Saturday, October 29, 2011

Pensyarah Cabul Siswinya, Kenapa Jadi Begitu?






KL 29 Okt 11: Seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an diberitakan mencabul seorang pelajar perempuan dalam biliknya di universiti berkenaan, kelmarin.

Lebih keji, pensyarah itu didakwa cuba memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan untuk meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan selepas mangsa enggan melayani kehendak seksualnya.

Bagaimanapun, keengganan mangsa memenuhi permintaannya menyebabkan pensyarah itu mula bertindak kasar dengan meraba serta mencium gadis terbabit menyebabkan berlaku pergelutan dalam bilik berkenaan. Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa bernasib baik apabila berjaya keluar dari bilik pensyarah berkenaan sebelum membuat aduan kepada pensyarah lain dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.

Sumber berkata, kejadian bermula ketika mangsa mahu ke bilik pensyarah berkenaan bagi menghantar tugasan yang diberikan.

“Namun, dia terserempak lelaki itu di luar bilik sebelum mangsa diberikan kunci dan diarah menunggu di dalam bilik itu.

“Pensyarah itu muncul kira-kira 10 minit kemudian. Sebaik masuk ke biliknya, pensyarah berkenaan terus memegang pipi mangsa sebelum duduk di kerusinya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bingung dengan tindakan itu memberitahu mahu menghantar tugasan. "Bagaimanapun, pensyarah itu mendakwa tidak mahukan tugasan berkenaan sebaliknya memberitahu mahukan benda lain,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang tidak faham kemudian bertanya apa yang dimahukan pensyarahnya itu.

“Dengan bersahaja, pensyarah itu bangun dan mengunci pintu bilik sebelum menarik tangan mangsa serta memeluknya. Lelaki terbabit kemudian memberitahu mahu mencium mangsa.

“Mangsa cuba menolak dengan baik, namun lelaki itu terus meraba badannya walaupun dia merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.

Katanya, mangsa yang bengang dengan tindakan itu memarahi pensyarah terbabit.

“Difahamkan, lelaki itu dengan bersahaja mengumpan untuk meluluskan mangsa jika memenuhi kehendak seksualnya,” katanya.

Biarpun diumpan dengan keputusan cemerlang, mangsa masih berkeras menolak pelawaan lelaki itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka. Pelajar terbabit bernasib baik kerana berjaya keluar dari bilik sebelum membuat aduan kepada pensyarah dan kakitangan universiti berkenaan. Mangsa yang trauma dengan insiden itu kemudian tampil membuat laporan di IPK Kuala Lumpur, selepas dinasihatkan rakan, pensyarah lain dan keluarganya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenapa boleh jadi begitu? Apakah suasana dan situasi yang mempengaruhi atau bagaiman? Perlu diselidiki dan diatasi segera. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Peninju Bolos, Kibarkan Bendera Israel Di M'sia?

KL 29 Okt 11: Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung pendedahan peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.Mahfuz berkata, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.

"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.

"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.

"Jadi kementerian luar negeri, kementerian dalam negeri harus beri kenyataan kenapa perkara ini boleh berlaku. Apakah benar dakwaan dia masuk dengan keizinan daripada menteri belia dan sukan?," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz lagi yang turut menuntut penjelasan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung dakwaan tersebut.

Bekas juara muay thai Israel itu mendakwa telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Difahamkan, rakaman program pada Jun itu baru saja dikeudarakan oleh stesen TV berkenaan baru-baru ini. Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi. (IH/Malaysiakini)

Video ini...

Mulianya Bendera Israel Di Bangunan UMNO

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Harga Ayam: Kurangkan Beli. Muthu-Ma'amor, Porrah!!

PENGGUNA

KENAIKAN harga ayam sehingga RM9 sekilogram mendorong pengguna mengurangkan kekerapan pengambilan makanan itu dalam sajian harian. – Gambar hiasan

KL: Jangan boikot, kurangkan beli. Tindakan memboikot pembelian ayam bukan penyelesaian terbaik dalam isu kenaikan harga ayam sebaliknya persatuan pengguna mencadangkan agar pengguna mengurangkan pembelian dan pemakanan ayam. Begitu kaa sebuah media tempatan.

"Jika kita makan ayam lima kali seminggu kita kurangkan tiga kali itu sudah cukup... susah jika kita tidak mahu makan terus sebab ayam antara makanan utama kita rakyat Malaysia," kata Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata, jika pengguna dapat mengurangkan pembelian dan pemakanan ayam, permintaan terhadap ayam dalam pasaran akan berkurangan seterusnya dapat menurunkan harga ayam.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, tindakan memboikot pembelian dan pemakanan ayam akan menjejaskan peniaga kecil ayam di negara ini.

"Peniaga kecil ini beli ayam bayar tunai kepada penternak, bila boikot peniaga kecil ini terbeban dengan stok yang banyak. Peniaga besar tidak terjejas sangat kerana mereka ada cara simpan stok ayam untuk tempoh lama," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dah naik muak cerita fasal harga ayam. Sebuah kerajaan kononnya hebat, nak kawal harga ayam pun tak mampu? Yang mampu, hanya pengampu-penganpunya mengampu. Buktinya, sila baca artikel-artikel di bawah ini. Porrah!

DiPenjara Pun Minta Pakai Tudung. Syabas Aminah & Hawa!


AMINA FARAH ALI (kanan) dan Hawo Mohamed Hassan berjalanmeninggalkan sebuah mahkamah daerah di Minnesota selepas menghadiri perbicaraan pada Ogos tahun lalu. - AP

MINNEAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) - Majlis Berkaitan Hubungan Islam-Amerika di Minnesota meminta Jabatan Syerif memberi kemudahan kepada banduan untuk memakai tudung selepas seorang wanita Islam yang didapati bersalah berhubung dakwaan keganasan terpaksa membuka tudungnya semasa berada dalam tahanan.

Tertuduh, Amina Farah Ali, 35, dan rakannya, Hawo Mohamed Hassan didapati bersalah pada minggu lalu kerana menyalurkan wang kepada kumpulan pengganas Al-Shabab di Somalia.

Peguam wanita itu, Dan Scott berkata, anak guamnya mahu memakai tudung kerana mematuhi ajaran Islam. Menurutnya, Amina perlu menutup aurat apabila berada di sisi lelaki yang bukan muhrim.

"Dia mahu memakai pakaian tradisinya (tudung). Ia amat penting baginya," kata Scott.

"Dia kini dipenjara. Justeru, apa yang dia mahu tidak semestinya dia dapat. Tetapi dia berhak mengamalkan ajaran agamanya," tambah peguam itu.

Mengulas isu tersebut, Syerif Daerah Sherburne, Joel Brott berkata, Amina tidak boleh memakai tudung di penjara atas faktor keselamatan. Pakaian awam termasuk tudung katanya, tidak dibenarkan dipakai di penjara kerana ia mungkin digunakan sebagai senjata atau menyembunyikan identiti banduan.

Namun, ujar Brott, pihaknya sedang berunding dengan pihak berkuasa persekutuan sama ada untuk memberikan pengecualian kepada Amina atau sebaliknya. - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah taraf iman seseorang, di penjara AS pun minta pakai tudung untuk melaksanakan hukum Islam. Malulah, puak-puak kita yang tidak mahu pakai tudung, walaupun ada yang menjadi pemimpin wanita Islam di negara ini..

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib

Seluar Dalam Ajaib
America Vakoou -Untuk Lelaki

7 Wanita, Termasuk 1 Wanita AS Masuk Islam..

Lebih dari 100.000 wanita Inggeris kulit putih yang berusia rata-rata 27 tahun memilih menjadi Muslim, angka tersebut dua kali lipat dalam 10 tahun dengan rata-rata usia 27 tahun kerana mereka muak dengan konsumerisme dan imoralitas.

RIYADH 26 Okt 11: Tujuh wanita, termasuk seorang jururawat bangsa Amerika Syrikat (AS) bersyahadat masuk Islam di Riyadh, Arab Saudi. Ketujuh mereka ini menyatakan keIslamannya di Pusat Dakwah, demikian Middle East News Agency melaporkan.

Pimpinan lembaga Dakwah Arab Saudi menyatakan, ahli baru ini mempelajari Islam secara otodidak. Ia mencontohi Carol asal AS, yang pertama kali mengenal Islam dari rakan sekerjanya. Wanita yang kemudian memutuskan menjadi jururawat di sebuah hospital di Riyadh ini kemudian makin tekun belajar Islam. Ia memilih nama Nesrin setelah berhijrah.

Di Pusat Dakwah, satu persatu mualaf mengucap syahadat, disaksikan rakan dan Muslim lainnya. Tidak ada yang mengulang, semua diucapkan secara lancar. Selain Carol, tiga dari ketujuh pekerja itu diketahui berasal dari Filipina, dua dari Srilanka, dan satu dari Etiopia. Mereka belakangan belajar Islam secara intensif bersama di bawah payung lembaga dakwah setempat.

Sebelumnya, enam pekerja asing juga masuk Islam minggu lalu. Lima di antaranya berasal dari Filipina, dan seorang dari Kenya. (IH)

Ada kaitan...

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
IKLAN: Seluar Dalam Ajaib

Seluar Dalam Ajaib
America Vakoou -Untuk Lelaki

Nayef 79, Dilantik Putera Mahkota Arab Saudi


PUTERA NAYEF


RIYADH: Menteri Dalam Negeri Arab Saudi yang berusia 78 tahun, Putera Nayef bin Abdul Aziz dinamakan sebagai pewaris takhta kerajaan Arab Saudi yang baharu.

Pelantikan Putera Nayef sebagai Putera Mahkota Arab Saudi dibuat menerusi perintah diraja yang dibacakan di televisyen negara itu kelmarin.

Memegang jawatan Menteri Dalam Negeri selama hampir empat dekad, beliau kini menggantikan tempat Putera Sultan bin Abdul Aziz yang meninggal dunia di New York pada minggu lalu dan dikebumikan di sini Selasa lepas.

Putera Nayef turut dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi dekri diraja tidak menyebut siapa yang akan memegang jawatan Menteri Pertahanan selepas portfolio tersebut kosong ekoran kematian Putera Sultan.

Putera Nayef dilihat calon pilihan untuk pelantikan tersebut sebelum dekri berkenaan diumumkan.

Pemerhati-pemerhati politik kini menunggu untuk melihat siapa yang akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan dengan harapan portfolio itu akan diberikan kepada anggota keluarga diraja yang lebih muda.

Setakat ini, semua jawatan menteri utama dipegang oleh anak beranak pengasas negara Arab Saudi, Raja Abdul Aziz.

Anak-anak raja berkenaan kini berusia dalam lingkungan 70-an dan 80-an dengan sebahagian mereka mengalami masalah kesihatan.

Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah sendiri baru keluar dari sebuah hospital di sini pada Sabtu lepas selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang. - AFP

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.

Seluar Dalam Ajaib

Tunisia Tidak Paksa Wanita Berhijab -Rachid Ghannouchi


Rachid Ghannouchi, pemimpin parti Islam Ennahda bercakap ketika sidang media di Tunis hari ini. ― Foto Reuters

TUNIS, 28 Okt 11: Parti Islam Tunisia yang memenangi pilihan raya umum hujung minggu lalu, yang pertama selepas kebangkitan rakyat menegaskan, ia tidak akan memaksa pemakaian hijab oleh kaum wanita kerana kesemua usaha ke arah itu di negara-negara Arab telah gagal.

Rachid Ghannouchi, pemimpin parti Ennahda berkata, wanita akan diberi kerja dalam kerajaan perikatan yang partinya akan membentuk tidak kira “sama ada mereka memakai hijab ataupum sebaliknya.”

Kerajaan baru negara itu akan dibentuk dalam masa 10 hari lagi. — Reuters

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hijab adalah pakaian menutup aurat yang wajib dipakai oleh wanita Islam. Walaupun begitu, Parti Islam Tunisia atau PAS Tunisia (Parti Islam SeTunisia) berjanji tidak akan membuat peraturan mewajibkan wanitanaya berhijab atau bertudung lingkup menutup aurat. Mungkin sama saja strategi dakwah PAS Tunisia dengan PAS Kelantan.. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.

Seluar Dalam Ajaib

Gambar Kaabah, M/Haram & Mekah Sejak 1880


Peta Mekah.

Siri 1: Gambar sekitar 1950an



Kaabah Sekitar tahun 50an


Nampak bezanya, kaabah sekarang dan dulu.....

Siri 2: Semasa Kaabah diserang banjir (1941?).






Kaabah masa dilanda banjir.. mungkin sekitar tahun 50an

Siri 3: Sebelum itu lagi..


Ilustrasi kaabah kira2 125 tahun dahulu



Gambar Mekah pada tahun 1880...



Siri 4: Mekah.(1953?)
























Telaga Zamzam





Safa & Marwah



Akan bersambung, Insya Allah. (IH)

Lihat sebelum ini..

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.

Seluar Dalam Ajaib

Friday, October 28, 2011

Bantah Konsert Gegaria Dedahkan Gejala Kurang Sihat



Contoh-contoh kensert Gegaria.
TEMERLOH, 28 Oktober 11: Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) menerima memorandum bentahan kerana mengizinkan konsert sempena Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) di Taman Awam Kubang Gajah di sini, bermula hari ini sehingga 30 Oktober ini.

Bantahan tersebut adalah dari PAS Kawasan Temerloh, yang diserahkan oleh setiausahanya Ahmad Zubir Omar kepada pihak MPT petang ini. Menurut memorandum itu, konsert melibatkan artis seperti itu sudah terlalu acap diadakan di sini tanpa mengira keresahan penduduk serta acara yang dijalankan tidak langsung memberi kebaikan malah dikhuatiri memberi kesan negatif.

Menurut memorandum yang ditujukan kepada Yang Dipertua MPT itu, konsert tersebut bakal mencampur-adukkan remaja berlainan jantina bukan mahram yang sudah tentu mendedahkan kepada gejala kurang sihat seperti seks bebas, rogol, kecurian, minuman keras dan bertindak di luar sedar.

“Lokasi yang berhampiran dengan surau dan kawasan perumahan berdekatan dengan lokasi konsert tersebut pula bakal mengundang rasa tidak selesa, biadab, gangguan bunyi dan bakal mengganggu konsentrasi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

“Penganjuran aktiviti ini hanyalah mengundang kepada penularan gejala maksiat dan mungkar yang semakin berleluasa dan membarah di kalangan remaja, seolah-olah tiada rasa keprihatinan terhadap bala bencana yang menimpa negara-negara seluruh dunia dunia.

“Keizinan MPT menggambarkan persetujuan dan menggalakkan lagi gejala keruntuhan akhlak anak-anak muda tempatan pada masa akan datang kerana pada tahun ini sahaja sudah banyak aktiviti seumpama itu di situ. Sedangkan agensi kerajaan tidak boleh dilihat sebagai promoter kepada program maksiat.”

Memorandum tersebut akhirnya memohon dan mengharapkan MPT selaku tuan milik premis, tidak mengizinkan konsert berkenaan diteruskan demi untuk menghindarkan kemurkaan Ilahi tambahan hanya beberapa hari menjelang hari raya Aidil Adha. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.

Seluar Dalam Ajaib

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails