Friday, September 28, 2018

K'jaan Perpaduan PH-Umno Tidak Relevan. -Anwar.

Anwar tidak bimbang Isa Samad tanding PRK Port Dickson
Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
KL: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara parti dalam PH dan Umno tidak relevan. Jelasnya, ini kerana isu kerajaan perpaduan tidak pernah dibincang atau dicadangkan dalam PH.

“Tidak ada cadangan sedemikian. Bagi saya, ia tidak relevan untuk dibincangkan. Kita komited dengan PH. TIidak perlu apa-apa perbincangan," katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana dan Pelancaran buku tulisan  Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam wawancara dengan media tempatan dilaporkan berkata, beliau berharap kerajaan perpaduan antara Umno dan mana-mana parti dalam PH dapat dizahirkan.

PD: Bersatu Gugat Anwar. Bersatu NS Bubar..



Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

SEHINGGA sekarang tidak ramai pemimpin yang sanggup bubar parti sendiri. Namun ia bukan perkara pelik kerana pernah ada dalam catatan sejarah.
Kesemuanya boleh dikatakan membabitkan pemimpin Umno. Apa alasan mereka sanggup bertindak begitu. Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin – ada pelbagai isu.
"Kita berhadapan banyak masalah, ada yang buat laporan polis, buat sidang media... saya tak nak ulas panjang," katanya seperti dilapor web berita.
Apa pula kisahnya tiba-tiba Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertindak sedemikian. Hari ini beliau dilapor mengumumkan Bersatu Negeri Sembilan dibubarkan. Alasannya kerana dilimpahi banyak masalah. (Foto atas: Pemimpin Bersatu Negeri Sembilan.)
"Kita guna pakai keputusan bubar Bersatu yang telah tertubuh awal untuk Negeri Sembilan kerana kita ada banyak masalah,” ujarnya.
Kata Menteri Dalam Negeri itu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) nasihatkan bubar dan lantik semula pimpinan di peringkat negeri.
Nampaknya era Malaysia Baharu perkara yang jarang berlaku sebelum ini pun muncul sekarang.
Sebelum ini seorang lagi pemimpin Umno juga pernah bubar parti sendiri. Ditubuhnya parti baru itu kerana gagal mengalahkan seorang lagi pemimpin Umno.
Pada 1987 berlaku perebutan jawatan Presiden Umno antara Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah. Namun Ku Li tewas hanya kekurangan 43 undi.
Regunya juga rebah. Dato’ Musa Hitam juga tewas di tangan Ghaffar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden. Babak pertelingkahan antara kedua-dua ‘team’ itu berakhir setelah Umno diharamkan Mahkamah Tinggi.
Hakim Dato’ Harun Hashim memutuskan Umno dibubar kerana muncul ahli yang tidak sah. Perwakilan berkenaan dibiarkan mengundi pada mesyuarat perwakilan Umno.
Berikutan pengharaman itu Ku Li cuba menghidupkan Umno lama 1946. Namun gagal. Bagaimanapun Ku Li tidak putus asa, sebaliknya beliau mendaftar pula nama Parti Melayu Semangat 46.
Manakala Dr Mahathir pula menubuh Umno Baru. Dr Mahathir masih mengatasi rekod Ku Li keupayaan menubuh banyak parti baharu.
Selepas berjaya menghidupkan Umno Baru pada 1987 tiba-tiba pada 9 Mei lepas Dr Mahathir cuba mematikan parti itu sekali lagi.
Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu cuba mematikan Umno Baru dengan melahirkan Bersatu pada 8 September 2016. Mungkin tindakan Dr Mahathir lebih bermaruah berbanding Ku Li.
Berdasar retetan itu bermakna Dr Mahathir kali kedua menubuh parti baharu. Berbeza dengan Semangat 46 dimatikan Ku Li pada Mei 1996 selepas menyerah diri secara ‘en bloc’ kepada Umno.
Dr Mahathir lebih pintar kerana tidak mematikan Umno tanpa batu nisan. Sebaliknya beliau menubuh Bersatu bagi menyaingi Umno. Akhirnya parti Melayu itu tersungkur pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14.
Bagaimanapun ketika baru menjejaki usia dua tahun, Bersatu Negeri Sembilan tiba-tiba dibubar. Alasan Muhyiddin kerana Bersatu negeri bernombor itu bermasalah.
Episod Bersatu gugat Anwar
Episod itu berlaku ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim sedang mendaki tangga untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.
Biar pun diberi alasan Bersatu Negeri Sembilan ada penyakit, namun Muhyiddin ada pertimbangan lain. Beliau sebenarnya mahu menobatkan Tan Sri Dr Rais Yatim mengetuai Bersatu Negeri Sembilan.
Gambaran yang berlaku itu boleh diconggak Bersatu seperti tidak restui langkah Anwar.
Muhyiddin memulakan episod menyingkirkan orang lama bagi menghangat lagi ragam Malaysia Baharu. Strategi mengejutkan itu dicetus ketika adegan pukul memukul dan membaling kerusi memeriahkan pemilihan PKR.
Apakah ia benar-benar isyarat awal kepada Anwar. Tidak mudah untuknya menggantikan Dr Mahathir, biar pun tempoh dua tahun selepas PRU14 semakin hampir.
Lebih-lebih lagi timbul keraguan seseorang itu boleh bertanding mana-mana pilihan raya selepas 5 tahun pengampunan diberi. -HARAKAHDAILY 27/9/2018

PH, Tingkat Kerjasama M'sia &Syiah Iran.. Jauhi Saudi.

Selepas Jauhi Saudi, Malaysia Tingkat Kerjasama Dengan Iran
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan Presiden Iran, Hassan Rouhani semasa menghadiri perhimpunan agung tahunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Dalam pertemuan tersebut, Rouhani mengalu-alukan hubungan kedua-dua buah negara, yang dilihat semakin mesra dan meningkat baik di bawah kerajaan baharu.
Putrajaya setakat ini telah melaksanakan dua langkah yang menjarakkan daripada Riyadh, sehingga merenggangkan hubungan dengan Arab Saudi, negara rakan baik Malaysia.
“Kita perlu bekerja keras lagi meningkatkan hubungan dalam pelbagai bidang, seperti perdagangan dan ekonomi, komunikasi, jalan kereta api dan pelabuhan, pertanian dan industri,” kata Rouhani seperti dilapor IRNA.
Rouhani turut memuji kerjasama rapat antara pegawai kedua-dua negara dalam meneruskan kerjasama.
Iran sebelum ini didakwa memberi dana kepada pembangkang Malaysia sebagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mesra Saudi.
Dakwaan ini dikuatkan oleh sikap kerajaan Pakatan Harapan yang menunjukkan pendirian baharu yang tidak mahu meneruskan hubungan baik dengan Riyadh.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pula telah melaksanakan dua langkah yang menunjukkan sikap menghentikan kerjasama dengan Saudi, dengan membawa balik tentera Malaysia dari Arab Saudi dan menutup dengan segera pusat antikeganasan tajaan Arab Saudi di Putrajaya.
Pertemuan Mahathir dengan Rouhani menunjukkan bukti kukuh hubungan lebih mesra antara Putrajaya dengan Tehran. – Mynewshub.tv
Sila lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-5: Catatan Perjalanan
Yang Buruk Dari Syiah Iran?
E-Buku IH-5: Catatan Perjalanan

Thursday, September 27, 2018

Masih Ada Najis Zina Ditawar Di Hotel M'sia.

Wanita Thai dicekup tawar servis di hotel
PETALING JAYA - Wanita warga Thailand dicekup Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Selangor di sebuah hotel di Dataran Mentari, di sini, kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Kegiatan itu berjaya dilumpuhkan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi, hasil maklumat dan risikan. Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata kegiatan tidak bermoral itu berselindung di sebalik hotel.

"Polis telah menahan empat wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an di bilik yang berasingan.
"Pelbagai barang telah dirampas antaranya tisu, kondom, tuala dan pasport," katanya.
Beliau mendedahkan, pihaknya percaya wanita ini menggunakan hotel untuk aktiviti seks dan menjadikan medium aplikasi Wechat untuk mencari pelanggan sejak sebulan lalu.

Tambahnya, pelanggan akan ditawarkan harga RM150 hingga RM200 mengikut pakej yang diberikan wanita terbabit.
"Siasatan terus dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan," katanya. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi jenayah najis zina ini? 

Menurut Dr Zakir Naik, seorang pendakwah antarabangsa, "Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini " Katanya di Nilai Malaysia beberapa tahun lalu. [Lihat berita ini.. (freemalaysiatoday.com Ridzwan April 20, 2016 12:17 PM] 


Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.

Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.

“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?

“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.


Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi. PAS juga cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan. 

Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur beberapa tahun lalu.

Kini, walaupun Pakatan Harapan (PH) berjaya memerintah Malaysia, namun tahap perundangan Islam tetap di tahap yang sama seperti di bawah BN dulu. Perundangan Islam.. terlepas dari mulut harimau BN, tetapi berdepan pula dengan mulut buaya PH?

PAS Pertahan Dr. Zakir Naik -Datuk Ahmad Yakob, Nik Amar.


KOTA BHARU 26 Sept. - Pas menolak tuduhan pihak yang mendakwa bahawa pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik memperlekeh dan memperkecilkan agama lain melalui siri ceramah beliau.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, tuduhan itu tidak wajar kerana penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 itu hanya memberi penjelasan mengenai apa yang terkandung dalam pelbagai kitab agama untuk perbandingan umum.
Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, ia terpulang kepada pihak yang mendengar ceramah tokoh tersebut untuk membuat kesimpulan dan mengambil manfaat.
"(Zakir) beri penjelasan mengikut kitab masing-masing, kitab Hindu dia bagitahu, kitab Kristian pun dia bagitahu, begitu juga kitab Islam kita, kemudian buat perbandingan, terpulanglah kepada mereka yang mendemgar, itu bukan memperkecilkan.
"Kita terima dia sebagai seorang pendakwah, kita perlu terbuka kerana seorang pendakwah tugasnya menyampaikan kebaikan," katanya selepas Mesyuarat Exco di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Datuk Dr Mujahid Yusof dalam ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, kelmarin yang mendakwa ilmuwan agama itu menggunakan kaedah perdebatan merendahkan agama lain yang tidak sesuai dengan konteks Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Nik Amar Jawab Dr Mujahid: Dr Zakir Naik, Tahfiz, Syiah, Kahwin Muda..

Nik Amar Jawab Mujahid : 
Dakwah Dr Zakir Naik Tidak Sesuai Di Negara Ini.


PAS Letak Calon Di PRK P/Dickson. Siapa?

 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) dan Menteri Besar Terengganu merangkap Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) semasa sidang media berhubung keputusan calon PAS yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Ibu Pejabat PAS, Rusila. - Foto Ghazali Kori


MARANG: PAS akan meletakkan calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, 13 Oktober ini. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat sebentar tadi.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua perkara termasuk meneliti dan mendengar laporan dan maklumat daripada Jawatankuasa Pilihan Raya. Katanya, calon yang akan diumumkan malam esok adalah seorang tokoh yang sepadan dengan pencabarnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“PAS bertanding kerana mahu menghidupkan demokrasi, PAS adalah parti yang mendukung demokrasi dan mahu rakyat ada pilihan dalam menentukan pemimpin mereka walaupun kita tidak bersetuju dengan pilihan raya yang dilakukan secara tergesa-gesa.
“Sekurang-kurangnya PRK Port Dickson sebagai medan melatih petugas parti menghadapi pilihan raya.
“Tidak mudah untuk menang tetapi tidak mustahil boleh menang,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, parti itu mengambil kira gelombang PRK Sungai Kandis dan Seri Setia yang menyaksikan kebangkitan rakyat terhadap rasa tidak puas hati mereka terhadap Pakatan Harapan.
"Kita ajak semua parti bekerjasama pada PRK ini. Calon PAS ini orang yang mempunyai pengaruh," katanya.
Sebelum ini, katanya PAS memberi laluan kepada UMNO dan MIC bertanding, namun apabila tiada calon dicadangkan, PAS mengambil keputusan untuk tidak memberi kemenangan percuma kepada Anwar. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Port Dickson diadakan pada 13 Oktober ini dan hari penamaan calon Sabtu ini, manakala hari mengundi awal pada 9 Oktober.
Selain Anwar dan calon PAS, setakat ini Parti Rakyat Malaysia (PRM) juga mengesahkan akan meletakkan calon dan seorang lagi calon ialah personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong. Bekas Setiausaha Agung MIC, Datuk S Kumar yang sebelum ini mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas menarik diri hari ini.
Isnin lalu, Barisan Nasional (BN) sebulat suara memboikot PRK Parlimen Port Dickson dengan tidak meletakkan calon. Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata parti itu bukan saja tidak meletakkan calon, malah tidak akan mengerahkan sebarang jentera atau ahli untuk menyokong mana-mana calon pembangkang atau bebas. (BH)

'Pelacur Otai'. Lagi Hukum Sebat Syariah Di K/T'ganu.


K/TERENGGANU: Seorang janda yang juga dikenali sebagai ‘pelacur otai’ mengaku salah terhadap pertuduhan persediaan untuk melacurkan diri di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, di sini, hari ini.

Justeru, wanita berusia 45 tahun berasal dari Johor itu bukan saja berdepan hukuman penjara malah dia juga boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali jika disabit kesalahan.

Tertuduh sebelum itu didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang mempromosikan khidmat seks menerusi aplikasi WeChat sebelum ini, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau enam sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang kini menetap di Klang, Selangor, ditahan dalam serbuan di Duyong Marina & Resort, di sini, bersama seorang lelaki dipercayai pelanggannya, kira-kira jam 11 malam pada 19 September lalu.

Hasil siasatan, tertuduh mengaku menerima upah khidmat seks diberikan dengan mengenakan bayaran RM1,000 untuk satu malam daripada pelanggan terbabit sebelum lapan barangannya dirampas dan disita termasuk beberapa botol minyak, jel pelincir dan kondom yang masih tidak digunakan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Kahzmizan Abdullah dihadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail manakala tertuduh diwakili peguambela, Fazru Anuar Yusof.

Sejurus pengakuan salah tertuduh direkodkan, Kamalruazmi menetapkan 10 Oktober depan sebagai tarikh jatuh hukuman sementara itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan dua penjamin yang mana salah seorang penjamin perlu terdiri daripada ahli keluarga terdekat.

Sebelum ini, NSTP ada melaporkan seorang pelacur ‘otai’ akhirnya dicekup selepas kegiatannya yang memberikan khidmat seks kepada lelaki hidung belang berjaya dihidu pihak penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).


MINDARAKYAT

Tahap Laksana Syariat Islam Menuju Sempurna.


Bertadarruj dalam pelaksanaan syariat Islam menuju kepada kaffah

1.0 Mukaddimah
Tanpa diragukan wajib melaksanakan syariat Islam dengan sempurna. Apa yang dimaksudkan adalah pelaksanaan seluruh ajaran Islam merangkumi aqidah, syariat dan akhlak. Secara praktikalnya, tiada pemisahan di antara satu dengan yang lain.
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (208)
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segalanya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. (Surah Al-Baqarah: 208)
Firman Allah:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا (36)
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. (Surah Al-Ahzab: 36)
Dikaitkan pula pelaksanaan syariat itu dengan aqidah tauhid dan menolak syirik. Firman Allah:
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (21)
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang boleh mengada-adakan hukum syariat sendiri daripada mana-mana bahagian dari agama mereka? (sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah). Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (Surah As-Syura: 21)
Perlu difahami bahawa perkataan ad-deen dalam bahasa Al-Quran, berbeza dengan takrif agama atau religion dalam bahasa asing, kerana sifat kesempurnaan prinsip dan konsepnya yang menyeluruh, tanpa pemisahan di antara perkara yang dinamakan urusan agama dan urusan keduniaan.
2.0 Bertadarruj (Bertahap-Tahap) Melaksanakan Syariat
Ada dua pendapat dari segi pelaksanaannya. Adakah serentak semuanya atau bertadarruj (berperingkat atau bertahap)?
Pertama: Ada dari kalangan yang berpendapat bahawa dilaksanakan serentak berdalilkan ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan kesempurnaan Islam dan peringkat atau tahapnya telah pun dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W.
Allah telah menegaskan:
الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
“…Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan atau menentang kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Disebabkan itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu. Dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untukmu...”. (Surah Al-Maa’idah: 3)
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (208) فَإِن زَلَلْتُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءَتْكُمُ الْبَيِّنَاتُ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (209)
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala ajarannya. Dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu yang terang lagi nyata. (208); Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (209) (Surah Al-Baqarah: 208-209)
Kedua: Adapun mereka yang menegaskan perlunya bertahap (bertadarruj) berdalilkan langkah Rasulullah S.A.W. yang mentafsirkan Al-Quran secara praktikal (amali) berkonsepkan keizinan Allah:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
“Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…”. (Surah Al-Baqarah: 286)
Allah berfirman lagi:
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilihmu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya). Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”. (Surah Al-Hajj: 78)
Hadis Baginda Nabi S.A.W. kepada Muaz bin Jabal R.A. yang diutuskan ke negeri Yaman:
إنك تأتي قوماً من أهل الكتاب، فليكن أول ما تدعوهم إليه شهادة أن لا إله إلا الله -وفي رواية: إلى أن يوحدوا الله- فإن هم أطاعوك لذلك فأعلمهم أن الله افترض عليهم خمس صلوات في كل يوم وليلة، فإن هم أطاعوك لذلك فأعلمهم أن الله افترض عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم فترد على فقرائهم، فإن هم أطاعوك لذلك فإياك وكرائم أموالهم واتق دعوة المظلوم فإنه ليس بينها وبين الله حجاب. (أخرجه هذا الحديث في الصحيحين)
“Kamu datang menemui kalangan ahli Kitab (Yahudi dan Kristian), maka jadikan yang pertama sekali dalam berdakwah (mengajak) itu ialah supaya mereka bersyahadah (masuk Islam). Setelah mereka mematuhinya nyatakan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan solat lima waktu setiap hari dan malam. Setelah mereka menerimanya, nyatakan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan sedekah (zakat) yang diambil daripada yang orang yang kaya raya supaya dibahagikan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Jauhkan diri daripada berlaku zalim terhadap harta yang mereka sayangi, sesungguhnya tiada halangan oleh Allah untuk menerima permintaan doa orang yang dizalimi”. (Hadis dikeluarkan melalui Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim)
Hadis yang lain sebagai pesanan Rasulullah S.A.W. kepada Ali bin Abi Talib K.W.H tatkala di Khaibar:
وعن أَبي العباسِ سهل بنِ سعدٍ السَّاعِدِيِّ رضي اللَّه عنه أَن رسولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ يَوْمَ خَيْبَرَ: "لأعْطِيَنَّ الرَّايَةَ غَداً رَجُلاً يَفْتَحُ اللَّه عَلَى يَدَيْهِ، يُحبُّ اللَّه ورسُولَهُ، وَيُحبُّهُ اللَّه وَرَسُولُهُ. فَبَاتَ النَّاسُ يَدُوكونَ لَيْلَتَهُمْ أَيُّهُمْ يُعْطَاهَا. فَلَمَّا أصبحَ النَّاسُ غَدَوْا عَلَى رسولِ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم: كُلُّهُمْ يَرجُو أَنْ يُعْطَاهَا، فقال: أَيْنَ عليُّ بنُ أَبي طالب؟ فَقيلَ: يَا رسولَ اللَّه هُو يَشْتَكي عَيْنَيْه قَالَ: فَأَرْسِلُوا إِلَيْهِ. فَأُتِي بِهِ، فَبَصقَ رسولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم في عيْنيْهِ، وَدعا لَهُ، فَبَرأَ حَتَّى كَأَنْ لَمْ يَكُنْ بِهِ وَجعٌ، فأَعْطَاهُ الرَّايَةَ. فقَالَ عليٌّ رضي اللَّه عنه: يَا رَسُول اللَّه أُقاتِلُهمْ حَتَّى يَكُونُوا مِثْلَنَا؟ فَقَالَ: انْفُذْ عَلَى رِسلِكَ حَتَّى تَنْزِلَ بِسَاحتِهِمْ، ثُمَّ ادْعُهُمْ إِلَى الإِسْلامِ، وَأَخْبرْهُمْ بِمَا يجِبُ عَلَيْهِمْ مِنْ حقِّ اللَّه تَعَالَى فِيهِ، فَواللَّه لأَنْ يَهْدِيَ اللَّه بِكَ رَجُلاً وَاحِداً خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمَ". متفقٌ عَلَيهِ.
Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi Radhiallahu ‘Anhu bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda pada Hari Khaibar, “Sungguh akan aku serahkan bendera (panglima perang) ini esok pagi kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan dia dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, Allah akan memberikan kemenangan dengan sebab kedua tangannya”, maka semalaman para sahabat membincangkan siapakah di antara mereka yang akan diserahkan bendera itu. Keesokan pagi harinya mereka mendatangi Rasulullah dan masing-masing berharap agar Baginda Nabi menyerahkan bendera tersebut, maka saat itu Rasul bertanya, “Di mana Ali bin Abi Talib?” Mereka menjawab, “Dia sedang sakit pada kedua matanya”, kemudian mereka mengutus orang untuk memanggilnya, dan datanglah ia, kemudian Rasul meludahi kedua matanya, seketika itu dia sembuh seperti tidak pernah terkena penyakit, kemudian Rasul menyerahkan bendera itu kepadanya dan bersabda, “Melangkahlah engkau ke depan dengan tenang hingga engkau sampai di tempat mereka, kemudian ajaklah mereka kepada Islam, dan sampaikanlah kepada mereka akan hak-hak Allah dalam Islam, maka demi Allah, sungguh Allah memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab kamu itu lebih baik dari unta-unta yang merah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Maksud arahan Rasulullah S.A.W. kepada Ali bin Abi Talib supaya memujuk orang-orang Yahudi Khaibar lebih dahulu supaya menerima Islam. Jangan terus menyerang.
Hadis Rasulullah S.A.W. yang lain dalam peristiwa sewaktu Baginda menangani seorang Badwi yang kencing dalam masjid supaya jangan bertindak kasar dan hadis lain yang seumpamanya.
Sabda Nabi S.A.W.:
نحن معاشر الأنبياء أمرنا أن ننزل الناس منازلهم ونخاطبهم على قدر عقولهم. (رواه أبي داود)
“Kami para nabi disuruh supaya meletakkan seseorang pada tempatnya mengikut kemampuan akalnya dan bercakap dengan bahasa yang mudah difahami akal mereka”. (Riwayat Abi Daud)
3.0 Pelaksanaan Syariat Secara Bertafaqquh
Allah memerintahkan supaya bertafaqquh dalam ad-deen:
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ (122)
“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu bertafaqquh fi Ad-Deen (mempelajari secara mendalam dan memahami serta melaksanakan ilmu yang dituntut dalam agama). Dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka. Mudah-mudahan mereka dapat berwaspada (dari melakukan larangan Allah)”. (Surah At-Taubah: 122)
Tafaqquh dengan maksud mempunyai kefahaman dan kebijaksanaan dalam pelaksanaan syariat dengan beristiqamah, tidak menyeleweng dan mengikut batas-batas thawabit (tetap) dan mutaghyyirat (anjal).
Mendalami ilmu bukan sahaja Ulum Al-Quran dan Hadis, bahkan juga ilmu-ilmu alat seperti Usul Fiqh, Siyasah Syar’iyyah, Maqasid As-Syariah, Fiqh Al-Waqi’, Fiqh Al-Aulawiyyat, Fiqh Al-Muwazanah, Fiqh Al-Ma’alat dan lain-lain. Termasuk juga ilmu Al-Qadha’ (Kehakiman Islam), Al-Idarah (pentadbiran) dan lain-lain.
Perlu diambil kira perkembangan situasi, tempat dan keadaan orang yang dihakimi. Maka konsep bertadarruj (bertahapan) hendaklah dilakukan supaya dapat merealisasikan keadilan Islam untuk semua dan rahmatnya kepada seluruh alam.
4.0 Tamkin (Negara Berdaulat)
Rasulullah S.A.W. melaksanakan Islam pada peringkat kesempurnaannya setelah menegakkan negara yang sempurna kedaulatan Islam. Ini adalah berdasarkan firman Allah:
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (55)
“Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa memerintah negara (yang memegang kuasa pemerintahan) di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka sebagai khalifah-khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka. Dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”. (Surah An-Nur: 55)
Dalil mafhumnya sebelum berkuasa sepenuhnya hendaklah mengikut tahapnya. Para ulama’ telah menegaskan suatu kaedah:
ما لا يدرك كله لا يترك كله
“Apa-apa yang tidak dapat dilaksanakan kesemuanya, janganlah ditinggalkan kesemuanya”.
Kaedah yang berpandukan kepada firman Allah:
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu…”. (Surah At-Taghabun: 16)
Dan hadis Rasulullah S.A.W.:
...وما أمرتكم به فَأْتُوا منه ما استطعتم... (متفق عليه)
“Dan apa-apa yang Aku perintahkan kepadamu maka buatlah sekadar kemampuan kamu”. (Muttafaq ‘Alaih)
5.0 Prinsip Dan Konsep
Kejayaan Islam dalam sejarahnya menguasi tiga benua besar daripada Timur Jauh sehingga Afrika Utara dan Selatan Eropah dalam masa yang cepat kerana dua prinsip: Beriman kepada Allah dan Beriman kepada Hari Akhirat. Dan dua konsep: Taqwa, Adil dan Rahmat terhadap semua.
5.1 Bertunjangkan Aqidah Tauhid (Beriman kepada Allah)
Aqidah tauhid mengesakan Allah sahaja, tuhan yang diibadatkan kepada-Nya dengan jasad, roh dan akal. Aqidah ini menjadikan manusia itu tidak berlagak menjadi tuhan apabila berkuasa memerintah negara, diberi nikmat kehidupan berpangkat atau berharta.
Dengan tegas, aqidah tauhid menolak kesyirikan secara menyeluruh. Bukan sahaja diharamkan beribadat menyembah berhala atau patung, termasuk juga diharamkan menyembah makhluk yang lain dan sesama manusia serta tidak mengadakan undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah.
Maka Islam menolak diktator yang bertuhankan pemimpin individu atau bertuhankan kelompok. Islam menolak bertuhankan rakyat tanpa hidayah yang bertopengkan demokrasi yang kononnya suara rakyat adalah suara keramat, seperti tuhan yang diwarisi daripada demokrasi purba tetapi rakyat yang ditipu.
Islam juga menolak teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama. Semuanya menjadikan dirinya seperti tuhan atau memilih wakil rakyat secara menipu rakyat dan menjadikan rakyat sebagai hamba.
Islam juga menolak ideologi yang bertuhankan harta, tiba-tiba segala khazanah negara menjadi miliknya, boleh diambil dengan apa jua cara sekalipun dan menggunakannya tanpa batas sempadan halal dan haram, sama ada secara liberal kapitalis atau komunis dan sosialis.
Aqidah Islam menjadikan tidak ada manusia yang boleh mengatasi undang-undang termasuk raja-raja atau ketua negara sehingga mengharamkan mereka berlagak menjadi tuhan, walaupun dia seorang rasul.
Allah berfirman:
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادٗا لِّي مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن كُونُواْ رَبَّٰنِيِّۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ ٧٩
“Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya”)”. (Surah Ali-Imran: 79)
Firman Allah:
ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَٰنَهُمۡ أَرۡبَابٗا مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَٱلۡمَسِيحَ ٱبۡنَ مَرۡيَمَ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُوٓاْ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗاۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ سُبۡحَٰنَهُۥ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ٣١
“Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.” (Surah At-Taubah: 31)
Firman Allah:
أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ٢١
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.)” (Surah As-Syura: 21)
Aqidah beriman kepada Allah menjadikan politik, ekonomi dan segala urusan manusia tunduk kepada perintah Allah yang wajib bersifat adil.
5.2 Beriman kepada Hari Akhirat
Adapun aqidah beriman kepada Hari Akhirat menjadikan semua tindak tanduk manusia tanpa mengira sesiapa, tetap ada perhitungan dosa dan pahala, yang menentukannya mengikut hisab amalannya.
Maka yang terlepas daripada dihukum di dunia kerana kedudukannya yang bijak menipu atau dapat mengatasi undang-undang kerana kuasanya, menjadikan imannya tetap percaya adalah tidak terlepas dari hukuman di Hari Akhirat yang lebih berat.
Firman Allah: 


يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا
“(Ingatlah) Hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya (suratan amal , atau nabi atau pemimpin) ; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.)” (Surah Al-Isra’: 71)
Firman Allah:
وَعُرِضُوا عَلَىٰ رَبِّكَ صَفًّا لَّقَدْ جِئْتُمُونَا كَمَا خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ بَلْ زَعَمْتُمْ أَلَّن نَّجْعَلَ لَكُم مَّوْعِدًا (48) وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا (49(
“Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): Kamu sekarang telah datang kepada Kami (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan). (48) Dan Kitab-kitab Amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun (49)”. (Surah Al-Kahfi: 48-49)
5.3 Konsep Taqwa Dalam Bernegara
Konsep taqwa menggantikan kebanggaan terhadap asabiyah bangsa, kaum, jantina, warna kulit, pangkat dan harta. Taqwa menjadikan manusia bermasyarakat madani secara istiqamah dan tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya kerana perbezaan bangsa, agama, harta, keturunan, pangkat dan jantina.
Firman Allah:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13)
5.4 Pemerintahan Adil dan Rahmat Kepada Semua
Konsep adil dalam Islam yang lahir daripada konsep taqwa adalah mutlak terhadap semua dan segala aspek kehidupan manusia, termasuk adil terhadap musuh sehingga dikaitkan dengan konsep taqwa. Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (8)
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan). (Surah Al-Maidah: 8)
Inilah konsep dan falsafah bernegara yang menjadi idaman untuk kita capai sebagai satu wawasan yang berterusan hingga ke Hari Kiamat.
6.0 Khatimah
Ketahuilah bahawa Allah yang Maha Berkuasa dengan kun fayakun كن فيكون .
Allah menegaskan Maha Kebijaksanaan-Nya mencipta alam yang sistematik memakan masa, menandakan sifat kebesaran-Nya bukan kelemahan-Nya:
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (29)
“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian ia menuju dengan kehendak-Nya ke arah langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna. Dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (Surah Al-Baqarah: 29)
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُم مِّن دُونِهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ (4) يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ (5) ذَٰلِكَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (6)
“Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam hari (mengikut perhitungan masa di sisiNya), kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy. Kalian tidak akan beroleh sebarang Penolong dan Pemberi Syafaat selain dari Allah. Oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredhaanNya). (4); Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya (bagi melaksanakan tadbirNya itu maka Dia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi. Kemudian diangkat naik kepada pengetahuannya (segala yang berlaku dari pelaksanaan tadbir-Nya itu untuk dihakimi-Nya) pada suatu masa yang kadar harinya seribu tahun menurut hitungan masa kamu yang biasa. (5); Demikian itu sifatnya ialah Tuhan Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani”. (6) (Surah As-Sajdah: 4-6)
Sabda Rasulullah S.A.W.:
التأني من الله والعجلة من الشيطان. (رواه أبو يعلى والبيهقي)
“Bersikap teliti walaupun ia memakan masa itu adalah daripada Allah dan sikap gopoh itu daripada syaitan”. (Riwayat Abu Ya’la dan Al-Baihaqi)
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS - HARAKAHDAILY 26/9/2018

(Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Ijtima’ Ulama’ Dan Umara’ Aceh Darussalam pada 12 Muharram 1440H / 22 September 2018)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails