Bakar melalui Harakah Daily hari ini.
Tindakan MBSA itu berdasarkan peraturan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri serta enakmen syariah negeri Selangor. Dr Shafie menegaskan kerajaan telah memutuskan semua minuman keras tidak dibenarkan dijual secara terbuka di kedai runcit dan 7-eleven tetapi ia perlu lesen khas untuk orang bukan Islam. Sepatutnya peraturan itu dihormati oleh semua pihak kerana larangan membeli dan minum arak itu hanya ditujukan kepada orang bukan Islam saja.
Blog Ibnu Hasyim memuji PAS, kerana tetap berpegang dengan prinsip mengikut hukum yang ditetapkan dalam Islam dan tercatat dalam peraturan kerajaan tempatan (PBT). Mengulas tindakan MBSA itu, Dr Syafie kesal dengan sikap exco kerajaan negeri, Ronnie Liu yang campur tangan memaksa rampasan arak itu dipulangkan semula. Beliau memaklumkan, seharusnya Ronnie menghormati tindakan yang telah diambil oleh PBT kecuali beliau mendapat bukti bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan enekmen.
"Jika peraturan itu tidak dihormati rakyat akan keliru," kata Dr Syafie. Beliau turut menjelaskan premis 7-eleven di Bangi dahulu pernah menjual minuman keras yang mengandungi alkohol ringan tetapi penduduk Islam telah membantah dan akhirnya penjualan tersebut ditarik. "Saya pernah membantah cadangan Majlis Perbandaraan Kajang (MPKJ) untuk membuka panggung wayang, saya bantah kerana penduduk di Bangi 95 peratus Melayu dan MPKJ menghormati keputusan kita," tegasnya.
Beliau menegaskan peraturan dan hukum mesti dipatuhi di samping menghormati prinsip dan sensitiviti bangsa lain jika perkara itu tidak dilaksanakan ia akan menimbulkan masalah. "Syabas Dr Shafie, teruskan tugas anda!!" Demikian ucapan editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Haji Mohd Hasyim. (AK)
TERPANA dan bagai dibawa ke awan biru hinggakan semua penonton yang hadir sanggup menunggu lama bagi melihat kumpulan rock kesayangan mereka beraksi di atas pentas. Kena pula dengan judul konsert 'SEARCH... di awan biru', persembahan konsert kali ini bagaikan mengimbau kembali zaman kegemilangan rock 80-an satu ketika dahulu.
Dengan kehadiran seramai 25,000 penonton pada malam konsert yang telah berlangsung pada 1 Ogos di Bukit Kiara Ekuestrian ini membuktikan band rock tempatan kita masih mempunyai kehebatan tersendiri jika dibandingkan dengan band-band dari negara luar.
Search yang dianggotai Amy (Vokal), Hillary (Gitar utama), Din (Gitar kedua), Nasir (Bass) dan Yazit (Drum) berjaya membuktikan mereka sebagai lagenda rock di Malaysia yang masih mampu memberikan persembahan hebat tanpa henti dengan menyanyikan 23 buah lagu hit mereka.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Walaupun Amy memberi kerjasama dengan Pakatan Rakyat, menziarah dan menerima pandangan Tok Guru Nik Aziz, pengaruhnya tetap terus melonjak. (AK)
PULAU PINANG 3 Ogos: Kerja meroboh rumah penduduk Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor di sini yang sepatutnya dilakukan hari ini, ditunda sehingga esok berikutan pemilik tanah kampung berkenaan, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang (KPKPP) memberi tempoh sehari lagi kepada penduduk untuk berpindah.
Pengerusi KPKPP, Abdul Razak Mansor berkata kawasan itu sepatutnya dirobohkan hari ini, bagaimanapun atas dasar simpati dan kemanusian, pihaknya memberi tempoh sehari lagi bagi penduduk kampung berkenaan memindahkan barang mereka. Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi amaran kepada Koperasi Pegawaipegawai Kerajaan Pulau Pinang, pemilik tanah Kampung Buah Pala, supaya tidak merobohkan rumah penduduk di situ esok sehingga satu penyelesaian yang tidak merugikan mana-mana pihak dapat dicapai.
"Jika koperasi berkeras untuk merobohkan rumahrumah di situ, kerajaan negeri tidak ada pilihan selain membatalkan perintah yang dikeluarkan untuk pembangunan kampung itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini bagi mengulas kenyataan pengerusi koperasi itu, Abdul Razak Mansor semalam bahawa sebarang rundingan mengenai penempatan semula penduduk kampung itu hanya dapat dijalankan selepas rumah mereka dirobohkan. (Sumber BERNAMA)
Berita Mstar Online. Isnin Ogos 3, 2009. ISA: Sivarasa bebas, 13 lagi akan didakwa
R. Sivarasa selepas dibebaskan dengan jaminan polis di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini. Beliau ditahan reman dua hari sejak Sabtu lalu kerana terlibat dalam perhimpunan anti-ISA di ibu negara. --fotoREUTERS
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa yang ditahan reman kerana terlibat dalam perhimpunan haram anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin dibebaskan di Mahkamah Sesyen hari ini.
Beliau yang dibebaskan dengan jaminan polis bagaimanapun perlu melapor diri semula di mahkamah pada 17 Ogos ini.
"Saya sudah dibebaskan kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi.
"Polis ambil keputusan untuk bebaskan saya dengan jaminan mulut... namun saya perlu melapor diri semula pada 17 Ogos," katanya kepada mStar Online.
Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan antara 17 orang yang ditahan reman selama dua hari bermula kelmarin.
Tempoh berkenaan berakhir hari ini.
Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kesemua mereka yang direman itu terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita.
Bagaimanapun 13 lagi yang direman kini masih berada di Mahkamah Majistret Jalan Duta untuk didakwa.
"Hanya saya yang dibebaskan hari ini... saya pun tidak pasti mengapa, namun 13 lagi yang ditahan bersama saya masih berada di mahkamah untuk didakwa," katanya. (AK)